Bab 7
"Angah nak buat apa benda ni semua?" Irah menyoal untuk ke sekian kali. Dari tadi dia menagih jawapan dari kakaknya, namun tak dilayan langsung.
"Irah ni sibuklah!" balas Zulaikha sambil sibuk menyusun baju-baju dan alat solek atas katil.
"Alaa angah ni, jawab sajalah Irah tanya ni," sudah tarik muka.
"Angah masuk pertandingan untuk English Month. Puas hati?" Kali ini dia mencekak pinggang sambil otak ligat berfikir apa yang diperlukan lagi.
"Tapi, untuk apa ni semua?"
"Props."
"Apa benda tu angah?" Tak faham.
"Eii, Irah ni banyak tanya betullah. Angah tengah fikir apa lagi yang nak pakai ni," gumam Zulaikha perlahan.
"Kalau angah bagi tahu Irah kan senang. Irah bolehlah juga tolong bagi idea. Ni, sombong betul tau!" balas Irah. Zulaikha merenung Irah yang duduk di atas katil biliknya.
"Props tu, alat bantuan atas pentaslah. Angah nanti bawak lagu Heart Attack dan In The End. Jadi, angah nak buat macam ala-ala lakonan sikit. Macam video kliplah gitu," terang Zulaikha.
"In The End tu, siapa yang rap nanti?" Masih tak mahu berhenti bersuara.
"Apa jadahnya rap pula. Ni In The End Kat Deluna bukan Linkin Park." Mendatar suaranya.
"Okey, Irah search jap. Kbaiii!" Irah sudah bangun menuju pintu bilik.
"Eiii, tadi kata nak tolong bagi idea. Ni nak blah macam tu saja?" Berkerut kening Zulaikha, tak puas hati.
"Haha, Irah pi cari ilham sat." Irah kenyit mata dan keluar. Zulaikha menggigit bibir. Adiknya yang seorang tu memang kepoh. Jauh beza dengan adik.
Adik bongsunya yang dipanggil adik memang seorang yang pendiam dan penurut. Rajin pun ya, bukan macam perangai Irah, ada sahaja alasan kalau minta tolong. Namun begitu, Irah sangat rajin kalau bab bakery. Ada sahaja yang nak dibakarnya setiap minggu.
"Dah book studio?" soal Luqman sambil mata dan tangan tidak lepas dari buku rujukan tebalnya.
"Dah, tapi lepas isyak. Kau tak kisah kan?" Muaz memberi soalan balas.
"Kenapa tak lepas asar?" Aidil menyampuk. Malam tentu-tentu dia ada futsal.
"Fulllah. Ramai kot contestant kali ni." Muaz dah melabuhkan punggung di katil Luqman yang tak berkemas.
"Antaranya?" Sampuk Faiz sambil jarinya memetik gitar kapoknya.
"Amal and The Band, Bboy, N'sing tu saja kot yang aku perasan. Sebab ada dalam buku rekod studio," balas Muaz.
"Amal?" Serentak Faiz dan Luqman bertanya. Kemudian mereka saling berpandangan dan tergelak.
"Apa yang kau orang teruja sangat?" Muaz sudah berkerut.
"Amal budak master tu ke?" Aidil lebih cepat bertanya untuk kepastian.
"Yalah kot. Antara dia atau budak business."
"Tak mungkinlah Amal budak master tu kan. Dia kan stok-stok nerdy, tak ada maknanya nak masuk kan. Plus, mesti dia sibuk dengan final project dia orang," Faiz mencebik.
Yalah, pada kiraannya, Amal tu sendiri agak pendiam dan pemalu. Manalah mungkin nak naik atas stage. Luqman menganggukkan kepala. Ada betul apa yang Faiz cakap. Tapi, kalau Amal tu masuk pun, bukan hal besar pun. Amal bukan artis yang senang-senang boleh menang. Haha.
