Bab 6
JAM 5.30 petang, Irvan sudah tercongok di hadapan pintu rumah. Adanya Maryam menunggu, Irvan tidak mahu berlama-lama di kem. Cabut sebaik sahaja ada peluang.
"Minum dulu, ya abang..." pelawa Maryam bila Irvan terkocoh-kocoh mengucup dahinya sebelum terpa bilik air.
"Mandi jap," jawab Irvan, terus lesap ke dalam bilik.
Dalam 15 minit, Irvan keluar berlengeng dengan kain pelekat sahaja. Menghadap meja makan. Cucur ikan bilis dan kopi pekat. Dulu-dulu, Irvan agak anti kain pelekat kerana kelangsungannya yang seakan tidak pakai apa-apa menyebabkan Irvan tidak selesa. Lebih-lebih lagi bila tidur, kain pelekat ke mana, dia ke mana. Tetapi sejak Maryam rajin menyulam namanya di setiap kain pelekatnya menyebabkan Irvan tidak sampai hati membiarkan hasil jemari seni isterinya tersepuk dalam almari begitu sahaja. Bila disarungkan, selesa la pulak. Sentiasa berangin dan bebas!
"Adik bancuh semula kopi?"
"Kalau sejuk tak sedap," jawab Maryam. Menuangkan kopi ke dalam cawan.
"Kopi tadi?"
"Masuk peti ais. Minum sejuk-sejuk best juga."
"Beringat. Asma tu."
"Haeyyy... lain kali, balik, makan dulu baru mandi."
"Abang tak mahu dekat dengan adik kalau abang busuk."
"Adik suka bau abang."
Terseringai bahagia Irvan. Cucur bilis terasa paling sedap sekali di dunia ini!
"It's a punch!" puji Irvan.
Maryam pula yang hairan. Apa yang sedap sangat kalau hanya cucur bilis yang sempoi?
"Sepuluh sen." Maryam menadah tangan.
"Untuk apa?" Saja Irvan buat dol.
"Tak mahu putus kasih sayang."
"Hutang dulu."
"Dah banyak abang hutang."
"Dengan suami pun berkira?"
"Suami is suami. Hutang is hutang. Kasih sayang is kasih sayang."
"Maknanya...?"
"Adik tak mahu kasih sayang antara kita terputus."
"Baik. Syiling itu akan abang ganti dengan emas. Rantai leher dan tangan dah ada. Apa kata... abang belikan adik sepasang gelang kaki? Macam puteri dulu-dulu pakai. Puteri Saadong."
"Tak mahulah gelang kaki, macam kena rantai pulak."
"Yang gelang tangan, boleh pulak? "
"Yang itu macam gari."
"Rantai leher?"
"Macam tali gantung."
"Helo! Apa bahasa ni?"
"Dak aihhh... sebenaqnya adik tak minat pakai barang-barang perhiasan lagu tu. Tapi sebab abang yang bagi, adik larung je."
"Ada juga perempuan camni? Tak suka barang kemas."
"Tak semua suka."
"Jadi, adik mahu apa?"
"Adik tak mahu apa-apa daripada abang. Adik nak abang je."
Oh la la!
"Abang dah tua... orang tua...." Sengaja Irvan menuakan dirinya walhal umur baru three series. Entah kenapa sejak Maryam menggelarnya orang tua, perkataan tua itu terasa comel dan manja la pulak!
"Lagi abang tua, lagi adik suka. Lagi bagus kalau ada uban dan kedut merata."
"Maknanya...?" Irvan semakin mengada. Seronok disayangi oleh isterinya yang muda.
"Maknanya... walau macam mana pun rupa abang, adik tetap suka abang."
Oh hati! Bahagianya!
"Kalau abang ada uban pun, ia rambut albino." Irvan berseloroh.
Tertawa lagi.
"Tak nak bawa adik masuk kem lagi?"
"Untuk?"
"Ronda-ronda."
"Kan dah bawa malam tu."
"Tak nampak apa sangat. Siang la bagus."
"Nak ronda apa siang? Tukan time abang kerja?"
"Hurmmm..."
Mendengar keluhan Maryam, Irvan mula risau.
"Adik boring?"
"Tak."
"Sunyi?"
"Sunyi itu indah."
Pelik. Dia suka sunyi? Aku pun suka sunyi. Menyedari roman wajah Irvan yang agak keliru, Maryam berkata, "apa keadaan pun, adik suka asal abang ada."
Akulah suami yang paling bahagia di dunia!
"T a p i..."
Kalau Maryam sudah meleretkan perkataannya, adalah makna yang tersirat.
"Abang macam nak sorokkan adik kat sini. Macam tak suka adik kenal-kenal dengan orang di kem. Selalu bawa adik keluar malam-malam je."
"C e m b u r u...." Giliran Irvan pula meleret.
Terangkat kening Maryam. Kemudian dia tersenyum. Bahagia sebenarnya mendengar suami cemburu.
"Cemburu dengan siapa? "
"S i a p a – s i a p a..."
"Patutnya adik yang cemburu."
"Kenapa lak?"
"Abang hidup macam orang bujang kat sini."
"Satu kem tau abang single but already taken."
"Sure?"
"Single but not available."
"Really...? My hero?"
"Single but portable."
"Apa tu? Cam boleh dipindah milik?"
"Dak aihhh... gurau je."
"Mujur sangat la. Kalau tak, adalah yang nak kena sengat dengan bumble bee di tempat the sun never shines."
Hiks! Tersedu pula Irvan dengan ugutan Maryam.
"Uniform dalam besen tu jangan basuh. Biar abang yang buat." Cepat sahaja Irvan kilas ke lain. Tak sanggup kena sengat wooo. Bukannya sedap!
"Adik boleh basuh la, ya abang."
