Truyen3h.Co

MAHARANI

Bab 15

karyaseni2u

Dida Sandra

Persaingan aku dengan Cahya bermula sejak kecil. Mama pun kata, mak Cahya selalu aje busybody dan nak bersaing dengan mama. Sejak kes Cahya kena humban beg bajunya di rumah bapa Alriz, nama aku asyik terkait aje.

Dia orang ni bodoh ke saja nak cari fasal? Aku rasa kalau bapak Si Alriz tu dah tak suka Cahya, sampai bila-bila pun memang tak berjodohlah minah tu dengan Alriz. Tak ada kena-mengena aku dengan kes ni. Aku? Just trying my luck! Dan ya, aku buat ni semata-mata nak kasi bakar rentung hati minah tu? Putus ke tak putus, berjodoh ke tak berjodoh Cahya dengan Alriz, aku peduli apa! Ke dia orang ni saja nak kasi isu, kasi kontroversi lagi sensasi, kemudian trendingkan isu ni?

Aku terasa mahu menjerit seorang diri dalam bilik sambil menunggu diri dimekapkan. Mesej yang aku terima baru ini, Alriz mahu jumpa aku. Hei... Alriz kot yang mesej aku dulu! See... Aku dah kata kan, the best woman win!

Untuk lebih tenang dan tak mahu kecoh-kecoh, aku tak cerita langsung pada Lisa hal aku nak bertemu dengan Alriz di penthouse dia. Aku cuma bisikkan pada Erin dan mak uda yang aku percaya memang boleh jadi penasihat aku. Terus menggelinjang suka dua pengapit kiri dan pengapit kanan aku ini.

"Gila wei... Alriz tu ajak kau dinner." Bercahaya sungguh wajah mak uda.

"Kau siap-siap kau punya baju tidur, ya? Ready dengan lingeries, perfume okey?"

Bukan main lagi Erin sama terkejut suka dengar khabar yang satu ini.

"Beb, kau jangan lupa ambil gambar banyak-banyak tau."

"Kalau mamat tu mahu."

"Come on, girl... Macam tak tahu mana nak petik suis. Macam tak biasa! Pujuklah dia ambil gambar banyak-banyak. Alah-alah, tengah cuddle sama-sama tu ke." Mak uda mengenyit mata nakal.

"Okey. Aku cuba, ya!"

"Hah, cuba jangan tak cuba. Lepas tu kita leakkan gambar tu... Acah-acah ada peminat yang viralkan dekat social media."

Terlopong aku mendengar ayat Erin. Dia kemudian terseringai girang.

"Hei... Kau!" Aku terjerit.

"Macam tak biasa!" Mak uda sengaja membakar semangat aku.

"Of course I like! Bijak sangat Erin!" balas aku bahagia dan kemudian aku sambung.

"Make sure Lisa tak tahu, ya? Jangan beritahu Lisa apa-apa." Aku peringatkan.

"Tentu kita orang tak cakap. Pembantu peribadi kau tu lurus sangat! Payah!" balas mak uda.

"Kau bayangkan hati Si Cahya kalau tengok. Mahu rentung terbakar I tell you!" sampuk Erin sambil membelek jerawat di pipi di cermin besar.

Dan kami sama-sama mengekek gelak. Sebaik sahaja Kak Fiqa, editor majalah Trendy masuk, kami terus mengawal diri. Ruang itu terus senyap dari gelak kami. Masing-masing tersenyum-senyum sendiri sambil menyimpan tanduk dan kuku. Tidak sabar dengan misi yang satu ini.

Macam mak uda kata. "Kau tak rugi cuba. Dulu kalau mama tak gigih mencuba untuk dapatkan daddy, katanya mungkin mama tak hidup mewah macam sekarang. Just grab the chance!"

Aku angguk tanda setuju.

Malam yang aku nantikan tiba. Aku akui sedikit berdebar bertemu Alriz. Tapi lelaki itu tampak santai. Aku sama-sama membantu dia membuat spaghetti di dapur mewahnya. Selesai makan, kami bersembang-sembang santai. Aku mengingatkan diri. Jangan cuba too hard! Buat biasa-biasa. Cool, Dida! Aku acah-acah seronok mendengar tentang projek terbaru dia.

"Really? You are the smartest guy I've ever met!"

"Nak try something new, something yang fresh... Kita lari sikit dari bidang hiburan. I ingat nak buat projek kemanusiaanlah lepas ni."