"Angah, lepas asar terus direct pergi kandang lembu ya. Ada lembu perlu rawatan. Abah tak sempat nak ke sanalah. Petang ni abah nak pergi ambil dedak. Angah pergi dengan Irah." Zulkifli bersuara sambil menyudu kuah ke dalam pinggannya.
"Boleh bah, tak ada masalah pun. Banyak ke yang kena buat rawatan?"
"Tiga ekor kot rasanya. Tulah, si Abdul tu, dah teruk baru nak cakap. Dah pesan banyak kali pun tak faham. Takkan abah nak cakap bahasa Bangla pula?" Sempat lagi Zulkifli membebel.
"Angah rasa, memang patut abah cakap bahasa dia. Mesti sesuai kan ibu? Abah pun dah iras-iras orang sana," sengaja Zulaikha menyakat abahnya.
"Amboi, mulut tak ada insurans. Abah bukan iras Bangla, tapi berdarah kacuk Pakistan ya. Sebab tu anak-anak abah semua hidung mancung-mancung. Mata cantik-cantik," sempat lagi abahnya memuji diri sendiri.
"Ibu, jangan kecik hati ya. Abah tu perasan saja lebih. Angah cantik ikut ibulah. Kulit tan sikit, kan ibu." Zulaikha ketawa kecil sambil memaut lengan ibunya. Ibunya itu memang sangat jelita.
"Ibu malas nak cakap, angah. Kan abah yang lahirkan kau orang semua," cebik Puan Zaleha sengaja.
"Alaaa sayang ni, merajuk pula dia. Sayang pun apa kurangnya. Cantik sangat. Ingat tak sayang pernah cakap, nenek sayang dulu Jepun kacuk Melayu. Tu yang mata sayang sepet sikit. Buat abang terpikat dengan sayang," pujuk Zulkifli. Memang bahasa panggilannya tidak berubah dari dulu. Panggilan sebegitulah yang membuatkan hati anak-anaknya rasa bahagia.
"Oh, no wonderlah mata along dan adik sepet. Baru angah tahu. Lepas ni angah bolehlah eksyen sikit, I have a lot of mix okey," ucapnya sambil buat muka berlagak dan mengibas rambutnya ke belakang.
"Cukup-cukuplah angah kalau nak poyo pun," suara Irah dari belakang membuatkan Zulaikha mencebik sedikit. Irah menarik kerusi dan tanpa berlengah nasi disenduk.
"Ingatkan nak diet tadi, panggil sepuluh kali pun tak dengar," kutuk Zulaikha.
"Irah sumbat telinga tadi," jawabnya tersengih menayang gigi yang tak rata.
"Tulah kerja dia. Tu yang kata nak kerja? Berangan sajalah Irah," sindir Zulkifli.
"Alaaa abah ni, bagilah Irah lepak rumah dulu. Nanti dah tak balik rumah lagi dah." Sempat dia menjeling abahnya.
"Banyaklah Irah. Petang ni ikut angah pergi kandang lembu," Zulkifli sudah keluarkan arahan.
"Alaaa..."
"Tak ada alaaa-alaaa dah, kalau tak, abah tak bagi duit belanja dah!" Ugut Zulkifli sambil buat muka serius. Dengan Irah ni memang kena serius sikit. Kalau tidak, dia ingat orang bergurau dengan dia.
"Baiklah tuan..." lemah Irah menjawab. Memang dah tak boleh kata no kalau arahan diktaktor itu dah keluar. Terkulat-kulat dia menelan nasi. Puan Zaleha tersenyum dan menggeleng dengan perangai anaknya yang seorang itu.
Lembu yang sakit dihalau masuk ke dalam travis yang muat-muat untuk seekor. Kaki belakang lembu baka Fersian dibengkokkan ke belakang dan diikat pada penghadang besi travis, mengelakkan lembu daripada bergerak atau menendang semasa tugas rawatan berjalan. Tool box yang diletakkan atas lantai simen itu dibuka. Zulaikha mengeluarkan glove dan forceps.
