Bab 9
RIDZWAN menggamit Adib sebaik saja Adib sampai di pejabat. Adib terus melangkah masuk ke dalam bilik Ridzwan. Apa hal pula ni?
"Kau ke mana?"
Adib menarik kerusi lalu duduk.
"Hantar kasut Roselah. Kan aku dah cakap dengan kau tadi. Minah tu sibuk nakkan kasut dia daripada semalam tau."
"Kau hantar kasut ke, kau mengurat tuan kasut? Rose Rose pula. What happen to CRK?"
"Hesy... Tak ada maknanya aku nak mengurat dia. Dia tu songsang pula tu!"
"Hah?"
Songsang. Serius, tak tercapai dek akal.
"Tak apalah. Apa halnya? Macam urgent?"
"Budak praktikal tu dah lama tunggu kau."
"Memang wajarlah dia kena tunggu aku. Nama pun budak praktikal."
"Tapi ini budak praktikal luar biasa, bro. Bukan biasa-biasa."
Adib mengerut dahi. Apa yang luar biasa?
"Dia tu anak saudara Tan Sri Megat Yusuf! Adik CRK!"
"Adoilahhh... Yang kau pergi ambil semua kaum kerabat dia, penuhkan pejabat ni, kenapa Wan? Lepas tu campak semua dekat aku. Kenapa lepas satu bala, satu bala kau bagi, Wan? Kau tak sayang aku ke kawan kau ni?" Adib mengeluh. Pening arrr...
"Tan Sri Megat Yusuf sendiri nak suruh kau ajar anak saudara dia tu."
"Berapa banyak anak saudara yang dia ada?"
"Dua sajalah. Rose dan Lily."
"Nama saja ikut nama bunga tapi perangai semua ikut binatang, macam harimau!"
"Dahlah... Senyum sikit. Jangan buat perangai. Ini periuk nasi kita ni..."
"Kalau macam ni selalu, periuk nasi pun leburlahhh..."
"Aku up elaun kau lima ratus ringgit sepanjang kau jaga budak praktikal ni..."
RM500?
Huh...
Banyak tu.
"Bolehlah. Tapi aku buat bukan sebab duit eh, sebab kau kawan aku tau."
"Statement macam artis sangatlah!"
Ridzwan memanggil masuk budak praktikal yang dikatakan tadi. Seketika kemudian seorang perempuan bertudung berada di depan pintu bilik Ridzwan. Wajah persis Rose Khadeeja tapi lebih manis sebab adiknya itu bertudung.
"Assalamualaikum."
"Waalaikumussalam. Masuk... Kenalkan ini dia, supervisor awak..."
"Adib Haiman." Adib bangun dan memperkenalkan diri.
"Lily Fateema. Boleh panggil Lily."
"So, awak anak saudara Tan Sri Megat Yusuf dan adik kepada Rose Khadeeja? Betul? Itu yang saya dengar daripada Encik Ridzwan."
"Saya harap Encik Adib dapat beri tunjuk ajar sebab saya nak sangat belajar dan pedulikan siapa saya. Siapa Tan Sri Megat Yusuf? Saya pun tak kenal. Tapi yang saya tahu, Encik Adib terkenal sebagai seorang arkitek yang terbaik. Kalau nak jadi arkitek yang baik, kenalah belajar daripada yang terbaik, betul?"
Adib tersengih. Pandai ambil hati pula budak ni... Berbeza betul dengan kakaknya tu.
"Terima kasih. Bagus. Dah datang sini ada niat yang baik. Apanila ada niat yang baik, perjalanannya turut diberkati. Insya-Allah."
Lily hanya senyum.
ROSE tersenyum sebaik saja telefonnya berdering. Lily, adik kesayangannya yang menelefon. Mesti nak beritahu yang dia dah masuk pejabat. Seronok bukan kepalang lagi apabila dah mula kerja walaupun hanya praktikal. Sampai kakak dekat hospital pun, jenguk pakai telefon saja! Bertuah punya adik.
