Truyen3h.Co

MANUSKRIP CINTA

BAB 11

karyaseni2u

Pilihan yang sukar apaaa?

Dua-dua pun bukan pilihan aku. Dua-dua tak memilih aku pun. Dua-dua pun ada agenda. Ibu ni... Main sebut saja. Suka hati tok dia saja nak cakap macam ni. Tahu tak, apa yang keluar daripada mulut dia tu... Tidak berhijab. Direct terus kepada Allah S.W.T.

Haih ibu...

Nak sangat aku kahwin cepatlah tu.

Dah 30 tahun dah... Feel nak kahwin tak seberat sewaktu usia aku 25 tahun. Masa terkinja-kinja nak kahwin dulu, tak ada pula yang nak masuk meminang. Mai tak dak feel yang datang mengarut-ngarut pula. Doktor gay la... Doktor bertunanglah. Sebab itu bila fikir-fikir, kenapalah kisah cinta tak semudah kisah cinta Nia dan Rain?

Jumpa dan jatuh cinta.

Kan senang?

Kenapa nak ada antagonis bagai?

Kalau ada pun lagi menguatkan cinta mereka.

Masalahnya aku, nak ada antagonis apa. Protagonis pun... Sengal! Manalah cinta nak mai kalau feel pun datang terhegeh-hegeh macam siput.

Tak kesahlah pilihan sukar ke apa...

Yang penting sekarang ialah manuskrip aku kena siapkan sebelum deadline. Kau ingat senang nak dapat peluang kedua daripada Kak Adibah? Susah tau manuskrip nak diterbitkan dengan syarikat penerbitan yang besar dan terkenal macam tu. Jangan buat hal, Dian... Jangan buat hal! Takkan kau nak makan duit rumah sewa arwah ayah kau sampai mati? Aku kena juga buat sesuatu untuk diri sendiri. Benda senang bukannya datang bergolek. Kita yang kena bergolek, bergolok-gadai untuk cari kesenangan!

Jadi...

Dian...

Kau ialah Nia Ariana. Kau kena rasa apa itu cinta dalam tempoh kurang dari tiga bulan ni. Ambil peluang. Doktor gay pun... Doktor gaylah, Dian. Lagipun, dia dah all out. Takkan kau nak call out pula? Bukan senang kut nak dapat pengalaman first hand macam ni. Manuskrip kau kali ni, confirm gempak punya, Dian! Silap hari bulan, best seller selama dua tahun. Bukan senang nak dapat best seller selama dua tahun macam Syamnuriezmil tu.

"So, keputusan aku ialah..."

"Apa?"

"Aku ikutlah preskripsi dia untuk tiga bulan ni semata-mata untuk manuskrip aku."

"Tiba-tiba aku terfikir Dee..."

"Fikir apa?"

"Kalaulah Rian cakap, sebenarnya apa yang Helena cakap tu betul, kau nak teruskan dengan Izak ke? Yalah, sebab Rian tu kan memang Rain dalam cerita kau."

"Kau dengan ibu sama saja fikiran. Aku rasa, kita tertukar kat hospital kut. Kan kita lahir sama tarikh dan sama hospital."

"Kau ingat ni apa... Sinetron Indonesia nak tukar-tukar bayi?"

Aku tergelak.

Entahlah.

Aku pun tak pasti.

Mungkin... Itu akan buat pilihan aku jadi sukar. Yalah kan, better Rian than Izak. Sebab Rian memang Rain dalam manuskrip aku. Tapi, kalau aku tengah bercinta dengan Izak... Takkan aku nak tinggalkan dia semata-mata Rian pula? Macam aku pula yang antagonisnya!

"Dian dengan Izak. Nia dengan Rian."

"Amboi... Dua-dua sekali sapu."

"Penulis kan. Dia ada banyak karakter."

"Jangan karakter kena gelek traktor sudahlah!"

Tak menyokong langsung!

"Benda spekulasi tak payahlah nak fikir. Sekarang ni, yang penting... Aku kena jalankan eksperimen aku segera. Aku dah sampai bab yang Nia dah jatuh cinta pandang pertama dengan Rain ni. So, aku kena feel yang aku ada rasa jatuh cinta pandang pertama dengan Izak."

Kali ini Gee pula ketawa.

"Apa yang lawaknya?"

"First time kau jumpa Izak kat butik tu, apa jadi?"

