Truyen3h.Co

Backup Cinta

Bab 6

karyaseni2u

"SIAPA dia?"

Shahrul mengecilkan anak matanya. Meneliti tubuh yang terbias dalam rakaman CCTV. Gadis itu sesekali terbongkok dan bergerak kecil. Tapi tiba-tiba gadis itu nampak terkaku dan terus melarikan diri.

"Stop!" arahnya pantas.

Dari membongkok dia mula berdiri. Tersenyum sinis sambil memandang gadis yang sedang kaku dalam kaca TV.

"Pekerja syarikat, bos," jawab Rahman dengan mata turut berlabuh pada gambar gadis itu.

"Aku nak kau cari budak tu! Sampai dapat. Bawa dia kepada aku!"

Bibir Shahrul terconget ke atas. Melihat dari rakaman itu, gadis itu seolah-olah terkejut mendengar sesuatu. Semuanya terlukis pada wajah yang tiba-tiba pucat itu. Pasti ada sesuatu yang gadis itu terdengar hingga buat dia terkejut malah pantas melarikan diri.

Dia sebenarnya memang dah lama mengintip Adnan. Dia hanya mencari masa untuk memerangkap dua makhluk tak guna tu. Gadis itu mesti dicari. Dia perlu tahu apa yang gadis itu tahu kerana dia yakin gadis itu tahu sesuatu.

"Baik, bos!"

Shahrul kembali membongkokkan badannya. Memerhati gadis itu buat sekian kalinya. Macam pernah lihat tapi di mana?

Argh! Pedulikan semua tu. Ini bukan masanya nak mengingati tapi masa untuk mengakhiri segala-galanya. Dia akan sumbat si tak guna tu ke dalam penjara. Biar mereput!

"Errr... Bos... Gadis tu tak bekerja hari ni. MC..." ujar Rahman sejurus saja dia mendapat maklumat. Dia tergagap sebentar saat mata tajam itu singgah di wajahnya.

"Habis tu kalau dia tak datang kerja, aku tak boleh jumpa dia? Macam tu?" Lembut suara Shahrul tapi tersembunyi perasaan berangnya.

"Kalau dia tak datang, tak boleh cari ke? Rumah dia? Kenapa? Dia tinggal dekat planet Marikh sampai tak boleh nak kesan?!"

"Aku tak kira, dia mesti ada di depan aku hari ni! No excuse. Faham, Rahman?!" Jari telunjuk Shahrul tepat di depan mata Rahman.

Naik juling dibuatnya. Malu juga ditengking sesuka hati. Shahrul ni memang tak memikirkan perasaan orang langsung. Marah apabila nak marah. Macam bagus!

Shahrul mendengus kasar. Kerja mudah pun susah nak buat. Tak reti guna otak untuk berfikir!

"Aku nak dia secepat yang mungkin!" Keras suara Shahrul sebelum dia keluar lalu menghilang di sebalik pintu. Wajah Rahman langsung tak dipandang.

Rahman mengeluh. Asyik kena marah aje. Mungkin dah nasib dia. Reda aje la.

ISHA keluar dari rumah terus menuju ke tong sampah. Usai membuang sampah dia termenung seketika.

Dari semalam fikirannya terganggu. Kejadian semalam betul-betul bagai sedang mencekiknya dalam diam. Dia tak boleh berhenti berfikir. Rasa macam kepalanya tengah menjunjung sepuluh kilo beras. Kekadang juga rasa macam nak aje letak kepala di atas jalan biar kena lenyek dengan lori sampah.

Hari ni dia MC, esok dia EL. Habis, hari seterusnya macam mana pula? Takkan nak berhenti kerja? Tapi kalau dia tak berhenti maknanya dia bekerja dengan pembunuh. Dikira bersubahat ke dia nanti?

"Argh!!!" Isha menjerit kuat. Habis tudung ditarik geram hingga pin di bawah dagu tercampak sendiri. Dia betul-betul buntu! Rasa macam ditikam berulang kali tapi tak mati-mati.

"Kau relaks, Isha. Tarik nafas dulu." Dia cuba mententeramkan diri sendiri. Tudung yang senget langsung tak dihiraukan.

Isha mula bangun dan saat itu juga ada kereta hitam berhenti di depan rumahnya. Sempat dia berkerut dahi sebelum dua orang dari kereta itu keluar dan menarik dirinya. Matanya membulat.

"Apa ni? Apa ni?!" Isha terpanar. Kasar tubuhnya ditarik dan dihumban ke dalam kereta. Kereta itu kemudian membelah laju.

"Umph... Umph!!!" Isha meronta kuat. Mencerlung pandangannya kepada lelaki yang masih menutup mulutnya. Tangannya pula dipegang rapi.

"Lepaskan aku la, bangang!" jerit hatinya kuat.

"Lepaskanlah dia tu. Dah macam ular meliuk-lentok dah aku tengok," suruh lelaki yang bertahi lalat di pipi.

Sekejap saja Isha rasa mulut dan tangannya dilepaskan.

