Bab 15
KK menekup wajahnya dengan kedua-dua belah tangan sambil cuba menahan emosinya yang masih tidak stabil. Rasa macam nak menjerit saja. Biar satu pejabat dengar.
Aku boleh kalah dengan mamat sotong tu? Hesy! Kalau dengan Zainal atau lelaki lain boleh juga dia terima, tetapi lelaki tadi tu?
KK meraup wajahnya berkali-kali, cuba menenangkan jiwanya yang bergelojak.
Okey... Sabar, KK. Jangan pandang orang luaran saja, mungkin lelaki itu layan Irika bagus.
Tapi itu yang buat dia lagi jatuh sayang dengan Irika sebab Irika tak pandang harta dan rupa, dia terima saja lelaki bernama Naim itu walaupun lembutnya mengalahkan Irika sendiri.
Mujur tak berpakaian wanita saja, kalau tak memang sah orang keliru.
Ini gamaknya orang kata frust menonggeng, tapi KK rasa macam nak frust menelentang saja ni, guling-guling di atas lantai macam budak-budak tak dapat mainan.
Aku tak nak putus asa tapi aku juga tak sanggup nak tolak permintaan Irika yang minta aku tak ganggu hidup dia lagi. What should I do Irika?
KK menyoal dalam hati namun Irika tiada di sisinya untuk memberikan jawapan. KK sudah tidak tahu macam mana lagi caranya untuk dia meleburkan hati Irika yang keras membeku tu.
KK mengeluh sendiri mengenangkan nasib dirinya yang gagal merebut cinta Irika.
"Bos, boleh saya masuk?"
Suara seseorang menerpa membuatkan KK cepat-cepat menukar riak wajahnya menjadi tegas semula. KK tidak mahu orang nampak wajahnya yang sedang kesedihan.
"Oh, Soraya. Yes, you may come in." KK mempersilakan, membuatkan gadis cantik itu masuk.
Wajahnya menarik senyum namun ada sesuatu pada senyumannya yang membuatkan KK rasa curiga. Macam ada yang tidak kena.
"Ada apa?"
"Errr... Bos..."
Soraya terkelu lidah namun perlahan dia menghulurkan satu sampul surat di tangannya.
"Apa ni?"
KK menyoal sambil membuka sampul itu dan menarik surat di dalamnya keluar. Soraya masih diam tidak berkutik, dia menunduk saja macam tidak berani memandang KK.
"Surat peletakan jawatan? Awak pasti ke nak letak jawatan ni?"
KK menyoal usai membaca surat itu. Dahinya berkerut. Angin tak ada, ribut tak ada, tiba-tiba saja Soraya nak berhenti kerja.
"Pasti, bos."
KK menghela nafasnya.
"Okey, kalau macam tu saya tak boleh nak halang. Cuma kalau tak keberatan, boleh beritahu saya sebab apa awak nak berhenti? Increment kurang ke, tak cukup bonus ke apa? So, that I can improve next time."
"Eh... Tak.. Tak... Semua okey, bos." Soraya menyengih.
"Habis tu?" KK mengangkat kening.
"Sebenarnya bos, saya.... saya nak kahwin. Saya nak kena buat persiapan dan lepas tu saya nak jadi suri rumah sepenuh masa untuk my beloved husband. Tapi bos jangan risau, saya bagi notis sebulan. So, I will settle all my job before betul-betul berhenti."
Soraya tersenyum bahagia, sudah membayangkan saat indah di dalam hidupnya.
"What???" Mata KK mencerlung.
"Ya, bos tak salah dengar and thanks to you. Sebab boslah saya jumpa jodoh saya."
"Maksud Soraya?"
"Saya nak kahwin dengan Zainal, bos. Zainal Alam bin Bakhtiar, CEO Alamar Corp. Bos ingat, kan? Bos yang kenalkan kami berdua."
KK terkedu.
Dia tidak percaya dengan apa yang dia dengar. Tidak menyangka rancangannya untuk menjauhkan Zainal dengan Irika itu rupa-rupanya merapatkan pula Zainal dengan Soraya sampai berjodohan begini.
"Congrats, Soraya. Saya tak sangka..."
KK kehilangan kata-katanya, masih terkejut.
Soraya ketawa kecil.
"Saya pun tak sangka bos. Thank you, bos."
"Alah, saya tak buat apapun. Lagipun, dah jodoh awak. Saya tak payah buat apapun kalau dah jodoh awak, dia tetap jodoh awak juga, kan?"
"Ya, tapi bos main peranan penting dalam hal ni. Thanks, bos."
"Sudahlah, Soraya. No need to thank me so many time."
Soraya ketawa lagi.
"Kalau macam tu, saya doakan bos pula sampai jodoh cepat-cepat, okey?"
"Hah, itu saya suka dengar. Terima kasih, awak pun jadi isteri yang baik, okey?"
"Okey... Insya-Allah, bos. Nanti datang tau kenduri saya. Nanti saya bagi kad."
"Mesti."
KK tersenyum, seronok melihat Soraya yang kelihatan begitu bahagia.
"Okey, bos. Saya keluar dululah, ya?"
Soraya meminta diri sebelum angkat kaki, seraya meninggalkan KK berseorangan kembali di bilik pejabatnya itu.
KK menghela nafasnya kembali, gembira untuk Soraya namun sedih juga. Dia sibukkan Zainal dengan Soraya supaya Zainal tak ada masa nak kacau Irika lagi, maka peluangnya akan jadi lebih cerah tapi akhirnya semua itu tak bawa erti apa-apa kerana Irika tetap tidak sukakan dia dan sudah punya pacar lain.
Soraya dan Zainal juga yang untung, yang dia ni tak ke mana. Adeh!
"BOS, conference dekat Bangkok tu dah confirm. Bos jadi join ke? Nak I book tiket?" Sharon menyoal saat dia masuk ke bilik KK petang itu. KK memandang Sharon dengan wajah yang tidak beriak sebelum dia mengangguk.
"Bila tu, Sharon?"
"Next week. Conference ni seminggu tau, bos. Boleh ke?"
"Buatlah apa you nak buat, Sharon. I ikut aje."
Mata Sharon membulat mendengarkan kata-kata KK. KK saat itu tak macam KK yang dia kenal, yang begitu mengambil tahu setiap kerjanya dan komited dengan setiap perkara.
Saat itu seolah-olah pemikiran KK sedang menerawang ke tempat lain.
"Are you okay, bos?"
KK memandang ke arah Sharon yang mula kelihatan khuatir.
"Ya, I am okay. Don't worry, Sharon. You pergilah buat kerja you, tinggalkan I sorang-sorang. Kalau tak ada benda yang penting, jangan bagi sesiapa masuk bilik I okey? I need to be alone."
KK meminta membuatkan Sharon mengangguk perlahan.
Dia terasa hendak bertanya lagi namun mood KK yang kelihatan tidak elok itu membuatkan Sharon membatalkan hasratnya.
Sharon keluar menutup pintu bilik KK, meninggalkan kembali KK dengan keluhan berat yang masih keluar dari bibirnya.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen3h.Co