Truyen3h.Co

Backup Cinta

Bab 14

karyaseni2u

"JADI sekarang ni encik nak yang macam mana? Bagaimana? Boleh tak encik terangkan kepada saya." Diana cuba menahan suaranya.

Berbuih-buih mulutnya menerangkan itu dan ini. Mencadangkan segala konsep yang menjadi trend sekarang tapi gelengan yang dia dapat sebagai jawapan. Siapa tak sakit hati?!

"Kenapa tanya saya pula? That's your job not mine!" Mendatar saja suara lelaki di depan Diana bagaikan tidak melihat kemarahan di sebalik mata cantik itu.

Diana Humaira mengeluh perlahan. Dia panggung kepala melihat lelaki yang enak bersilang kaki di depannya. Memang la dia pereka dalaman tapi dia memang tak tahu apa yang perlu dia cadangkan untuk memuaskan hati lelaki di depannya. Kalau lelaki itu bukan klien dah lama dia bungkus di dalam plastik dan campak ke tempat pelupusan sampah.

"Kenapa diam? Tak ada idea or you can't make it?"

Senyuman mengejek yang terlakar membuatkan hati Diana yang panas bertambah panas. Panas sampai nak rentung.

"Macam ni la, Cik Humaira. Kalau awak tak boleh buat atau tak berkeyakinan nak buat, saya boleh aje cari pereka dalaman yang lain. I am sure, syarikat awak mesti ada pekerja yang jauh lagi hebat daripada awak, kan?"

Shahrul hampir ketawa usai saja berbicara. Muka biru Diana buat dia lebih seronok menyimbah minyak panas kepada gadis itu. Bulat mata Diana macam nak telan Shahrul hidup-hidup!

Diana tahan rasa. Tangan di bawah meja digenggam erat. Sabar Diana, sabar! Dia paling pantang kerjanya diperlekehkan. Tanpa kata dia menampal senyuman di bibirnya. Dia akan buat lelaki itu terjuling dengan hasil kerjanya nanti.

"Tak payah! Saya akan buat macam yang encik nak tu. I am promise. Encik akan kagum nanti."

Shahrul tayang muka sinis. Nampaknya gadis ini pantang dicabar. Sengaja dia buat muka tak pasti kepada gadis itu.

"Are you sure?" Shahrul menyoal jengkel.

"Yes!" Diana menjawab yakin.

"Good! Saya pun tak nak bazirkan masa untuk hired orang lain tapi..." Shahrul pandang wajah Diana.

"Make sure hasil kerja awak bagus sebab saya bukan orang yang suka menghadap kerja yang tak berkualiti. Faham?!" sambung Shahrul. Cukup dengan muka angkuhnya, membuatkan sesiapa saja yang melihat rasa nak cili aje mulut lelaki itu.

"I rasa kita dah selesai sekarang. I need to go."

Jam tangan dikerling dan saat itu Shahrul mula berdiri.

"Sebelum tu, saya ada satu perkara lagi. Pastikan semua perabot atau cat dalam rumah tu hanya merah dan hitam. No others colours. I hope you understand!"

Dengan senyuman menyenget, jari telunjuk Shahrul tepat pada Diana yang masih duduk dengan muka berbahang. Tanpa pamitan. Shahrul berlalu.

Diana yang ditinggalkan rasa macam orang bodoh! Dia belum sempat pertahankan dirinya lagi. Dia bengang! Ini kali pertama dia bertemu dengan pelanggan yang sangat-sangat menyampahkan. Ini yang leceh kerja untuk lelaki. Lelaki tahu apa? Tahu sakitkan hati perempuan adalah!

"Encik!" Diana berdiri.

Langkah Shahrul terhenti. Tersenyum seketika sebelum berpusing menghadap Diana.

"Yes? Anything?"

"Kalau encik pandai sangat, kenapa tak encik aje dekorasi rumah encik tu sendiri? Encik lebih kenal diri encik sendiri, kan? Apa yang encik nak, apa yang encik tak nak. I think, kalau encik bekerja macam saya, saya rasa encik boleh wujudkan dekorasi yang unik macam encik cakapkan tadi."

Diana paling benci orang yang pandang rendah kepadanya terutama kaum lelaki. Apa lelaki yang bernama Shahrul tu nak sebenarnya? Sebuah susun atur yang unik? Bukan dekorasi yang ala-ala Inggeris, Latin, Sepanyol, Arab atau tradisional. Dia mahukan lain daripada yang lain.

Apa yang lain? Apa yang unik? Nak aku buat pelan yang sofa tergantung atas siling ke? Itu baru sangat unik!

Shahrul mengeluh sinis sambil menghantar terus anak matanya menikam anak mata gadis itu. Berani, tak suka dilekehkan dan punya pendirian. Dia sukakan gadis seperti itu.

"Cik Humaira, kalau saya yang buat sendiri, nanti pekerja-pekerja makan gaji macam awak, tak ada kerja pula, kan? Saya dah upah awak, so flow it. Tak perlu nak banyak bunyi!"

Diana tersentap. Dia cuba menahan mulutnya tapi dia tak mampu. Elok aje dia nak buka mulut, bibir Shahrul bergerak lagi.

"Awak ni hot temper, kan? Buruk kalau perempuan panas baran, Cik Humaira. So next time, kawal diri tu sikit. Ingat, saya ni customer. Balik ni cermin sikit muka tu. Dah macam udang kena panggang," ujar Shahrul dengan rasa geli hati.

Saat ini hatinya memang suka gila tengok riak terpinga-pinga Diana. Hari tu dia melihat sisi gadis itu marah sekarang dia melihat gadis itu terkelu. Dia yakin esok hari dia akan nampak senyuman gadis itu.

