Bab 9
Alina terus meluru masuk dan matanya tepat melihat ibunya yang sedang terbaring di atas katil. Alina mendekati katil. Hatinya berdebar-debar. Dia terkejut mendapat panggilan daripada hospital yang mengatakan ibunya terlibat dalam kemalangan jalan raya. Sewaktu dalam perjalanan, Alina tak putus-putus berdoa agar ibunya selamat. Dia tak sanggup kehilangan ibunya.
"Ibu Lina selamat, cuma tangan kanan patah. Ada sikit luka-luka di muka dan badan. Berdasarkan pada X-ray, tak ada yang serius cuma ibu Lina perlu banyakkan berehat," kata Dr. Nazri dengan lembut. Dia lihat Alina masih merenung ibunya.
"Alhamdulillah." Alina menghembus nafas lega. Perlahan-lahan Alina mendekati ibunya dan memegang lembut tangan ibunya.
"Aaa... Abah Lina dah tahu ke tentang perkara ni?"
"Belum. Kalau Lina nak..."
"Tak payah. Lina rasa abah tak perlu tahu, lagipun keadaan abah baru stabil. Jika dia tahu ibu kemalangan, pasti kesihatan abah terganggu. Lina tak nak ambil risiko."
"Baiklah, jika Lina dah cakap seperti itu. Saya akan rahsiakan hal ni."
"Aaa... Boleh tak, Lina nak tengok rekod perubatan ibu Lina?" tanya Alina.
"Boleh! Tak ada masalah. Lina boleh datang ke bilik saya."
"Terima kasih... Nanti..." Belum sempat Alina menghabiskan ayatnya, telefon bimbitnya berbunyi. Dahi Alina berkerut apabila melihat nombor telefon yang tertera di skrin telefon. Siapa call ni? Tak kenal pun. Dia perasan nombor telefon inilah yang telah menelefonnya beberapa kali tetapi pada waktu tu dia telah Silent telefon bimbitnya. Nasib baiklah sewaktu pihak hospital telefon, dia sedang memegang telefon bimbitnya.
"Helo."
"Finally, you pick up the phone! Where are you? Dah banyak kali angah call tapi acu tak jawab pun. Ibu mana? Ibu pun tak jawab call angah," kata Alisa sebaik saja mendengar suara adiknya.
"Aaa... Angah," suara Alina separuh berbisik apabila mendengar suara kakaknya. Alina berpaling ke belakang. Dia lihat Dr. Nazri sedang melihat ke arahnya.
"Aaa... Lina, saya keluar dulu." Dr. Nazri sedar Alina berasa kurang selesa bercakap dalam telefon apabila kehadirannya mengganggu Alina.
"Okey, sekejap lagi Lina datang." Alina tersenyum. Sebaik saja memastikan Dr. Nazri terus keluar, Alina berjalan menuju ke bilik air.
"Acu, what's going on?" Alisa dapat merasakan ada sesuatu yang tak kena.
"Aaa... Nothing." Nada suara Alina terketar-ketar.
Alisa mengeluh.
"Jangan cuba nak tipu, angah!" Alisa syak sesuatu. Sejak dulu lagi, Alina tak pandai berbohong. Jika dia berbohong, nada suaranya akan terketar-ketar.
"Tak ada apa-apa!"
"Really?" Alisa tak percaya.
"Okey! Pastikan acu tak bohong dengan angah sebab angah dah ada kat sini. Sekarang, angah dah sampai Malaysia untuk bawa ibu dengan angah balik ke London," beritahu Alisa.
Dia tahu kedatangannya pasti mengejutkan ibu dan Alina. Dia sudah tak sanggup menunggu lagi. Dia tak mahu ibunya menangguh lagi kepulangan ke London. Dia buat keputusan menjemput ibunya dan Alina pulang walaupun keputusannya tidak diketahui oleh Aleya. Ini satu-satunya jalan untuk memastikan ibu dan adiknya benar-benar pulang.
"What!" Bulat mata Alina apabila mendengar kata-kata kakaknya.
"So, tell me what's going on?"
Alina mengeluh kalau tak beritahu, pasti Alisa akan marah kepadanya.
"Ibu kemalangan! Sekarang ni kat hospital."
"What!" jerit Alisa apabila mendengar kata-kata adiknya. Jantungnya berdegup kencang. Bibirnya terketar-ketar. Wajah ibunya mula terbayang.
"Where are you right now? Tell me." Langkahnya diatur pantas.
