Truyen3h.Co

Bukan Dua Tapi Tiga?

Bab 12

karyaseni2u

Alina berdiri di hadapan Alisa yang sedang membaca majalah Rapi di sofa. Alisa menutup majalah yang dibacanya apabila sedar Alina berdiri di hadapannya. Alisa mendongakkan kepala. Wajah Alisa serius.

"What's up?"

"What's up? Angah tahu tak apa yang angah dah buat? Angah ni! Kalau sehari tak cari pasal dengan orang, tak boleh ke?"

"Balik-balik terus membebel. Acu dah kena sampuk ke?" Alisa geli hati.

"Acu serius, angah! Acu nak tahu, masa tiba di KLIA... Angah ada kenakan sesiapa tak?"

"Kenakan siapa?" soal Alisa balik

"Angah!" jerit Alina geram. Main-main pula!

"Ada... Ada! Lelaki mana pun angah tak tahu. Kenapa?"

"Lelaki yang angah kenakan tu anak kawan abah! Peguam abah."

"Hmmm... Peguam?" Alisa cuba mengingati wajah lelaki itu. Peguam rupa-rupanya. Ada aku kesah?

"Ya, dia ingat acu ni angah. Nasib baik time tu abah dah masuk jumpa ibu. Kalau tak, terbongkarlah rahsia angah."

"Dia cakap apa?" Alisa ingin tahu.

"Dia tu ada nama. Zahari! Zahari!"

"Whatever!"

"Angah!" Alina geram melihat Alisa yang buat endah tak endah saja.

"Apa yang dia nak daripada angah? Dia yang dulu cari pasal."

"Dia hanya tanya soalan saja, kan?"

"He's annoying! Angah dah beri amaran tapi dia degil juga. Rasakan." Alisa masih cuba mempertahankan dirinya.

Alina menggeleng beberapa kali. Cakap banyak dengan angahnya ni memang menyakitkan hati. Dia saja betul, orang lain salah.

"Acu dah minta maaf bagi pihak angah."

"What?!" Bulat mata Alisa apabila mendengar kata-kata adiknya.

"Why would you do that?"

"Tak salah kan kalau kita meminta maaf? Kita tak rugi apa-apa pun kalau minta maaf. Meminta maaf dan memaafkan kesalahan orang lain dituntut oleh Islam. Dapat pahala dan juga jiwa kita akan tenang."

"I know about that. Tapi, angah tak salah... Kenapa acu minta maaf pula? Perkataan maaf tu seumpama perkataan yang berharga dan mempunyai maruah yang tinggi, acu tahu tak?" Bagi Alisa, perkataan maaf itu seumpama maruah dirinya. Dia hanya akan minta maaf jika dia benar-benar bersalah. Sebab itu dia jarang meminta maaf.

Dahi Alina berkerut mendengar kata-kata Alisa.

"Maruah? Itu bukan maruah tetapi ego! Suka hati angahlah." Alina sudah mengalah.

"Hmmm... Sampai bila angah nak rahsiakan tentang diri angah? Abah perlu tahu yang abah ada anak lain selain acu. Suatu hari nanti abah akan tahu juga. Tiada rahsia dalam dunia ni, tahu tak?"

Alisa hanya mendiamkan diri. Dia malas nak dengar perkara yang berkaitan dengan orang yang tak ada kena-mengena dengan dirinya.

"Angah! Dia ayah kita. Walaupun angah cuba bertegas menafikannya, abah tetap ayah kandung angah."

"Please! I don't want to talk about this anymore. Angah tak nak kita bergaduh pasal perkara ni lagi," tegas Alisa. Dia terus bangun dan melangkah masuk ke biliknya. Alina mengeluh. Dia tak tahu bagaimana untuk mencairkan hati kakak-kakaknya lagi. Hati mereka benar-benar keras.

