Bab 13
"Duit? Banyak ka?"
"Banyaklah, weh. Aku tak pernah pegang duit sebanyak itu."
"Berapa banyak?"
"50 ribu!"
"Banyak juga."
"Memang banyaklah. Semua not RM100. Aku ambil tu, aku pi sorok kat mana hang tau?"
"Kat mana?"
"Hang takkan boleh pikiaq aku letak kat mana."
"Tang mana, weh?"
"Aku letak kat dalam peti ais kat pantri Mr. Grey. Aku pi letak bahagian atas. Dalam freezer tu. Nasib baik peti ais dalam tu besaq. Lagipun, pantri tu tak dak siapa berani nak masuk pun. Tu pasai aku berani nak letak!"
"Peti ais? Tu dia. Memang tak tercapai akai aku. Memang pun tak boleh pikiaq hang nak letak duit kat dalam tu."
"Kan... Sebab aku sorang saja dalam dunia ni yang letak duit dalam freezer. Dalam bekaih aiskrim warna biru tu."
"Oh, patutlah aku tengok, duk tak duk, ada bekaih aiskrim dalam freezer! Aku usaha pikiaq, siapalah pula yang beli ais krim tu? Kan aku tanya hang. Hang kata, bekaih ikan bawai."
Aku ketawa.
"Sebab aku bukan selalu nak masak... Aku tak ambil tahu lah! Lagipun, aku kan kurang sangat makan ikan!"
Tu bijak namanya... Tu pasai sebut ikan bawai. Tak adalah orang yang nak mengusik tabung kecemasan aku.
"Lepaih ni, aku kena tukaq tempat persembunyianlah jawabnya!"
"Ceh!"
Aku tergelak. Ada pun dua tiga ringgit dalam tu. Habuan sesak-sesak, kalau malas nak ke bank.
Tapi...
Memang lawak betullah tadi. Tak boleh blah muka Mr. Red, terkulat-kulat mencari duit RM50 ribu yang dia dakwa, Kak Ain songlap duit syarikat. Katanya dia dapat sumber luar mengatakan duit tu, masih ada dalam simpanan Kak Ain.
Kak Ain...
Gelabahlah.
Dahlah orang tu penat-penat balik dari Putrajaya. Alih-alih, kena tuduh songlap duit. Teriaklah member.
"Selama saya kerja sini, satu sen pun saya tak pernah ambillah. Kalau saya nak ambil, saya ambil lama dah sejak zaman saya jaga Tan Sri dan arwah Tuan Grey dulu. Berjuta dah saya ambil, kemudian saya keluar dari syarikat ni, siap buat syarikat lain. Kaya-raya dah saya! Sumpah Mr. Grey... Saya tak ambil RM50 ribu tu!"
Mr. Grey hanya memeluk tubuh.
Dia tak bagi reaksi apa-apa.
Tenang.
Tak cuak pun.
Kalau aku, selang tiga saat pi bilik air dah!
"Siapa sumber yang cakap dengan kau tu?"
"Rahsia. Tapi, dia kata... Duit tu Ain ada simpan kat pejabat ni. Sebab duit haram, mana boleh nak masuk bank. Nanti bank query."
"Fine. Carilah!"
"Mr. Grey!"
"Tak apa, Ain. Saya percayakan awak. Jangan risau! Buka semua laci-laci tu dan letakkan beg awak atas meja. Biarkan mereka nak cari apa yang mereka nak cari. Kalau mereka dapat apa yang mereka nak cari, kita akan fight for it."
Aku dan Nadine menyokong Mr. Grey dari belakang.
Kak Ain pula nak tak nak menurut sajalah.
Part paling best ialah bila Mr. Red sendiri menarik kerusi dan konon-kononnya menjumpai satu sampul surat.
"Ni apa, Ain?"
"Entah. Saya tak pernah nampak pun!"
"Tak pernah nampak awak kata, ya?"
"Siapalah pula nak panjat atas tu, letak benda tu? Saya ni, Mr. Red... Kalau letak kerusi atas meja kemudian saya panjat, belum tentu boleh sampai tau?"
Kak Ain memang kecil orangnya. Agak-agaklah nak kenakan orang pun. Tengoklah saiznya. Haih, nak buat kerja jahat, tapi tak pakai otak. Macam mana? Apalah agaknya dosa Kak Ain dengan Mr. Red tu sampai Mr. Red sanggup nak kenakan dia? Agaknya ini semua sebab Mr. Grey kot!
Yalah...
Hari tu, Jannah kena.
Sekarang, Kak Ain pula kena.
Esok lusa?
Aku... Nadine?
"Manalah saya tahu. Kalau tak, kenapa sampul ni ada atas almari belakang awak?"
"Tengoklah dulu apa ada dalam tu. Jangan main tuduh saja staf aku! Kalau betul ada RM50 ribu, kenapa macam ringan saja? Sini, aku tengok!"
Mr. Grey terus mengambil sampul surat itu dari tangan Mr. Red. Dia kemudian mencurahkan isi bungkusan itu ke atas meja Kak Ain. Yang keluar ialah...
"Surat khabaq tu, aku kepal-kepalkan. Macam buat ais kepal. Biar nampak kembung macam ada duit walaupun ringan. Surat khabaq hari ni Mr. Grey punya pula tu... Lantaklah. Tapi, selain surat khabaq tu, aku ada letak satu nota."
"Nota apaaa hang letak?"
"Post note kuning... Aku lukih gambaq smiley face!"
"Hah?"
Aku ketawa besar.
Jannah pun gelak besar juga!