"Lepaskan aku! Lepaskan aku!" Isha menjerit kuat sambil rakus mencakar lelaki bertahi lalat sejurus saja tangannya dilepaskan. Terkial-kial si tahi lalat menepis serangan daripada Isha.

Salleh terpaku apabila si tahi lalat diserang. Cepat-cepat tangan Isha dipaku biar tak bergerak tapi dia silap menduga. Sekejap saja kepalanya rasa macam nak naik benjol. Berani perempuan tu hentak kepala pada dahinya.

"Leh, pegang perempuan gila ni!"

Salleh terus mengerahkan tenaganya. Sekelip mata Isha terkaku.

"Siapa kau orang semua ni? Apa yang kau orang nak? Lepaskan aku, gila! Aku bukan orang kaya yang kau orang nak culik. Mak bapak pun aku tak ada!" jerit Isha siap membebel lagi. Giginya diketap. Kalau dapat tangan orang ni, putus dia gigit!

Arman, si tahi lalat cepat-cepat meletakkan jari ke mulut Isha.

"Shhh!!!" Bingit telinganya dengan jeritan itu. Siapa la minah terkurang gula yang bos suruh culik ni?

"Apa shhh?! Kau orang culik aku lepas tu nak aku diam? Ingat aku tunggul? Lepaskan aku la!" Dalam keadaan panik macam ni sempat lagi Isha marah. Muka Salleh yang sedang memeluknya dipandang garang.

"Yang kau peluk aku kenapa? Kau orang Muslim ke apa? Main peluk aku! Lepas! Lepas!" Isha meronta kuat. Geli! Habis bakal suami aku tak dapat jadi yang pertama peluk aku! desis Isha dalam hati.

Salleh tersedar. Cepat-cepat dia lepaskan. Dapat tahu dekat bini, benjol kepalanya kena hentak dengan kuali. Apabila Isha cuba mengganas lagi, cepat-cepat tangan gadis itu dicengkam. Kejap!

"Lepaslah!!!"

"Okey, aku lepas tapi kau janji takkan mengganas macam tadi. Kalau tak..." Salleh memberi amaran. Muka Arman yang masih menggosok mukanya kerana dicakar, dia pandang.

Isha mengangguk akur. Salleh melepaskan tangan Isha malah menjauh sedikit dari gadis itu. Isha sebik. Kenapa dia diculik? Dia mangsa penjualan organkah? Lantas muka Salleh dipandang.

Berkedut muka Salleh apabila dipandang. Belum sempat dia berbuat apa-apa, wajahnya tiba-tiba diserang ganas.

"Lepaskan aku! Ingat aku tak tahu yang kau orang ni sindiket jual organ? Baik lepaskan aku kalau tak, aku bunuh kau orang!"

Tangan kecil Isha semakin rakus terawang-awang memukul Salleh. Puas hatinya apabila Salleh menjerit. Keadaan di dalam kereta semakin tak terkawal sehingga pemandu pun keliru.

Arman cuba meleraikan tapi dia tersandar apabila disiku oleh Isha tepat pada bibirnya.

"Penjahat tak guna. Kau orang ingat aku anak patung ke nak culik? Jahat! Jahat!"

Isha semakin ganas. Kali ni kepala Salleh diketuk kuat. Apa nak jadi, jadilah. Nak kemalangan pun Isha dah tak kesah asalkan organ dia tak diambil secara haram. Asalkan dia tak dibunuh hidup-hidup.

Saat Isha semakin ganas dengan tangan dan kaki yang menerawang, tiba-tiba Isha rasa mulutnya ditekup dengan benda lembut. Tindakannya terhenti dan terasa dunianya kelam tiba-tiba.

Salleh dan Arman, dua-dua tersandar lemah di dalam kereta. Hampir saja mereka putus nyawa dibelasah oleh Isha. Kalau macam ni memang confirm, bos mereka patut beli insurans nyawa kepada mereka.

"Perempuan gila!" maki Arman sambil mengelap darah yang keluar dari hidungnya. Berdengung hidungnya terkena siku maut Isha tadi.

Salleh ketawa tiba-tiba.

"Kau ketawa macam orang gila kenapa?"

Orang sakit, boleh ketawa pula. Muka Isha yang pengsan dipandang.

"Kau cuba tengok muka kau dalam cermin. Macam orang abnormal dah." Salleh ketawa lagi. Geli hati apabila melihat rambut Arman yang kusut-masai.

Arman ketap bibir geram.

"Kau gelakkan aku. Kalau kau tengok muka kau sekarang, confirm histeria!"

Tawa Salleh mati. Rambutnya disentuh sebelum berdecit memandang Isha. Nasib Arman pantas buat gadis itu pengsan, kalau tak memang mereka yang pitam dulu.

"Mana bos jumpa perempuan gila ni?" Salleh tak puas hati.

Arman mengangkat bahu. Dia pun tak tahu. Baru saja nak menjawab, telefonnya berbunyi.

"Siapa?" tanya Salleh.

"Bos!" jawab Arman sepatah sebelum menjawab.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen3h.Co