"Ibu... Ibu tak apa-apa ke?" soal Alisa sebaik saja melihat ibunya sedang terbaring. Air matanya mengalir apabila melihat tangan ibunya disimen.
"Ibu tak apa-apa! Jangan risau, sikit aje."
"Sikit ibu cakap? Ni... tangan patah. Ini ibu kata sikit? It takes time to recover."
Alina hanya memerhati kakaknya. Dia berasa lega akan kehadiran Alisa pada waktu ini. Selalunya jika terjadi sesuatu, mereka berempat akan bersama. Kehadiran Alisa sedikit sebanyak mengurangkan kerisauan dalam hatinya.
"Dah tengok rekod perubatan ibu?"
"Dah... Tak ada yang serius."
"Betul ke? Angah rasa kita perlu bawa ibu pulang ke London, terima rawatan di sana."
"Angah, tak payah susah-susah. Kat sini pun dah elok. Mereka layan ibu dengan baik," ujar Munirah dengan lembut.
"But... Teknologi perubatan di London lebih maju daripada sini. Angah rasa ibu perlu terima rawatan di sana. Buat medical check-up sekali lagi," pujuk Alisa. Dia bimbang jika ada perkara yang tak diingini berlaku lagi.
"Teknologi perubatan di sini pun dah bertambah maju. Lagipun, di sini yang menjaga ibu ialah bangsa kita sendiri. Angah jangan bimbang. Ibu selesa di sini," tegas Munirah. Dia tahu Alisa bimbang akan kesihatannya.
"Tapi ibu..."
"Angah! Doktor suruh ibu banyakkan berehat. Nanti kita bincang perkara ni lagi." Alina mencelah. Jika dibiarkan pasti keadaan menjadi keruh.
"Baiklah!" Alisa mengalah.
"Acu nak ke bilik air. Nak basuh buah epal ni." Alina mengambil dua biji epal yang dibelinya sebentar tadi. Dia masuk ke dalam bilik air.
Alisa duduk di atas kerusi yang berdekatan dengan katil ibunya. Alisa hanya tersenyum. Tangannya erat memegang tangan kiri ibunya. Munirah hanya tersenyum. Mereka berdua terkejut apabila pintu bilik dibuka dengan kasar. Bulat mata Munirah apabila melihat kehadiran mereka bertiga.
"Benar-benar menakjubkan. Ilmu apa kau pakai, hah?!" ucap Kartika sambil menepuk tangannya melihat musuhnya terlantar di atas katil. Liat betul nyawa perempuan ni nak mati.
Dia tak sangka rancangannya gagal. Dia dah upah orang supaya rosakkan brek kereta Munirah tapi kejayaan tidak berpihak kepadanya. Munirah hanya cedera. Ini yang membuatkan dia geram.
"Aku ingat kau dah mati!"
Alisa terkejut mendengar kata-kata wanita itu. Alisa terus bangun tapi Munirah sempat memegang tangan Alisa. Alisa berpaling ke arah ibunya. Munirah menggeleng. Dia tak nak Alisa bertindak terburu-buru. Alisa kembali merenung tiga orang wanita yang berada tidak jauh darinya. Dia sedar dua orang wanita muda yang berdiri di sisi wanita itu tersenyum sinis ke arahnya.
"Kartika! Kak tak faham. Apa yang Kartika tak puas hati lagi? Kak akan bercerai dengan Dato Kadir tak lama lagi. Selepas ni keadaan akan kembali seperti biasa. Tiada siapa yang akan ganggu rumah tangga Kartika lagi."
Alisa menoleh ke arah ibunya. Bercerai? Inikah urusan yang dikatakan oleh ibu? Tujuan ibu tinggal di Malaysia sebab ingin bercerai dengan lelaki tu? bisik hati Alisa
"Kau jangan nak bodohkan aku! Aku dengar sendiri suami aku beritahu anak kau yang dia takkan ceraikan kau tapi dia nak ceraikan aku pula. Kau ingat aku akan berdiam diri saja tengok kau bolot semua harta suami aku?" marah Kartika.
"Ya, Allah! Kartika, kak tetap akan tinggalkan Dato Kadir walau apa yang terjadi. Dia setuju atau tak, kak tetap akan bercerai dengan dia."
"Kau ingat aku akan percaya cakap kau lagi? Jangan harap. Aku beri amaran kalau kau sayangkan nyawa kau dan anak kau, baik kau balik ke tempat asal kau. Di sini bukan tempat kau... Jika tak, aku tak jamin keselamatan kau dan anak kau. Kau ingat tu!" tegas Kartika.
