Truyen3h.Co

HALALKAN HATI YANG KUCURI

BAB 13

karyaseni2u

Membara hati Zainal merenung pasangan pengantin baru yang dirai bersama teman-temannya di atas pentas. Matanya terarah pada Delisha yang nampak anggun, seksi, menawan dan jelita. Fuh, memang ternganga dia sekejap. Beruntungnya Faiq dapat memiliki Delisha. Gigit jari Zainal.

Tak sangka Faiq sudi menjemput Zainal dan Salima walaupun satu ketika dulu mereka berdua pernah mengkhianati Delisha. Paling tragis, apabila Salima adalah sahabat baik Delisha sendiri. Argh, sesal pun dah tak guna. Kini, melepas Delisha dari tangan Zainal buat selama-lamanya.

Zainal hadir juga memeriahkan majlis walaupun pedih hati melihat Delisha jadi milik orang. Ternyata Delisha masih dicintai. Namun kian jauh untuk digapai. Dulu ingatkan cinta mereka hanya main-main, cinta monyetlah katakan tapi bila terpisah, dia merindui Delisha. Terlalu banyak kenangan yang mereka semai bersama-sama.

Salima kini bergelar kekasih hanya pada nama, bukan pada hati. Salima tak mampu gantikan Delisha. Teringat nostalgia cinta silam yang menyesalkan.

Lake Garden, Polimoda International Institute Of Fashion, Florence Italy.

"I nak kita break..." Zainal menyatakan keinginan yang tertangguh. Biar jelas pada Delisha. Tidak dia tertunggu-tunggu dan tertanya-tanya. Dia tak mahu lagi terus menipu.

Delisha yang sedang membaca nota berhenti. Gadis itu ketara sifat nerdnya dengan memakai kaca mata besar.

"Hah?"

"I nak kita break. Putus!" Mendengar perkataan itu membulat mata Delisha. Sekali dipandangnya Zainal begitu, kecut perut lelaki itu.

"You, kita kenal dah lama tau. Bertahun-tahun. Kalaupun you tak sayang I lagi dah, sekurang-kurangnya you sayang setiap saat yang kita pernah luangkan masa selama 6 tahun ni. Tapi hari ni you dah musnahkan semua tu tau, dengan satu ayat. You serius ke?" Delisha menyoal lagi.

"I tak nak tipu diri sendiri dan I tak nak tipu you lagi. Hati dan perasaan I dah tak ada untuk you. I rasa I ni tergesa-gesa declare dengan you, padahal kita masih muda..." Delisha tersenyum sinis. Hebatnya lelaki ni bagi alasan. Melibas sekeping hati dengan lidah setajam pedang.

"So, 6 tahun yang sia-sia kerana hari ni you kata semua ni tipu. How could you..." Delisha tersenyum pahit. Lelaki ni memang tak guna betul. Ikut hati, mahu saja dia bagi penampar tapi dia sabar.

"Cinta kita hanya cinta monyet. Tak ada maknanya. Kita semakin dewasa, Isha. Dunia kita dah tak terkepung macam zaman sekolah dulu. Kita jumpa macam-macam pilihan. Dan hati manusia boleh berubah..." Zainal menuturkannya dengan tenang.

Delisha yang mendengarnya sudah naik angin. Apa begitu senangnya lelaki ini mempermainkan perasaannya? Buang masanya selama ni percayakan Zainal.

"Excuse me? Tak ada makna? Cinta monyet? No, cinta kita tak salah. Tapi you yang monyetnya! Oh ya, you lupa kan nak beritahu I siapa monyet betina yang jadi pasangan you tu. Salima, kan?"

Terkejut besar Zainal. Macam mana Delisha boleh tahu padahal mereka simpan kemas-kemas rahsia cinta mereka.

"Isha... Wait... You dengar dulu penjelasan I..." Zainal dah gugup, mahunya tidak, dah tertangkap. Delisha pula muka dah macam nak makan orang.

"Tak payahlah nak jelaskan. Eloklah tu, dua ekor monyet tak sedar diri bercinta. I tak sangka, I dikhianati oleh dua makhluk yang I percaya. Sakit tau tak?" Zainal rasa bersalah melihat air muka Delisha.

"Delisha, I tahu you marah. I tahu I dah lukakan hati you. I minta maaf sangat-sangat. Ini soal hati..."

Delisha bangun dan mengangkat kening ala Ziana Zain. Air muka bercampur marah dan geram.