"Eiyuu... Bau dia, teruknya!" Irah yang duduk berhampiran sudah menutup hidung dengan hujung tudung. Memanglah berbau, luka dah berulat. Zulaikha tidak memberi respons dengan sikap Irah. Dia sudah terbiasa. Gunting dan pemotong kuku pula dikeluarkan. Kuku kaki lembu dipotong. Sedikit kulit mati digunting agar kerja-kerja merawat lebih mudah. Menggunakan forceps, tenang Zulaikha menarik satu demi satu maggot yang gemuk-gemuk.
"Sabar ya bu... Kena rawat ni, kalau tak rawat lama-lama tak ada kaki," pujuk Zulaikha pada lembu yang sudah berbunyi-bunyi dan gelisah.
Cepat tangannya mengorek maggot yang sudah semakin dalam perginya. Sesekali dia membuang nafas. Memanglah busuk, tapi kena hadap juga. Lagipun, bau busuk ni bukan boleh bawa mati pun. Tetapi, kalau ternakan dibiarkan tanpa rawatan, boleh mati.
Setelah dia pasti tiada seekor maggot pun tertinggal, dia mengeluarkan kapas dan hydrogen peroxide dan disapu pada luka bagi mengelakkan berlaku infeksi berlarutan sekaligus mencuci tempat luka. Sesekali dia menenangkan lembu.
Kemudian tangannya mencapai Negasunt Powder dan ditabur di kaki ternakan untuk mematikan telur-telur maggot jika masih tertinggal pada bahagian yang tak nampak, dan disapu sedikit iodin sebelum dipakaikan kasut, sedikit fly repellent disembur bagi mengelakkan lalat menghinggap di kawasan luka.
Akhir sekali, dia memakaikan kasut di kuku yang baik. Biar kuku yang sakit tidak jejak pada tanah. Rawatan perlu dipantau setiap hari, tambah-tambah lembu susu memang perlu diberi perhatian yang sangat teliti. Seekor demi seekor dirawat hingga selesai. Irah hanya menjadi pemerhati dengan mask yang tertutup kemas pada hidungnya. Sedikit minyak cap kapak dicalit pada mask. Zulaikha hanya tersengih melihat kelakuan Irah.
"Abdul, ini lembu jangan bagi lepas ke paddock ya," pesan Zulaikha sambil mencatat sesuatu pada buku rawatan.
"Mahu pindah kandang rawatan ke?" tanya Abdul.
"Ya. Pastikan esok awak tengok kukunya ya. Letak rumput banyak, dedak sedikit saja," pesan Zulaikha sebelum dia meminta diri untuk pergi.
"Perghhhh, kita training ni macam nak menang aje weh!" Aidil memaut bahu Luqman dari belakang.
"Eh, kau cakap macam kita ni tak layak nak menang aje..." Muaz menjeling Aidil sambil mengangkat kening.
"Tak adalah, bukan kita masuk untuk suka-suka ke?" Sengih Aidil.
"Dah alang-alang masuk, apa salah terus target untuk menang, kan?" balas Luqman sambil menolak tangan Aidil yang merimaskan di atas bahunya.
"Tak cakap salah, tapi kalau menang sebab rupa saja kot. Maklumlah, kita ni kategori jejaka tampan lagi budiman," sengihan Aidil melebar. Luqman, Muaz dan Faiz sudah saling berpandangan. Sungguhlah, si Aidil ni memang perasan tahap petala tertinggi dan tidak bisa diampunkan lagi!
"Bertaubatlah bro dari sikap perasan yang keterlaluan itu," balas Faiz sambil menggeleng laju. Memanglah si Aidil ni suka sangat memuji diri sendiri dan kuat juga mencari gaduh. Seteru utama lelaki itu kini adalah salah seorang diva, Juli.
Semenjak turun dari Tabuh, asyik bercakaran sahaja kalau bertembung. Silap hari bulan mereka berdua memang berjodoh. Memang selalu mereka mengusik Aidil dengan kenenkan dengan Juli. Mamat tu sedikit pun tidak tersenyum. Anti sangat gamaknya!
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen3h.Co