Truyen3h.Co

Mr. & Mrs. Sweet

Bab 6

karyaseni2u

"APA?" Suara Aalia meninggi. Hampir menarik perhatian separuh pelanggan di dalam restoran mewah tersebut. Walaupun kedudukan mereka agak terlindung, oktaf suara yang dipantulkan agak mengejutkan. Bulat matanya memandang jejaka idaman Malaya di hadapannya. Nafasnya naik turun menahan geram.

"Syhhh." Zariel menunjuk isyarat jari telunjuk di bibir. Dia sendiri pun terkejut dengan tindak balas spontan daripada wanita jelita tersebut.

Tindakan Zariel melamarnya boleh diterima tapi idea Datin Sue Ann yang mahukan dia korbankan kariernya demi sebuah komitmen, dia tak boleh terima. Dia sedar pandangan sinis wanita itu setiap kali dia berkunjung ke banglo mereka. Namun diabaikan kerana penerimaan Zariel sudah memadai.

"I tak setuju! Idea you memang tak masuk akal!" bantah Aalia dengan ton suara yang cuba ditahan.

"Apa yang tak masuk akalnya? I cuma ajak you kahwin, itu aje! Kita dah lama kenal, Aalia dan kenapa tidak kalau kita kahwin pun?" Zariel cuba bertenang. Ibarat menarik rambut di dalam tepung. Rambut tak putus, tepung pun tak berselerak. Dia perlu lebih berdiplomasi. Tangan Aalia digenggam lembut.

"Salah ke permintaan I? You sayangkan I, kan?"

"Permintaan you memang tak salah. Tapi syarat mommy you tu yang salah. Kenapa dia tak boleh terima I seadanya? Apa kurangnya I? Apa yang teruknya kerjaya I sampai dia bagi syarat macam tu?"

Muka Aalia mencuka. Terbantut hasratnya ingin berkongsi berita gembira dengan buah hati. Tawaran yang diterima untuk beraksi di pentas peragaan antarabangsa begitu mengujakannya. Milan akan menjadi saksi kejayaannya mengukir nama sebaris dengan supermodel antarabangsa.

"Salah ke apa yang mommy minta? Dia nak kita kahwin. Bina hidup berkeluarga. Kalau you berhenti jadi model, I boleh tanggung you. Tiga kali ganda daripada apa yang you dapat sekarang pun I boleh bagi."

"I sayangkan you, Zariel. Dan I memang nak kahwin dengan you. Tapi I nak you terima I seadanya. You pun tahu kan how much I am in love in modelling? This is my passion!"

Zariel menghela nafas berat. Badan disandarkan pada kerusi. Air epal diteguk bagi meredakan panas hatinya. Tajam matanya membalas pandangan mata Aalia. Sedari dulu dia patut tahu betapa degilnya wanita ini.

"Do you love me or not?" Intonasinya berubah. Kedengarannya agak tegas.

"Yes, I do!" Pandangan mata Zariel dibalas.

"Tapi I tak nak kahwin dengan anak mak macam you!"

Zariel terkesima dengan kenyataan dari mulut Aalia. Hatinya membara.

"You better watch out your mouth, Aalia!"

Zariel menarik nafas buat kesekian kalinya. Dahi dipicitnya beberapa kali. Mata dipejam rapat. Terasa tangan lembut Aalia mengusap lengannya. Tidak dihiraukan. Hatinya masih terasa dengan setiap bait wanita itu tadi.

"Okey Zariel, I minta maaf. Memang I tak patut cakap macam tu kepada you." Intonasi Aalia lembut. Rasa bersalah bermukim dalam hati.

Masih tiada respons daripada jejaka itu.

"You know how much I love you, right? Tapi boleh tak kalau you bagi I masa untuk fikir? Ini melibatkan masa depan I." Lembut pujukan Aalia.

Pandangan Zariel tepat pada wanita yang disayanginya itu. Kerana sayanglah dia mampu pertahankan hubungan mereka selama enam tahun.

"Dah enam tahun berlalu, Aalia. Masih tak cukup lagi ke masa yang I beri kepada you selama ni?"

"Kalau you boleh bagi masa enam tahun untuk I kenali hati budi you, kenapa you tak boleh bagi I sikit masa lagi untuk I buat keputusan?"

"Okey." Zariel bersuara lemah.

"Tapi you tahu kan, I dah tak banyak masa, jadi I betul-betul harapkan you kali ni. I really love you, Aalia." Jari lembut Aalia dikucup.

Aalia cuma tersenyum bahagia. Namun dalamannya sedang galak berperang. Antara kerjaya dan perkahwinan. Milan ataupun bersama lelaki yang dicintai?

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen3h.Co