Truyen3h.Co

Angin Cinta

Bab 14

karyaseni2u

"ADA lagi?" Mata Irika membulat saat dia melihat jambangan bunga di atas mejanya entah kali ke berapa pagi itu. Memang tak kenal erti putus asa betul Si KK tu.

Irika memegang bunga tersebut, membeleknya lama sebelum melemparkannya ke dalam tong sampah di sebelahnya.

Rimas, lemas, semuanya ada bercampur sebati dalam jiwanya.

Entah bilalah lelaki itu mahu mengalah dan tidak mengganggunya lagi, Irika sendiri tidak pasti.

Dah beritahu yang dia sudah berpunya pun tak jalan. Teruk betul perangai sampaikan buah hati orang pun dia hendak ganggu walaupun realitinya itu cuma alasan Irika untuk melarikan diri.

Hati Irika panas.

Tak tahu nak cakap macam mana. Rasa macam nak meletup saja. Tengoklah nanti mesti mamat tu telefon. Siaplah dia!

Bunyi deringan yang kedengaran dari telefon pejabat membuatkan Irika cepat-cepat mengangkat.

Irika mengharapkan KK yang menelefonnya.

"Helo. Jaguh Kiara."

"Errr... Jaguh Kiara, Irika ada?"

Irika mengetap bibirnya, geram. Sah, mesti CEO senget tu.

"Ya, Irika sini."

"Oh, Irika. Good morning."

Irika mendengus geram.

Boleh pula dia ni selamba saja berbicara, langsung tak ada rasa segan.

"Bahagian mana yang encik tak faham, ya? Saya rasa dah banyak kali saya cakap jangan ganggu saya lagi. Apa yang encik tak faham ni?"

"Saya faham, Irika. Saya tahu awak tak suka saya, benci saya. Tapi apa salahnya saya mencuba, kan? Selagi awak belum berpunya, maknanya awak bukan hak sesiapa. So, saya masih ada peluang."

"Belum berpunya?"

Irika mengerutkan dahinya sendiri.

"Kan saya dah cakap saya dah ada kekasih, ada kekasih dengan berpunya tu lain ke maksudnya?"

KK ketawa di hujung talian sana.

"Saya tak percaya."

"Sudahlah kalau encik tak percaya. Saya ada banyak kerja nak buat ni. Tolong jangan ganggu saya lagi. Assalammualaikum."

"Wait... Wait Irika." KK cepat-cepat menghalang.

"Apa?" Irika mendengus kasar.

"Okey, kalau betul awak dah ada kekasih, let me meet him."

"Nak buat apa? Encik nak suruh dia tinggalkan saya?"

Irika menyoal dengan rasa tidak puas hati.

Suka hati saja lelaki ini meminta begitu.

"Bukan macam tu. Saya cuma nak tengok dia depan mata saya. Kalau awak tak bawa dia jumpa saya, saya anggap awak menipu dan saya akan terus kacau awak, kejar awak sampai awak terima saya."

"Awak ni gilalah!"

Irika bersuara separa menjerit.

KK cuma ketawa sebelum dia kembali berbicara.

"Saya tunggu awak dekat lobi masa lunch nanti, suruh boyfriend awak datang, saya nak jumpa. Happy working, Miss Irika."

KK mematikan taliannya membuatkan Irika terkulat-kulat, dia menggumam tidak tahu hendak berbuat apa.

KK menutup mulut menahan kuap yang entah masuk kali ke berapa. Hampir saja dia terlena di atas sofa itu namun digagahi jua matanya untuk bertahan supaya tidak terlepas bayang Irika di lobi itu.

Suara dan tawa yang kedengaran membuatkan KK kembali memanjangkan lehernya, mencari kelibat gadis itu dari celahan manusia yang keluar dari perut lif.

Irika sedang berjalan dengan seorang lelaki yang pernah KK lihat di pejabat Johan dahulu, rakan sekerja Irika barangkali.

KK bangun dari duduknya dan mendekati Irika. Tingkah laku KK itu membuatkan Irika tersentak.

