Bab 1
PROLOG
Aku tersenyum melihat quote hari ni...
I just want to thank you for being my reason to look forward the next day.
Terima kasih untuk segalanya untuk dia, suamiku... Yang selalu menjadi penyebab untuk aku harungi hari-hari tanpa Umair Wajdi. Hari ini, hari yang bermakna untuk aku sebab aku berjaya sempurnakan wish list Umair yang kelima dan terakhir. Aku telah pun selamat dinikahkan dan tak sangka, akhirnya... Ada juga yang sudi nak sempurnakan wish list aku yang Umair Wajdi tak mampu sempurnakan. Betullah cakap Ummi, kalau kita tepis macam mana pun, kalau akan jadi milik kita, tetap akan jadi milik kita juga. Takdir Allah S.W.T... Tetap tak boleh kita nak tolak.
"Cantiknyaaa... Kawan aku ni. Macam princess. Ni rasa tak sabaq nak naik pelamin ni."
"Safi? Macam princess tak?"
Safi Aufiya... Tak berenggang daripada aku dari tadi. Asal orang puji aku... Nak juga orang puji dia sekali.
"Safi... Out."
"No, mummy!!!"
"Sekarang, Safi. Nanti mummy buang Safi punya Elsa... Sofea... Whatever your toys's name is. Jangan kacau, nanti Kak Safa lambat nak make up! Jom balik bilik kita!"
Sebut aje perkataan buang...
Safi pun hilang!
"Tahniah, Saf... Akhirnya hang jadi juga menikah dengan dia walaupun banyak pancaroba. Aku dah cuak dah masa nak akad nikah tadi. Tengok macam tak yakin aje, nasib baik sekali lafaz. Terbelit-belit lidah dia menyebut aku terima nikahnya..."
"Well... What comes easy won't last, kan? Itulah, tunggu kau lambat sangat. Akhirnya aku pula yang menikah dulu daripada kau."
"Tak apalah. Biar lambat asalkan selamat."
"Jangan lambat sangat, Mi... Nanti aku dapat anak, anak aku nak main dengan siapa?"
"Insya-Allah. Sufi balik hujung bulan ni, dia akan suruh mak dia discuss dengan mak aku. Insya-Allah... Aku akan menyusul tak lama lagi. Sempat kot nak ikut hang pi Keukenhof tu. Manalah tau, kot laaa... Reward ni hang dapat pi sana. Tiket tu hang hadiahkan untuk wedding aku. Sebab hang confirm dah ada tiket lain."
Cehhh!!!
Nampak tak permainan psikologi dia?
"Nampak sangat kau tu yang tak boleh berenggang dengan aku, kan... Bukan aku yang nak duk bawah ketiak kau."
Ummi ketawa.
"Mana mak? Boyfriend aku datang tak? Abang Yan? Tadi nikah mereka tak ada pun."
"Semua dah ada kat meja masing-masing. Depa baru sampai. Aku suruh mai awai, hang menikah pagi ni... Tapi tak boleh, Abang Yan ada kerja. Tapi, tak apalah. Jangan risau. Semua dah sampai. Tak sabaq nak makan kenduri, jakun sebab makan kat hotel."
Aku tergelak.
"Guess what..."
"Apa dia?"
"Abang Yan tanya tadi..."
"Tanya apa pula?"
"Siapa yang duk ikut aku ke hulu ke hilir? Sibuk susun bunga untuk hang atas meja, tepi pelamin tu."
"Zila?"
"Haah... Zila."
Aku menekup mulut. "Abang Yan dah tengok Zila. Nampaknya... Ada peluanglah tu."
"Minta-mintalah. Doakan yang baik-baik. Aku pun tak kesahlah, kalau jodoh Abang Yan dengan Zila, dengan syarat, kalau aku kena pi Dubai ikut Sufi, Zila kenalah jaga kedai aku. Sayang kot nak jual. Makna kata, Abang Yan kenalah pindah duk Ipoh. Tak apalah, bolehlah dia sewa teruih rumah Umair tu nanti. Aku dah kemaih tau barang-barang aku, nanti aku angkat sikit-sikit pi rumah Umair. Sajalah... Tak nak angkat perhabihhh, nanti tak ada peluang nak jumpa hang lagi."
Aku tergelak.
"Tahniah, Saf..."
Ummi peluk aku.
"Terima kasih, Ummi... For everything."
"You deserve the best. Jangan takut... First night won't hurt."
"Bodohlahhh kau ni!!!"
"Jaga tangan tu, jangan nak buka salon pula kat rambut orang tu... Uli pi balik pi balik..."
"Ehhh... Tapi gigit hidung boleh, kan?"
Ummi ketawa besar. Aku pun!
"Amboiii... Gelak besar nampaknya pengantin dan bakal pengantin ni."
"Eh, Irahhh... Pengantin lama." Aku tersengih apabila nampak Umairah menguak pintu bilik aku. Berseri dia setelah bergelar isteri. Nampak ceria sangat.
"Irah takut salah bilik tadi. Tadi jumpa mummy Kak Safa, dia yang tunjuk bilik hotel ni... Tempat Kak Safa bersiap. Anyway... Tahniah Kak Safa, akhirnya jadi juga Kak Safa kahwin dengan Abang Umair celup tu."
"Terima kasih sebab datang, Irah."
"Jangan kata hang bawa ucapan aje, Irah. Bawa tak reward tu?"
"Ehhh, kau ni kan... Reward aku, kau pula yang sibuk."
"Aku nak tiket aje. Aku tak nak benda lain."
"Macam aku nak bagi..."
"Cehhh!!! Kedekut. Korek laaa hidung laki hang tu, tahi hidung masin."
Aku ketawa.
