Bab 10
Kebosanan melanda bila aku terpaksa duduk seorang diri kat rumah. Tak tahu nak buat apa. Papa dengan mama dari pagi tadi dah keluar. Nak pergi kenduri kahwin katanya. Aku malas nak ikut. Sekali dia orang beritahu lepas pergi kenduri kahwin, dia orang nak pergi Bukit Tinggi pula. Saja jalan-jalan. Tinggalkan aku.
Ha, tulah... Tadi masa mama ajak, aku jual mahal. Sekarang ni padan muka kena tinggal. Tapi nak sedapkan hati, aku cakaplah aku tak nak ganggu momen papa dengan mama bermadu asmara. Papa dengan mama tu walaupun dah berusia, dia orang masih romantik macam dulu-dulu.
Aku memang respek habis dekat papa sebab layanan dia pada mama tak pernah berubah. Sama macam dulu. Sebab itulah aku mengimpikan seorang suami seperti papa. Tapi aku tak tahulah bila waktu itu akan tiba. Waktu untuk aku bertemu dengan lelaki yang akan beristerikan aku. Yang sudi beristerikan aku.
Hmmm... Apa aku nak buat ni? Papa dengan mama mesti balik lambat lagi.
Aku toleh kiri. Aku toleh kanan. Cuba cari idea untuk mengisi ruang kebosanan. Tidak semena-mena, aku teringatkan pelawaan Eid semalam.
Oh, yalah... daripada aku tak tahu nak buat apa kat rumah ni, baik aku pergi tengok Eid main basketball.
Jam di dinding aku kerling. 2.45 petang. Cantik! Masih belum terlewat untuk aku saksikan perlawanan bola keranjang. Tanpa melengahkan masa, aku terus naik ke bilik dan bersiap. Bersiap ala kadar saja. Jean dan t-shirt. Ringkas. Rambutku yang melepasi bahu, aku ikat satu. Sebelum keluar bilik, aku sempat capai topi pink kegemaranku. Topi yang Lyn hadiahkan sempena ulang tahun kelahiranku yang ke-16.
Start aje enjin motor, aku terus pecut ke pusat sukan. Aku dah selalu pergi situ. Dah biasa dengan tempat tu. Dah tahu semua selok-belok. Dari dulu memang Eid selalu main basketball dekat situ. Kalau ada apa-apa perlawanan pun dekat situ juga.
Waktu aku sampai di gelanggang, perlawanan sudah pun bermula. Aku ayun langkah ke tempat yang biasa aku duduk. Mujur masih ada kerusi kosong. Letak aje punggung, mataku terus melekat pada Eid. Bukan susah pun nak cari Eid dekat gelanggang yang ada sepuluh orang pemain tu.
Jersi nombor 21. Itu nombor jersi Eid. Dari dulu hingga kini. Nombor kegemarannya. Aku pun tak tahu kenapa itu nombor kegemaran Eid. Nak kata birthday dia jatuh pada 21 hari bulan, tidaklah pula. Birthday aku yang jatuh pada 21 hari bulan. 21 September.
Pandangan mataku bergerak mengikut pergerakan Eid. Eid berlari ke kiri, mataku ikut berlari ke kiri. Eid berlari ke kanan, mataku turut berlari ke kanan. Dan bila Eid berjaya menjaringkan gol, hati aku melonjak gembira. Aku sekarang ni tak ubah macam fan girl.
Tapi aku rasa reaksi aku masih lagi terkawal. Tak adalah teruja macam budak perempuan kat depan aku ni. Over sangat reaksi dia bila Eid jump shot. Ni mesti salah seorang peminat Eid. Aku tak kesah pun sebenarnya. Cuma menyampah aje. Dari tadi aku dok dengar dia cakap, handsomenya... hotnya... oh my man... sexynya. Entah apa-apa aje. Geli pula aku dengar.
Aku ada terfikir nak tukar tempat tadi tapi memikirkan tempat aku ni boleh dikatakan strategik, malaslah pula aku nak berganjak. Makanya, aku tadah ajelah telinga.
"Weh, weh, weh... kau nampak tak tadi? Cara dia pass bola tadi, macho giler."
Ha, tengok! Ada aje benda dia nak komen. Terganggu konsentrasi aku tahu tak? Jangan sampai aku ketuk kepala dia suruh diam.
"Haah, weh. Masa dia pusingkan badan nak pass bola pun macho. Aku suka."
Kawan dia pun dua kali lima. Sama-sama menggedik.
Tak. Yang aku tak faham sekarang ni, handsome sangat ke Eid tu? Macho sangat ke? Hot sangat ke? Kenapa dia orang nak adore sangat mamat tu? Aku tak faham.
Eh, tapi... bukan ke apa yang aku buat tadi tu boleh dikira sama macam dia orang? Adore Eid?