Aku terdiam.

Dia panggil aku minah badan pendek.

Dia minah badan pendek kan aku!

Mana nak datang cinta pandang pertama? Cinta terpeleot di tengah jalan adalah. Tapi, mula-mula aku masuk butik mak Datin tu... Aku terpandang Izak dekat dua kali jugalah. Masa tu, dia tengah sibuk melayan pelanggan. Yalah, orang handsome, kan? Mata ni bernafsu bukannya sebab terjatuh cinta. Lagipun, cinta pada kecantikan lama-lama pun akan pudar!

Tak sangka...

Doktor.

Sayangnya...

Gay!

"Itulah masalahnya sekarang. Aku tak boleh nak psiko kepala otak aku ni bila aku teringat mulut loji dia tu."

"Apa yang kau kena buat ialah..."

"Apa?"

"Kau ikut saja permainan dia."

"Siapa?"

"Izak. Just be yourself, Dee. Trust him and love him unconditionally. Lagipun, kalau kau jadi diri kau, kau akan tulis ikhlas. Jadi aku rasa, kau kena ubah karakter Rain dalam manuskrip kau tu."

"Kau nak suruh aku buat Rain ialah Izak?"

"Yes!"

Aku terdiam.

Terfikir.

Buat apa aku nak pening-pening jadikan Izak itu Rain. Baiklah aku jadikan Rain itu Izak. Bijak kepala otak kawan baik aku ni. Makan beras cap apa pun tak tau, sampai bijak macam ni. Ada betulnya apa yang Gee cakap. Kalau aku buat karakter Rain macam Izak. Jadi, cinta itu akan jadi semulajadi. So... Aku kena tukar sikitlah manuskrip aku tu.

Nia dan Rain bertemu di hospital sewaktu Nia nak datang jumpa Bee. Nia terlanggar Rain secara tak sengaja. Rain dah terlambat untuk lapor diri dan sebab itu, dia naik angin dan marah Nia. Bila ibu kata ada orang nak datang sewa dan minta Nia berikan kunci... Terkejutlah Nia bila orang itu ialah Rain. Tapi, bekerja sebagai seorang doktor dan berpendapatan tetap, nak tak nak kenalah bagi sewa juga. Sebab memang susah nak cari penyewa yang bayar sewa tepat sekarang ni.

Nice plot!

Kenalah rombak lagilah manuskrip aku!

Dah macam kena re-write the whole manuskrip!

Terpaksalah aku beritahu Izak. Nanti dia terikut-ikut karakter Rain pula. Sedangkan aku nak tukar karakter Rain tu kepada karakter dia. Aku nak dia jadi diri dia. Jadi, aku akan ikut permainan dia. Perempuan kan lebih fleksibel!

Free to call? – Dian

Manalah tahu...

Dah tidur ke?

Kenalah tanya dulu. Yalah, doktor kan kerja yang memenatkan. Long hours!

Aku tunggu mesej masuk. Tapi, yang masuk... panggilan daripada Izak. Tergelak bila tengok nama pemanggil yang masuk...

MY GAY BF is calling...

Sendiri yang tukar nama Contact, sendiri tergelak pula.

"Assalamualaikum."

"Waalaikumussalam."

"Tak tidur lagi? Tengah menulis ke?"

"Tengah fikir plot. Saya ingat saya nak tukar sikit karakter hero tu.

"Sebab?"

"Kalau nak perasaan cinta tu datang semula jadi... Saya kena tukar karakter Rain tu kepada karakter awak."

"Ohhh... Kenapa tak tukar saja Izak kepada Rian?"

Aku tergamam.

"Rian is Rain right?"

"Awak kenal Rian?"

"Of course. He is my mate."

Alamak!

Lupalah pula aku...

Kan mereka doktor dalam satu hospital yang sama. Mestilah mereka saling mengenali. Lagipun, obvious kut, Rian Akasyah, cardiologist sama dengan Rain Akasyah, also a cardiologist.

Aku menepuk dahi!

Tu laaa... Pi bagi manuskrip pasai apaaa?

"Awak tak boleh cakap pada dia yang saya penulis dan saya menjadikan dia subjek protagonis dalam manuskrip saya tu. Dia tak tahu yang saya ni penulis buku."

"Dian buat ni sebab Dian jatuh cinta dengan Rian?"

"Taklah. Dia ada tunanglah."

"Is he?"

