Bab 13
SATU keluhan berat terbit dari bibirnya. Dari tadi lagi satu kerja pun tak berjalan. Rekod-rekod pesakit yang masih belum disemak hanya dipandang sepi. Hilang terus mood nak buat kerja. Akal fikirannya penuh dengan Doktor Afiq Naufal. Perbincangan serius antara dia dan doktor muda itu asyik datang melayang-layang di minda. Argh... Serabut kepala otak aku fikir pasal ni.
Deringan kuat iPhone mengejutkan Aira dari termenung panjang. Wajahnya bertukar ceria saat melihat nama pemanggil.
"Baby, I miss you so much." Bersungguh-sungguh Aira meluahkan rasa sebaik menjawab panggilan itu.
"I miss you too my sweetheart," balas suara pemanggil.
"Huarghhh. Rasa nak menangis bila dengar suara kau. I wish you were here, baby," adu Aira. Tiba-tiba hatinya dipagut rasa sebak saat mendengar suara teman baiknya, Emma.
"Hei. Kenapa ni? Are you okay? Ada masalah ke ni? Do you mind to share with me?" Bertalu-talu soalan yang terbit dari bibir Emma.
"Aku stres! Aku tak tahu nak cakap macam mana. It's complicated. Kau hadir tepat pada waktu, Emma," beritahu Aira.
Meletus ketawa kecil Emma.
"Tiba-tiba aku teringat dekat kau. Mungkin Allah hadirkan aku perasaan tu untuk tanya khabar kau. Kau ada masalah apa ni? Dekat tempat kerja ke? Or problem with your staff or your parents?" duga Emma.
Lama Aira berdehem sebelum membalas pertanyaan Emma.
"No. It's not about work or my parents. It's about... Errr..." katanya mati di situ.
"Tell me, dear," pujuk Emma.
"It's about my relationship with someone. Arghhh. I don't know how to explain. It's so complicated," komen Aira.
Pecah tawa besar Emma.
"Are you serious, babe? So, masalah cinta la ni? Sampai hati kau tak cerita dekat aku. Are you in love with someone right now?" soal Emma bagaikan tidak percaya.
"I'm not sure. Haha. Bukan tak nak cerita cuma belum sampai masanya. Kami tak declare apa-apa lagi la. Baru di tahap saling mengenali," terang Aira.
"Sounds funny. Okay, tell me who is him? Siapa yang dah rampas kau daripada aku ni?" gurau Emma. Walaupun dia agak terkejut mendengar kenyataan itu tetapi dia sebenarnya sudah tidak sabar untuk mengetahui jejaka yang sudah berjaya menjentik hati temannya itu.
"Errr... Rahsia."
"Okay fine!" rajuk Emma.
"Hahaha. Buruknya kau merajuk dengan aku. Emma, let's meet up. Aku dah penat pendam sorang-sorang. Aku nak jumpa kau dan luah semuanya. I need you, baby," ajak Aira bersungguh-sungguh. Bagi Aira, Emma adalah teman paling akrab dengannya. Akrab dalam erti kata dialah sahabat yang sentiasa berada waktu susah dan senang. Dialah sahabat yang paling memahami dan dialah sahabat yang sentiasa salurkan semangat positif buatnya.
"Kalau kau perlukan aku, aku lagilah berkali ganda perlukan kau. Lately ni aku busy sangat dengan kerja dan aku rasa stres gila nak mampus. Rasa muak tengok kerja yang bertimbun dekat office. Dah tu, ada masalah dengan staf-staf aku pula. I think I need to get some rest. Short escape jom," cadang Emma.
Sungguh, dia sangat rindu saat bergelar pelajar dahulu. Kalau dulu, banyak aje masa nak shopping, travel dan buat apa saja tapi sejak melangkah masuk ke alam pekerjaan, nikmat untuk buat semua tu hilang dengan sendirinya. Dah tak sempat nak berjimba. Hanya katil dan tilam menjadi pujaanku. Bangun awal pagi, balik lewat petang. Kadang-kadang timbul rasa bosan apabila asyik melakukan perkara yang sama hari-hari. Panjang lebar Emma bermonolog dalam hati.
