Truyen3h.Co

Bukan Dua Tapi Tiga?

Bab 10

karyaseni2u

"Awalnya kau balik, Zahari?" soal Tengku Iskandar. Dia terus duduk di atas kerusi yang bersebelahan dengan Zahari. Sudah lama dia tak berjumpa dengan sahabatnya itu.

"Bosan aku tinggal di negara orang lama-lama. Aku rindukan negara aku. Aku tak sabar nak balik ke sini. Negaraku yang tercinta.Tanah airku." Zahari tersengih.

"Macam mana dengan life kau kat sana?" soal Dr. Nazri. Mereka bertiga telah berjanji untuk berjumpa di Secret Recipe petang ini.

"So far, okeylah! Sana sejuk! Fuh, nasib baiklah kulit aku tebal." Zahari ketawa.

"Someone special?" Tengku Iskandar cuba untuk mengorek rahsia.

"Nope! Semua minah salih, bukan taste aku. Jiwa aku masih pada perempuan Melayu!"

"Boleh percaya ke?" Dr. Nazri tersengih.

"Tentulah! Aku balik cepat-cepat ni sebab aku kasihan kat Linda yang terpaksa uruskan syarikat guaman arwah papa aku seorang diri. Lagipun, tahun depan dia nak kahwin. Mesti dia sibuk nak buat persiapan perkahwinan lagi."

"Tengok, adik kau pun dah nak kahwin... Kau bila lagi? Takkanlah kau tak jumpa lagi wanita idaman kau?" soal Dr. Nazri.

"Aku belum ada jodoh lagi lagi. Sebut pasal wanita ni, masa aku kat KLIA pagi tadi, ada wanita tu duduk kat sebelah aku. Memang cun! Persis model antarabangsa! Aku tegurlah dia sebab waktu tu aku tengok dia macam bengang. Telefon bimbit dia diketuk-ketuk di atas kerusi. Aku tegur dia. Lepas tu dia tiba-tiba naik angin. Dia speaking. Dia suruh aku jangan cakap dengan dia tapi aku cakap juga." Zahari mula bercerita. Dia teringat akan peristiwa tadi.

"Kau memang suka cari pasal," sampuk Tengku Iskandar. Dia berminat untuk mendengar dengan lebih lanjut.

"Aku bukannya buat apa-apa pun. Just tegur aje. Aku kan peramah."

"Sambunglah cerita, aku nak dengar," kata Dr. Nazri.

"Dia beri amaran kat aku supaya jangan bercakap dengan dia lagi tapi aku cakap dengan dia juga. Tiba-tiba dia bangun dan terus menjerit..." Zahari menoleh ke kiri dan kanan. Dia perlu pastikan tak ada orang mendengar perbualan mereka bertiga.

"Dia jerit kata aku raba punggung dia." Nada suara Zahari separuh berbisik.

"Apa?" Dr. Nazri terkejut.

Tengku Iskandar ketawa kuat apabila mendengar kata-kata Zahari.

"Bagi kau memanglah lucu... Bagi aku, ini perkara yang memalukan. Time tu memang aku geram, marah dan malu! Mana tidaknya, semua orang kat situ pandang aku lain macam aje seolah-olah aku orang gila seks. Perempuan tu pula terus pergi macam tu saja. Kalaulah... Kalaulah aku jumpa perempuan tu lagi... Siaplah! Aku akan balas dendam balik." Zahari mengetap bibirnya menahan geram.

"Lain kali, kau tu janganlah jadi peramah sangat. Kan dah kena! Aaa... betul ke Uncle Kadir dah lantik kau jadi peguam dia?"

"Ya, baru tadi dia call aku! Dia cakap nak jumpa aku esok."

"Mesti Uncle Kadir nak tukar wasiat," kata Tengku Iskandar.

"Kenapa?" Zahari tak faham.

"Auntie Munirah dah balik. Rupa-rupanya Uncle Kadir ada anak dengan Auntie Munirah. Selama ni Uncle Kadir tak tahu yang dia mempunyai pewaris," terang Dr. Nazri.

"So, maksud kau, tujuan Uncle Kadir nak jumpa aku esok disebabkan wasiat?"

