
Untukmu Cinta (Bonus Bab Awal)
15 lượt thích / 369 lượt đọc
Cinta. Pada Orkid, cinta itu perasaan yang suci. Menginginkan yang terbaik pada si dia yang dicintai walaupun hatinya sendiri terluka. Dalam diam dia menyukai sahabatnya Adam yang jelas menyukai sahabat mereka, Dr. Eve.
Kata Orkid, biarlah kalau satu masa apabila Adam dan Eve bersatu hatinya akan terluka, dia rela dan dia masih mahu berharap. Menumpang kasih seorang Adam selagi Adam tak dimiliki walaupun dia sedar, dia seperti pipit yang menginginkan enggang.
'Kalaupun hati ini akan terluka, aku rela.' - Orkid
Dalam segi tiga cinta antara Orkid, Adam dan Eve, Orkid bertemu Datuk Ir Arman dalam demonstrasi yang dikendalikannya untuk menentang empangan hidro yang bakal dibina oleh syarikat milik Arman. Pertemuan pertama membuatkan Arman tertanya, adakah Orkid bunian di tengah taman. Berbual dengan pokok dan bermain dengan rama-rama ?
Pertemuan kali kedua, buatkan hatinya berdegup kencang tatkala anak mata mereka bertaut lama dan pertemuan kali ketiga terus membawa dia bertemu ahli keluarga Orkid.
Namun Arman menyimpan kisah lampau yang ingin dia lupakan. Yang buatkan dia menjauh dari wanita dan pesimis dengan cinta.