"Your father must be relieved when he can rely on his own son for the company." Aku memuji-muji Alriz.

"Yeah, you can tell he's relieved, by seeing he's travelling all around the world with my mum. Leaving me here, in Malaysia, to handle this company." Alriz buat muka sedih.

"Did you just complain about how awesome your life is?" Aku buat-buat terkejut.

"Now you explain to me, which part of my life is awesome?" Alriz nak berlawak.

"You know what, you really are an inspiration. To me. And to all Malaysian." Aku lagi sekali memuji melambung Alriz.

"I don't think I deserve that. Then how about you?" Alriz tiba-tiba nak mengalih topik.

"What about me?" Aku membalas soalan Alriz dengan soalan.

"I mean, your dad, Tuan Hatta. Everyone knows your dad is one of the successful businessman."

Aku muak bila Alriz pun sama nak mengangkat daddy aku tu.

"That's the mistake. People are talking about my dad. Everyone knows him. But not me." Aku dah senget muka menahan rasa.

"I can see your potential. I'm just a son, who's taking care of my dad's company." Alriz lagi sekali konon merendah diri.

"Why are you being humble, Alriz?" Aku sengaja mengusik Alriz.

"Why? Am I being proud all this while?" Aku gelak plastik bila Alriz bertanya begitu.

"No, I mean, you have to accept the fact that you are one hot, handsome, successful and inspiring young man. It's rare to find a single man like you nowadays." Meninggi ke langit aku memuji Alriz kali ni.

"I still have to prove my capabilities. I have my own plan to expand this company."

"Talking about that, to be honest, I like your marketing plan. Your choice in choosing Cahya as your company's spoke person is brilliant! She's a very top artist now. Malaysians adore her." Aku sengaja buat statement sebegitu untuk tengok reaksi Alriz.

"Cahya? Don't you know she's not involve in this anymore? Why must you mention her name?" Alriz kelihatan tersinggung. Dalam hati, aku dah melompat gembira.

"Uh, sorry, sorry... I must have said something wrong at a wrong time!" Aku buat muka bersalah.

"Yes, you did." Suara Alriz mendatar.

"I'm sorry again. And now who's going to be your company's spoke person?" Aku tiba-tiba ambil berat sangat dengan hal Armada Holdings.

"That's not a problem. I can find anyone at anytime. Well, maybe you," jawab Alriz selamba. Terasa kembang kuncup hati aku bila mendengarnya.

"Awww, that's sweet. But you know, people might talk behind my back." Aku konon berbelah bahagi.

"Do you really care about the netizen? Really?"

"No, actually, it will be an honoured if I can join you."

"So... Do we have a deal?" Alriz tersenyum menunggu jawapan aku. Aku tidak menjawab tetapi terus merapati tubuh sasa itu. Aku hadiahkan kucupan di pipinya sepantas kilat. Sempat aku mencapai telefon. Sewaktu jejaka itu menjamah pipi aku, tatkala dia tidak menyedarinya, aku pantas merakam gambar. Dia tidak sedar langsung!

"I want you, Dida."

"I want you even more."

Lontaran suara lelaki itu membuai jiwa menjadi khayal. Angin beralun perlahan, bercanda penuh ghairah. Aku tahu aku bukan bermimpi.

Kami bertukar cinta, bertukar ghairah. Aku asyik dalam syahdu kasih Alriz. Aku tak peduli kalau sayangnya hanya sementara. Yang penting, saat dan ketika ini, dia tenggelam dalam pelukan aku.

Dunia ini aku yang punya! Langit baldu luar sana menjadi saksi. Aku rasa bintang-bintang berguguran di riba aku. Bulan purnama yang penuh pesona terasa menunggu masa menunggu aku memetiknya.

Kami duduk saling bersebelahan di atas sofa empuk itu sambil menikmati jus anggur. Aku terus berpaling dan membenamkan wajah ke dadanya. Tangan dia aku raih dan lehernya aku rapatkan ke bibir aku. Alriz tidak menolak. Aku terasa hangat dalam getaran dirinya. Malam ini aku yakin, aku bakal menguasai seluruh bimasakti, segenap jajahan takluk dunia yang bergemerlapan ini. Akulah maharani Alriz.

