Bab 5
SEMENJAK malam itu, kelibat Alfan langsung tidak menyapa pandangan Dyla. Dia sedikit bersyukur lelaki itu tidak lagi mengganggunya. Lebih sebulan selepas peristiwa kereta mereka berlanggaran itu, baru kini Dyla terasa aman.
Soal duit poket yang dia terpaksa korbankan untuk deposit kereta Alfan, dipinjam daripada Adilah dan Saadah. Cukuplah untuk ketiga-tiga mereka makan dan menampung hidup.
Tetapi kini Dyla buntu. Elaun sudah masuk dalam akaun banknya. Dia berhutang, dan dia perlu bayar. Masalahnya, nombor akaun lelaki itu pun dia tidak tahu! Hendak cari, dia takut. Takut kalau waktu ini lelaki itu sudah tidak mengacaunya lagi... jadi bila dia mula cari, lelaki itu tidak mahu pergi jauh pula. Dia sudah berasa amat tenteram dengan hidupnya kini yang telah kembali normal.
Kelas akan bermula sejam lagi. Telefon Dyla tiba-tiba berbunyi menandakan WhatsApp baru masuk.
Alfan: Dylalala.
Dyla: Dah kenapa?
Alfan: What are you doing?
Dyla: Membaca for the next class. Awak?
Alfan: Working. My dad tak kasi chance langsung nak pergi berseronok.
Dyla: Kerja dengan ayah?
Alfan: Yup yup.
Dyla: Kerja baik-baik.
Alfan: I will. By the way, macam mana yang kes hutang hari tu?
Dyla: Oh tu. Orang dah sedia duit. Tapi orang lupa nak minta nombor akaun dia.
Alfan: Awak ada nombor dia tak? Call, lah.
Dyla: Actually, dah lama juga dia tak datang kampus. Rasa amanlah sikit. Takut nanti kalau dah mula contact dia, dia asyik datang lagi. Sesak nafas ni!
Alfan: Dah tu? Awak ada jalan lain?
Dyla: Tak tahulah... Haih.
Alfan: Dyla, my dad datang. WhatsApp you later. Bye!
Dyla: TTYL.
Dyla simpan kembali telefon bimbitnya. Dia lega dapat bercerita dengan Alfan. Kenapalah Alfan yang ini punya perangai tidak sama dengan Alfan yang dia langgar itu. 'Sepatutnya aku langgar aje dia. Lenyek-lenyek dia biar tak bangun. Keras atas katil hospital aje. Tak delah kacau aku.'
"Menungkan apa?" sergah Shah dari belakang.
"Hui. Salam mana cik abang oi?" Dyla tarik kerusi di sisi, tetapi Shah memilih untuk duduk di hadapannya.
"Assalamualaikum." Shah sengih. Dyla tolak kembali kerusi. Pipi terasa hangat.
"Waalaikumussalam."
"Tak de kelas ke?" tanya Shah. Buku dikeluarkan dari beg.
"Ada. Kejap lagi. Awak dah habis kelas ke?"
"Dah. Ni tengah tunggu kawan. Dia orang kata nak ajak makan ramai-ramai. Tapi sekor pun tak datang lagi." Shah toleh sekeliling.
"Tadi keluar kelas tak sama ke?"
"Tak. Orang keluar awal sikit tadi. Pergi bilik doktor. Nak hantar repot."
"Shah!" Seorang gadis berkaca mata dengan selendang terlilit di kepala mendekati.
"Mimi dah booked tempat untuk dinner malam ni. Tapi dia suruh kita pergi recheck balik. Takut kalau dia orang tak masukkan dalam list ke," kata Julia.
"Oh ya ke? Tadi kata nak lunch ramai-ramai?" Shah pandang Julia. Gadis itu terus tarik kerusi di sisi Shah.
Entah kenapa, telinga Dyla terasa berasap. 'Cemburukah aku?'
"Memanglah. Tapi dia orang keluar lambat sikit. Entah apa dia orang nak bincang dengan doc. Dia mintak kita dua pergi tengok tempat yang Mimi booked tu. Lepas tu kita terus pergi lunch. Nanti dia orang datang la kemudian," jelas Julia.
'That means, nanti Julia dengan Shah berdua ajelah? Dahlah nak pergi check restoran pun berdua, ni nak tunggu kawan lagi... berdua juga? Haih! Panas pula. Musim panas ke sekarang?' monolog Dyla.
"Hmmm, bolehlah. Tapi orang bawa motor. Nak ke naik motor dengan orang?"
Soalan Shah membuatkan jantung Dyla berdegup laju. Kedua-dua belah tangan di bawah meja sudah digenggam. 'Mak ai!!! Aku rasa macam duduk tepi bara api. Sampai mata aku pun pandang Si Julia ni nak berbara-bara.'
"Boleh ke?" Julia sengih. 'Ah perempuan gatal ni!!!'
"Shah!" panggil Dyla. Kepala Shah kembali memandang Dyla.
"Nak pinjam kereta orang tak?" Entah kenapa Dyla tiba-tiba cakap begitu. Julia pandang Dyla pelik. Shah tersenyum.
DALAM kelas, Dyla langsung tidak fokus. Shah telah menolak pelawaan Dyla untuk pinjam kereta. 'Dia orang lebih memilih untuk naik motor bersama?' Entah berapa kali Dyla ketap bibir. Mujur tidak berdarah. Namun hatinya seperti berdarah sahaja sekarang ini...
"Weh!" Ikram di sisi mengejutkan Dyla daripada berangan yang bukan-bukan antara Julia dan Shah.