Dahi Dato Syed Mohd Kadir sedikit berkerut memikirkan sesuatu. Kata-kata Munirah sebentar tadi masih terdengar di telinganya. Apa maksud Munirah tadi? Ini bermakna selama ini Munirah pernah gunakan wang itu tetapi kenapa Fuad beritahu aku yang Munirah tak pernah keluarkan wang satu sen pun. Atau, selama ini Fuad telah berbohong kepada aku? Dato Syed Mohd Kadir menggenggam erat tangannya.

"Sulaiman, bawa aku ke rumah Zahari sekarang," beritahu Dato Syed Mohd Kadir kepada Sulaiman yang sedang memandu. Dato Syed Mohd Kadir perlukan kepastian.

"Baik, Dato."

Dato Syed Mohd Kadir mengetap bibir menahan marah. Andai telahan aku tepat... Tetapi, kenapa Fuad tipu aku selama ini? Dia ialah orang yang sangat dipercayai oleh arwah Baharom malah dia diberi tanggungjawab untuk menjaga aset Munirah termasuk akaun milik Munirah. Jika Munirah pernah keluarkan duit, pasti Fuad tahu. Tetapi...Kenapa? Kenapa Fuad berbohong dengan aku? soal hati Dato Syed Mohd Kadir.

Zahari membaca maklumat yang telah difaks oleh setiausahanya. Zahari mendekati Dato Syed Mohd Kadir yang sedang duduk di ruang tamu. Dahi Zahari sedikit berkerut.

"So?" soal Dato Kadir sebaik sahaja Zahari melangkah masuk ke ruang tamu. Dia sudah tidak sabar untuk mengetahuinya.

Buat seketika, Zahari memandang ke arah Dato Syed Mohd Kadir.

"Menurut rekod ni, Auntie Munirah mengeluarkan duit dalam akaun ni buat pertama kalinya pada bulan Julai 1988 sebanyak lima ratus ringgit."

Dato Syed Mohd Kadir menundukkan kepala. Pasti pada masa itu Munirah dihalau keluar dari rumah. Terbit perasaan bersalah yang menebal dalam hatinya. Aku memang kejam. Aku halau Munirah tanpa memikirkan keadaannya pada waktu itu.

"Pada bulan September 1988, Auntie Munirah telah keluarkan lima ribu ringgit. Pada bulan Januari 1989 Auntie Munirah mengeluarkan sepuluh ribu ringgit di London buat pertama kalinya," beritahu Zahari lagi.

"Alina lahir pada bulan Januari 1989. Pastinya waktu itu Munirah memerlukan duit untuk membayar bil hospital dan barang-barang keperluan Alina." Dato Syed Mohd Kadir menggenggam erat tangannya. Dia menyesal. Sangat menyesal. Aku tiada semasa Alina dilahirkan. Alina membesar tanpa aku ada bersamanya. Dia rasa terkilan.

"Zahari tak faham kenapa mesti uncle berurusan dengan Uncle Fuad. Abah kan ada pada waktu tu. Kenapa uncle tak direct aje tanya kepada abah?" soal Zahari, hairan.

"Waktu tu... Arwah Baharom sangat marahkan uncle. Hampir setahun kami tak bercakap disebabkan tindakan uncle menghalau Munirah dan mengahwini Kartika. Uncle ada jumpa arwah Baharom selepas uncle menyesal atas perbuatan uncle. Uncle ada bertanya tetapi arwah Baharom tak pernah beritahu apa-apa pun. Mungkin ini balasan untuk uncle."

"Sebab itulah uncle berurusan dengan Uncle Fuad?"

"Ya, sebab uncle dapat tahu yang Munirah mempunyai akaun bank dan tanah di Johor. Segala aset Munirah dijaga oleh Fuad. Dia berjanji akan menolong uncle tetapi lain pula yang terjadi. Uncle telah bayar Fuad sebanyak dua puluh ribu ringgit jika dia dapat memberi maklumat di mana Munirah berada ketika itu. Dia telah terima duit uncle tetapi dia sanggup tikam uncle dari belakang. Katanya, Munirah tak pernah menyentuh satu sen pun duit dalam akaun bank tu. Uncle percaya bulat-bulat cakap dia." Dato Syed Mohd Kadir mengetap bibir menahan geram.