"Cukup. Dah tahu buat salah, dah tahu sakitkan hati orang, lukakan hati orang, mainkan perasaan orang, ingat dengan minta maaf dapat hilangkan semua tu? No, never! I tak akan lupa apa yang you dah buat pada I sampai bila-bila.

"Dengar sini, mulai hari ni. I anggap you dah mati! Innalillahiwainna ilahirojiun!" Pergh, sekali Delisha bagi ayat pedihnya dan Zainal terpaksa tanggung kerana dia yang cari penyakit.

Dan sejak kejadian itu, Zainal sentiasa dihambat rasa berdosa kerana mengkhianati Delisha. Tanpa sedar, dia merindui saat-saat manis bersama Delisha. Delisha ada di tempat yang istimewa dalam hati Zainal yang tak boleh digantikan dengan sesiapa pun termasuklah Salima.

Tak sangka, tak lama selepas itu Delisha bercinta dengan Faiq dan Faiq berjaya mengubah diri Delisha hingga tersasar jauh.

Zainal kembali ke realiti kerana tepukan meriah. Pasangan pengantin baru lepas memotong kek di atas pentas. Diraikan kawan-kawan dalam parti yang meriah.

Zainal nampak betapa bahagianya pasangan itu. Mungkin ini kebahagiaan yang Delisha tak dapat selama bercinta dengan Zainal.

"You kenapa? Asyik usyar Isha aje? You jangan buat I marah." Salima daripada tadi memerhati. Dia sebenarnya rasa selamat Delisha kahwin cuma yang tak selamatnya Zainal ni. Hatinya masih ada pada Delisha.

Zainal terkejut lengannya ditepuk Salima. Ralit sungguh dia tengok Delisha. Salima mencuka muka.

"Marah? Habis tu satu dewan ni duk tengok Isha dan Faiq, you tak marah mereka skali?" Salima merengus. Cemburu. Bukan dia tak tahu, Zainal masih ada hati dengan Delisha. Perampas biasalah, tak pernah rasa selamat.

"Masih cintalah tu, menyesal, kan?" telah Salima, sakit hati. Cemburu mengigit jiwa.

Zainal tepuk tangan.

"Wow, hebatnya you, boleh scan hati I..." Zainal sengaja menyakitkan hati Salima.

"You!" Salima naik angin.

"Hah, teka lagi. Apa yang ada dalam hati I ikut ramalan you lepas tu beritahulah I. Bertambah-tambah sakit hati you nanti." Zainal tenang saja mengadap Salima yang sengaja dia bawa ke sini.

"Boleh tak jangan tunjuk sangat yang you rindukan Isha? Apa kurangnya I ni berbanding dia? I ni pilihan yang terbaik untuk you tau. Selama ni tak cukup lagi kasih sayang I?" Salima memeluk tubuhnya menahan marah.

Zainal mengeluh. Bukan tak cukup, tapi terlebih gedik. Mula-mula memanglah Zainal suka, sebab manja gitu. Tapi lama-lama rimas, meluat. Delisha jugalah yang dirindui. Yang diingati.

"You dah dapat I, apa lagi yang you nak? I tinggalkan Isha demi untuk you tapi you pula yang tak suka dengan Isha ni kenapa? Sepatutnya Isha yang cemburu dan marah melihat kita. Ini terbalik pula, you pula yang sakit hati!" Zainal bertegas. Salima kalau ikut kepala dia boleh rosak majlis orang.

Salima sedikit kendur mendengarnya. Memanglah dia yang sengaja menggoda Zainal dan berniat merampas kerana Zainal kacak. Tapi, dia risau Zainal terlepas dari tangannya kerana dia sangat mencintai Zainal.

"I... I cuma takut you pergi pada dia. Itu aje.." Zainal tergelak. Mimpi di siang hari.

"Isha dah kahwin, dia bahagia dengan Faiq. Kita sepatutnya happy mereka kahwin, lepas kita lukakan hati dia. Kalaupun dia belum isteri orang sekali pun, dia takkan pandang I walau sebelah mata sebab hati dia dah luka. Isha tu keras kepala orangnya. Keputusan dia selalu bulat." Zainal menambah. Salima menghembuskan nafas kasarnya. Nampak kenal sekali Zainal dengan Delisha. Maklumlah, mereka bercinta bukan sekejap.

Faiq dan Delisha berasa lega, parti yang dibuat secara kecil-kecil untuk meraikan kawan-kawan berjalan lancar.