"Mana RM50 ribu tu? Muka ni dah telan ke? Kenyang sampai boleh senyum?"
Terus tergamamlah Mr. Red. Dia dengan dua orang balaci dia terus keluarlah. Lepas dia keluar, aku punya ketawa tak ingat. Sebab terbayangkan muka Mr. Red tu... Memang lawak sungguh!
"Ini bukan benda kelakar tau, Nisa."
"Sorry, Kak Ain. Saya bukan gelakkan Kak Ain. Tapi saya gelakkan Mr. Red tu, bila dia tengok gambar muka ni!"
Mr. Grey terus memandang aku.
"Buku nota awak mana?"
"Errr... Ada."
"Mana?"
Cepat-cepat aku ambil dari dalam laci dan aku berikan pada Mr. Grey. Mr. Grey membuka buku itu dan terus memandang aku.
"Mana duit RM50 ribu tu?"
Rupa-rupanya...
Dia ingat aku lukis gambar tu kat buku nota waktu dia nak semak ABC aku!
Hebat tak hebat photographic memori mamat tu?
"Pergh... Habis tu macam mana?"
"Habis tu apa lagi, aku pun ceritalah. Aku baru tahu, CCTV tu tak rekod suara orang, noh. Nasib baik hang ajaq aku guna video tu. Boleh dapat semua butir mamat maintenance tu cakap. Siap boleh dengaq nama Mr. Red tu jelas-jelas lagi. Yang tak boleh blahnya..."
"Awat?"
"Masa tengok CCTV tu, aku..."
"Apa?"
"Siap buat peace yawww kot, masa dok tukaq sampul tu! Aku ingatkan CCTV tu, sipi-sipi. Rupanya, memang rakam satu tempat tu. Cuma mamat maintenance tu tak pandang pun CCTV dan dia pakai topi. Tak nampaklah muka dia. Tapi, aku ada ambil gambar sewaktu dia keluar. Jelas."
"Adoiii, Nisaaaa! Hang buat perangai! Awat hang pi buat peace kat CCTV tu pula?"
"Aku saja nak tunjukkan, aku yang jumpa duit tu. Nanti Mr. Grey ingat aku pula yang curi duit tu. Tu pasailah aku buat peace! Peace no war!"
Memang malu sikitlah. Tapi, puas hatilah sebab aku dapat tolong Kak Ain. Itu memang puas hati sangatlah.
"Nisa Ardina..."
"Ya, Mr. Grey."
"Ini pejabat."
"Saya tahu, Mr. Grey..."
"Bukannya tadika. Dahlah pakai baju macam uniform tadika, perangai pun macam budak sekolah tadika!"
Ambik hang sebiji!
"Sekarang ni, apa Mr. Grey nak buat? Duit ni, dah boleh buat aiskrim ni... Punya sejuk. Hang ni Nisa, kepala otak bijak... Mai celah mana?"
"Heh, makan kismis dan kurma nabi."
"Tu la... Kalau Nadine, Nadine meroyan dah!"
"Sekarang ni, semua orang kena diamkan hal ini. Seorang pun tak boleh beritahu yang Nisa jumpa duit ni. Kalau tidak nanti, giliran Nisa pula yang kena dengan Red. Rahsiakan hal ini daripada pengetahuan Tan Sri."
Haaa...
Aku agak dah.
Aku dan Nadine akan jadi mangsa seterusnya.
"Sebab saya nak buat perhitungan dengan Red. Ini semua sudah melampau bagi saya. Hantarkan video tu pada saya. Tahulah macam mana saya nak buat dengan dia."
"Baik, Mr. Grey."
Lepas Nadine dan Kak Ain keluar, Mr. Grey menahan aku. Dia ucapkan terima kasih dan suruh aku beringat. Macam mana nak beringat, kalau masa tu situasi mendesak?
"Terima kasih, Nisa. I am glad you were here at that time. Tapi, tolong jaga diri. Kalau berdepan dengan hal yang macam ni, you should call me. Bahaya bertindak sendirian. Saya tak nak sebab saya... Belalai awak kehilangan awak pula! Tak sangka, belalai tu kambing ya? Saya ingatkan..."
"Ingatkan apa?"
"Tak ada apa!"
Mr. Grey ketawa. Aku pun ketawa. Bodoh punya kepala otak!
"By the way, pokok atas meja awak tu pokok belalai gajah, kan? Saya nak pokok tu. Saya beli."
"Itu Kak Ain punya! Mr. Grey nak, mintalah kat dia."
Pandai aku tukar channel.
Pandai-pandailah Kak Ain nak cakap dengan Mr. Grey. Penat dah aku seharian pusing sana, pusing sini.
Lagipun aku memang dah cakap, aku nak bagi pokok tu dekat Kak Ain tadi.
"Betuilah kata Grey kat hang tu. Hang kena berhati-hati sama, Nisa. Aku dah kena. Kak Ain tu pun dah kena. Tak mustahil hang sekali kena! Apa kata..."
"Apa?"
"Hang balik sajalah kampung. Pi la cari kerja kat kampung tu. Aku takut pula nak tinggai hang sorang-sorang kat rumah ni sementara aku nak pi Dubai dua minggu nanti."
"Hesy, hang ni... Kan Mr. Grey kata dia nak settle dengan Mr. Red. Tak payahlah hang risau. Lagipun, kalau aku berhenti dan balik ke kampung... Sat lagi aku kena menikah dengan Abang Ham pula, macam mana? Aku tak maulah menikah lagi!"
"Hah?"
Aku tersentak.
"Kahwin? Dengan Abang Ham? Awat? Dia lamar hang ka?"
Opsss!
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen3h.Co