"Mungkin, ya!"

"Habis tu macam mana dengan Auntie Kartika, Sofea dan Suziela? Aku rasa mereka takkan bersetuju pasal hal ni. Macamlah kau tak kenal dengan perangai Auntie Kartika dan anaknya."

Serentak mereka bertiga mengeluh kuat. Mereka tahu apa yang akan berlaku.

"Aaa... Girlfriend kau berdua macam mana? Sihat?" tanya Zahari sambil tersengih.

"Siapa?" soal Tengku Iskandar dan Dr. Nazri serentak.

"Sofea dan Suziela."

"Eh, Zahari! Kau jangan sebut nama mereka berdua... Nanti tak pasal-pasal muncul kat sini," kata Tengku Iskandar. Nama Sofea memang sensitif kepada dirinya.

"Yalah, kau ni memang sengaja nak hilangkan mood kami." Dr. Nazri mencelah. Wajahnya berubah pucat apabila nama Suziela disebut.

"Penakut! Takkanlah kalau aku sebut nama Sofea dan Suziela, mereka akan muncul kat sini. Nonsense!" Zahari ketawa. Lucu.

"Hai!" tegur seseorang. Serentak mereka bertiga berpaling, ketawa Zahari mati secara tiba-tiba sebaik sahaja melihat dua orang wanita yang berada di belakang mereka. Perlahan-lahan matanya dialihkan ke arah dua sahabatnya yang sedang memerhatinya seolah-olah ingin menelannya hidup-hidup.

"Happy nampak? Tengah borak pasal apa?" Suziela bersuara. Matanya tepat merenung ke arah kekasih hatinya.

"Aaa... Nothing," jawab Zahari. Dr. Nazri dan Tengku Iskandar hanya mendiamkan diri. Maaf, sahabatku. Tak sangka mulut aku ni masin pula!

Khatijah terkejut apabila Aleya tiba-tiba berada di belakangnya.

"Leya rupa-rupanya! Auntie ingat siapa tadi." Khatijah mengusap-usap dadanya akibat terkejut. Dia baru saja mengunci pintu restoran. Kenapa Aleya tiba-tiba datang pada waktu ni? Dah tengah malam. Wajahnya serius.

"So, selama ini auntie tahulah sebabnya kenapa ibu mahu pulang ke Malaysia. Sebab ibu nak minta cerai daripada lelaki tu!"

"Leya dah tahu?"

Aleya mengangguk.

"Munirah beritahu ke?"

"Tak! Angah yang beritahu."

Dahi Khatijah sedikit berkerut. Macam mana Alisa boleh tahu pula?

"Sekarang ni angah ada di Malaysia."

"What?!" Bulat anak mata Khatijah. Kehadiran Alisa pasti akan menghuru-harakan keadaan. Siapa tak kenal dengan sikap Alisa? Bercakap ikut suka hati dia sahaja. Tak ada 'brek' langsung. Straight to the point.

"Ya, one more thing, auntie! Ibu accident," beritahu Aleya. Dia membetulkan mafela yang berada dilehernya... Sejuk!

"Munirah accident?" Mulut Khatijah melopong. Khatijah resah.

"Bila? Auntie baru saja cakap dengan Munirah beberapa jam yang lalu. Macam mana boleh accident pula? Bagaimana dengan keadaan Munirah sekarang ni?"

"Tangan kanan ibu patah."

"Nasib baik tak teruk." Khatijah mengusap-usap dadanya perlahan-lahan. Rasa lega. Tiada yang serius.

"Auntie, Leya ada perkara nak tanya. Leya tahu antara auntie dan ibu tiada rahsia selama ini."

"Tentang apa?" Jantungnya berdegup kencang.

"Kenapa ibu mahu bercerai dengan lelaki tu? Mereka sudah tiada apa-apa hubungan. Maksud Leya, mereka bukan suami isteri lagi, kan? Leya pernah dengar, ibu nak minta fasakh. So..." kata Aleya. Dia pernah terdengar perbualan antara ibu dan Khatijah beberapa tahun yang lalu.

Sebelum sempat Aleya menghabiskan kata-katanya, Khatijah mencelah.

