Truyen3h.Co

MANUSKRIP CINTA

BAB 12

karyaseni2u

Tengok wayang saja pun, Dian. Takkan kau nak pakai yang fancy? Pakai biasa-biasa sudahlah. Orang kaya macam Mark Zuckerberg dan Steve Job pun, mereka pakai baju yang sama saja setiap hari. Sebab? Buang banyak masa untuk fikir baju apa yang nak dipakai. Masa tu lebih baik digunakan untuk... Cari idea!

Arghhh, Dian.

T-shirt dan jean sudah.

Tudung dua loops senang!

"Ibuuuu..."

Aku cari ibu. Mana pula ibu ni? Aku nak beritahu yang aku nak pergi dating dengan Izak kejap lagi. Tapi ibu tak ada dalam rumah pula. Takkan tak balik dari masjid lagi? Atau, ada program kat masjid tak habis-habis lagi?

Oh...

Mungkin kat luar. Semalam kata nak kemas kebun kecil kat belakang tu. Tapi, bila aku keluar... Aku menoleh ke arah sebuah kereta.

Eh...

Kereta Rian.

Dia dah balik ke? Takkan cepat sangat balik.

"Ibu..."

"Hah... Awat?"

Aku melihat ibu sedang mencantas pokok serai belakang rumah. Tertonggeng-tonggeng dia mencantasnya. Nak ditolong, tak bagi. Aku dah kata buat petang-petang sikit. Tapi, dia tak nak. Katanya nak keluarkan peluh sendiri. Lantaklah. Itupun dah banyak kali mengadu lengannya selalu lenguh. Selalu juga suruh aku urut. Dah tertonggeng-tonggeng ni, mesti kejap lagi sakit pinggang. Tak dak maknanya aku nak urut, kita ke Mydin, bayar kerusi urut RM5 – 15 minit tu!

"Kak macam nampak kereta Rian. Bila Rian balik?"

"Baru saja sampai. Baru tak sat dia minta kunci rumah dia tadi. Ibu dah bagi dah. Awat?"

"Papa Helena tu dah okey ke? Bunyi Helena cakap semalam tu macam dah kritikal betul. Mati ke? Sat sangat baliknya. Kalau mati pun, takkan tak tunggu kenduri?"

"Manalah ibu tau. Ibu tak dan nak soal siasat dia. Dia mai waktu ibu tengah siram pokok kat depan tu."

"Ibu pi siram pokok herba dia ka?"

"Yalah."

"Nanti dia kata, kak yang suruh ibu siram."

"Tunggu kak nak siram, pokok tu kebuloqlah. Selalu pagi-pagi tanah dah basah. Kak pi mana dok berkurung dalam bilik?"

"Kak nak pi dating dengan Izak tu sat lagi. Tengah nak cari bajulah. Tak sedaq dah pukui 9.00 pagi. Nasi Lemak Kak Siti mesti dah habis."

"Ibu masak nasi goreng dah tadi. Ibu ingat hang tengah perah idea... Rupa-rupanya tengah perah... san cantik depan cermin."

"Ceh!"

Patutlah dengar orang bertukang kat dapur, rupa-rupanya ibu tengah masak. Rajin ibu masak pagi ni, selalunya ke masjid ada kuliah. Oh... Hari Ahadlah ustaz pun cuti, lupaaa!

"Bila nak keluaq?"

"Pukui 10 sat lagi. Dia mai ambil kak."

"Tu kata dia gay. Mana ada gay, gentleman sampai nak mai rumah ambil kak."

"Apa pula tak ada? Mungkin dia gay versi boyfriend bukan versi girlfriend. Lagipun, haruslah dia ambil kak. Dia kan boyfriend kak. Berlakon mesti kena bagi real, ibu."

"Hati-hati jaga hati."

Eh...

Macam lirik lagu pula.

Tu laaa, selalu dok dengar Hot FM.

"Dah... Kak nak pi siap."

Aku berjalan menuju ke dalam rumah meninggalkan ibu di belakang rumah. Aku menoleh sekali lagi pada kereta Rian. Musykil bin pelik. Sat sangat balik ke KL. Pasai apa sat sangat? Adakah papa Helena meninggal dunia? Hesy, kalau meninggal pun, mestilah ada kenduri, kan? Atau, dia ada kerja hari ni? Eh... Kan hari Ahad. Cuti. On call saja. Kalau tak dan nak pi hospital, selalu ada second on call!

Apa lagi plot yang boleh aku fikirkan?

Hah!

Putus terus.

Dengan Helena.

Once and for all.

Tapi, buat apa aku fikir pasal dia, kan? Aku ada date kut kejap lagi dengan Dr. Izak Ashaal yang tak macam gay tu. Aku rasa, lebih baik aku korek pasal dia sebabnya dia kan subjek dalam cerita aku sekarang walaupun, Rain masih Rian!

Argh...

Migrain dengan manuskrip sendiri.

"Dian..."

Tak perasan pula aku, Rian ada kat belakang aku. Bila masa pula dia ada kat belakang aku? Sahih dia pelik sebab aku dok tenung kereta dia lama-lama.