"Kenapa Uncle Fuad buat uncle macam tu? Uncle Fuad yang Zahari kenal selama ini adalah seorang yang amanah..." Zahari tak percaya.

"Zahari, manusia sanggup buat apa saja demi duit. Duit dan harta adalah segala-galanya di dunia ni. Manusia boleh berubah kerana duit dan harta. Apa yang uncle mahu sekarang ni... Berhadapan dengan Fuad. Di mana Fuad sekarang ini? Uncle tahu dia sudah bersara sejak dua tahun yang lalu. Zahari pasti tahu di mana Fuad sekarang ni. Uncle nak tahu... Kenapa dia sanggup bohong dengan uncle?" tegas Dato Syed Mohd Kadir.

Jika tidak kerana Fuad, pasti sudah lama aku hidup bahagia bersama Munirah dan Alina. Aku dapat melihat Alina membesar. Melihat Alina merangkak. Melihat Alina tersenyum dan ketawa buat pertama kalinya. Melihat Alina berjalan. Mendengar Alina bercakap buat pertama kalinya. Semua itu... Semua itu aku terlepas. Aku tak pernah alaminya. Aku tiada apa-apa memori tentang Alina sejak kecil. Aku ni memang ayah yang tak bertanggungjawab. Dato Syed Mohd Kadir menggenggam tangannya dengan lebih erat. Perasaan bersalah dalam hatinya tak pernah padam.

"Uncle, jangan terlampau stres. Uncle, jangan lupa pesan Nazri. Tak elok jika uncle terlampau stres. Uncle kena relaks, okey... Tentang Uncle Fuad, biar Zahari uruskan. Zahari akan suruh orang siasat di mana Uncle Fuad sekarang ni. Jika Zahari dapat maklumat tentang Uncle Fuad, Zahari akan beritahu uncle."

Dato Syed Mohd Kadir hanya mengangguk tanda setuju.

Alina berjalan mendekati lelaki yang sedang duduk di sudut yang terpencil di kafeteria hospital. Alina hairan apabila menerima panggilan daripada Dato Syed Mohd Kadir yang ingin bersarapan bersamanya.

"Assalamualaikum!"

Dato Syed Mohd Kadir berpaling. Sebaik sahaja melihat kehadiran Alina, Dato Syed Mohd Kadir tersenyum lebar.

"Waalaikumussalam." jawab Dato Syed Mohd Kadir.

Alina bersalam dengan Dato Syed Mohd Kadir sebelum duduk di atas kerusi yang berhadapan dengan Dato Syed Mohd Kadir.

"Abah dah makan ke belum?" soal Alina.

"Belum. Abah tunggu Lina. Kita breakfast sama-sama, ya? Lagipun kita tak pernah breakfast bersama-sama, kan? Bila ibu Lina dah sihat, kita breakfast sama-sama, ya?"

"Baiklah."

"Nak minum apa?" Tiba-tiba seorang lelaki datang menghampiri mereka berdua untuk mengambil pesanan.

"Hmmm... Teh O panas. Abah?"

"Sama."

"Makan pula?" tanya pelayan lelaki itu.

"Dua bihun goreng," beritahu Alina.

"Dua teh O panas dan dua bihun goreng." Pelayan lelaki mengulang sekali lagi oder Alina.

Alina hanya mengangguk. Selepas pelayan lelaki berlalu pergi, Alina menoleh.

"Abah dah melawat ibu ke?"

"Belum. Abah tak mahu ganggu ibu Lina berehat. Abah sengaja ajak Lina breakfast sama-sama dengan abah. Lagipun, kita tak pernah breakfast bersama-sama, kan?" Nada suara Dato Syed Mohd Kadir sayu. Hatinya tiba-tiba sebak.

"Abah, sekarang kan kita sedang breakfast bersama-sama. Kalau abah nak, kita boleh breakfast bersama setiap hari. Lina tak kesah." Alina menggenggam erat tangan Dato Syed Mohd Kadir. Dia tak mahu ayahnya bersedih.