"Jadi, selama ini Aleya ingat mereka berdua bukan suami isteri lagi?"

"Ya, dia tak pernah beri nafkah zahir atau batin kepada ibu malah dia tak pernah ambil tahu tentang ibu. Dia tak pernah cari ibu. So, kenapa pula ibu mesti minta cerai daripada lelaki itu? Bukan ke ibu dah minta fasakh daripada lelaki itu? Ataupun ada perkara yang Leya tak tahu?" Aleya merenung Khatijah dengan tajam. Dia dapat merasakan ada sesuatu yang dirahsiakan oleh ibunya. Yang pasti, hanya Khatijah yang tahu.

"Apa maksud Leya?" nada suara Khatijah bergetar. Dia mula panik. Dia tidak berani bertentang mata dengan Aleya.

Aleya tersenyum sinis. Dari reaksi Khatijah, dia sudah tahu jawapannya.

"So, auntie tak mahu beritahu Leya, ya? Tak apa, Leya tak paksa. Malam ni juga, Leya beli tiket flight ke Malaysia. Leya akan bersemuka dengan ibu. Leya nak dengar penjelasaan daripada ibu."

"Leya!"

Khatijah terkejut lalu memegang lengan Aleya. Khatijah serba salah. Jika Aleya juga pergi ke Malaysia, pasti keadaan akan lebih huru-hara. Kasihan Munirah.

"Okey! Auntie beritahu. Tetapi janji dengan auntie, rahsiakan perkara ini daripada Lisa dan Lina." Khatijah mengalah.

"Sebenarnya, memang benar ibu kamu ingin minta fasakh tetapi ibu kamu membatalkan hasratnya pada saat akhir. Ibu kamu bimbang! Takut Dato Kadir akan merampas kamu bertiga daripadanya. Hanya Leya, Lisa dan Lina sinar cahaya dalam hidupnya. Ibu kamu takut jika dunianya menjadi gelap sekali lagi. And one thing you should know, Leya... Selama ini Dato Kadir beri nafkah kepada ibu kamu tanpa pengetahuan ibu kamu," jelas Khatijah.

"Maksud auntie?" Dahi Aleya sedikit berkerut.

"Ibu kamu tak sangka bahawa duit yang diguna selama ini adalah pemberian Dato Kadir. Munirah ingat duit yang terdapat di dalam akaun tu adalah duit daripada hasil tanaman kelapa sawit di Johor Bahru... Patutlah setiap bulan terdapat dua puluh ribu dalam akaun tu. Rupa-rupanya, duit itu sebahagian daripada wang perbelanjaan yang diberi oleh Dato Kadir."

"So, ibu guna duit tu?" Aleya mengetap bibir. Kenyataan yang didengari benar-benar menyentap jantungnya.

"Ya, ibu kamu tak tahu. Semasa ibu kamu tiba di sini, kehidupannya susah. Maklumlah merantau di negara orang. Dia bergantung sepenuhnya dengan duit tu... Tiada sesiapa mahu mengambil ibu kamu bekerja kerana ibu kamu pregnant. Auntie hanya dapat membantu apa yang mampu kerana waktu tu kehidupan auntie dan uncle belum stabil lagi."

"Wait a minute." Aleya tiba-tiba menundukkan kepalanya. Berfikir.

"Maksud auntie... Dalam masa dua puluh lima tahun ni, ibu masih guna lagi duit tu lagi ke? Wang untuk pembelajaran kami... Wang untuk rumah yang kami tinggal sekarang ni... Wang untuk modal restoran... Semuanya daripada wang lelaki itu ke?"

Aleya merenung tepat anak mata Khatijah. Nada suaranya bergetar.

"Ya..." jawab Khatijah dengan lemah.

"Termasuklah wang untuk modal kompeni Leya dan Lisa."

"What?" Tiba-tiba kaki Aleya berasa lemah. Perlahan-lahan Aleya berjalan menuju ke bangku panjang yang terdapat di luar restoran.

"Jangan salahkan ibu kamu dalam hal ini... Dia tak tahu. Dia tahu yang duit itu daripada Dato Kadir sehinggalah ibu kamu dapat panggilan daripada Maria, cousin Dato Kadir."