"Kenapa?" suara Dyla turut rendah.
"Fokuslah. Anuar tu dari tadi dok aim kau."
"Aku fokuslah ni."
"Tapi..." Ikram tidak sempat menghabiskan kata-kata, Encik Anuar terlebih dahulu menyekat.
"Cerita apa yang seronok sangat tu, Dyla? Ikram?"
Sinis bunyinya. Naik terus darah ke kepala. Boleh rasa anak rambut ini macam berdiri tegak bak terkena renjatan elektrik!
"Errr. Saya nak ke toilet," jawab Dyla. Ah, hanya jawapan itu yang terlintas di kepalanya sekarang ini.
"Nak ke toilet pun bisik-bisik dengan Ikram? Kenapa? Nak suruh dia teman awak pergi toilet ke?" Ada nada perli di situ.
Kedengaran suara-suara sumbang yang mengetawakan dirinya. Dyla menjeling dalam diam. 'Ada juga yang mati kena gantung kat pokok karang.'
"Sorry, sir." Dyla perlahan-lahan keluar dari bilik kuliah. Baru dia mampu menghela nafas. 'Suka hati mak bapa tiri bini dia aje malukan aku!'
"Kenapa kalau aku nak suruh Ikram teman? Susahkan kau?" bebel Dyla rendah, sendirian.
"Nak pergi toilet kena teman ke?"
Hampir gugur jantung Dyla kerana terkejut. Takut dia hendak menoleh ke belakang. 'Ya ampun! Encik Anuar dengar ke apa yang aku cakap tadi?' Dia dengan muka yang sudah macam belacan, menggaru kening yang tidak gatal.
Perlahan-lahan Dyla berpaling. Bertambah ngeri mukanya bila ternampak susuk tubuh lelaki berkot ini.
Hairul tahan gelak melihat muka Dyla yang berganda terkejut. Jadinya, berganda muka dia macam belacan.
"Nak aku temankan ke pergi toilet?" Muka setegang habis Si Alfan ni!
"Tak payah!" Kasar Dyla menolak. Baru dia hendak melangkah melepasi Alfan, dia berhenti.
"Nak nombor akaun. Saya nak masukkan duit awak." Sombong Dyla berkata.
Alfan hanya memandang kosong muka Dyla.
"Hoi! Berangan apa? Orang mintak nombor akaun, dia menung pula. Hari tu nak sangat duit. Ni orang nak bagi, menung pula!" bebel Dyla.
"Hairul, nanti bagi nombor akaun kat budak ni." Alfan jalan menonong kemudiannya.
Dyla menoleh ke belakang. "Berlagak. Ego. Sombong. Tak berkat hidup!" bebel Dyla tanpa dia sedar yang Hairul masih berdiri di hadapannya.
Dyla jadi malu sendiri di hadapan Hairul, namun dia tetap berlagak selamba. "Nak nombor akaun!" Telefonnya dihulurkan kepada Hairul.
Sementara Hairul menekan nombor-nombor itu, Dyla menoleh lagi. 'Apa dia buat kat sini? Kalau setakat nak jumpa aku macam tadi tu, baik tak payah! Atau memang rumors yang kata dia ada tunang tu memang betul?'
PULANG sahaja Dyla ke rumah, orang pertama yang dicari, Alfan. Bukan Alfan gila itu! Alfan penyayang yang walaupun dia diperli berkali-kali disebabkan cerita lama, dia tidak kesah. Dia cukup selesa mengadu pada Alfan itu. Dia hendak mengadu pada Shah, tetapi lelaki itu selalu sibuk. Entah seronok apa dia berdua dengan Julia naik motosikal tadi. Ah, masih bersisa rupanya rasa cemburu itu... Eh, cemburu ke tu? Entah!
Dyla: Alfan.
Alfan: Yes?
Dyla: Dia datang lagiiiii! T_T
Alfan: Alfan ego tu?
Dyla: Yup.
Alfan: Baguslah. Boleh awak bayar hutang awak.
Dyla: Memanglah. I decided untuk pinjam duit dari Ikram. Langsaikan semua hutang. At least kalau berhutang pun, dengan kawan sendiri yang takkan torture me bagi stress macam ni!
Alfan: Hm... Ikram pun student juga, right?
Dyla: Yup.
Alfan: Pada pandangan orang, better awak jangan kacau dia. Dia pun nak guna duit untuk belajar. You have to think about it too.
Dyla: Tapi dia orang senang. :( And dia suruh orang cari dia kalau orang susah.
Alfan: Hmm. Berapa yang awak perlukan lagi?
Dyla: About 1900 macam tu. Sebab tadi baru bank in seratus.
Alfan: I will give you that amount you want. Bagi nombor akaun.
Dyla: Hah? Erk...
Alfan: Awak tersepit sekarang, right? You just have me to solve your problem. I can help.
Dyla: Yalah... tapi...
Alfan: You are my first love. My ex. And now, you are my besties. I can help.
Dyla: Hm...
Alfan: Believe me. Plus, orang dah bekerja. Orang tak meminjam PTPTN or MARA or JPA or Sime Darby.
Dyla: Banyak pula contoh dia. -.- Hm... Tapi orang tak boleh bayar dalam masa yang terdekat amount tu.
Alfan: I don't care la, Dyla. Orang nak tolong awak and please let me help.
Dyla: Can you trust me?
Alfan: Always.
Dyla serba salah. Tetapi hendak buat macam mana. Memang betul kata Alfan. Dia tersepit. Bismillah...
Dyla: Kejap lagi orang bagi nombor akaun.
Alfan: Alright :)
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen3h.Co