Truyen3h.Co

Cinta Infiniti

Bab 7

karyaseni2u

"Miss Jenny, saya dah check tiga kali borang claim ni dengan semua resit yang disertakan. Tak tallylah... Rasanya ada resit yang tercicir." Aku dah naik pening kepala kena check semula segala mak nenek resit yang disertakan kat borang claim ni. Tak boleh ke dia claim sikit-sikit? Ni sekali claim punyalah banyak resit yang disertakan.

Nak kata aku tercicir atau terjatuhkan sekeping dua resit ni, tak mungkinlah sebab dia dah staple elok-elok dengan dawai kokot yang saiz besar tu.

"Siapa punya claim?" Jenny tanya dari meja dia, tak angkat muka pun pandang aku. Busy sangat amoi tu gamaknya.

"Errr... Encik Umar Azharie." Aku terpaksa bangun dan bisik kat telinga Jenny. Karang dengar dek Nina tu, mulalah dia menggedik nak tahu apa ceritanya. Sejak akhir-akhir ni tersumbat telinga aku dengan segala macam cerita tentang Umar Azharie ataupun nama manjanya yang Nina panggil, Abang Ayie. Hiii...

"Are you sure Umar Azharie punya claim? Bukan orang lain? Setahu I, dia punya claim tak pernah silap tulis." Barulah Jenny nak angkat muka dan pandang kat aku yang berdiri kat sebelah dia ni.

"Betul, dah tiga kali I check... Resit dengan borang claim tak tally. Variance about RM200." Aku buat muka risau. Kalau dah tak tally jangan kata RM200, dua puluh sen pun aku tak boleh proceed claim dia ni. Berpinar-pinar mata aku check borang claim dan resit-resit semua department hari ni. Dahlah aku kena siapkan report hari ni juga. Nak kena bagi Jenny check dan pihak atasan luluskan. Lepas tu barulah buat payment. Hailah... Kalau banyak yang tak tally jenuhlah aku. Kat meja tu adalah dalam sepuluh borang claim lagi aku nak kena selesaikan. Kejap lagi waktu kerja dah nak habis, takkan nak bawa balik buat kat rumah pula?

"Betul tak tally? Are you 100 percent sure?" Alamak Jenny ni, tak percaya cakap aku pula. Aku ni boleh tahan cekap juga bab-bab mengira ni. Aku memang minat bergelumang dengan figures, sebab tu aku ambil accountancy.

"Betul... You checklah..." Aku unjuk borang claim dengan resit tebal kat tangan aku ni. Jenny pandang aje, tak sambut pun.

"You pergi tanya dialah..."

"Ha?" Aku salah dengar ke arahan Jenny ni?

"Pergi jumpa dan tanya dia sendiri." Jenny ulang arahan dengan lebih jelas. Hish... Takkanlah aku pula nak kena pergi tanya Abang Ayie Si Nina tu? Aku suruh Ninalah.

"Wait!" Jenny suruh aku tunggu sambil tangan dia mendail telefon di atas meja dia. Aku dengar dia bercakap dengan seseorang. Sekejap aje dia dah letak gagang telefon.

"Pergi naik atas jumpa dia. I dah beritahu dia..." Aku rasa macam tak percaya aje, kenapa aku pula yang kena naik jumpa Umar Azharie ni?

"I suruh Nina naik boleh tak?" Aku yakin, Nina mesti melompat kesukaan kalau aku suruh dia naik ke pejabat arkitek tu.

"You yang proses claim ni, kenapa nak suruh Nina pula? Dah... Dah... Pergi naik sekarang, dia dah tunggu tu. Lambat-lambat nanti dia tak ada pula." Sakit hati pula aku dengan Jenny ni. Tak boleh ke panggil aje Umar Azharie tu turun bawah? Betulkan claim dia kat sini? Hrm... Mentang-mentanglah aku ni intern aje, maka kenalah aku menghadap dia orang tu semua, ya? Grrr... Geram la pula. Aku buang borang claim dengan resit ni dalam tong sampah karang baru padan muka dia!

"Pergi sekarang..." Jenny arahkan aku lagi sekali. Macam tau-tau aje aku nak duduk balik kat tempat aku. Cis...

Keluar aje dari lif kat tingkat tujuh tu, aku melingaskan pandangan. Dahlah tempat Umar Azharie tu kat hujung sana, banyak meja aku nak kena lalu ni. Segannya aku.