Dato Syed Mohd Kadir tersenyum. Dia bersyukur kerana Alina tidak membencinya selepas apa yang berlaku.

"Lina, abah nak tanya sesuatu," ucap Dato Syed Mohd Kadir.

"Tanyalah."

"Sebelum tu, abah nak minta maaf banyak-banyak kepada Lina kerana selama ini abah tak tahu kewujudan Lina. Abah tak pernah jalankan tanggungjawab sebagai seorang ayah. Abah gagal menjadi seorang ayah yang baik. Abah minta maaf."

"Abah, dalam hal ini, abah tak perlu minta maaf daripada Lina. Tiada apa yang perlu dimaafkan. Apa yang berlaku adalah suratan takdir. Lina tak pernah salahkan sesiapa dalam hal ini. Mungkin apa yang terjadi ada hikmah di sebaliknya."

"Terima kasih, Lina. Abah bersyukur kepada-Nya kerana memberi peluang kepada abah untuk memperbaiki kesilapan abah selama dua puluh enam tahun ni. Terima kasih, Lina kerana tidak membenci abah selepas apa yang pernah abah lakukan terhadap ibu Lina." Dato Syed Mohd Kadir menggenggam erat tangan Alina.

Wajah Alina berubah pucat. Benci! Kalau abah tahu tentang along dan angah, pasti hati abah akan terluka. Mana tidaknya, perangai along dan angah tu... Aduh, menyakitkan hati... Tapi abah berhak tahu tentang anak-anak abah yang lain. Perlu ke aku beritahu abah? Dahi Alina sedikit berkerut. Ahhh... Tak boleh. Nak cari nahas? Abah baru saja sembuh.

"Lina, kenapa ni? Lina tak sihat ke?"

"Sihat... Lina sihat." Alina cuba tersenyum. Dia cuba menyembunyikan apa yang sedang berada dalam fikirannya sekarang ini.

"Lina, sebenarnya ada perkara abah nak tanya."

"Okey."

"Semasa Lina kecil, ibu Lina ada cerita tentang abah tak?" soal Dato Syed Mohd Kadir ingin tahu.

Alina terkejut dengan pertanyaan Dato Syed Mohd Kadir. Alina terdiam seketika.

"Sebenarnya, ibu tak pernah bercerita tentang abah. Lina pernah bertanya tentang abah tetapi ibu beritahu di antara abah dan ibu tiada jodoh... Itu saja jawapan yang diberi oleh ibu."

"Ini bermakna ibu Lina bencikan abah." Nada suara Dato Syed Mohd Kadir sayu. Kecewa.

"Tak... Ibu tak pernah bencikan abah. Mungkin ibu tak mahu ungkit kisah lamanya. Bagi ibu, apa yang berlaku antara ibu dan abah, itu adalah rahsia ibu. Kami tahu hal mengenai ibu dan abah daripada Auntie Khaty."

"Kami?" Dato Syed Mohd Kadir merenung Alina secara tiba-tiba.

Bulat anak mata Alina. Alamak, aku tersasul la. "Aaa... Lina tersasul tadi." Alina cuba cover line.

"Terkejut abah! Ingatkan abah ada anak seorang lagi. Hmmm... Siapa Auntie Khaty?"

"Best friend ibu. Mereka kenal sejak sekolah menengah lagi, kebetulan pula mereka satu kampung. Auntie Khaty yang menolong ibu selama ini."

"Selama ini abah ingat ibu Lina seorang diri di negara orang. Abah nak jumpa Khaty dan berterima kasih kepadanya," ujar Dato Syed Mohd Kadir. Dia perlu berterima kasih kepada orang yang menjaga Munirah dan Alina selama ini. Dia terhutang budi kepada wanita yang bernama Khaty.

"Aaa... Lina rasa buat masa sekarang, lebih baik abah jangan jumpa Auntie Khaty." Nada suara Alina bergetar. Selepas apa yang terjadi kepada ibu, Auntie Khaty menyuruh ibu pulang ke London dengan segera. Kata Auntie Khaty, abah tak layak untuk menjadi suami ibu. Abah gagal melindungi ibu. Itu yang membuat Auntie Khaty marah dan mahu ibu pulang ke London.