"Kakak macam mana?"
"Okey. Abang Waiz ada sini."
"Eh, papa dah balik ke?"
"Tak. Papa ada dekat Singapura. Abang Waiz balik tengok kakak."
"Concern ada makna tu..."
"Dia abang kitalah."
"Pembetulan, abang sepupu! Boleh kahwin dan tak salah pun."
"Lily..."
Lily ketawa. Tahu kakaknya marah, saja nak mengusik lagi.
"Macam mana praktikal?"
"Okey."
"Okey saja?"
"Okey, dapat supervisor yang baik."
"Dekat mana Lily dapat praktikal tu?"
"Dekat firma arkitek yang buat resort kakak tu."
"What?!!!"
"Supervisor orang, nama dia Encik Adib Haiman."
"Whattt?!!!"
"Tahulah masuk wad. Duk what... What... Apa kes?"
"Dia tahu tak adik ni siapa?"
"Tahu. Anak saudara Tan Sri Megat Yusuf, adik kepada Rose Khadeeja."
Rose menepuk dahi. Habislah adik aku kena buli.
"Tak ada orang lain ke yang Lily nak belajar? Banyak lagi kan arkitek lain, firma lain."
"Papa kata dia yang terbaik."
"Ramai lagilah, adik. Firma Uncle Adham kan ada... Boleh belajar dengan Kak Nur! Dia pun arkitek yang baik juga."
"Tak boleh. Dah full intake!"
"Kalau tak pun, carilah supervisor yang lain. Banyak kan arkitek lain dalam pejabat tu."
"Banyak, tapi tak ada yang terbaik macam Encik Adib Haiman tu."
Hesy. Degil betul budak ni. Harap janganlah dia buli adik aku selepas apa yang aku berbuat kepada dia tu! Rose mengetap bibirnya. Kalau tidak...
"Lily, cuba dengarlah cakap kakak ni sikit..."
"Apa yang kakak risaukan? Normallah kalau kena buatkan air..."
Mata Rose terbeliak! Hesy, mamat ni...
"TAK beranilah dia nak buat macam tu dekat adik kau."
"Manalah tahu. Awal-awal dah kena buatkan air. Untuk satu pejabat tau. Adik aku tu datang situ bukan nak jadi tea lady. Dia nak jadi arkitek."
"Alaaa normallah tu."
"Itu bukan normal, Tasha. Itu mendera! Lily tu satu-satunya adik aku. Aku tak boleh nak biarkan Adib buli dia."
"Adib bukan macam tu."
"Bukan macam tu... Bukan macam tu apa?"
"Jangan kata kau nak tarik diri! Aku pun satu-satunya kawan kau tau! Lagipun, kau dah janji dengan aku yang kau nak buat Adib tu jatuh cinta dengan kau kemudian kau tinggalkan dia. Janji tak boleh dimungkiri. Munafik kau tahu."
Rose terdiam. Bukan sebab Natasha tu satu-satunya kawan dia, dia banyak kawan. Tapi sebab munafik. Natasha dah mula risau. Kalau Rose tarik diri sekarang... Habislah Natasha. Habislah apa yang dirancang selama ini. Rancangannya hanya akan bermula apabila Rose menolak cinta Adib. Kalau sekarang nak berakhir sebelum bermula... Macam mana? Tak boleh jadi. Aku kena fikirkan sesuatu. Lily? Lily!!! Apa kata...
"Apa kata kau gunakan Lily untuk buat Adib jatuh cinta dengan kau secepat yang mungkin. So, by the time Lily habis praktikal, kau putuskanlah dengan dia. Praktikal pun tak lama, kan? Tiga bulan maksimum? Betul?"
"Haah..."
"So, tiga bulan saja kau ada masa. Lagi cepat kau kenakan dia, lagi cepat semua benda ini akan berakhir. Now it is time to make it right!"
"Huh... Okeylah!"
Natasha lega.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen3h.Co