Diana terkedu saat senyuman Shahrul dilemparkan khas buatnya. Kerana senyuman itu dia terdiam sebenarnya.

Dia macam monster apabila sakitkan hati orang tapi sangat manis apabila tersenyum, bisik hati Diana tanpa sedar yang dia sudah terpuji Shahrul.

Tapi dia lelaki! Kau tak perlukan lelaki di dalam hidup kau, Diana! Ada satu suara dalam dirinya cuba mengingatkan dia.

Dari jauh, Diana memerhati lenggok Shahrul berjalan. Hatinya yang sejuk dek senyuman tadi, kembali panas.

"Semua lelaki sama aje!" gumamnya perlahan dengan pandangan penuh kelukaan.

ISHA berjalan di lobi syarikat menuju terus ke arah lif tapi tiba-tiba kakinya terhenti.

"Itu kan..."

Mata Isha membulat melihat tubuh yang sedang berbicara dengan seseorang. Pantas dia menyembunyikan diri di sebalik dinding.

"Itu lelaki yang kata dia tengku tu? Mamat tu buat apa dekat sini? Cari aku? Eh, tak mungkin!"

Kecil mata Isha mengusyar wajah mamat tu. Memang betul la, itu lelaki dulu. Kenapa perlu terjumpa lagi? Tak suka la tengok dia sengih. Nampak miang!

"Hoi, kau buat apa dekat sini?!"

Isha pegang dadanya saat tiba-tiba dia disergah. Berdecit mulutnya memarahi Kak Kiah. Terkejut aku tau!

"Apa yang kau tengok?" soal Kak Kiah. Dia sekali join menyorok tepi dinding sambil mengusyar benda yang diusyar oleh Isha.

"Ooo..." Bulat mulut Kak Kiah tiba-tiba.

"Yang kau usyar tengku tu kenapa? Dah buang tabiat?" Kak Kiah membuang nafas. Selamba badak aje dia tepuk bahu Isha sampai gadis itu mengaduh kesakitan. Agak-agak la nak tampar pun!

"Hah?"

"Apa yang hah?"

"Kak Kiah cakap apa tadi? Tengku?" Isha nampak seperti terkejut. Dia cuba mengingati balik apa benda yang dia dengar tadi.

"Hesy! Dah pekak ke kamu ni. Ya la, Kak Kiah cakap tengku tadi." Kak Kiah menggeleng perlahan.

"Tapi, yang kamu duk usyar Tengku Khairul tu kenapa?" sambung Kak Kiah lagi.

"Serius, kak? Dia memang tengku?"

Kak Kiah berdecit. Pekak juga budak seekor ni rupa-rupanya.

"Ya la, dia tu tengku. Kamu ni yang pelik sangat kenapa? Macam tak percaya dia tengku pula."

Isha terdiam. Jadi maknanya lelaki itu tak menipu? Memang dia tengku. Aku aje yang fikir bukan-bukan. Fikir dia menyamar la. Kalau dia tahu aku ingat dia tu penipu, mesti kena aku.

"Kak Kiah kenal dia?"

"Ya la kenal. Dia tu klien baru syarikat. Handsome, kan?"

Isha mengangguk. Handsome tapi lagi handsome bos beruang aku.

"Sekejap! Yang kamu ni asyik mengintai kenapa? Suka dia, eh?" tebak Kak Kiah. Kalau betul, boleh jadi gosip ni.

Kak Kiah pandang Tengku Khairul. Kacaknya. Rugi dia kahwin awal, kalau tak mesti dia buat tengku tu gila kepadanya. Ceh! Perasan gila!

"Mana ada! Kak Kiah jangan nak teka sembarangan, ya!"

"Eleh! Kalau suka katakan suka. Kak Kiah tak bagi tahu orang lain. Janji!"

Isha mencebik. Janji la sangat! Janji Kak Kiah bukan boleh pakai. Sekali dicup wartawan pejabat, memang wartawan juga. Jangan la siapa-siapa cerita rahsia kepada Kak Kiah ni kalau tak nak rahsia terbongkar.

"Tak ada la. Tadi nampak macam kenal tapi apabila Kak Kiah kata dia tengku, rasanya silap orang. Itu aje. Pandai aje Kak Kiah ni nak buat cerita. Nak jadikan gosip la tu!" balas Isha menipu.

"Ya ke?" Kak Kiah bagaikan tak percaya.

"Ya la. Tak percaya? Kalau tak percaya sudah!" Isha tayang muka selamba.

Di depan Kak Kiah memang kena selamba. Kalau buat muka simpan rahsia, jangan nak menangis kalau Kak Kiah ni cuba korek rahsia. Kak Kiah ni kalau nak korek rahsia, dia tak guna cara tradisional tapi dia guna cara paling efektif sekali!

Malas melayan Kak Kiah, Isha berlalu. Sempat lagi dia menjuihkan mulut kepada Kak Kiah.

"Eh Isha, tunggu aku la!" jerit Kak Kiah. Dia mengejar langkah Isha. Walaupun Isha selamba, dia macam dapat lihat sesuatu dari wajah itu.

Tengku Khairul Adam berpusing terus saat telinganya terdengar jeritan seseorang. Dari jauh dia melihat dua orang perempuan menghampiri lif. Matanya dipicingkan pada tubuh itu. Macam kenal aje susuk tu?

Saat itu wajah perempuan di KLIA terbayang di ruang mata. Tengku Khairul melepaskan nafas berat. Dia berharap bertemu gadis itu lagi. Nama gadis itu pun dia tak tahu sedangkan dua kali mereka bertemu. Kali ketiga kalau bertembung, wajib dia dapatkan nama gadis itu. Dia tekad!

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen3h.Co