Bab 8
DYLA terjaga daripada tidur bila lengannya terkena buku-buku yang tersusun di atas meja. Alfan yang masih duduk di hadapannya dipandang seketika. Masih separa sedar. Namun bila teringatkan tugasannya, bagai terkena kejutan elektrik dia bangun dan membuka komputer ribanya yang sudah terkatup.
'Arghhh! Masih tak siap!' Dyla kelam-kabut. Kelas mula pukul sembilan pagi! Dyla pantas menaip kembali. Bila sudah panik, semua pun rasa macam berat, susah.
"Dah subuh. Solat." Alfan bangun dari bangku.
Dyla masih di atas kerusi. Bebola matanya bergerak kiri kanan. Jelas terlakar muka kusut Dyla. Alfan kembali ke meja. Komputer riba dikatup.
Dyla mendongak. 'Dua kali dia buat! Dua kali juga fail aku hilanglah gila!!!'
"Sebelum nak marah, fikir dulu. Dah subuh. Solat dulu. Bukan salah sesiapa kerja kau tak siap. Salah kau sendiri. Pergi tidur kenapa?" Lengan Dyla ditarik Alfan supaya bingkas bangkit dari kerusi.
Dyla mati kata-kata. 'Tapi salah kau juga yang kacau aku tengah-tengah malam, bagi aku makan banyak-banyak.'
USAI subuh, Dyla berteleku di atas sejadah. Pendingin hawa membuatkan tubuhnya menggigil sedikit. 'Kerja tak siap, habuanlah dalam kelas Encik Anuar nanti.'
Lemah longlai langkah Dyla menuju ke kereta Alfan. Masing-masing senyap dalam kereta membiarkan radio menghiburkan hati yang gundah-gulana.
Dyla tidak bersuara bila menolak pintu kereta Alfan. Entahlah. Sudah tiada apa yang boleh difikirkannya.
"Dyla..." Alfan turut keluar dari kereta.
Dyla menoleh. Tiba-tiba ada satu benda kecil dibaling kepadanya. Cepat-cepat dia menangkap.
"Assignment kau, aku save dalam thumb drive." Alfan masuk kembali ke dalam perut kereta.
Dyla terpinga-pinga. Tidak faham maksud lelaki itu. Hanya mampu memandang kereta Alfan terus meluncur pergi. Perlahan-lahan Dyla melangkah masuk ke dalam rumah.
"Woi! Mana kau pergi? Overnight?" Adilah yang masih bertelekung turun ke tingkat bawah dek terkejut bunyi pintu rumah terkatup.
"Buat kerja kat McD."
"Dengan budak yang main hon malam tadi tu?"
"Hmmm. Aku mengantuklah. Aku naik bilik dulu eh." Terus kaki Dyla menapak ke tingkat atas. Dia melabuhkan duduk di atas katil. Hampir jam tujuh pagi. Komputer riba dibuka. Macam mana pun, kena cuba untuk siapkan tugasan yang diberi. Itu tanggungjawab.
Sebelum Dyla memulakan kerjanya, dia mencucuk thumb drive yang diberi Alfan. 'Dia memang bawa thumb drive ke mana saja dia pergi ke?'
Fail nama Dyla dibuka. Bulat matanya merenung dokumen itu. Semua kerjanya. Semua... Complete!
Dyla rujuk kembali kepada kertas biru yang dipanggil guideline itu. Semua ada. Teratur! Tersusun! Justify, Arial, spacing 1.5, font 12. Cermat!
Dyla hela nafas lega. Lega sangat kerana kerjanya sudah siap! Baru kini bibirnya mampu mengukir senyuman. Tubuh dihempas ke katil. 'Leganya.'
'Tapi...' Dyla tidak mampu mencerna. 'Kenapa dia tolong?'
SELESAI semuanya. Sudah dicetak dan sudah pun dihantar. Dyla menggeliat dengan senyuman tidak putus-putus menguntum di bibir. Kalau dia tidak siap tugasan itu, pasti dia pun turut sama didenda tambah lagi satu tugasan yang boleh dikatakan mega! Bukan main leceh lagi hendak buat.
Alfan: How it is going?
Dyla: Apa?
Alfan: Semalam kata ada assignment. Siap tak?
Dyla: Alhamdulillah! :D siap. Thanks to that egoistic Alfan.
Alfan: Meaning?
Dyla: I was asleep waktu kerja half done. And he helped me out.
Alfan: Baik juga dia tu.
Dyla: Hmm. Tapi tak faham kenapa tiba-tiba dia baik.
Alfan: Ambil hati, maybe? He asked you to marry him, don't he?