"Hai Isha, Faiq!" Delisha dan Faiq yang sibuk melayan ucapan tahniah daripada para sahabat berpaling. Terkedu sekejap Zainal dan Salima datang namun Delisha dan Faiq tetap senyum mesra. Pinggang Delisha dipaut kemas oleh Faiq tidak lepas.

Salima membawa kotak hadiah yang agak besar terbalut kemas lalu dihulurkan buat pasangan yang diraikan itu.

"Selamat pengantin baru, semoga bahagia ke akhir hayat. Errr, ini hadiah daripada I. Terima kasih sudi jemput kami." Salima menghulurkan hadiah tersebut. Terharu Salima, Delisha masih mahu berbaik dengannya walaupun dia pernah menikam Delisha dari belakang.

Atau Delisha sekadar mahu menunjuk-nunjuk kebahagiaannya pada mereka? Suami Delisha pun bukan calang-calang, senior mereka semasa study dulu. Top student dan kacak orangnya. Puas mengurat Delisha tapi Delisha setia dengan Zainal. Zainal yang bodoh kut, menduakan Delisha demi Salima.

Delisha senyum saja. Dia angkat kening pada Faiq. Biar Faiq menjawab.

"Mestilah jemput, kau orang kan kawan kita orang juga. Dah makan ke?" soal Faiq ramah. Dia tahu Delisha ingat pesannya agar diam kalau mereka bertanya.

Bukannya apa, Faiq rasa cemburu sangat. Yang Zainal ni, kenapa pula duk pandang Delisha saja? Yang Salima pakai baju penuh blink-blink macam M Daud Kilau tu tak menarik perhatian ke?

"Errr... Kami dah makan." Salima saja yang menjawab memandangkan Zainal hanya diam. Salima menjeling Zainal. Cemburunya menyala melihat mata Zainal terarah pada Delisha. Lapar penumbuk ke, berani sangat usyar bini orang depan suami dia? Zainal ni...

Faiq tidak lepas menggenggam tangan Delisha. Diciumnya pula tangan Delisha.

"Ooo... So, kami ni dah selamat. Kau orang bila lagi?" soal Faiq memandang Delisha yang senyum saja.

Salima menyiku Zainal yang ralit memandang Delisha. Biar dia pula jawab bagi pihaknya.

"Apa?" Terpinga-pinga Zainal tiba-tiba disiku. Nampak sangat tengah berangan.

Salima menahan geram.

"Tu, Faiq tanya. Bila kita nak kahwin?"

"Oh... Kami ke? Errr, kalau ada jodoh, kami kahwinlah. Tapi sebelum tu I nak pastikan Delisha bahagia dengan you dulu barulah I selesa nak bina kehidupan I," balas Zainal selamba saja tapi melontar bara dalam hati Delisha. Delisha dah geram, ikut hati, dia mahu menjawab sedap kata-kata Zainal tu. Tapi Faiq macam melarang aje.

Faiq tergelak cuma.

"Oh. Bukan penyebab I pun, Isha ni duk seorang diri pun dia boleh bahagia. Kan, sayang? Isteri I ni wanita yang hebat. Dia boleh create kegembiraan dia sendiri. I ni pun, tumpang bahagia dengan dia. Sampai sekarang ni pun, I dihujani bahagia. Dan I tak sabar nak menanti surprise bahagia daripada Isha yang penuh idea segar setiap hari. Orang seperti Isha sangat rugi untuk dilepaskan dan sedikit pun dia tak boleh lepas daripada mata I. Hidup I akan jadi kosong dan I tak bayangkan hidup I tanpa dia..." Delisha memandang Faiq tak percaya.

Sampai begini sekali puji dia? Melampau sangat tu. Tapi, baru sahaja jadi suami isteri memang dia sehabis baik melayani Faiq. Mestilah Faiq bahagia sangat-sangat, kan?

Zainal yang mendengar berasa cemburu. Memang pun, sepatutnya dia yang menjadi insan yang dibahagiakan Delisha tapi dia bodoh melepaskan Delisha padahal dia tahu Si Faiq ni tunggu masa saja menyambar. Masa bercinta dulu, Faiqlah monyet yang sering mengganggu. Tapi sekarang Zainal pula dianggap monyet.

"Oh, okey. I harap Isha tak jemu bahagiakan you. Sepatutnya you pun kena bahagiakan dia juga, kesian Isha. Yalah, I kenal Isha bukan sehari. Bertahun-tahun. I masak sangat dengan perangai dia, tabiat dia, kerenah dia. You masih baru dan you hanya tahu sikit saja pasal dia. So, jangan puji sangat," sindir Zainal memadamkan muka Faiq yang berlagak sangat dapat Delisha tu. Biar sama-sama sakit hati.