Seharian aku menghilang tanpa dapat dikesan oleh Lisa. Telefon pun aku matikan. Saat sampai di rumah, baru aku hidupkan telefon. Terlalu asyik rasanya pengalaman aku bersama dengan Alriz. Terasa dia lelaki serba sempurna. Serba wibawa. Ciptaan Tuhan yang paling seksi dan hangat. Seminggu juga aku simpan rahsia yang satu ini. Dalam tempoh seminggu itu, aku bermain bahasa isyarat dengan kroni-kroni aku yang lain.

"Done!"

"Aku pun sudah!"

"Hahaha, bagus! Terima kasih, sayang-sayang semua!" Aku seronok betul apabila mak uda dan Erin buat seperti yang dirancang. Dua orang kuat aku ini lepaskan gambar pada pengikut dan peminat fanatik aku.

"Beb, semua menggelupur beb bila tengok!" ujar Erin.

"Biar betul?" Aku seperti tidak percaya dengan perancangan yang menjadi.

"Seriuslah... Semua orang dah buat spekulasi." Mak uda memberi khabar. Yang paling penting, mama aku sendiri kirim mesej.

All the best, sayang. Mama sentiasa doakan Dida dapat the best jodoh dari syurga!

Lama-kelamaan, Lisa seperti menghidu sesuatu. Aku buat-buat tenang.

"Ada benda ke yang aku tak tahu, Dida?" Dia menghimpit aku sewaktu kami mahu bersarapan di The Gardens.

Aku yang sedang menghirup kopi panas, sekadar bulatkan mata.

"Mana budak-budak dalam Insta tu dapat gambar kau dengan Alriz? Sejak bila kau dating sampai aku tak tahu? Aku ni PA kau ke pencacai kau?" Nyaris tersembur kopi aku. Oh, Lisa betul-betul marah kali ini. Jarang dia nak marah sebelum ini.

"Cool, Lisa. You know what..."

"What? Any news? Good news is it... I can see that in your face." Lisa seperti menyindir sebenarnya.

"I managed to tackle Alriz." Aku rasa sudah cukup masa untuk aku berterus-terang.

"Reallyyy? That's huge!" Lisa amat terkejut.

"Ceritalah... We want more..." Erin pula buat-buat polos. Pandai sungguh berlakon!

"It was last week. I slept with him. And the rest is history." Aku menghadiahkan senyuman paling manis buat Lisa.

"Wow... Menyirap Cahya kalau dapat tahu ni!" Taty yang baru tahu turut terkejut.

"I know right..."

"Makna gambar yang bersepah sekarang ni bukan superimpose? Bukan edit? Memang kaulah!" Lisa memang naif. Aku senyum bangga mengangguk.

"Sebab ada gambarlah ada orang tu dah meraung tepi bucu katil. Kau bayangkan dia guling-guling nangis sambil hentak kaki." Jahat sungguh mak uda menambah perisa cerita perihal Cahya. Aku bertambah kuat tergelak. Tapi apabila ada tetamu lain di sekeliling menoleh ke arah kami, pantas aku membuat wajah anggun lagi klasik. Angguk dan senyum manis saja!

"Why? Tak percaya I ke?" Aku menyoal Lisa yang tampak berkerut seperti tidak percaya.

"Jadi ni kerja kau oranglah, ya?" Lisa bertanya. Aku malas mahu simpan-simpan rahsia. Biar saja dia tahu.

"Kalau bukan orang dalam kasi leak, siapa lagi? Kalau kita simpan aje dalam peti besi, memang tak ada siapa akan tahulah." Mak uda membalas sambil angkat kening.

Aku, mak uda dan Erin sebenarnya dalam diam mengamati reaksi Lisa. Dia pembantu aku, jadi by hook or by crook kena sokong aku. Tak mahu aku team sendiri ada gunting dalam lipatan. Tapi so far so good! Lisa sekadar menggeleng-geleng sambil tersengih sebab tak sangka aku tekad dalam perancangan aku.

"Beb, dalam dunia ini, semuanya perang. If we don't end war, war will end us." Aku titipkan kata-kata penuh makna buat Lisa. Aku harap dia faham. Apalah sangat one night stand dengan Alriz kalau itu bakal mengizinkan aku menguasai dan menakluki dunia glamor ini.

Semuanya sangat membahagiakan aku. Untuk tempoh dua minggu aku terasa menjadi titik tumpu. Kisah aku menjadi trending. Gosip paling hangat tatkala itu. Aku berdebar-debar juga menanti respons Alriz. Sehari. Dua hari. Seminggu... Eh, memang dia sangat memahami! Tak ada komen langsung dari pihak Alriz. Maknanya apa? Maknanya aku tak bertepuk sebelah tangan. Sampailah detik malam tadi. Waktu aku dan Lisa baru sampai rumah, baru aje hendak masuk bilik air dan cuci mekap yang tebal di muka, tiba-tiba Lisa menjerit memanggil aku.