"Auntie Maria terdengar perbualan telefon Kartika dengan seseorang yang mengatakan bahawa nafkah yang disediakan oleh Dato Kadir sebenarnya adalah wang yang ibu kamu anggap hasil wang kelapa sawit."

"Auntie Maria pujuk ibu kamu pulang untuk berjumpa Dato Kadir buat kali terakhir. Ibu kamu enggan. Dia tak mahu peristiwa lama menghantui jiwanya lagi. Dia tak mahu terluka lagi. Tetapi apabila Maria beritahu tentang nafkah yang diberi oleh Dato Kadir sepanjang dua puluh enam tahun ni, ibu kamu benar-benar terkejut."

"Leya tak faham, auntie! Dia dah halau ibu daripada hidupnya tetapi kenapa pula dia beri nafkah dekat ibu setiap bulan? Apa sebenarnya rancangan dia? Kenapa dia masih enggan lepaskan ibu? Apa dia mahu lagi daripada ibu? Nak tengok ibu terseksa... Itu ke niat dia?" Aleya mengeluh. Dia kelihatan kembali tenang.

"Itu auntie tak tahu. Peluang yang ada ni, ibu kamu ambil keputusan meminta cerai daripada Dato Kadir. Ibu kamu tak mahu perkara ini berlanjutan. Ibu kamu mahu selesaikan hal ini dengan segera. Ibu kamu tak mahu tangguhkan lagi," kata Khatijah.

Dia tahu Aleya akan memahami. Antara mereka bertiga, Aleya la yang paling matang. Dia akan berfikir sebelum bertindak tetapi jika dia marah... Tak tahulah apa yang akan terjadi. Dia degil. Khatijah cuba untuk senyum. Dia memegang bahu Aleya.

"Tetapi kenyataan tetap kenyataan, auntie... Ibu masih sayangkan lelaki tu. Leya tahu... di sudut hati ibu, masih ada lagi rasa cinta ibu kepada lelaki itu."

"Auntie pun tahu." Khatijah mengangguk.

"Leya dah tahu hal ini. Leya tak akan buat apa-apa, auntie. Leya percaya ibu. Leya tak mahu tambah masalah ibu lagi. Cukuplah cuma Leya risau apabila memikirkan angah di sana."

"Ya, auntie pun sama."

"Selain itu, Leya juga risau dengan keselamatan ibu, angah dan acu di sana. Kemalangan yang menimpa ibu sebenarnya dirancang oleh isteri lelaki tu. Perempuan tu marah bila dapat tahu yang lelaki tu nak ceraikan dia dan bukannya ibu."

"Apa? Dia memang sudah melampau. Dia ingat nyawa orang main-main ke?" Khatijah terkejut. Dia marah.

"Dah repot polis?"

"Auntie kenal sikap ibu, kan?"

Khatijah mengeluh. Dia kenal dengan perangai sahabat karibnya tu.

"So, Leya hanya akan wait and see saja ke?" soal Khatijah. Dia risau. Munirah sudah tiada sesiapa di Malaysia. Siapa yang akan bantu Munirah jika dia dalam kesusahan nanti?

"Tak, Leya dah minta tolong kawan Leya yang ada di Malaysia untuk siasat latar belakang perempuan tu...Tengoklah, jika ada apa-apa maklumat tentang wanita tu yang boleh Leya gunakan." Aleya tersenyum sinis.

Khatijah turut sama tersenyum.

Perlahan-lahan Alisa membuka kelopak matanya. Terasa berat. Dia terdengar suara. Alisa mengangkat kepalanya.Matanya dikesat beberapa kali. Dia melihat ke arah ibunya yang masih tidur.

"Lina, bangun... Kenapa tidur macam ni? Nanti sakit badan."

Alisa berpaling. Dahinya berkerut melihat lelaki yang berdiri di sisinya. Siapa dia ni?

"Lina, bangun. Lina balik dulu... Mesti Lina penat sebab semalaman jaga ibu. Biar abah pula yang jaga ibu." Dato Syed Mohd Kadir tersenyum.