Dyla: Hm... After dia malukan orang kat satu taman semalam... Maybe dia nak repay.
Alfan: Malukan? Malukan apa?
Dyla: Dia hon kuat-kuat depan rumah sampai neighbour pun keluar maki-maki. And he screamed out loud my name!
Alfan: Hahaha. Mesti ada sebab kenapa dia buat macam tu.
Dyla: Dyla tak angkat and tak reply call dia.
Alfan: No wonder. Padan muka.
Dyla: Heyyy! Yang awak backup dia kenapa?
Alfan: Orang pun marah kalau orang lain tak angkat phone call.
Dyla: Awak, the nearer I get into him, dia nampak much alike macam awak.
Alfan: Seriously? Tapi, siapa lagi handsome? Orang ke, dia?
Dyla: Back there waktu sekolah, awak macam nerdy. Dengan speck kotak besar, rambut baby jatuh kat dahi... Hmm. Kalau nak banding dulu awak dengan sekarang dia... dia lagi handsome la. Hahaha.
Alfan: How dare you! I am your ex okayyy.
Dyla: Hahah. Yalah. Bila kita nak jumpa? Almost 8 years kita tak jumpa. Manalah ingat lagi awak macam mana.
Alfan: Projek ayah habis nanti, orang datang jumpa awak. :)
Dyla: Haha. Btw, dah ada girlfriend baru?
Alfan: Hahaha. Tunang. I am getting married soon.
Dyla: Seriously?
Alfan: Yup.
Dyla: Jemputlah!
Alfan: I will! :D nak kenalkan kat my future wife, ni la ex I dulu yang tinggalkan I untuk lelaki lain.
Dyla: Pergh. Makan dalam!
Alfan: Hahah. Kidding.
Dyla: Err, ada kelas kejap lagi. TTYL :)
Alfan: Bye :)
Dyla tersenyum. Bekas kekasih pun boleh jadi kawan baik. Dia sering kali buka profile WhatsApp Shah. Kerap! Boleh dikatakan setiap kali dia buka aplikasi itu. Tetapi dia takut untuk menghantar pesanan. Takut pesanannya tidak dibalas. Malukan diri saja.
"Dyla." Adilah yang entah dari mana datangnya, mendekati.
"Kau dah habis kelas ke?"
"Kejap lagi ada kelas lagi. Kau tak pergi ke lobi ke?" Adilah tarik kerusi.
"Lobi? Ada apa kat lobi?"
"Kelab Kembara buat aktiviti. Ada camping hujung minggu ni. Kau nak join tak?" Adilah tanya dengan penuh minat. Nampak sangat hendak ajak orang lain.
"Hm? Malaslah. Aku ada banyak kerja lagi. Assignment aku bergunung lagi tunggu untuk disiapkan."
"Aku dengan Adah nak pergi. Jomlah!" Adilah memeluk lengan Dyla. Gadis itu ketawa.
"Nanti eh? Lain kali."
"Nanti kau tinggal sorang kat rumah. Kita orang nak pergi tiga hari dua malam tau!"
"Aku tak kesahlah tinggal seorang."
"Kau ni, kan! Eee! Dahlah. Aku nak pergi daftar." Adilah bangun dan mengucup pipi Dyla sebelum melangkah laju ke lobi.
'Patutlah ramai orang!'
Telefon bimbitnya berdering. Alfan Si Ego. 'Karang tak angkat, dibuatnya menggila kat kampus pula.'
"Ya, kenapa?" Malas suara Dyla.
"Not to forget. Jawapan kau expired Jumaat ni." Talian terus dimatikan.
'Jawapan?' Dyla bingung. Jawapan apa? 'Ahhh! Jawapan!' Dyla terbangun dari kerusi. 'Ahhh! Habislah aku!!!' Dyla cuba mencari idea. Macam mana dia hendak mengelak? Lantas mentol lampu menyala di atas kepala.
Beg ditarik. Langkah kaki Dyla menuju ke lobi. Kelibat Adilah dan Saadah dicari-cari dalam himpunan orang ramai. 'Ahhh! Pening kepala aku dengan orang ramai ni.'
"Dilah!!!" jerit Dyla. Suaranya sedikit tenggelam dalam keramaian pelajar. Mujur Saadah berpaling. Bahu Adilah dicuit Saadah.
"Kau nak join ke?" Adilah menyoal dengan riak muka bahagia.
Dyla lantas mengangguk. 'Pedulilah assignment tu!'
Nama Dyla turut dimasukkan sama. Siap! Hanya tunggu masa untuk ke tapak perkhemahan nun jauh di Kedah.
Dyla senyum lega.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen3h.Co