Truyen3h.Co

100 Hari Mengenal Cinta

Bab 15

karyaseni2u

HAZIZUL membuka matanya tatkala alarm yang dikunci untuk solat subuh berbunyi. Segera dia menekan 'snooze'. Tangannya terasa lenguh manakala tubuhnya terasa dihempap sesuatu. Hazizul menoleh ke kiri dan semerta matanya terbuka luas. Mata dikedipkan berkali-kali untuk memastikan dia tidak bermimpi atau berkhayal. Tahu-tahu sahaja bibirnya sudah mengulum senyum.

"Best dapat bantal peluk, cik kak?" soalnya sendiri. Airina yang lena diulit mimpi sedang memeluknya sambil kepalanya berbaring di atas lengan Hazizul.

"Comel pula Airina ni," puji Hazizul. Wajah Airina yang sedang tidur dirasakan comel, lebih-lebih lagi apabila Airina memeluknya persis anak kecil memeluk bantal busuknya. Entah kenapa hatinya dicuit rasa gembira.

Alarm berbunyi lagi, menyedarkan Hazizul daripada lamunannya. Hazizul berdehem untuk mengusir sebarang perasaan yang terdetik dalam hatinya. Dia cuba mengalihkan tangan Airina perlahan-lahan. Apabila Airina bergerak sedikit, pergerakan Hazizul pula terhenti. Seboleh mungkin dia tidak mahu Airina terjaga dalam keadaan mereka berpelukan sebegini. Pasti Airina malu dengannya.

Namun Airina tetap jua terjaga. Hazizul pantas menarik tangannya membuatkan kepala Airina terjatuh di atas bantal.

"Dah pukul berapa ni?" tanya Airina sambil memisat matanya.

"Er, hmmm pukul 6.15 pagi dah ni. Bangunlah, subuh," jawab Hazizul acuh tak acuh.

Airina mengangguk mendengarkan perkataan subuh. Dia turun dari katil dan jalan menonong menuju ke bilik mandi untuk mengambil wuduk. Hazizul pula menghelas nafasnya lega. Seketika, Airina sudah kembali dengan wajahnya lebih segar berbanding tadi.

Sejadah dihampar ke atas lantai, telekung disarung dan selepas itu bibir Airina terkumat-kamit membaca niat solat subuh. Tanggungjawabnya kepada Ilahi ditunaikan dengan penuh khusyuk sehinggakan Airina tidak sedar sepasang mata milik Hazizul ralit memerhatinya. Jika tadi Hazizul terleka memerhatikan Airina tidur, sekarang dia perhatikan Airina menunaikan solat pula. Semuanya Airina lakukan dengan tertib.

Muncul perasaan lega dalam hatinya apabila memikirkan gadis sebaik Airina tidak jatuh ke tangan lelaki berhati busuk seperti Harris.

Tapi aku pula? Layak ke dengan orang sebaik Airina? Soalan itu terdetik dalam hatinya.

Soalan yang diajukan oleh dirinya sendiri berjaya membuatkan Hazizul terpempan.

"Kau dah solat?" Suara itu menerjah masuk ke telinga Hazizul, pantas Hazizul menggeleng.

"Pergilah solat dulu, aku nak sambung tidur balik," kata Airina selamba.

Hazizul angguk sekali sebelum dia pandang Airina semula.

"Airina... Kenapa kau tak tunggu aku tadi? Kita boleh solat sama-sama," tanya Hazizul.

Mata Airina yang baru terpejam untuk beberapa saat terbuka semula. Benarkah apa yang dia dengar? Suaminya sedang mengajaknya untuk menunaikan solat bersama? Airina dapat rasakan tubir matanya mulai hangat. Sememangnya sudah lama Airina berangankan itu. Dia selalu mengagumi Halim dan Salbiah solat berjemaah. Pada Airina, dari situlah kasih sayang sesama suami isteri semakin kuat terutamanya apabila mereka sama-sama berusaha mencari reda Ilahi.

Airina pejamkan matanya dan pipi mulai terasa basah. Duvet ditarik hingga ke kepala untuk menyembunyikan perasaannya daripada Hazizul.

"Sorry. Lepas ni aku tunggu kau," jawab Airina. Di bawah duvet, Airina mengulum senyumannya.

PERHATIAN Hazizul tertumpu seratus peratus pada kertas kerja di depannya. Sesekali matanya beralih pada skrin komputer riba pula. Kira-kira sepuluh minit kemudian, barulah kerjanya selesai. Hazizul senyum lebar sehingga ke telinga. Tangannya didepakan dengan gembiranya. Telefon bimbitnya berjenama Samsung dicapai untuk menghantar WhatsApp kepada Benjamin.