"Beb! Sini!"

"Apa dia?"

"Sinilah kejap!"

"Aku tengah sental muka ni."

"Besok-besok pun boleh kau cuci muka tu... Sini, tengok ni! Kau tengok ni... Ada orang send link pada aku. Kau tengok YouTube ni."

Dengan muka yang sudah berbuih sabun, aku keluar dari bilik mandi. Gosh! Aku tak percaya dengan apa yang aku tengok! Aku tak percaya dengan apa yang aku dengar dari rakaman YouTube itu.

"Alriz, sekarang bercinta dengan Dida?"

"Pardon me?" - Alriz

"Encik Alriz sekarang digosipkan dengan Dida. Betul ke?"

"I'm sorry, I don't have time for this." - Alriz

"Please, Alriz. You tak nak komen apa-apa pasal Dida?"

"Dida? Who is that? I don't know anyone called Dida!" - Alriz

"Really? Can you explain this picture then?"

"Don't you dare to relate me with this girl." - Alriz

"Are you planning to take Dida as your wife, one day?"

"Hell no! A wife means a queen. A queen means a woman who is pure, a.k.a perempuan suci zahir batin. And that girl? Is she still a virgin, anyway?" - Alriz

"If you don't mind, may I know why you seem to hate her that much?"

"Ask others. I seriously don't have time for this stupidity." - Alriz

Bastard! Bodoh! Aku menjerit. Aku menjerit semahunya.

"Stupid! Unbelievable!" Aku mencampak handphone itu.

"Dida... Apa semua ni? Kau kata kau bercinta dengan dia?"

"Stupid! Stupid! How could he say that!" Aku tak kira kalau Lisa kata aku kena rasuk. Ya, mamat lahanat itu merasuk aku!

"Cuba bersabar... Cerita pada kami." Mak uda yang dalam bilik tiba-tiba keluar. Dia terpinga-pinga. Aku sudah tak ada upaya nak terangkan. Lisa suruh mak uda tengok sendiri dalam YouTube.

"Ni mak uda punya pasallah ni! Idea mak udalah kata leakkan gambar Dida dengan Alriz!" Aku terasa muka aku panas, kepala aku mengembang mahu meletup.

"Lah... Kenapa pula? Bukan ke hari tu kita plan nak kenakan Cahya?" Mak uda lembut bercakap. Macam tak bersalah langsung!

"Sekarang ni dah lain! Dida yang terkena! Dah viral dekat Twitter!" Aku mula nak menangis.

Erin, Taty, Lisa semua mula semak handphone masing-masing.

"Tak apa. Cool, babe! Tarik nafas. Nanti mak uda bagi tau pada Mama Nuren." Mak uda cuba lagi memujuk.

"Huh! Buat penat aje pergi masuk hutan, jumpa Suchart bomoh tu! Tengok sekarang apa dah jadi!" Aku jadi naik angin.

"Mamat ni biadablah. Kenapa sebut fasal dara?" Erin sendiri terlopong mendengar rakaman itu berulang kali.

"Hah! Tahu pun! Memang nak kena bunuh mamat ni!"

Aku menjerit geram.

"Santaukan aje!" Taty tiba-tiba menghasut. Aku sudah sakit dada menahan nafas.

Kau jaga, Alriz... Semua akan menyembah mencari aku! Kau tunggu masanya bila kau ternganga memandang aku.

Terdengar-dengar di telinga aku kata-kata Alriz itu. Sakit! Pedih! Aib! Diri terasa kerdil. Jiwa aku hangus. Dendam pada semua semakin membakar.

Dendam mencakar-cakar hati ini. Aku cuba telefon. Aku cuba mesej. Nampak gaya Alriz seperti sengaja membuat sekatan pada nombor telefon aku.

Aku cuba buat panggilan dari nombor telefon Taty. Dengar saja suara aku, Alriz putuskan talian. Kurang ajar! Pandai kau nak bermain api, Alriz. Kau tunggulah nanti.

Aku bukan bodoh bebal dungu macam Cahya! Silap orang kalau kau nak tunjuk jaguh!

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen3h.Co