BAB 1
KONSERT telah berakhir kurang beberapa minit sebelum pukul 12 tengah malam. Tapi dari belakang pentas, masih terdengar suara penonton berteriak nama Alfan, vokalis kumpulan I, Bandel, kumpulan terakhir yang menutup tirai konsert Rockfest di Litar Sepang.
Beberapa orang anggota dari kumpulan lain bersalaman dengan ahli I, Bandel. Saling bertukar ucapan tahniah.
Tiba-tiba muncul seorang perempuan bertubuh lampai, berseluar jean koyak di lutut dan berkemeja kotak-kotak. Matanya dibingkai cermin mata berbentuk bujur. Dia menghulur salam kepada Alfan.
Namun anehnya, Reza tidak nampak sebarang pas media tergantung pada leher atau pakaian perempuan itu.
"Hebatlah permainan lu orang! Depan stage lu orang memang panas. Tak pernah gua tengok crowd pogo ramai-ramai dalam big circle, siap sing-along. No doubt, lu orang memang new comer paling talented dalam Malaysia!"
Reza yang sedang menenggak air mineral, nyaris terbahak mendengarnya. Puji-pujian yang terlalu berlebihan.
Ni minah datang dari celah mana ni? Reporter ruang gosip ke apa ni? Setiap kali show, crowd memang happening la, oi! Nampak sangat saja-saja nak cas attitude rock! Ke sebab nak himpit kembar aku, Alfan? gumam Reza dalam hati.
"Sebenarnya I, Bundle tu maksudnya apa? Lu orang suka pakai baju bundle ke?" Soalan dari perempuan itu, tidak semena-mena membuatkan anggota kumpulan I, Bandel dan beberapa orang kru yang mendengar, melepaskan tawa.
"Jangan buat lawaklah, weh! Macam mana boleh jadi bundle pula?" sampuk One dalam gelaknya.
Tapi Alfan atau nama penuhnya Alfanshah dengan pesona budiman yang dimilikinya, segera mematikan tawa, diganti dengan senyuman manis. "Dear Sana..."
Reza terkejut. Ternyata Alfan mengenali perempuan itu!
"It's not bundle, darling. It's B-A-N-D-E-L..." Alfan mengejakan satu per satu nama band mereka. "Meaning... Membandel, tak mahu menurut, tak mendengar kata orang, keras kepala. So... I, Bandel maksudnya, I tak mahu menurut, tak mendengar kata orang, keras kepala. Which is profoundly intertwined with my band identity. It's reflect our music."
Automatik wajah perempuan yang dipanggil Sana itu, bertukar jadi merah padam. Reza tersenyum sinis. Sah, kau cuma peminat yang berjaya menyelinap masuk ke belakang stage. Berani, tapi menyedihkan! kutuk Reza dalam hati lalu kembali menenggak air mineral sampai habis.
"Excuse me!" Suara seorang gadis berkumandang. Semua menoleh. Seorang gadis berwajah kacukan berpakaian super ketat, muncul lalu meraih lengan Alfan dengan mesra. Sekali gus melakukan public display of affection, membuat semua yang ada di situ mengernyit.
"Hoi! Jen! Tak senonohlah kau! Masuk sini terus buat pencemaran mata!" sungut Akid.
Jen atau nama penuhnya Jehana Aisha sekadar tersenyum mengada-ada sambil melentok pada bahu Alfan.
Setelah menangkap pesan 'he's mine' dari kerlingan tajam Jehana, Sana pun perlahan-lahan mundur dan menghilangkan diri.
"Pergi jauhlah, woi!" sergah Reza, sakit hati. Tangannya menarik keluar drumstick dari saku jean, bersedia mahu mengetuk kepala Alfan.
Menyedari keinginan ganas Reza, Alfan tergelak seraya menarik lengan adik kembarnya itu, membawanya ke sudut.
Jehana mencebik. Melihat dari jauh dua beradik kembar itu bercakap-cakap sambil memandang ke arahnya. Tatapan Alfan padanya berlumur cinta. Tapi Reza memandang seolah-olah mahu membunuhnya.
Mengumpat akulah tu! Sah Si Reza tu tak habis-habis nak hasut Alfan. Heh, sorry, little bro... Sekali big brother kau jatuh dalam genggaman tangan aku, takkan aku lepaskan sampai bila-bila. Gila nak lepas? Vokalis band paling hot kat Malaysia kut! Kadang-kadang jadi model untuk beberapa produk, mukanya banyak terpampang dalam billboard dan TV. Boleh menangis tujuh keturunan kalau biarkan Alfan terlepas ke tangan perempuan lain! Jehana merengus dalam hati.
Jehana terus memerhati, berusaha menahan sabar.
Alfan dan Reza adalah kembar seiras. Wajah sama, DNA sama, golongan darah pun sama. Dari segi rupa, selain lebih tinggi dua inci, tahi lalat bawah mata kiri Reza dan kesan carik kecil pada hujung bibir yang membezakan dia dengan Alfan.
Tapi perangai mereka bagai langit dan bumi!
Reza yang bertindak selaku drummer I, Bandel itu sikapnya lebih keras. Muda beberapa minit dari Alfan dan kurang mesra alam. Bila dapat menabuh dram, Reza akan bertukar menjadi bad boy. Apalagi dengan t-shirt hitam, seluar jean sobek, dan rambut diikat gaya samurai.
Dengan wajah mirip Alfan, suara serak Reza kadangkala digunakan buat backup Alfan menyanyi terutamanya lagu-lagu I, Bandel yang berirama slow rock. Makanya, tidak hairan bila Reza juga punya koleksi peminat sendiri yang tidak kalah ramai. Tapi sayang, Reza bukan seperti Alfan. Reza sukar didekati. Memang sesuai sangat kedudukan Reza di belakang dram kerana Reza susah senyum dan dikatakan alergi dengan perempuan!