"Eh..."

"Saya dah balik."

"Itulah. Terkejut tengok kereta awak ada kat depan tu. Saya tengah fikir apa yang jadi pada papa Helena. How is he?"

Malu pula aku sebab aku berdiri tegak macam tiang bendera merenung kereta dia. Walhal aku sedang memikirkan pelbagai kemungkinan yang berlaku antara dia dan Helena. Aku rasa entah... Tak tahu nak cakap. Kalau aku jadi Elena dalam manuskrip aku tu, aku rasa, confirm kena putus tunang dengan Rain. Itu menyebabkan Elena bengang dan mula nak balas dendam pada Nia.

Yes!

Aku dapat plot sikit.

Sempat lagi tu.

"He will be fine."

"Then how is she?"

"Helena?"

"Yalah."

"Dia okey. Apa yang tak okey?"

Boleh tanya aku apa yang tak okey pula!

Hello, Dr. Rian... Tunang kau tu dah kena halau dari rumah kut. Itu sebabnya dia datang sini, bawa beg pakaian. Dia minta simpati kau kut. Takkan kau tak tahu? Atau kau saja tak nak ambil tau? Kalau tak suka tunang kau sendiri pun, sukalah dia sebagai kawan, kan? Bukan kenal daripada kecil ke?

"Dia kan kena halau dari rumah dengan papa dia. So, dia dengan papa dia... Okey ke? Papa dia dah terima dia balik ke?"

Wajah Rian tak ada beri sebarang reaksi. Tak ada pun nampak dia terkejut bila aku beritahu yang aku tahu Helena kena halau dengan papa dia. Mungkin Helena ada beritahu apa-apa pada Rian. Mungkinlah kut!

"Dia sendiri yang cari pasal, Dian. Lagipun, saya dah tak ada apa-apa hubungan dengan keluarga tu. Biarlah mereka selesaikan masalah dalaman keluarga mereka sendiri. Saya tak nak masuk campur hal itu semua."

"Dia pergi pada awak. Dia minta simpati awak, Rian."

"Saya tak suruh."

"Maknanya awak penting pada dia sebab itu dia cari awak."

"Penting ada makna, Dian. Anyway, saya dah bebas. Saya bukan lagi tunang dia. Jadi, awak tak boleh nak cakap dia tunang saya. Semalam saya dah selesaikan masalah dia dan keluarga dia dan saya dengan keluarga saya. Kes tutup."

Terus melonjak keinginan aku untuk tahu apa sebenarnya yang terjadi!

Tapi...

Aduh...

Dah 9.30 pagi ni. Sat lagi my gay boyfriend nak sampai... Aku tak siap-siap lagi. Bayangkan mulut dia yang macam loji tahi itu akan membebel-bebel sepanjang jalan sebab terpaksa menunggu untuk aku bersiap. Sudahnya... First date jadi first fight!

"Okeylah. Saya tak tahu nak cakap apa, tapi if it's good for you... Then congratulations."

Apa hal...

Tersama pula dengan plot aku?

Apa akan jadi nanti?

Helena akan balas dendam?

Huh!

Pada aku?

Kenapa pada aku?

"Selalunya, masa ini awak akan tanya saya macam-macam. Tapi..."

"Saya ada hal pukul 10 kejap lagi. So, tak dan nak buat investigation. Kita pause kejap, sampai saya balik barulah kita resume balik, eh?"

Rian memandang aku serius. Tiba-tiba.

"Atau... Awak sengaja nak mengelak daripada saya."

Dahi aku berkerut. "Maksud awak?"

"Helena ada cakap yang dia dah beritahu awak, tentang kita sedang bercinta sekarang."

Aku pandang dia. "Are we?"

Nak tahu jugalah...

Adakah aku yang Helena sebutkan? Adakah aku yang Rian maksudkan? Macam mana sebuah percintaan itu terjadi sedangkan aku pun tak tahu aku sedang bercinta. Heh... Virtual feeling ke apa?

Confirm ni..

Ba baa black sheep!

"Hold that thought. Pergilah bersiap. Awak akan lambat untuk dating awak dengan Izak."

"Eh..."

Rian tersengih.

Dan...

Aku tersentak.

Takkan kata-kata ibu dah masin?

Ini bukan musykil bin pelik dah ni.

Ini... Munafik namanya.

Izak dah janji dengan aku yang dia tak akan beritahu Rian apa-apa. Habis tu, macam mana Rian boleh tahu aku nak keluar dengan Izak? Takkan ibu pula yang beritahu. Shaih... Ini Izak yang beritahu.

Kalau mungkir janji, bukan munafik ke namanya. Izak cakap apa pada Rian yang menyebabkan Rian tahu aku nak jumpa Izak kejap lagi? Takkan dia dah pecahkan rahsia aku yang aku jadikan Rian sebagai protagonis dalam manuskrip aku.

Aduhhh, Izak!

Mulut bukan saja macam loji tahi... Tapi macam Astro! Geramnya aku dengan mamat gay tu. Nampak sangat gaynya... Sebab kuat gosip! 

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen3h.Co