Ya Maktub (Bonus Bab Awal)

Ya Maktub (Bonus Bab Awal)
24 lượt thích / 557 lượt đọc
TENGKU ADAM GHAZALI
Lelaki berkarisma yang sentiasa menjadi cahaya di mana sahaja dia berada. Seorang anak yang taat, adik yang pelindung dan insan yang meletakkan keluarga melebihi segalanya. Dibentuk untuk menjadi sehebat idolanya, abahnya sendiri, Adam membesar dengan senyuman, namun tanpa sedar, jiwanya kosong. Dalam kesempurnaan yang orang lihat, dia hanyalah cebisan jigsaw yang belum lengkap.
Sehinggalah dia bertemu NUR HAWA ORKID.
Gadis aneh yang ceria, selamba dan penuh kejutan. Comot tapi comel, pendiam dengan orang asing namun manja bila sudah selesa. Lajunya seperti pelesit, beraninya mengejar sehingga ke hujung dunia. Hawa bukan sekadar hadir dalam hidup Adam, dia mengusik, mencabar dan perlahan-lahan menyembuhkan sunyi yang Adam simpan sejak sekian lama.
Pertemuan mereka di Tanah Haramain menjadikan segalanya lebih bermakna. Penuh dialog nakal, tawa spontan dan perasaan yang tidak terduga.
Namun, ini bukan sekadar kisah cinta komedi.
Ini kisah tentang cinta yang lebih luas daripada dua hati.
Tentang maktub, doa, takdir dan Cinta paling agung, Cinta-Nya.
Sebuah hikayat yang menghangatkan jiwa dan mengingatkan bahawa setiap pertemuan, telah lama tertulis.