Delisha diam saja. Takut nak menjawab kata-kata Zainal dah kenapa? Diam memang hukuman yang menyakitkan. Biar maki hamun tak apa. Biar mengamuk sampai pelamin runtuh pun tak apa. Zainal puas hati asal dapat dengar suara Delisha.

Faiq menahan geram. Tapi dia sabarkan hati. Tengok Delisha pun relaks saja dan tak balas apa-apa. Zainal pula macam sengaja memancing sabar Delisha. Kau jangan Zainal, bini aku kalau dah marah menanah telinga kau nanti kena maki. Kau bukan tak kenal dia.

"Haah la, 6 tahun you kenal Isha. Lama, kan? Sebab terlalu kenal la, you tinggalkan Isha dan pilih Salima, ya? Dahlah Zainal, tak kesian kat Isha ke? Hati dia dah hancur lumat you buat, takkan nak doa yang bukan-bukan pula untuk dia?"

"Well, I pun tak suka ungkit kisah silam ni, tapi you yang mula dulu. Sekurang-kurangnya, bila dah tertipu dengan you ni, Delisha banyak berubah menjadi orang yang baru. Dan perubahan dia menakjubkan. I teruja sangat dapat dia. So, thank you very much kerana melepaskan Delisha."

"I tahu bagi you, Salima memang terbaik. Jadi I reda you tinggalkan Isha yang serba kekurangan ni untuk I gilap dan dia pun perbaiki kekurangannya yang menyebabkan you tinggalkan dia dulu. Perfect my Delisha." Faiq menjawab tenang dengan bijak dan memeluk bahu Delisha.

Delisha terpegun di situ. Terharunya Faiq anggap Delisha begitu. Delisha rasa terhina juga tadi tapi Faiq terus tepis rasa itu.

Zainal rasa mahu tumbuk saja muka Faiq. Biar bengkak-bengkak, sampai Delisha hilang selera nak tengok seminggu. Delisha pun diam saja. Cubalah jawab sikit.

"Hurm, I hope so. Standard la, mesti you tak nak kalah, kan? Tak apalah, semuanya masih baru lagi. I harap, you selalu tabahlah dapat Delisha dan kalau dapat bertahan, memang tahniah sangat. Okey, kami rasa kami balik dululah. Lagipun majlis dah habis, kan?" Zainal bersalam dengan Faiq kemudian dia sua tangan pada Delisha tapi Faiq yang sambut. Geramnya Zainal dengan Faiq. Tak boleh dengar suara, salam pun tak bagi.

"Terima kasih ya, ada keberanian nak datang. Muka pun tebal juga, ya? Tapi jangan risaulah, Zainal... Salima... Isteri I ni bukan pendendam orangnya cuma biasalah hati terluka ada parut. Tak boleh lupa. Penyembuhnya pun vaksin yang hebat. So, tak payah susah-susah fikirkan pasal hidup dia. Why not you bina rumah tangga cepat-cepat bersama Salima yang sungguh hebat daripada Isha ni." Faiq membalas Zainal dengan sinis.

"Oh, okeylah. Kami sebenarnya happy tengok you all bahagia. Jangan risau, tak lama lagi surat jemputan kami akan sampai." Zainal memberi kepastian membuatkan Salima terkejut dan gembira.

"Baguslah. Just bina bahagia, jangan takut bayang-bayang sendiri," ucap Faiq kali terakhir sebelum Zainal berlalu pulang.

Delisha memandang Faiq, sambil menjongket kening. Dia senyum.

"Sayang, jangan senyum macam tu boleh tak?" Delisha naik hairan pula. Lain macam renungan Faiq.

"La, senyum pun tak boleh?" Delisha gelak kecil. Faiq menarik pipi Delisha, geram.

"Semua tentang diri you buat I jatuh cinta..."

Delisha merangkul lengan Faiq dan melentokkan kepalanya di bahu Faiq. Senyum bahagia tak lekang di bibir.

"Thanks..."

"For what?"

"Di waktu orang berkata buruk tentang diri I, you sentiasa sebelahkan I..." luah Delisha yang tersentuh hati dengan sifat melindungi Faiq.

"You pun sama, sayang. Walaupun semua orang kata I ni tak layak untuk you tapi you sentiasa tahu keistimewaan I..." Delisha memeluk Faiq, erat-erat. Betapa sayangnya dia pada lelaki ini.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen3h.Co