Aku dah e-mail paperwork. Thanks, Ben!

"Ah, leganya dah siap kerja..." kata Hazizul. Komputer ribanya dimatikan lalu meja yang berselerak dengan alat tulisnya dikemas. Hazizul berjalan melepasi meja kerjanya, berura-ura untuk meninggalkan bilik tersebut tetapi langkahnya mati apabila matanya tertancap pada satu lembaga.

"Ya Allah!" Hazizul memegang dadanya.

"Airina..." Nama gadis itu disebutnya perlahan. Entah bila agaknya gadis itu masuk ke dalam bilik kerjanya. Airina yang duduk di atas sofa memandang Hazizul dengan geram.

"Bila kau masuk?"

"Dah nak sejam aku tercongok depan kau ni. Kau buat apa? Tengok porn ke sampaikan leka sangat?" tuduh Airina pula. Sejak sejam yang lepas dia berada di dalam bilik ini. Berkali-kali dia memanggil nama Hazizul tetapi lelaki itu tetap dalam dunianya sendiri. Ingin disergah, Airina pula takut kalau-kalau dia sedang mengganggu lelaki itu. Sudahnya Airina putuskan untuk duduk di atas sofa sambil memerhati lelaki itu.

Hazizul beristighfar mendengar perkataan 'porn' itu.

"Astaghfirullahalazim. Aku tak tengoklah benda-benda lucah macam tu. Kalau aku nak, lebih baik aku buat aje. Aku kan dah ada isteri..." Sehabis ayatnya, satu kusyen kecil menampar mukanya. Hazizul yang tidak sempat mengelak hanya mampu ketawa.

"Mulut kau elok sikit, eh? Dasar playboy," marah Airina. Geram pula dia dengan Hazizul yang ada masanya suka cakap lepas. Airina tak kesah kalau lelaki itu sekadar bergurau tetapi dia tidak boleh menepis sebarang kemungkinan lelaki itu mempunyai niat tersirat.

Hazizul mencemik pula.

"Acahlah kau ni. Padahal pagi tadi kau yang peluk aku," tukas Hazizul dalam nada perlahan.

"Apa dia?"

"Tak ada apalah. Kenapa kau masuk sini? Sorry, aku tak perasan. Aku tengah buat paperwork tadi," beritahu Hazizul.

Tiba-tiba Airina tersenyum meleret. Mulalah dahi Hazizul berkerut melihatkan perubahan sikap Airina itu. Mesti ada apa-apa ni...

"Kau tak bosan ke duduk dalam rumah ni? Jomlah pergi somewhere. Aku bosanlah. Perut aku lapar juga," kata Airina sambil tangannya menggosok-gosok perutnya. Harapkan rumah sahaja yang gah tetapi peti sejuk dan kabinet Hazizul kosong tanpa sebarang makanan. Tiada walau sepaket mi segera pun di dalam rumah lelaki itu.

Hazizul beristighfar sekali lagi. Gara-gara sudah terbiasa hidup bersendirian, dia terlupa tentang Airina. Sudah menjadi satu kebiasaan untuknya mencari makanan di luar. Jika rezekinya murah, Benjamin akan masakkan untuknya. Hazizul pandang Airina semula.

"Kau dah siap bertudung ni sebab nak ajak aku keluar ke?" tanya Hazizul lagi.

Kepala Airina mengangguk laju ibarat burung belatuk. Rasa bersalah menghambat hati Hazizul. Dia berpatah balik ke meja kerjanya untuk mengambil wallet sebelum Hazizul mendekati Airina. Tangannya menarik tangan Airina sebelum jemari Airina digenggam.

Airina terpempan dengan tingkah Hazizul itu. Dia pandang tangannya dan Hazizul bersilih ganti.

"Jomlah pergi makan..."

AKU rasa dia ni macam baik. Tapi macam jahat juga. Tapi tak awal sangat ke untuk aku judge dia? Kita orang baru kenal beberapa hari. Tapi mamat ni memang suka skinshiplah. Nak tuduh dia ambil kesempatan kat aku pun tak boleh juga sebab dia suami aku... Airina berteka-teki dengan dirinya sendiri. Hazizul yang berjalan di depannya direnung dari atas ke bawah. Sungguh, dia tidak dapat membaca Hazizul.

Hazizul duduk di atas sebuah bangku coklat dan Airina ikut sahaja. Airina duduk di sebelah Hazizul lalu tubuh disandarkan ke bangku. Soalan demi soalan tentang Hazizul hilang dari benaknya. Airina pandang sekelilingnya pula.