Aku berjalan perlahan-lahan sambil menundukkan pandangan. Macam alien yang tersesat kat bumi pula rasanya. Lagi beberapa kaki nak sampai kat meja Umar Azharie, aku tegakkan kepala dan aku nampak dia tengah tersenyum pandang aku.

"Have a seat, Hani." Dia suruh aku duduk sebaik sampai kat depan meja dia yang tengah berterabur tu. Ya Allah, meja ke tongkang terlanggar batu karang ni? Sesuai jadi port kucing nak beranak ni.

"Duduklah." Sibuk dia pegang dan susun kertas-kertas yang berterabur kat atas meja dia tu. Macam-macam ada.

Aku duduk kat kerusi depan meja dia tu. Tanpa sepatah kata, aku hulurkan borang claim dan resit-resit kat tangan aku ni. Dia sambut dengan senyuman.

"Tak tally." Terpaksalah aku bersuara juga.

"Ya ke? Rasa dah betul dah masa kira hari tu." Dia ambil stapler dan korek dawai kokot yang distaple kemas kat resit-resit tu.

"Tolong abang kira, ek?" Dia cakap macam tu sambil pandang aku, dengan senyum senget dia tu.

"Errr... Encik kiralah dulu. Dah betul nanti saya datang ambil." Sebenarnya nak aje aku suruh dia hantar balik borang claim tu apabila dia dah siap kira dan betulkan tapi rasa macam tak kena pula. Dah sah-sah dia ni pekerja tetap yang berkedudukan kat sini sedangkan aku ni hanyalah pelajar praktikal sahaja.

"Kita kira sama-sama, ya?" Ek, eh... Dia buat permintaan pula. Lepas tu dia bangun dan bergerak ke mesin fotostat. Dia copy borang claim tu kemudian letakkan yang original ke tepi meja.

"Abang sebut resit dan jumlahnya, Hani tolong marks kat borang tu, ya?" Dia hulurkan aku copy borang tu dengan sebatang pen. Aku dah seram sejuk aje ni sebab dia dok bahasakan diri dia sebagai abang. Aku rasa macam tak sesuai aje dia bahasakan diri macam tu. Bahasakan diri sebagai saya kan bagus.

Lepas tu, satu-satu dia sebut item dan jumlah resit kemudian aku tanda kat borang tu dengan pen merah. Rasa macam cikgu sedang memeriksa buku rampaian anak murid pun ada juga ni.

"Hai... Buat apa ni?" Satu suara kedengaran dekat dengan telinga aku. Kus semangat... 'Kembar' dia rupa-rupanya.

"Check claim aku... Cik adik manis ni kata tak tally." Umar Azharie jawab pertanyaan 'kembar' yang dah berdiri kat sebelah dia.

"Sejak bila pula kau pandai check-check claim ni? Bukan selalu Nita ke yang buatkan?"

"Ala, Nita kan busy... Aku buatlah sendiri." Ooo... Patutlah salah kut, selama hari ni staf dia yang isikan borang claim ni. Tapi takkan bos dia main sain aje, kan?

Kalau ikutkan, sekejap aje boleh siap tapi dah dia berduet dengan Akmal Rizal tu tanya aku macam-macam soalan, maka dekat 30 minit jugalah baru selesai. Itupun banyak soalan dia orang yang aku abaikan dan jawab dengan senyuman aje. Bukannya ada kena-mengena dengan kerja pun soalan dia orang tu.

Yang depa duk ulang-ulang tanya, asyik nak tahu aku ni dah ada special boyfriend ke belum. Agaknya memang 'kembar' ni kasanova kut? Aku rasa mesti semua budak praktikal dia tanya dan layan macam aku ni kut? Hailah nasib.

"Terima kasih, Hani." Umar Azharie ucapkan terima kasih masa aku dah berdiri nak balik ke tingkat lima. Akmal Rizal pun dah kembali ke mejanya semula.

"Sama-sama." Aku terus berpaling pergi, tak larat dah nak pandang senyum senget dia tu. Dahlah meja macam apa aje semaknya, nasib baik juga tuan meja tu tak serabut dan serabai macam meja dia. Tengah banyak kerja kut. Ni mesti dia ikut kajian daripada Dr. Kathleen Vohs dari University of Minnesota, Amerika Syarikat tu yang kononnya meja kerja berselerak mampu menjana minda pekerja agar lebih kreatif dalam melaksanakan tugasan. Hrmmm...