"Jom. Aku pun ingat nak bercuti. Pulau nak?"
"Nakkk!" sambut Emma dengan begitu ceria sekali. Pulau, pantai dan mereka berdua memang tak dapat dipisahkan lagi. Dari zaman belajar lagi pasti pantai yang akan menjadi pilihan mereka untuk melepaskan stres. Kalau ada masalah aje nak pergi pantai. Kalau pantai aje mesti tempat melepaskan masalah. Macam la pantai tu boleh faham.
"Kau datang belah sini la, Emma. Jom kita snorkeling dekat Pulau Perhentian nak?" cadang Aira.
"Good idea. Nanti aku confirm cuti dengan secretary aku dulu. Lepas tu aku update balik dengan kau," beritahu Emma.
"Alright. No problem. Kalau boleh dalam masa terdekat ni la, Emma."
Aira sudah tersenyum lebar. Sudah tidak sabar dia hendak bermandi pantai dan bermain dengan ikan-ikan di sana. Teman baiknya itu adalah seorang pegawai pemakanan di sebuah syarikat produk kesihatan terbesar di ibu kota. Sejak bekerja, mereka memang jarang bertemu. Ada kalanya mereka akan buat short escape macam ni la. Lari sebentar dari kesibukan ibu kota untuk melayan perasaan sendiri. Mujurlah kedua-duanya masih bujang.
"Aku cuba, Aira. Tak sabar nak jumpa kau and tak sabar nak dengar cerita pasal mr. secret kau tu. Handsome tak, Aira?" soal Emma sekadar ingin tahu.
Ingatan Aira kembali teringatkan Doktor Afiq Naufal. Bibirnya tersenyum sendiri.
"Hmmm... Actually, taste aku la. Hitam manis, smart, mata redup, sejuk mata memandang dan ada janggut ciput," beritahu Aira segan-segan.
Meledak tawa besar Emma di sebalik corong telefon. Memang sah kawan baik aku ni dah angau dengan lelaki tu, teka Emma.
"Macam mana kau boleh tersangkut dengan dia ni?" soal Emma lagi. Bukan main suka dia nak dengar kisah cinta Aira.
"Alaaa... Tunggu nanti la aku cerita. Baru surprise sikit."
"Haha. Okey, I'm waiting for you. By the way, aku kena masuk kerja balik ni. Nanti aku call kau balik nak confirm date kita nak pergi bercuti tu," beritahu Emma.
"Alright, babe. Take care."
Aira menamatkan panggilannya dengan Emma bersama perasaan senang hati. Sudah bermacam perkara yang berlegar di kepala otaknya. Wait for me, laut. Katanya tidak sabar. Masalah yang baru melanda sebentar tadi lenyap untuk seketika.
BUNYI deruan enjin kereta yang memasuki pekarangan rumah membuatkan Aira yang sedang menonton televisyen melebarkan senyuman. Yeay! Along Khairil dah balik. Tidak sabar dia menunggu abangnya melangkah masuk ke dalam rumah.
"Welcome home, my sweet brother." Penuh ceria Aira menyambut kepulangan abang sulungnya itu. Sapaan Aira dibalas dengan senyuman yang cukup manis daripada abangnya.
"Amboi! Setiap hari along balik tak pernah sambut macam ni pun," sindir Doktor Khairil. Punggungnya terus dilabuhkan bersebelahan dengan adik perempuannya itu.
"Along mesti penat kan drive jauh-jauh. Kesian abang Aira ni," komen Aira. Lengan Doktor Khairil mula dipicitnya perlahan.
"Dan-dan buat baik dengan kita. Nah! Along dah tolong servis kereta Aira sebelum bawa balik sini. Minyak pun along dah isi penuh," beritahu Doktor Khairil. Kunci kereta di dalam genggaman tangannya terus dihulurkan kepada Aira.