"Why?"

"Nothing." Alina cuba tersenyum. "Wah, dah sampai!" kata Alina sebaik sahaja pelayan itu meletakkan makanan dan minuman yang mereka pesan sebentar tadi.

"Jemput makan, abah. Lepas ni, abah kena terus makan ubat, ya," ujar Alina lagi. Alina segera menumpukan perhatian terhadap makanan. Alina tak mahu Dato Syed Mohd Kadir terus bertanya tentang Khatijah.

Dato Syed Mohd Kadir memerhati gelagat Alina. Macam ada sesuatu yang tak kena aje? Kenapa Lina tak bagi aku jumpa Khaty? Ada masalah ke? Senyuman terukir di bibir melihat Alina yang begitu asyik menjamu selera.

Alisa menanggalkan cermin mata Guess yang berwarna hitam itu sebaik sahaja menutup pintu bilik. Alisa membuat mimik muka apabila melihat jambangan bunga dan bakul bunga ros yang penuh menghiasi bilik itu. Bau bunga ros menusuk hidungnya.

"Ini bilik untuk pesakit ke atau bilik untuk pameran bunga?" Alisa bersuara. Menyampah betul. Ada hati nak pikat ibu konon? Dasar lelaki buaya. Bila tak bahagia dengan isteri muda, mulalah cari isteri tua.

Munirah hanya mampu tersenyum. Sebenarnya dia rimas. Bunga-bunga ros yang dihantar oleh Dato Syed Mohd Kadir sepanjang tiga hari dia dirawat di sini, tidak memberi apa-apa erti kepadanya.

Alisa meletakkan beg yang berisi bekalan makanan yang dimasak olehnya. Alisa terus bersalaman dengan ibunya.

"Tapi sayang, bunga ros bukan favourite ibu. Huh!"

"Biarlah, itu duit dia. Dia nak buat apa-apa pun. Itu hak dia," kata Munirah. Dia malas nak bertikam lidah dengan Alisa. Yang pasti Alisa tetap akan menang.

Alisa hanya mengeluh. Dia mengeluarkan Tupperware yang berisi nasi goreng.

Serentak mereka berdua berpaling ke arah pintu apabila pintu itu dibuka.

"Ibu! Apa kita nak buat sekarang ni?" Wajah Alina resah.

"Kenapa?" soal Munirah apabila Alina meluru masuk.

"Abah... Abah nak jumpa Auntie Khaty. Abah nak ucapkan terima kasih kepada Auntie Khaty. Abah kata, abah nak ikut kita jika kita balik London."

"What?!" Nada suara Munirah meninggi. Apa pula yang dia nak kali ni?

"Nak ikut kita balik ke London? Apa masalah dia sebenarnya?" Alisa merenung Alina.

"Angah!" Alina menegur Alisa.

"Kenapa? Memang betul kan angah cakap. Ibu, jika begini keadaannya, masalah ibu takkan selesai. Ibu masih nak tunggu semua ni selesai ke? Bila?" Alisa merenung ibunya.

Munirah mengetap bibir. Kenapa dia masih tak faham? Kenapa?

"What?!" Alisa terus berpaling ke belakang mendengar kata-kata Alina. Matanya tepat merenung adiknya yang tersenyum.

"Acu yakin, angah faham tugas acu, kan? Lagipun, cuti acu dah nak habis. Tolong menyamar jadi acu. Please!"

"Kerja gila! Macam mana angah nak menyamar jadi acu? Kita ni kembar dan tingkah laku kita pun dah tentu berbeza." Alisa kurang senang dengan permintaan Alina.

"Please! Kalau macam tu, acu rasa lebih baik angah berterus-terang dengan abah. Tentang kewujudan angah."

"No!" tegas Alisa. Itu bukan cadangan yang baik.

"Jadi, angah tak ada pilihan!" Alina tersenyum.

Alisa mengeluh. Nampaknya dia sudah tak ada jalan lain lagi.