Sampai kat bawah, Jenny tanya aku progress borang claim tu. Pandai pula dia kompelin kata aku naik atas lama sangat. Aku diam aje, dia yang suruh aku naik kan, bukan aku nak. Dahlah orang kat atas tu sengaja buat lambat-lambat. Tengok resit tu satu-satu macam mengeja pula aku rasa. Tapi yang bestnya, tiba-tiba tally pula jumlah resit dengan borang claim tu. Tak ke ajaib tu? Padahalnya banyak kali aku check kat bawah ni, memang tak tally. Huh!

Resit-resit yang tadinya aku masukkan ke dalam folder aku susun satu per satu mengikut turutan di borang claim. Haaa... Kenapa dua resit ni tak ada kesan staple pun? Mesti Umar Azharie ni baru letak. Sebab resit-resit yang lain semua ada kesan tebukan dawai kokot. Tapi aku malas nak cakap banyak, nanti tak siap kerja aku lambat pula aku balik.

Akhirnya dekat jam 6.30 petang baru aku dapat meloloskan diri untuk pulang. Setelah aku compile semua report tu, aku serahkan ke tangan Jenny yang belum ada tanda-tanda nak balik. Nina dah balik setengah jam yang lalu. Dia tak boleh balik lambat sebab ayah dia yang jemput.

"Hani, jom abang belanja minum." Ada suara menegur sebaik aku melangkahkan kaki ke dalam lif. Umar Azharie tengah tersengih pandang aku. Dia seorang aje dalam lif. Aku rasa nak aje patah balik kalau kaki aku belum masuk dalam lif. Tapi apakan daya.

"Tak apalah, saya kena balik cepat." Aku buat alasan dan terus tekan butang lif untuk ke basement.

"Pagi esok kita sarapan sama-sama, ya?"

"Saya selalunya dah sarapan siap-siap kat rumah." Aku buat alasan lagi. Lepas tu dia diam. Aku pun diam. Kami sama-sama turun ke basement.

"Bye Hani, see you tomorrow!" Dia lambai kat aku yang tengah berdiri kat sebelah Perodua Axia comel aku ni.

"Bye!" Aku balas juga lambaian dia yang sedang buka pintu Honda HR-V putih dia tu.

Pagi ni aku sampai agak awal, sebab jalan lengang pula. Susah nak jangka keadaan trafik di jalan raya ni. Ramai orang dah mula bercuti sebab hari ni hari Jumaat ke, ataupun sebab tidak ada kereta rosak ataupun kemalangan sepanjang laluan aku dari rumah tadi? Apa-apa pun aku bersyukur kerana perjalanan aku selamat sehinggalah ke petak parkir di basement ini. Alhamdulillah.

Aku keluar dari kereta sambil sandang beg tangan di atas bahu. Sebaik mengunci kereta, aku betul-betulkan baju kurung satin batik yang berkedut di sana sini. Baju ni memang cepat nampak renyuk padahal masa aku gosok pagi tadi bukan main licin lagi. Aku mula mengatur langkah hendak menuju ke pintu lif apabila ada suara garau menegur.

"Assalamualaikum, Hani!" Kuatnya suara dia, rasa bergema pula basement ni. Aku pusing dan pandang ke arah datangnya suara tu. Umar Azharie sedang tersenyum sambil berjalan agak laju menghampiri aku.

Di atas bahunya tersandang beg berisi laptop. Kat tangan dia ada satu lagi beg kotak yang agak besar. Dia bawa pakaian ke? Gaya macam lari dari rumah pun ada.

"Waalaikumussalam." Aku jawab salam dia dan kami berdiri berpandang-pandangan antara satu sama lain.

"Teman abang sarapan?" Dia cakap sambil kerling jam tangan dia. Aku tahu jam belum pun menunjukkan angka lapan pagi. Lagi sejam barulah waktu kerja akan bermula. Kalau dia ajak aku bersarapan, bolehlah aku tolak dan kata dah makan kat rumah tadi. Tapi dia ajak aku teman dia sarapan. Ishk... Macam mana ni?

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen3h.Co