"Tak payah la, ya adik. Bawa perut tu. Main buih sabun, bilik air tu licin. Bahaya."
"Kenapa tak masuk mesin je?"
"Lagi puas basuh tangan. Ada tekniknya. Kalau tak kena cara, tak best."
"Tak habis-habis dengan teknik. Macam bak juga. Tak benar kami sentuh."
"Uniform tu maruah dan kehormatan kami. Kadang-kadang jadi kain kapan kami. Kena jaga betul-betul. Bila uniform disarung ke badan, beret di kepala, diri terus jadi lain. Bersemangat. Berani. Allah Muhammad di atas jemala. Kami sedang menjunjung titah perintah Allah. Ada daulatnya tersendiri."
Tersentap sekejap Maryam. Uniform tu kain kapan?
"Besar sangatkah daulatnya?" soal Maryam untuk menghilangkan rasa sentap.
"Sangat besar. Nak jajah negara ini, musuh kena ngadap kami dulu. Satu langkah kami maju, namun undur tidak sama sekali. Jika musuh berdepan rakyat dengan pedang yang berlumuran darah, ketahuilah itulah darah-darah kami yang menghalang setiap langkah penjarah durjana dari medan perang sehingga ke ibu kota. Bayangkan adik, berapa banyak nyawa pasukan keselamatan yang telah hilang kerana mempertahankan tanah air? Pegangan kami, patah sayap bertongkat paruh. Patah paruh bertongkat dagu. Patah dagu bertongkat siku. Patah siku bertongkat kuku. Namun menyerah kalah tidak sama sekali."
Hmmm... kalau bercakap bab 69 dan negara, mulutnya macam murai. Tak reti nak berhenti walau depan rezeki. The chosen one la katakan. Maryam yang hilang selera bila timbul bab hilang nyawa.
SEBELAH katil kosong. Irvan terpisat-pisat membuka mata. Enak diurut oleh Maryam, bila masa dia terlena? Suasana malam yang sepi membawa Irvan ke segenap ceruk ruang, mencari Maryam. Lampu bilik menggosok terang.
"Hai."
"Oh sayang!" Sapaan Irvan di muka pintu menyebabkan Maryam yang sedang asyik, terlatah. Roman wajah membiaskan malu.
"Errr... urmmm... a..adik... adik..."
"Gagap la pulak..." usik Irvan seraya mendekati Maryam.
"Cantik...!" Mata Irvan meliar ke seluruh tubuh Maryam. Cepat-cepat Maryam menanggalkan uniform celoreng tetapi ditahan oleh Irvan.
"Maaf. Tak minta izin. Tiba-tiba je teringin nak pakai. Nak rasa..."
"Nak rasa aura 69? Semangatnya? Daulatnya?"
Maryam angguk. Bola matanya terkebil-kebil jujur.
"Rasa tak?" Irvan membetulkan uniformnya di tubuh Maryam. Mereka sama-sama tersenyum bila butang uniform agak sukar dikancingkan di bahagian perut Maryam. Irvan membetulkan beret di kepala Maryam.
"Jangan adik jemu kerana abang sentiasa menceritakan kehebatan tentang 69."
"Kenapa cakap camtu?"
"Kerana bukan abang dah dapat kehebatan tu, tapi abang sangat ingin merasai dan menikmati kehebatan kepahlawanan seorang 69 sebagaimana otai-otai kami berjuang. Otai-otai yang terlibat dalam berbagai ops rahsia dari dulu sehingga sekarang. Setiap kali 69 diberi tanggungjawab, mereka tak pernah gagal. Abang ingin sekali mewarisi semangat dan pengorbanan mereka."
"Abangkan dah menjadi 69. Semangat dan keperwiraan tu dah ada."
"Tapi belum cukup teruji."
Jelas sekali semangat yang meluap-luap dalam diri Irvan untuk mempertahankan kedaulatan negara. Semangat itu membuatkan Maryam sangat terharu. Suamiku seorang hero negara!
"Biarlah tiada siapa yang tahu. Negara tak mengiktiraf. Rakyat tak mengenali asalkan adik tahu abang seorang hero. Adik tak mahu share abang dengan sesiapa. Abang untuk adik je."
Kembang hati Irvan. Pengiktirafan dan kasih sayang Maryam sudah cukup. Dia tidak memerlukan yang lain lagi. Apalah sangat puji dan puja? Anugerah dan pengiktirafan? Pingat dan gelaran? Semua itu hanya habuan dunia. Sampai masa para pejuang ini akan dilupa dan dipinggirkan begitu sahaja. Sebagaimana nasib para pejuang Black Hawk Down.
"Nak dipanggil apa gaya pemakaian camni? Half uniform? Biasa half uniform, seluar celoreng dipakai beserta T-shirt 69. Ini baju celoreng je , bawah tak ada apa."
Maryam tersenyum malu. Mata Irvan melirik paha Maryam yang terdedah.
"Seluar celoreng abang terlalu besar untuk adik," jawab Maryam. Tetap tersipu.
Tubuh Maryam dipusing ke cermin. Mereka saling merenung.
"Labuh sangat uniform ni. Segak juga walau tanpa seluar... tapi abang lagi segak. Add on handsome. When I'm standing in front of the mirror, I always see a very handsome me."
Maryam menahan tawa.
"A very handsome me? Suka puji diri sendiri ya?"
"Siapa nak puji lagi dah? Abang la kena sekarang. Zaman la ni kena tekan lif, naik sendiri."
"And I always see a beautiful blackswan in my arms..." sambung Irvan sambil memeluk Maryam dari belakang.
Mereka sama-sama berbalas senyum di hadapan cermin.
"When a guy hugs you from behind, it's a sign that he will never let you go. Never."
Hiks!
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen3h.Co