"Okey! Ibu tahu tak tentang perkara ni?"

Alina mengangguk. Dia sudah pun beritahu ibu tentang perkara ni! Munirah setuju.

"Flight pukul berapa?"

"Lapan malam."

Alisa mengeluh kuat. Menjadi seperti Alina bukanlah senang. Kena menjadi lemah lembut dan berbudi bahasa.

"Kenapa? Susah hati nampak?" usik Alina. Dia tahu apa yang bermain dalam fikiran Alisa sekarang ni.

"Nampaknya angah kena zip mulut ni la."

"Ya, seratus peratus zip! Kalau orang cakap apa-apa, angah setuju saja. Yang penting, sabar! Angah kena selalu ingat, angah ialah acu! Ingat tu."

"Lecehlah macam tu."

"Kalau tak nak, angah kena berterus-terang." Alina tersenyum sinis.

"Ya, Ya... Angah jaga kelakuan angah!" Alisa membuat mimik muka. Aaa... Berapa lama aku boleh zip mulut aku ni? Alisa resah.

"Acu dah bertolak ke?" tanya Munirah apabila anak keduanya itu tiba. Dia perlu berada di hospital selama seminggu sebelum dibenarkan keluar.

"Dah, ibu."

Munirah tersenyum melihat Alisa. Sekarang ni penampilan Alisa seperti penampilan Alina. Mekap yang tebal juga sudah tiada lagi. Rambut pula dilepaskan. Selalunya Alisa akan menyanggulkan rambutnya.

"Kenapa ibu tengok angah macam tu?"

"Hai... Salah ke ibu tengok anak sendiri?"

"Bukan macam tu... Pandangan ibu pelik semacam saja. Ada apa-apa kat muka angah ke?"

"Tak ada apa-apa... Kan cantik kalau angah macam ni... Nampak cantik dan ayu. Tak payahlah mekap tebal-tebal. Eyeliner tu janganlah pakai tebal sangat. Takut ibu bila tengok mata angah."

Alisa tersengih. Tiba-tiba pintu bilik diketuk. Alisa menoleh. Munirah tersenyum melihat kedatangan Dr. Nazri.

"Dr. Nazri tak balik lagi ke? Dah lewat ni." Sekilas Munirah mengerling matanya ke arah jam dinding di biliknya, sudah pukul 11.30 malam.

Dr. Nazri tersenyum apabila ada kelibat Alina di situ. Dia dah agak, mesti Alina ada. Jika tak berjumpa Alina, pasti hatinya resah.

Alisa membalas senyuman lelaki itu. Lain macam saja senyuman lelaki ni. Nak menggatal ke? Takkanlah doktor ni ada hati dengan acu?

"Sekejap lagi saya balik, auntie. Aaa..." Dr. Nazri memandang ke arah Alisa.

"Lina, saya nak beritahu awak yang pihak hospital baru saja menerima jantung daripada penderma untuk dijadikan kajian. Hari tu awak cakap awak berminat."

"J... Jantung?" Nada suara Alisa terketar. Anak matanya tiba-tiba membesar. Seram sejuk mendengarnya.

"Ya... Jantung. Jantung manusia. Saya datang sini sebab nak ajak Lina lihat jantung tu..." Dr. Nazri masih lagi tersenyum.

"Sekarang?" Mata Alisa dialihkan ke arah ibunya. Ibu, tolong... Nak tengok jantung manusia? Memang cari nahas. Nanti tak pasal-pasal aku pengsan atau mati terkejut.

"Pergilah, Lina." Munirah menyampuk. Dia cuba menahan ketawa. Dia nak lihat apa alasan Alisa. Dia tahu Alisa banyak akal.

Alisa membuat mimik muka sebaik sahaja mendengar kata-kata ibunya. Ibu ni bukannya nak tolong. Mata Alisa meliar ke kiri dan kanan memikirkan alasan. "Aduh... Sakit kepala." Alisa terus memegang kepalanya. Ekspresi wajahnya bertukar menjadi sakit seolah-olah sedang menahan kesakitan.