"Omg. Terharunya. Thank you so much, along. Ni buat Aira makin sayang ni," jawab Aira dengan penuh sengihan. Terus pipi abangnya dikucup mesra. Untung tau ada abang macam ni. Sanggup dia sponsor diri balik ke kampung untuk ambil kereta aku dan bawa ke Kelantan. Semuanya semata-mata demi adik kesayangan dia yang cun melecun ni. Saranghae, along.
Kedengaran tawa kecil dari bibir Doktor Khairil. Terus kepala adiknya itu diusap perlahan. Siapa tak sayang adik hoi?
"Oh ya, ibu ayah kirim salam sayang, rindu dan peluk cium untuk anak kesayangan depa," beritahu Doktor Khairil saat teringatkan pesanan ibu dan ayahnya. Bahu adiknya sempat dipaut dan dipeluk kejap.
"Salam diterima. Tiba-tiba rindu pula dekat depa dua. Menyesal pula Aira tak balik sekali dengan along," rungut Aira dengan bibir muncungnya.
"Kalau macam tu, hujung minggu ni Aira balik la kejap jenguk ibu ayah. Bagi tahu aje along, nanti along tempah tiket flight," kata Doktor Khairil seakan memujuk.
"Hah... Hat tu la nak dengaq. Jimat duit Aira. Apa kata setiap bulan along tanggung tiket flight Aira balik kampung?" cadang Aira. Satu kenyitan mata dihadiahkan kepada abangnya.
Pecah tawa besar Doktor Khairil. Amboi! Kategori bagi betis nak paha adik aku ni.
"Rasanya selama ni memang along pun yang tolong tempah tiket dan bayarkan untuk Aira. Hah... Lupa la tu?" gurau abangnya.
Aira mula menggaru kepalanya yang tidak gatal. Sengihan panjang sengaja dihulurkan buat abang tercinta. Ya tak ya juga. Lupa pula aku. Selama ni pun kalau nak pergi mana-mana aku just cakap dengan along dan dia yang akan selesaikan semua pasal tiket. Hahaha. Adik tak sedar diri betul kau ni.
"Jadi ke Aira pergi Pulau Perhentian dengan Emma?" soal Doktor Khairil.
"Mestilah jadi. Bosan la asyik kerja aje. Sekali-sekala tu kena ambil cuti juga. So, Aira ingat lepas balik pulau tu nak direct balik Kedah. Nak join Aira tak?" ajak Aira.
"I wish I could join both of you tapi along tak boleh la. Busy sikit," ujar abangnya.
Makin muncung bibir Aira.
"Eleh. Bukan busy sikit, tapi setiap masa busy. Lepas kahwin nanti tolong la jangan busy memanjang. Kesian Kak Tinie kalau along 24 jam asyik dengan kerja," bebel Aira mengalahkan ibunya. Hanya tinggal beberapa bulan sahaja lagi abangnya itu akan bergelar seorang suami. Sebab tu la aku ni kalau boleh tak nak berkahwin dengan doktor. Tapi, sekarang ni dah terjatuh cinta la pula dengan Doktor Afiq tu.
"Patik menjunjung perintah, tuan puteri," kata abangnya siap berpura-pura tunduk sembah lagi di hadapan Aira. Makin menggila la Aira ketawa.
"Dah la. Along pergi tidur. Esok nak kerja pula. Thanks lagi sekali tau sebab tolong ambilkan kereta Aira. Nanti dapat gaji Aira belanja along," ucapnya lagi.
"Nanti along tuntut janji tu."
Terus berbunga riang senyuman Doktor Khairil. Bila bersembang dengan adiknya itu memang tak sedar jarum jam yang berputar laju. Aku ada seorang aje adik perempuan. Jadi, sebagai abang aku akan cuba tunaikan apa saja permintaan adikku ini. Namun, dia rasa cukup bertuah kerana Aira sebenarnya jarang meminta. Adikku ini sudah pandai berdikari dan berdiri di atas kaki sendiri. Lega hati seorang abang bila dapat adik macam ni.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen3h.Co