"Dah lama aku tak datang Danga Bay ni," kata Airina. Kali terakhir dia ke Johor sewaktu dia menyertai lawatan yang dianjurkan pihak sekolah. Waktu itu dia berumur 17 tahun dan semestinya Farah, Atikah dan Aisyah ada sama.

"Sorrylah sebab aku tak layan kau tadi. Aku betul-betul immersed dengan kerja aku." Hazizul meminta maaf sekali lagi.

"Aku okeylah. Kau janganlah rasa bersalah sangat. Biasalah kalau orang fokus buat kerja," balas Airina. Kini dia mengerti perasaan orang lain yang selalu rasa terabai setiap kali Airina menumpukan sepenuh perhatian kepada kerjanya. Meski profesion jurufoto dianggap senang, hanya jurufoto sahaja yang tahu betapa banyak masa yang perlu dihabiskan dan betapa banyak tenaga yang perlu dikerah untuk mendapatkan hasil yang terbaik. Airina sendiri pun tidak mahu membuat kerjanya semberono sahaja. Bimbang pula rezekinya tidak berkat.

Hazizul pandang Airina sebelum dia bertanya kepada gadis itu.

"Kau kerja apa? Photographer, eh?"

Anggukan diterima sebagai jawapan.

"Kau kerja kat kedai gambar mana? Kau ada ikat kontrak dengan mana-mana modelling company ke?"

Airina menggeleng pula.

"Aku buat freelance. Lecehlah kalau kerja dengan orang lain... Kau pula? Kau cakap kau ada printing company dengan Benjamin? Kenapa printing? Bukannya abah kau ada construction company ke? Bezanya!" tanya Airina ingin tahu.

Lelaki itu menjongket bahunya.

"Entah, kita orang memang berbeza pun," jawabnya acuh tak acuh. Jawapan Hazizul yang pendek itu cukup untuk memberitahu Airina bahawa Hazizul enggan bercakap tentangnya.

Airina diam semula. Akalnya semakin yakin ada sesuatu yang berlaku dalam keluarga Hazizul yang tidak diketahui orang luar.

"Kau nak aiskrim tak?" tanya Hazizul untuk mengalih topik perbualan mereka.

"Boleh juga," jawab Airina diiringi senyuman.

Hazizul berlalu pergi menuju ke sebuah kedai. Airina turut bangun dari duduknya lalu membuntuti Hazizul. Tak sampai dua minit, suaminya itu sudah menghulurkan aiskrim Magnum perisa coklat kepada Airina. Airina menyambutnya dengan ucapan terima kasih.

"Kau tak beli untuk kau?" tanya Airina pula.

Hazizul menggeleng.

"Kau makanlah..."

Keadaan sunyi apabila masing-masing diam tidak bersuara. Akal Airina laju memikirkan topik apa yang boleh dibualkan mereka bersama.

"Hazizul, kenapa kau cakap kau nak kenal cinta dalam masa seratus hari?"

"Kan aku dah pernah cakap, aku tak percayakan cinta. Tapi kalau aku boleh belajar dengan kau dalam masa seratus hari ni, why not?"

Bibir Airina mencebik mendengar jawapan tersebut. Sehingga ke hari ini dia masih meragui kata-kata Hazizul. Masakan lelaki yang mempunyai ramai teman wanita seperti Hazizul tidak mempercayai cinta. Ataupun...

"Sebab tu ke kau jadi playboy?" tanyanya.

Sebaris ayat itu cukup untuk memaku kaki Hazizul. Automatik kaki Airina juga turut berhenti melangkah. Hazizul berpaling pada Airina dengan matanya dicerunkan. Sudah berkali-kali Airina menggelarnya 'playboy'. Adakah Airina benar-benar mempercayai gosip itu?

"Kau memang percaya aku playboy ke?" Hazizul melontarkan soalan itu kepada Airina. Matanya jatuh pula pada aiskrim di hujung bibir Airina. Tangannya laju menyentuh bibir Airina untuk membersihkan comotan itu.

"Kau ni makan comotlah," omelnya pula.

Mata Airina terbuntang luas. Hah, inilah buktinya! Jari telunjuk Airina tegak mengunjuk pada tangan Hazizul yang menyentuh bibirnya.

"Tengok! Inilah! Perangai kau yang macam ni yang buat aku percaya!"

Hazizul mengangkat keningnya, tidak memahami apa yang dimaksudkan Airina.

"Kau selamba aje buat macam ni. Kat majlis kahwin kita pun sama juga. Waktu maskara and lipstick aku comot. Senang-senang aje kau sentuh aku. Tadi pun kau pimpin tangan aku juga. Lepas tu kau ingat tak malam yang kau kiss dahi aku tu? Kalau kau tak biasa belai dan manjakan perempuan, kenapa kau selamba aje buat semua tu?" Airina menyenaraikan satu per satu perbuatan Hazizul yang sedikit sebanyak menguatkan lagi pendapatnya.