"Aaa... Berdenyut-denyut pula!" Perlahan-lahan Alisa berjalan mendekati sofa dan terus duduk di situ.

"Lina nak ubat ke?" tanya Dr. Nazri, risau.

"Tak apa... Sikit saja ni. Lepas tidur nanti baik la. Saya rasa lain kali saya tengok jantung tu." Alisa terus menyandarkan kepalanya di sofa. Dia terus memejamkan mata.

Munirah hanya tersengih. Ada-ada saja anak aku ni.

"Kalau begitu, baiklah. Kalau sakit lagi, minta Panadol kat nurse yang sedang bertugas. Lina tidur dulu. Kalau ada apa-apa beritahu saya."

Alisa hanya mengangguk. Ala... Cepatlah berambus. Baliklah. Rimas!

"Auntie, saya balik dulu. Kalau ada apa-apa, beritahu saya." Dr. Nazri sempat mengerling ke arah Alina yang tidur. Dia risau untuk meninggalkan Alina dalam keadaan sekarang. Kakinya terasa berat untuk melangkah.

Munirah hanya mengangguk.

Sebaik saja mendengar pintu bilik ditutup, perlahan-lahan Alisa membuka sedikit kelopak mata kanannya untuk memastikan lelaki itu sudah pergi.

"Dr. Nazri dah keluar."

Alisa pantas bangun apabila mendengar kata-kata ibunya. Dia menghampiri ibunya.

"Jangan cakap yang lelaki itu..."

"As you can see, yes! What do you think about him?" potong Munirah. Dia suka jika Dr. Nazri menjadi menantunya.

"Huh... Mustahil acu akan terima cinta dia."

"Apa maksud angah?" Munirah merenung Alisa.

"Nothing." Alisa menggaru kepalanya yang tidak gatal. Alamak, aku terlepas cakap pula. Tiba-tiba telefon bimbit yang berada di dalam poket seluarnya berbunyi, segera Alisa mengeluarkannya. Air mukanya berubah sebaik saja melihat nama yang tertera di skrin telefon bimbit itu. Telefon bimbit itu ialah milik Alina

"Kenapa tak angkat?"

"Ibu jawab..." Terus Alisa memberi telefon bimbit milik Alina itu kepada ibunya.

Munirah pelik dengan kelakuan Alisa. Munirah melihat di skrin telefon bimbit itu. Patutlah.

"Assalamualaikum."

"Waalaikumussalam. Aaa... Munirah, Lina mana?" Dato Syed Mohd Kadir terkejut apabila Munirah yang menjawab panggilannya. Sebenarnya dia ingin bercakap dengan Alina.

"Lina pergi toilet. Apa halnya?"

"Aaa... Tak ada apa-apa. Munirah beritahu Lina, esok pagi abang nak jumpa dengan Lina. Suruh dia datang rumah."

"Baiklah. Nanti saya beritahu Lina."

"Terima kasih... Assalamualaikum," kata Dato Syed Mohd Kadir sebelum menamatkan perbualan mereka.

"Waalaikumussalam," jawab Munirah. Matanya tepat merenung ke arah anak keduanya.

"Dato Kadir nak jumpa angah."

"For what?" Alisa terkejut.

"Ibu tak tahu. Esok pagi kat rumah dia."

"No way," jawab Alisa, tegas. Lelaki itu ialah lelaki yang dia tak ingin jumpa sepanjang hidupnya.

"Angah, jangan lupa sekarang ni angah ialah Alina. Act like Alina." Munirah cuba mengingatkan anaknya.

"Tapi..."

"You have to."

"Fine! Angah pergi." Alisa mengalah.

Dia tak ingin bergaduh dengan ibunya. Sekarang ni ibu masih sakit. Dahi Alisa berkerut. Dia resah. Boleh ke aku jadi Alina esok? Mulut aku ni boleh ke aku kontrol? Apa yang akan jadi esok? Aku kena yakin. Aku boleh menyamar menjadi Alina. Kami kan kembar! Tiada siapa dapat menghidu perbezaan kami! Aku boleh buat! 

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen3h.Co