Abah? Mata Alisa membulat sebaik saja mendengar lelaki itu membahasakan dirinya abah. Lelaki ni... lelaki ni! Inilah pertama kali aku bersemuka dengan lelaki ni. Serentak Alisa bangun dan terlanggar botol air yang berada di atas meja. Botol itu terjatuh dan menyebabkan Munirah terjaga.

"Lina, kenapa ni?" soal Dato Syed Mohd Kadir yang hairan apabila melihat reaksi Alina seolah-olah seperti nampak hantu.

"Ni, abah."

Munirah terjaga dan melihat ke arah Alisa. Munirah terkejut apabila melihat Dato Syed Mohd Kadir juga berada di situ. Munirah sedar akan perubahan wajah Alisa. Mesti Dato Syed Mohd Kadir ingat Alisa ialah Alina.

"Lina, Lina..." panggil Munirah beberapa kali.

Alisa berpaling apabila mendengar suara ibunya. Dia terus mendekati ibunya.

"Lina balik dulu." Munirah memegang erat tangan anaknya. Dia bimbang Alisa akan tiba-tiba naik angin. Dia tahu anaknya masih marah.

"Tapi ibu..."

"Balik!" tegas Munirah.

Alisa mengeluh.

"Baiklah." Alisa mengeluh. Dia tak nak bergaduh dengan ibunya. Semalam gilirannya untuk menjaga ibu. Malam ni giliran Alina pula. Alisa tak nak orang lain tahu akan kewujudan dirinya.

Alisa terus mencapai beg tangannya dan berlalu keluar dari situ tanpa melihat ke arah Dato Syed Mohd Kadir yang sedang memerhatikannya.

"Lina marah kat abang ke?" soal Dato Syed Mohd Kadir. Dia sedar akan layanan dingin Alina kepada dirinya.

"Tak mungkin! Mungkin dia masih mengantuk lagi. Semalaman dia jaga Munirah. Aaa... Macam mana Dato Kadir tahu..."

"Munirah, kenapa panggil abang Dato Kadir? Abang kan masih suami Munirah." Dato Syed Mohd Kadir sedar sejak kali pertama mereka berjumpa, Munirah asyik memanggil dirinya Dato Kadir.

"Munirah sedar siapa Munirah yang sebenarnya...Kita tak setaraf. Kita berkahwin pun disebabkan oleh keluarga. Munirah tak layak menjadi isteri awak sebab itu Munirah nak kita bercerai. Munirah tak nak buat dosa lagi. Awak dah ada isteri. Tak elok jika Munirah jadi orang ketiga."

"Munirah isteri abang! Isteri abang yang sah. Isteri pertama abang!" tegas Dato Syed Mohd Kadir.

"Selama ni kita hidup tak seperti suami isteri. Kita tak bahagia. Kenapa kita perlu hidup seperti suami isteri lagi? Perceraian adalah jalan terbaik untuk kita."

"Munirah, kita boleh mulakan hidup baru bersama-sama. Begitu sukar ke untuk menerima abang kembali dalam hidup Munirah?" Nada suara Dato Syed Mohd Kadir terketar-ketar. Dia ingin menghabiskan sisa-sisa hidupnya bersama Munirah.

"Dah terlambat."

"Masih belum terlambat lagi. Berilah peluang kepada abang untuk tebus segala-galanya. Abang janji... Abang akan bahagiakan Munirah," rayu Dato Syed Mohd Kadir sambil tangannya tiba-tiba memegang lembut tangan Munirah.

Dengan pantas Munirah menarik tangannya. Munirah menoleh ke arah lain. Dia tak sanggup memandang wajah suaminya lagi. Dia takut jika hatinya akan menjadi lembut. Dia perlu tetap dengan pendiriannya.

"Sudahlah, Dato Kadir! Awak baliklah ke pangkuan Kartika. Munirah tak nak timbulnya masalah baru lagi."

"Munirah," suara Dato Syed Mohd Kadir sayu. Hatinya sakit apabila Munirah tidak menerima dirinya. Mungkin ini balasan atas apa yang aku telah lakukan pada Munirah dahulu, bisik hatinya.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen3h.Co