Truyen3h.Co

HANYA AKU

Bab 10

karyaseni2u

Airiz melilau mencari bayang teksi yang melintas. Beberapa orang gadis sejak tadi melirik-lirik memandangnya. Airiz dengan wajah beku langsung tidak tertarik memandang mereka.

Airiz menanggalkan jaket. Panas!

Sebuah kereta bercermin gelap berhenti betul-betul di hadapan tapak menunggu bas itu. Seorang lelaki berkaca mata keluar dari perut kereta.

"Abang hantarkan kau pulang." Luke menawarkan diri.

Airiz memekakkan telinga seraya memandang ke arah lain.

"Kau cakap abang ni outsider, kan? Jadi, apa salahnya abang hantarkan kau?"

"Jauh." Sepatah Airiz membalas.

"Jauh tu kat mana? Sampai Sabah? Sarawak? Jerman?"

Airiz melirik ke arah Luke sekilas. Ikhlas ke dia ni?

Luke menarik jaket yang tersangkut pada lengan sebelah kanan Airiz. Dililit pada lengan Airiz lalu ditarik gadis itu supaya memasuki keretanya. Kemudian, dia turut sama masuk. Kereta mula bergerak.

"Kau mesti belum sarapan, kan? Jom. Abang pun lapar."

Airiz memakai tali pinggang keselamatan.

"Luke!"

"Yup?"

"Kau bukan abang aku. Jadi, kau tak payahlah nak berabang-abang sangat dengan aku." Airiz merasakan nafasnya payah. Bajunya ditarik-tarik.

Luke gelak. "Dah tu, kau nak aku treat kau as kawan? Eh, kau tu budak kecik! Panggil aku abang."

Airiz mencebik. "Tak payah nak friendly sangat. Kau tu stranger."

"Yalah, aku ni stranger. Sebab tu kau tak melawan bila stranger heret kau masuk dalam kereta dia." Luke senyum mengejek.

Riz malas hendak membalas. Dia memejam matanya seraya berpura-pura tidur.

"Hoi! Kau ni, beragaklah! Kalau kau tidur, mana abang nak tahu kau tinggal kat mana?"

"Jauh lagi. Kuala Terengganu."

"Okey-okey. Tidurlah dulu. Nanti, abang kejutkan kau. Tapi kau belum breakfast, kan?"

Airiz menutup mukanya dengan jaket.

Zas! Luke menarik jaketnya.

"Kau ni... At least simpanlah curiga sikit dekat abang. Kau tu perempuan. Langsung tak rasa insecure ke nak tidur dalam kereta dengan orang yang berbelas tahun tak jumpa?"

Airiz menghela nafasnya keluar. Muka Luke ditenung.

"Nak takut kenapa? Takut kau cium aku? Huh?" Airiz menyebak rambutnya ke belakang. Sekali lagi, jaket diletakkan di atas mukanya.

Luke terkesima. Perlahan-lahan, bibirnya tersenyum.

"Last abang jumpa kau, sebelum kau masuk MARA Junior Science College, kan? Then, abang dapat tawaran pi overseas. Lama kita terpisah. Sekarang, baru dapat jumpa balik. Memang abang langsung tak cam kau. Dengan rambut terpacak. Baju style lelaki macam ni. Isy, lelaki takut nak dekat! Silap gaya, perempuan try masuk line."

Airiz menenyeh telinga.

"Luke!"

"Hmmm... Apa? Abanglah!"

"Kau lelaki, kan?"

"Eh, kau nak confirmkan jantina abang ke?" Luke berpura-pura hendak menanggalkan tali pinggang pada seluarnya.

"Bengonglah!" Ringan kaki mahu menendang lelaki yang sedang memandu itu.

Luke ketawa lepas. "Memanglah abang lelaki. Kalau tak, dah tentu abang suruh kau panggil abang ni, kakak!"

"Lelaki normal tak banyak cakap. Kau ni macam murai tercabut ekor!"

Luke menekan seraya ketawa terbahak-bahak.

"Abang ni lelaki tak normallah, ya? Eloklah abang banyak mulut bila kau tu hanya jawab sepatah-sepatah. At least, abang dapat buat kau borak dengan abang."

Airiz merasakan getaran telefon di belakang poket seluar jeannya.

"Helo!"

Luke menoleh. Skrin gelap tidak bercahaya itu menyebabkan dia tidak dapat melihat siapa pemanggilnya.

"Aku on the way baliklah ni. Kau ni macam mak neneklah!" Airiz memutuskan talian.

"Siapa? Skrin tak menyala pun?"

Airiz menjeling Luke tajam.

"Kau ingat aku ni gila tiba-tiba nak jawab phone kalau tak ada orang panggil? Kau ni hidup zaman Mesopotamia ke tak tahu ada jual tinted macam ni?"

"Dushhh! Sebijik kau bagi kat muka abang. Airiz, abang ni tak alert dengan benda-benda macam ni."

"Jangan panggil aku Airizlah! Panggil aku, Riz."

Luke sengih sinis. "Takut orang tau kau perempuan ke?"

"Perangai suka sakitkan hati orang kau ni memang tak hilang eh, dari dulu? Aku dah cakap, kan? Airiz dah mati!"

"Tapi kau hidup lagi. Macam mana abang nak anggap kau dah mati?" Luke sengih-sengih.

"Arghhh, gila! Boleh gila layan kau ni!"

Luke senyum lebar. Senang hati dapat mengusik gadis itu sama seperti masa lalu. 

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen3h.Co