"Ya. Dia ada tunang, nama dia Helena. Tunang dia baru datang semalam kat rumah saya ni cari dia."

"Ohhh... Jadi ini semua angan-angan sayanglah, ya?"

"Ini semua hanyalah cerita semata-mata. Tak ada kena-mengena dengan yang hidup atau yang mati. Awak tak payah nak buat spekulasi."

"Abang cemburu tau..."

"Sebab?"

"Girlfriend abang ada crush dengan penyewa rumah sewa dia."

Aku tergelak. Tak payah nak poyo sangat tengah-tengah malam buta ni. Cemburu celah mana? Crush apaaa? Sikit pun tak adalah.

"Mana ada crush. Dia datang sewaktu saya tengah cari idea then idea itu dikembangkan. Itu saja. Anyway... Awak dah baca manuskrip tu sampai mana?"

"Habis."

"Cepatnya."

"Cerita mengarut memang cepat saja nak baca, bukan kena baca journal."

Mulut...

Hansuang!

Ada ke dia kata cerita aku mengarut? Nama pun fiksyen! Bersabarlah, Dian. Ini yang kau nak, kan? Terima sajalah. Nak tak nak, kenalahhh hadap! Rasa tak boleh tahan, kau ngap sajalah mamat tu!

"Bagus jugalah kalau nak tukar karakter Rain tu. Fiksyen sangatlah. Ada ke dalam dunia realiti... Ada karakter fiksyen sangat macam tu. Macam tak nampak salah. Diam-diam tapi... Sekali dia buka mulut, heroin terus angau. Ada ke?"

Sebab dia baca manuskrip lama, memanglah tak nampak Rain tu ada kekurangan. Cuba masuk watak antagonis, nampaklah kekurangannya. Lagipun, novel kan dalam kategori fiksyen. Agak-agak nak sama dengan realiti, jangan baca novel, bacalah surat khabar!

"Orang kata orang diam ni... Bahaya."

"Sebab?"

"Mulut manis, possibility ada empat bini."

"Suka hati saja."

"Sayang nak... Abang okey aje. Abang mampu apa."

"Belum apa-apa dah fikir nak bini empat! Apa jenis boyfriend macam ni?"

"Boyfriend? Jadi, Dian terimalah preskripsi abang tu?"

"Yalah."

Apa nak buat? Ini saja pilihan yang aku ada. Bukan senang nak jadi senang, kan?

"To be yourself? To trust me? And to love me unconditionally?"

"Yalah. Ada preskripsi lain ke?"

"So, kenalah makan ubat betul-betul, sayang."

Dahi aku berkerut. "Maksud awak?"

"Maksud abang! Awak... Awak apa benda? Tak makan ubatlah tu."

"Ohhh!"

"Ohhh... Ohhh..."

Aku tergelak. "Sorrylah. Benda tak biasa."

"Kenalah biasa-biasakan, sayang. Lagipun, kita hanya ada tiga bulan saja kan dan kita buat ni, bukannya ada paksa dengan sesiapa. Ini kan untuk kita juga."

"Yalah, cik abang oiii..."

Naik bulu roma aku!

Tapi betul apa dia cakap. Ini untuk aku juga. Kalau aku tak buat betul-betul... Macam mana nak datang perasaan tu? Macam mana nak tulis tentang cinta kalau aku sendiri nak mengelak?

"Cerita apa yang best kat wayang sekarang?"

"Entah. Kenapa?"

"Jom tengok wayang esok?"

"Abang tak kerja ke esok?"

"Esok kan hari ahad, Dian. Memanglah doktor tu tak ada cuti, tapi... Berdoalah tak kena panggil kerja."

"Okey... Okey... Kalau macam tu jumpa kat Station 18 lah esok?"

"Jumpa kat rumah. Abang ambil pukul 10 pagi. Share location."

"Okey. Kejap lagi hantar."

"Sayang..."

"Hmmm..."

"Betul ke, Dian ni tak ada apa-apa dengan Rian?"

Aku tergelak. "Ini abang betul-betul cemburu ke apa?"

"Cemburu kan tanda sayang. Bukan itu mesti ada dalam percintaan ke? Kata nak bercinta. Nak bercinta buatlah cara bercinta."

Dan aku...

Terdiam.

Dia ni betul-betul gay ke apa? Kalau betul dia ni gay... Manaaa gaynya? 

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen3h.Co