Tidak menyangka selaju itu KK sudah berada di hadapan matanya, ingatkan lelaki itu belum sampai ke situ.

"Encik KK." Dia menyapa sebelum memandang ke arah Naim dan memberi isyarat mata.

"Oh, Encik KK. Hai, errr saya... Saya Naim, boyfriend Irika."

Naim tiba-tiba bersuara dengan tergagap-gagap setelah memahami isyarat yang Irika sampaikan. Memulakan tugasnya sebagai kekasih olok-olok kepada Irika.

"Awak?" Mata KK membuntang. Dia tidak percaya yang lelaki lembut di hadapannya itu ialah kekasih Irika. Mustahil!

"Ya, Irika dah terangkan segala-galanya dekat saya. Saya harap lepas ni Encik KK tak ganggu Irika lagi."

Naim buat suara macho, cuba menyerlahkan sisi kelelakiannya.

"Awak jangan nak tipu saya. Saya tak percaya. Takkanlah dia ni..."

KK menyoal dengan rasa tidak puas hati sambil memandang Naim dari atas ke bawah. Lelaki lembut macam sotong ni? Tak ada taste betul Irika ni. Patutlah dia tak pandang aku.

"Encik KK tolong hormat sikit. Salahkah kalau saya dengan dia? Dia dah cukup sempurna bagi saya. Encik KK tak perlu masuk campur tentang siapa yang saya patut pilih sebagai kekasih hati."

Irika membentak.

"Bukan. Bukan macam tu... Okey, I am sorry!"

"Sekarang Encik KK dah tak tengok dengan mata kepala Encik KK sendiri kan siapa kekasih saya? Sekarang saya harap Encik KK janganlah kacau hidup saya lagi. Tolonglah saya merayu."

"Ya, Encik KK. Irikalah satu-satunya kekasih saya, tolong jangan ganggu kebahagiaan kami, Encik KK pilihlah orang lain yang lebih layak untuk Encik. Irika ni tak sesuai. Dia garang macam singa."

Naim bernada serius.

"Naim!!!" Irika bersuara lantang sebelum mencebik membuatkan Naim ketawa.

KK yang memerhatikan mereka berdua sekadar makan hati, rasa cemburu melihat 'kemesraan' Irika dan Naim.

"Okey, saya minta maaf. Lepas ni saya janji tak kacau awak lagi. Saya harap awak bahagia." KK bersuara lirih sebelum mengambil sutnya yang tersadai di atas sofa dan berjalan perlahan meninggalkan bangunan itu. Dia tidak sanggup berlama lagi di situ. Risau hatinya yang remuk-redam terpamer pada pandangan mata manusia.

Irika terkedu memerhati KK yang kelihatan macam dah hilang semangat. Wajahnya syahdu saja saat dia berlalu meninggalkan Irika dan Naim dengan pantas tanpa menoleh ke belakang.

"Dah? Puas hati kau?"

Naim menyoal setelah lama Irika berjeda memerhati KK.

Irika mengalihkan pandangannya ke arah Naim semula.

"Puaslah juga."

"Kau ni rela, kan? Kesian aku tengok dia tu kena reject macam tu."

"Ah, biarlah... Sekurang-kurangnya dia dah tak ada alasan untuk kacau aku lagi lepas dia tahu aku dengan kau."

"Ceh! Tak kuasa aku dengan kau. Baik aku dengan Kak Mona tu daripada kau yang langsung tak ada aset ni."

"Aku pun tak naklah dekat kau!" Irika mendengus.

"Tengok, cakap sikit dah melenting. Tak faham aku, macam mana CEO Kay Kay Holding tu boleh cinta mati sama kau."

Naim menggeleng sebelum mengatur langkahnya semula, mahu keluar rehat setelah berlama di lobi itu.

"Eh, tunggulah aku!" Irika memanggil dari belakang.

"Cepatlah, mek!" Naim membalas.

Irika ikut melangkah walaupun hatinya masih rasa bersalah terhadap KK kerana menipunya dan membuatkan lelaki itu patah hati. 

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen3h.Co