Truyen3h.Co

Dalam Rintis Hujan

BAB 5

karyaseni2u


3 tahun kemudian...

Keluarga Ashri dan Sufiah

"Bayi. Balik-balik kes alik-Balik kes buang buang bayi. Bilalah masyarakat nak sedar yang anak ni bukan sampah, main campak-campak?" bebel Ashri sambil memerhatikan kes baru pembuangan bayi yang terpampang di dada akhbar Utusan yang sedang dibacanya.

"Itulah. Kan kebanyakan hospital sekarang ada baby hatch. Kat situ tak ada CCTV pun. Kalau letak anak dalam tu, mereka akan ambil dan serahkan kepada pihak berwajib..." balas Sufiah.

"Dia orang tak tau agaknya. Awak tahulah masyarakat kita. Nak beritahu fasal baby hatch pun kena tempelak. Ada orang cakap nak menggalakkan maksiat. Walhal, kita nak selamatkan anak yang tak berdosa. Tak adanya nak galakkan maksiat. Ingat ada orang nak fikir, tak apa buat maksiat sebab ada baby hatch, boleh letak anak? Mengandung tu bukan mudah, nak bawa sembilan bulan dan beranak bagai nak putus nyawa," bebel Ashri.

"Tu belum lagi yang ambil anak angkat. Ada ke patut ambil anak tak sah taraf sebagai anak angkat pun, ada sesetengah orang label sebagai menggalakkan maksiat. Cakap nanti terkahwin adik-beradik sendirilah. Macam tak reti-reti buat ujian DNA. Kalau dah kata identiti meragukan, pandai-pandailah test DNA sebelum kahwin," tambah Sufiah.

Ashri mengeluh.

"Kita ni kan... Pandai bercakap, kan? Tapi, kita pun tak ada cuba nak menolong..." luah Ashri secara tibatiba.

"Maksud awak?" soal isterinya.

"Saya ingat kan, Sufi... Kalau perniagaan kita dah stabil, kita ambil anak angkat, nak? Ada kawan Si Hadi," cadang Ashri. Mereka belum mempunyai rezeki menambah cahaya mata meskipun anak mereka Hadi sudah berusia enam tahun.

"Awak serius?" soal Sufiah, mencari kepastian.

Ashri mengangguk. "Awak tak suka?" soalnya.

"Mana ada saya cakap tak suka. Saya okey aje. Saya pun sebenarnya ada terfikir. Lepas buat operation buang fimbrial cyst saya tu, macam susah nak lekat. Mungkin harapan lebih tipis sebab saya ada sebelah aje tiub Fallopio sekarang," balasnya, sebak.

Ashri mengangguk sekali lagi. "Manalah tahu, tambah ahli keluarga baru nanti lagi murah rezeki. Kalau tak ada pun, setidak-tidaknya macam saya cakap tadilah, Hadi ada juga kawan."

"Nak cari dari sekarang?" soal Sufiah dengan rasa teruja.

"Tunggulah. Manalah tau lagi setahun dua, peniagaan kita dah maju, saya dapat pangkat Dato, kita terus mohon ambil anak angkat," luah Ashri, memohon lebih masa.

"Okey. Awak jangan buat-buat lupa nanti. Kalau Allah bagi lebih rezeki sebab nawaitu awak ni, kalau tak buat, ditarik balik nanti," ungkitnya.

"Insya-Allah. Saya ingat, Sufi," balas Ashri.

"Tapi kan, bang. Cakap fasal anak ni, saya tibatiba teringatkan kawan baik awak Si Daud tu," ungkit Sufiah.

Ashri meletakkan surat khabarnya ke bawah sewaktu nama Daud diungkit. Dia menyandarkan tubuh ke belakang sambil matanya dilontarkan jauh, memikirkan nasib sahabat baiknya itu yang baru kematian isteri semasa bersalin.

"Saya simpati dengan nasib Daud. Saya tahu dia sedih masa isteri dia tu meninggal. Tapi, saya dengar dia sampai tak mahu pegang anak dia yang baru lahir tu... Apa namanya?"

"Melissa Aurora. Arwah bini dia yang pilihkan nama tu," jawab Ashri. Dia mengeluh. "Saya pun tak tahu apa nak jadi dengan dia. Dah sampai ajal isteri dia, anak pula yang dipersalahkan. Bukan Melissa tu minta emaknya meninggal semasa bersalinkan dia."

"Kalau dia tak nak anak dia tu, kita ambillah jadi anak angkat kita, bang," saran Sufiah.

"Gila awak? Takkanlah dia nak bagi. Dia tu orang senang. Kalau dia tak suka sekalipun, dia mampu nak bela. Dia boleh gajikan orang. Kalau nak kahwin lain pun mampu. Kalau betul nak ambil anak angkat, ambillah dari kalangan yang kita boleh bantu," balas Ashri.

"Saya cakap aje. Dah kalau betul dia tak nak..." luah Sufiah. Geram kerana dilabel gila oleh suaminya.

"Dah. Jangan fikir lagi. Kan saya dah cakap, kalau perniagaan kita stabil esok, kita pergi rumah kebajikan dan JKM, buat permohonan ambil anak angkat," balas Ashri.


Bạn đang đọc truyện trên: Truyen3h.Co