Eh, tak-tak... Aku bukan adore Eid. Aku adore cara Eid main basketball. Ada beza tau antara adore Eid dengan adore cara Eid bermain.
Trust me. It's different.
Hati aku segera menafi. Yalah, tak mungkin aku adore Eid. Tak mungkin!
Perlawanan berehat sebentar. Semua pemain keluar dari gelanggang. Tika itu, mataku bertemu dengan mata Eid. Eid tersenyum manis bila dia nampak aku. Tangannya terus melambai ke arahku.
"Weh... dia lambai kat kita ke? Dia senyum kat siapa?"
"Taklah. Dia lambai kat budak belakang kita."
Aku tersenyum dalam hati apabila terdengar bisikan itu. Sekurang-kurangnya mereka tahu lambaian dan senyuman Eid itu untuk aku. Bukan untuk mereka. Terselit rasa bangga dalam diri. Walaupun aku tak tahu kenapa aku perlu berasa bangga.
Eid berjalan ke arahku sambil mengelap peluh di wajahnya. Aku cuba berlagak normal padahal jantung aku tiba-tiba berdegup pantas melihat Eid berjalan ke arahku dengan aksi sebegitu. Dah kenapa dengan aku ni? Takkan dah berjangkit virus gatal dengan budak perempuan depan aku ni?
"Aku ingat kau tak datang," tutur Eid seraya melabuhkan punggungnya di sebelahku.
"Bosan," jawabku mudah.
Eid masih lagi mengelap peluh. Aku buang pandang ke tempat lain. Cuba kawal gelora perasaan sebaik mungkin. Cuba berlagak tenang.
"Thank you for coming."
Aku hanya senyum segaris. Mataku melilau tanpa arah. Detik ini, aku boleh pandang apa sahaja kecuali Eid. Aku tak tahu kenapa hati aku akan cemas bila pandang dia. Macamlah selama ni tak pernah pandang dia.
Eid kerling aku. Diam. Dia tak cakap apa-apa. Aku pun diam. Mataku masih meliar ke tempat lain. Tiba-tiba Eid bersuara.
"Kau cari dia ke?"
"Hah?"
"Dia tak ada hari ni."
Eid terus bangun dan melangkah pergi. Aku termangu-mangu.
Apa maksud Eid?
Siapa 'dia' yang Eid maksudkan?
Beberapa saat kemudian, baru aku faham. Eid maksudkan Ariff. Tapi sumpah... aku tak terfikirkan dia langsung. Kenapa Eid ingat aku tengah cari dia?
Perlawanan diteruskan semula. Pandangan mataku kembali melekat pada Eid. Memandang setiap gerak-geri dia. Kenapa aku rasa cara Eid bermain kali ni lain macam? Macam sedikit ganas. Hmmm, tak fahamlah aku. Aku perhati aje Eid. Riak wajahnya, pergerakannya... kelihatan berbeza. Kelihatan tegang.
PERLAWANAN akhirnya tamat dengan keputusan team Eid 40 dan team lawan 28. Nak ke penghujung perlawanan, Eid mengganas. Dia banyak jaringkan bola. Tak henti-henti shoot.
"Aur... tunggu aku," pinta Eid lepas habis game tadi.
Justeru, aku masih di sini walaupun sudah hampir setengah jam perlawanan berakhir. Aku tunggu Eid mandi dan tukar baju. Yang bagusnya tentang pusat sukan ni, mereka ada sediakan tempat mandi. Kebiasaannya Eid akan mandi dulu sebelum dia balik. Sebab kadang-kadang dia akan pergi ke tempat lain. Bukan terus balik ke rumah.
Tidak lama kemudian, Eid muncul dengan wajah yang kelihatan segar. Ya, dia nampak sangat fresh. Baru lepas mandi, kan? Mestilah nampak fresh.
"Sorry buat kau tunggu lama," kata Eid.
"Tak apa..."
Eid tiba-tiba tadah tangan depan aku. Aku kerut dahi. Tak faham.
"Kau bawa motor, kan?"
Kepalaku mengangguk.
"Meh sini kunci motor. Aku bawa. Kau duduk belakang."
"Hah?"
Aku tercengang. Terkejut.
"Motor kau mana?"
"Aku tak bawa motor. Aku datang dengan kawan aku tadi."
"So, kau suruh aku tunggu kau sebab kau nak balik dengan akulah?"
Eid mengangguk-anggukkan kepalanya.
Aku teragak-agak nak bagi kunci motor aku pada Eid. Sebab aku tak sangka aku akan naik motor dengan Eid. Aku tak sangka kita orang akan naik motor sama-sama.
"Cepatlah. Mana kunci motor?" gesa Eid.
Aku pandang Eid. Selambanya dia ni. Nak tak nak, aku terpaksa serahkan kunci motor dekat dia.
"Jom!"
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen3h.Co