Alfan lebih mesra alam. Wajah Alfan lebih manis kerana dia murah dengan senyuman, sesuai posisinya sebagai frontman. Digilai ramai kerana pesonanya.
Dapat Jehana simpulkan personaliti setiap ahli I, Bandel berbeza-beza.
Alfan, vocalist and guitarist... Adorable and charming plus super handsome.
Akid, lead guitarist... Cheeky plus cute.
One, bassist... Funky plus sweet.
Wa'ie, keyboard player... Spunky plus friendly.
Reza, drummer... Handsome but super cold shoulder!
"Oi, Fan! Tadi kau kata nak balik sekali?" teriak Reza, makin hilang asa bila Alfan berbalik mendekati Jehana.
"Tadi kau suruh aku pergi jauh." Alfan menjawab.
Reza menanggapi jawapan Alfan. "Sebab perempuan tu, kau nak blah macam tu aje?"
"Bagilah privasi sikit. Bakal kakak ipar kau ni," giat Alfan seraya meraih pinggang Jehana.
"Bro! Are you nuts?" Terbeliak mata Reza memandang Alfan. "Kita belajar pun tak habis lagi, hujung minggu busy dengan show... Takkan kau dah fikir nak kahwin? Kau gila ke apa?"
Makin lebar senyum Alfan. Macam bahagia sangat. "Papa dah bagi green light pun!"
Bukan hanya Reza terpelotot, malah Akid, One dan Wa'ie ikut terjegil biji mata.
"Dengan perempuan tu?!" Drumstick pada tangan Reza lurus ke arah Jehana.
"Ya. Aku nak kahwin dengan Jehana. Soon..."
"Kita baru 20 tahun, bro! Baru setahun kita serius ikut tour, perform to public. Kau kenal dia pun baru berapa bulan? Takkan kau buta-buta nak kahwin dengan dia?" Reza naik radang. Tidak mempedulikan Jehana yang sedang merenung benci kepadanya.
"Tak... Sebab aku celiklah, aku nak kahwin dengan Jehana. Lepas konsert kita kat Singapore nanti, aku akan buat press conference untuk umumkan berita ni."
"Aku tak setuju!" bantah Reza. "Kita ni indie band la, sengal! Kau jangan buat malu sampai nak buat PC semata-mata nak bagi tahu satu Malaya pasal kau nak kahwin! Jatuh maruah, woi!"
"And I don't need your approval!" tegas Alfan.
Reza tersentap. Matanya tajam merenung Alfan lalu menembus mindanya. Kenapa kau terdesak sangat nak kahwin ni? Kau dah buntingkan dia ke apa?
Alfan tersengih saat menyedari Reza menggunakan kelebihan yang mereka berdua tak pernah khabarkan kepada sesiapa pun. I never thought that I would fall so deeply in love with her. That's why I'm going to marry her.
"Kau gila, Fan!" Teriakan hati Reza meluncur keluar dari mulut dek terkejut yang amat sangat.
"Belajar jatuh cinta dulu, Za! Baru kau tahu macam mana rasa gila tu bila kau cintakan seseorang," ujar Alfan begitu tenang.
Jehana merasakan dia mendapat kemenangan total ke atas Alfan. Dia melemparkan senyuman sinis buat Reza. Sambil sengaja mengeratkan pelukan di pinggang Jehana, Alfan membawa kekasihnya itu berlalu meninggalkan Reza dan kawan-kawannya.
Reza ternganga. Sakitnya hati bila dia tidak lagi dapat membaca fikiran Alfan. Sejak berkawan dengan Jehana, Alfan sering menutup fikiran dari diintip olehnya. Sering mengelak dari berkomunikasi mata ke mata apalagi melalui telepati. Alfan sering memasang firewall dalam mindanya!
"Biarlah dia... Orang tengah mabuk cinta memang macam tu..." Akid memujuk Reza yang jelas nampak kecewa.
"She would destroy him!" tegas Reza.
"Ah, minah tu bukan ada super power pun!" gurau Akid.
"It's not funny at all!" rengus Reza seraya menepis tangan Akid di bahunya. "Jehana tu cuma bawa bad influence pada Alfan."
"Kuat menuduhlah kau ni. Aku tengok Alfan sayang betul pada Jehana." One membela.
"No! Alfan tu dah buta!" Reza membentak. "Kalau setakat perempuan gedik macam Jehana tu, janganlah buat jadi stok bini! Jadi trading stock bolehlah. Lepas tu, saham dah jatuh, nak jual balik pun dah tak laku!"
"Bisa mulut kau!" sampuk Wa'ie.
"I just tell the truth. Alfan abang aku. Kami kongsi uterus yang sama dalam rahim mama. Aku tak nak tengok dia hanyut sebab perempuan tu!" Reza meluahkan rasa.
"Ya... Ya..." Akid dan One sama-sama meraih bahu Reza. "Kita orang tahu kau orang kembar sejati. Kau dengan Alfan ibarat cubit paha kanan, paha kiri pun rasa sakit. Tapi nak buat macam mana, Alfan dah pilih Jehana antara beribu awek yang tergilakan dia. Dah Alfan sendiri cakap, dia tak perlukan approval kau. Tak guna kau halang percintaan dia orang. Cinta mati dah tu..."
Reza mendesis tidak puas hati, tapi memilih untuk mengunci mulut. Rakan-rakannya tidak akan mengerti apa yang dia rasa. Reza yakin dengan rasa hatinya. Tidak pernah salah.
Jehana Aisha bukan perempuan baik-baik!
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen3h.Co