Hazizul terpempan. Tak sangkalah pula Airina menyalah tafsir keprihatinan yang dia tunjukkan.

"Tengoklah tu. Mesti kau terdiam sebab kantoi, kan?" tutur Airina lagi.

"Kalau aku playboy, kau tu apa? Playgirl?"

"Aku baiklah," tukas Airina. Seumur hidupnya, dia tidak pernah mempunyai sebarang hubungan dengan mana-mana lelaki pun. Harris ialah lelaki pertama yang muncul dalam hidupnya. Sedangkan dengan tunangnya itu pun Airina tidak pernah bersentuhan, inikan pula dengan lelaki lain. Rekodnya bersih!

"Kau ingat tak malam yang Harris kantoi tu? Malam tu kau yang pegang aku tau. Siapa yang ajak aku tidur sekatil? Malam tadi pun kau yang peluk aku waktu kita tidur. Nak tuduh aku playboy konon. Kau sendiri tu pun pernah dibelai mana-mana lelaki ke?"

Ternganga Airina apabila mendengarkan kata-kata Hazizul itu. Wajah serius Hazizul meyakinkan Airina bahawa lelaki itu sedang berkata benar.

Airina terkebil-kebil pula. Sememangnya pagi tadi dia sedar dia memeluk Hazizul tetapi sangkanya itu hanyalah mimpi semata-mata tapi...

"Aku peluk dia betul-betul ke?" bisiknya kepada diri sendiri.

Hazizul tersenyum puas apabila dia terasa kemenangan memihak kepadanya. Wajah Airina mula berubah rona. Malulah tu!

Aiskrim yang sudah cair meleleh mula mengalir di tangan Airina. Airina tersentak.

"Ya Allah, dah cairlah!" katanya. Airina terkebil-kebil mencari tong sampah yang terdekat. Dia menggunakan kesempatan itu untuk melarikan diri dari Hazizul. Laju sahaja kakinya diatur menuju ke sebuah tong berwarna hitam.

Hazizul pula sudah berlari ke kedai tadi untuk meminta tisu basah daripada si juruwang.

"Kak, ada tisu basah tak?" tanya Hazizul.

"Isteri saya makan comot, dah kena tangan dia..." jelasnya pula.

Juruwang itu tersenyum kecil.

"Akak ada bawa tisu basah. Ambil akak punyalah. Tak payah beli baru..." kata juruwang yang bermurah hati itu.

"Thank you, kak!" kata Hazizul ceria sebaik sahaja juruwang tersebut menyerahkan dua helai tisu basah kepadanya. Juruwang itu sekadar mengangguk dengan tangannya diangkat.

Hazizul segera mengejar Airina.

"Kau ni memalukanlah, Rin. Buat malu kaum aje. Nak tuduh orang lain playboy, tapi kau pun sama aje. Menggatal dalam diam!" Airina memarahi dirinya sendiri. Plastik aiskrim dicampak ke dalam tong sampah dengan perasaan sebal. Matanya tertumpu pada tangannya pula. Habis melekat tangan aku! omel hatinya.

Tiba-tiba tangan kirinya terasa ditarik seseorang. Tubuh Airina turut sama terpusing. Apabila seraut wajah Hazizul memenuhi ruangan matanya, Airina tertunduk memandang kasutnya.

Hazizul mengulum senyumnya. Tangan kanan Airina ditarik lalu dia mengesat kesan aiskrim itu menggunakan tisu basah. Selepas tisu basah dibuang ke dalam tong sampah, Hazizul menarik keluar sapu tangan dari poket seluarnya pula.

"Tak payahlah malu dengan aku. Kita kan dah jadi suami isteri..."

Airina masih lagi menundukkan wajahnya.

"Aku tak tahu kau percaya ke tak, tapi kaulah perempuan pertama dalam hidup aku..." kata Hazizul, berjaya menarik sepasang mata Airina memandangnya.

"Ada something pasal kau yang aku buat aku selesa dengan kau. Aku tak boleh deny benda tu. Mungkin personaliti kau, mungkin juga sebab kau cantik. Entahlah. Sorry kalau kau rasa tak selesa dengan aku. Aku janji lepas ni aku try control diri aku..."

Dari anak mata Hazizul, Airina tahu ada sinar kejujuran di situ. Setiap bait-bait kata Hazizul meresap masuk ke dalam hatinya tanpa sempat Airina meletakkan penghadang.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen3h.Co