Prolog
TUBUH longlai itu dibawa ke tebing kolam. Pipi pucat itu ditepuk perlahan tapi tiada tindak balas. Dengan nafas yang belum teratur, dia tunduk memberi bantuan pernafasan. Kemudian, tangannya diletakkan di tengah dada. Menekan beberapa kali sebelum dia sekali lagi menghembuskan udara.
Bila akhirnya gadis itu buka mata dan terbatuk kasar, bahu yang tadi tegang mula jatuh. Dia hela nafas lega. Tangannya menyapa pipi gadis malang ini. Entah apa yang mengheret gadis ini ke sini, dia tak tahu.
Gadis itu memandang wajah yang kurang jelas di pandangan mata. Jemari kasar yang ada di pipinya, disapa dan digenggam seerat mungkin. Air matanya mengalir perlahan. Dia pandang lelaki asing itu, merayu untuk dibawanya pergi.
Bagai mengerti dengan rayuan mata itu, Haq dakap tubuh itu dan dicempung erat. Entah apa yang merasuknya, dia berlalu bersama tubuh yang menggigil dalam pelukan.
"Terima kasih." Ucapan itu bersulam sendu.
Haq dapat rasa pelukan di tubuhnya kian erat. Aneh... dia tidak membentak. Sebaliknya, hanya membiarkan pelukan itu makin kejap. Kerana itu juga, tangis gadis itu semakin rancak.
"Syhh... abang dah selamatkan awak, okey," pujuk Haq.
Gadis itu hanya mengangguk di bahu Haq. Tubuh yang basah mula terasa dingin namun perasaannya kian hangat.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen3h.Co