"Maksud you... Ini ugutan, right?" Alisa bersuara.
Dahi mereka bertiga berkerut apabila mendengar kata-kata Alisa.
"Ya! Kau dah dengar jelas tadi, kan?! Pekak ke?" Sofea bersuara.
"Kenapa? Kau tak faham bahasa Melayu ke?" Kartika merenung wanita yang rambutnya bersanggul itu. Penampilan Alina berbeza pada hari ni.
Perlahan-lahan Alisa mengangguk. Dia sudah faham sekarang ni.
"Ini bermakna you upah orang untuk rosakkan brek kereta ibu I?"
"Ya... Dan aku takkan teragak-agak untuk lakukannya sekali lagi." Kartika mengaku. Renungannya masih pada Alina. Dia dapat rasakan ada kelainan pada Alina hari ni. Gaya percakapannya juga lain.
"Oh... I see! I dengar dengan jelas sekali. Plus, I dah save dalam otak I."
Alisa menunjukkan alat perakam yang berada di tangannya kepada Munirah. Alisa tersenyum ke arah ibunya. Alisa sudah merakam pengakuan Kartika. Ke mana saja dia pergi, dia akan sentiasa membawa perakam suara sebagai persediaan.
Munirah terkejut. Kartika tidak nampak alat perakam yang dipegang oleh Alisa.
"Kau ingat! Aku nak kau cepat berambus dari sini. Aku tak nak tengok muka kau lagi," kata Kartika kemudian keluar dari situ. Sofea dan Suziela terus mengikut ibu mereka. Sebaik saja mereka bertiga keluar, Alina keluar dari bilik air. Dia sudah mendengar segala-segalanya. Kemalangan yang dialami oleh ibu adalah rancangan Kartika. Alina menghampiri kakaknya.
"Don't tell me that they're..." Alisa menuding jarinya ke arah pintu manakala matanya tepat melihat ibunya. Takkanlah telahannya tepat?
"Your stepmother and stepsisters," jawab Munirah.
Alisa mengetap bibirnya menahan geram. Perangai mereka memang melampau. Macam mana ibu boleh bersabar? Dah jelas perempuan tu ingin membunuh ibu, desis hati Alisa.
"Angah takkan biarkan perkara ni... Angah akan buat police report! Bukti dah ada dalam tangan kita. Pengakuan perempuan tu tadi boleh dijadikan bukti."
"Angah, ibu tak nak angah buat laporan polis. Ibu tak nak perkara ni dibesarkan."
"What? Ibu, kita tak boleh biar mereka pijak kepala kita. Lepas ni entah apa lagi dia akan lakukan. Kita perlu buat laporan polis. Dia cuba bunuh ibu!" tegas Alisa.
"Angah! Kalau angah masih sayang dan hormatkan ibu, ikut saja apa yang ibu cakap!" tegas Munirah. Dia tahu anak keduanya itu memang degil.
Alisa tergamam. Lidahnya kelu berkata-kata. Pandangannya diarahkan pada Alina. Alina membuat mimik muka agar Alisa mengalah dan setuju dengan permintaan ibu.
"Okey." Alisa mengalah dan terus berlalu keluar dari bilik itu. Alina hanya memerhati kelibat Alisa keluar dari situ. Pasti sekarang ni Angah tak puas hati.
"Kenapa angah tak beritahu along? Why?" jerkah Aleya sebaik sahaja panggilannya dijawab. Sudah beberapa kali Aleya call tetapi Alisa mematikan telefon bimbitnya. Aleya geram. Dia terkejut apabila melihat sepucuk surat yang ditinggalkan oleh Alisa kepadanya. Alisa membuat keputusan tanpa memberitahu dirinya.
"Because angah tahu, along takkan setuju."
"Angah faham tak dengan maksud sabar? Sabar. Angah suka bertindak melulu. Sekarang ni ada dua Alina di Malaysia, angah tahu, kan ertinya? Jika lelaki tu tahu kita ni triplet, dia takkan lepaskan ibu dan kita bertiga. Faham tak?" Aleya meninggikan suaranya. Sikap Alisa sering membuat dirinya hilang sabar. Asyik bertindak sesuka hati saja.
"Angah tahu!"
"Tetapi angah tetap buat juga."
"Angah minta maaf, okey?" Alisa meminta maaf. Alisa tahu Aleya tengah marah sekarang ni. Aleya jarang marah tetapi jika dia sudah marah, sakit telinga apabila mendengar suara Aleya.
"Jangan buat lagi. So, angah dah sampai ke?" Kemarahannya reda sebaik sahaja Alisa meminta maaf kepadanya.
"Dah!"
"Ibu dan acu? Angah dah jumpa mereka ke?"
Alisa mengeluh dengan kuat secara tiba-tiba.
"Ibu accident!"
"Apa?" Bulat mata Aleya mendengarnya. Aleya bangun dari sofa secara tiba-tiba. Perasaan bimbang mula timbul.
"Tangan kanan ibu patah dan ada sedikit luka di badan. Ibu okey! Don't worry, along. Angah dan acu ada. Kami akan jaga ibu."
Aleya menundukkan kepalanya. Rambut panjang yang melepasi bahunya menutupi wajahnya. Aleya mengeluh lega. Mujurlah ibunya tak mengalami kecederaan yang teruk. Aleya membetulkan kedudukan rambutnya kemudian kembali duduk.
"Macam mana ibu boleh accident? Siapa yang drive? Ibu ke? Acu? Acu pergi mana waktu tu?" Bertubi-tubi Aleya mengajukan soalannya.
Sedikit senyuman terukir di bibirnya.
"Ibu yang drive. Acu pula pergi jumpa lelaki tu."
Aleya terdiam seketika.
"Along! Do you want to know why? Hmmm...Kenapa ibu tak mahu balik ke London? Sebab ibu mahu bercerai dengan lelaki tu. Itulah perkara yang sepatutnya ibu beritahu kita," terang Alisa.
Dahi Aleya sedikit berkerut. Bercerai?
"Tetapi lelaki itu tak mahu ceraikan... Sebaliknya dia ingin ceraikan isteri keduanya."
"What?" Aleya mengetap bibir. Kenapa pula dia tak mahu ceraikan ibu? Dah 26 tahun, mereka hidup dengan haluan masing-masing. Apa sebenarnya motif lelaki ni?
Tetapi, kenapa pula dia nak ceraikan isteri mudanya? Adakah kerana Alina? Kerana dia tahu dia mempunyai anak, sebab itu dia enggan ceraikan ibu. Keadaan semakin rumit. Tetapi kenapa pula ibu mesti meminta cerai daripada lelaki itu? Bukankah antara mereka berdua sudah tiada apa-apa lagi?
"Angah dah jumpa madu ibu dan kakak tiri kita."
"So?"
"They are crazy!"
Aleya ketawa.
"Along tahu tak? Mereka bertiga datang melawat ibu di wad."
"Jadi, mereka nampak angah dan acu ke?"
"Tak. Kebetulan acu pergi toilet waktu tu. Berlagak nak mampus. Macam diva. Dia ingat dia popular sangat ke?" Alisa ketawa dengan kuat.
"Biarlah mereka tu... Jangan cari masalah dengan mereka."
"Tapi, along tak tahu lagi pasal ni... Perempuan tu mengaku dia upah orang untuk rosakkan brek kereta ibu. Dia memang berani bertindak seperti itu. Dia ingat negara ni tak ada undang-undang ke?"
"Dia memang sudah melampau... Kenapa angah tak repot saja kepada polis?"
"Memang angah nak repot tetapi ibu... Ibu halang angah untuk buat laporan polis. Ibu tak mahu besarkan hal ini."
"Sebab lelaki tu, kan?"
"Angah tak faham dengan sikap ibu. Cinta itu buta ke? Ibu masih memikirkan tentang lelaki tu. Semuanya tentang lelaki tu. Angah geram, along. Apa angah nak buat sekarang? Angah nak bawa ibu balik dan jalani rawatan di London tetapi ibu tak mahu. Kata ibu, ibu lebih selesa menjalani rawatan di sini." Alisa mula meradang.
Aleya memejamkan matanya seketika. Berfikir. "Just take care of her. Okay? "
"Itu saja ke?" Alisa terkejut.
"And, bring ibu and acu home safely."
"Tentang Datin Kartika! Tak mustahil jika dia lakukan benda yang sama sekali lagi kepada ibu. Angah takut jika sesuatu terjadi kepada ibu dan acu."
"Tiada apa-apa yang akan terjadi pada ibu. Believe me."
"Along dah ada plan ke?" soal Alisa secara tiba-tiba. Dahi Alisa berkerut.
"Wait and see, sis. Along ada hal sikit dengan Auntie Khaty. Kirim salam kepada ibu dan acu. Bye. Assalamualaikum..."
"Waalaikumussalam," jawab Alisa. Plan apa ya? Apa yang along tengah fikirkan sekarang? soal Alisa dalam hati.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen3h.Co