"Mestilah Irah bawa. Saja nak jumpa Kak Safa awal... Takut tak sempat bagi reward ni. Okey... Oleh kerana Kak Safa dah berjaya menyelesaikan wish list kelima abang... Ini dia reward terakhir untuk Kak Safa."
"Thanks, Irah..."
Aku tersenyum sambil memegang sampul surat berwarna hijau. Ummi pun tak menyempat. Masing-masing pun tak sabar... Apalah reward terakhir yang aku dapat dari Umair Wajdi. Better be good, Umair...
Cepat-cepat aku buka.
Yang ada...
Sebentuk cincin, dua keping open ticket ke Belanda untuk menyaksikan pesta bunga di Keukenhof.
"Yes!!! Yang ini aku punya... Aku dah agak, Umair akan bagi benda ni punya kat hang."
Ummi terus mengambil tiket itu dari tangan aku.
Dan... Sepucuk surat.
Surat terakhir daripada Umair Wajdi!
Huh!
BAB 1
Sekeping not RM20 aku letakkan ke dalam jar. Kemudian sekeping lagi not RM5 aku letakkan ke dalam jar yang berisi khusus untuk duit not RM5. Fuh... Lega. Kalau tak, asyik nak terpakai aje duit tu. Oren hijau mata aku melihat jar yang sudah hampir penuh. Nak kena beli jar baru ni.
Ohhh...
Hampir aku terlupa.
Jar of... Quote of the day!
Aku ambil sehelai kertas dari dalam jar yang penuh dengan kata-kata semangat itu dan aku baca.
Better an oops... Than what if.
Ceh...
Petikan ni macam memerli aku aje.
Kertas itu kemudiannya aku letakkan ke dalam jar lain. Boleh recycle semula bila petikan kata-kata semangat dalam jar tu... Dah habis. Begitulah setiap hari.
Banyak sangat jenis jar yang aku simpan. Jar untuk duit pergi bercuti. Jar untuk duit beli telefon bimbit yang baru. Jar untuk tabung duit RM20. Jar untuk tabung RM5. Jar untuk petikan kata-kata... Kata-kata untuk motivasi, kata-kata untuk ketenangan... Kata-kata untuk setiap hari... Kata-kata untuk cinta.
Heh...
Ah... Safa, serius kau ni miss hopeless romantic!
Dan tak lupa...
Jar of wish list.
Ini jar yang paling penting dalam semua jar yang ada. Wish list dalam jar ni... Adalah senarai top secret dalam hidup aku. Sebab itu, jar ni... Aku tak letak sembarangan atas susunan koleksi jar aku. Bahaya... Takut orang baca. Yalah, hidup kalau tak ada impian dan keinginan... Buat apa kita hidup, kan? Dalam jar itu, terkandung semua impian yang aku mahu dalam hidup aku. Ya betul... Kalau setakat berharap aje tapi tak berusaha... Itu tak ada maknanya juga. Dalam jar ini, aku kumpulkan apa yang aku mahukan, jadi aku akan ingat apa yang perlu aku sempurnakan.
Antara wish list aku ni...
Aku nak beritahu pada Umair Wajdi yang aku cintakan dia!
Hmmm...
Dah lama aku simpan hasrat aku ni, sejak aku mula merasakan hubungan aku dan Umair Wajdi, bukan hanya setakat kawan baik. Tak tahulah apa yang aku rasakan ini wajar atau tak, tapi yang aku tahu, tak ada lelaki lain yang boleh hidup bersama aku kecuali Umair Wajdi. Dia segala-galanya. Dia mengenali aku lebih daripada papa aku sendiri. Papa pun tak faham aku macam Umair Wajdi. Dia selalu ada kalau aku gaduh dengan papa. Dia tenangkan aku. Dia selalu ada untuk aku. Dia dunia aku. Bayangkan kalau dia tak ada, dunia aku macam mana?
Ya...
Petikan better an oops than what if tu memang betul-betul mengena batang hidung aku. Tapi, macam mana aku nak cakap dengan Umair Wajdi kalau betul aku sukakan dia sejak sepuluh tahun aku berkawan dengan dia? Tak tahu bagaimana perasaan itu boleh muncul tapi, aku rasa... Aku dah jatuh cinta dengan dia sebelum aku kenal dia. Macam... Dah tercipta untuk ke syurga bersama. Persoalannya, adakah Umair Wajdi merasakan hal yang sama seperti aku? Kalau aku cakap... Buatnya dia tak ada perasaan apa-apa pun... Macam mana? Tak ke malu setepek! Lebih baik remain sebagai kawan baik. Aku tak kehilangan dia, dia tak menjarakkan dirinya dengan aku.
Tapi, kalau sebenarnya Umair Wajdi pun punya perasaan yang sama, macam mana? Ah... Dia lelaki... Pandailah dia mulakan langkah dulu. Kalau dia jatuh cinta pada aku, dia akan cakap lebih awal, kan? Tak perlu tunggu selama sepuluh tahun.
Kalau dia fikir seperti yang aku fikirkan... Mungkin dia tak nak hubungan ni terjejas selepas dia beritahu yang dia cintakan aku... Macam mana pula?
Ah...
Peninglah bercakap hal perasaan!
Baik laaa kita siap-siap pergi ke pejabat. Too much work to handle... Daripada fikir soal hati dan perasaan. Lagipun, bukan hati dan perasaan saja wujud dalam dunia ni. Banyak lagi perkara.
Speaking of the devil...
Telefon aku berbunyi dan nama Umair Wajdi muncul dalam skrin.
"Tak pergi kerja lagi?"
"Belum. Baru nak keluar. Kenapa?"
"Lambat hari ni?"
"Mana ada. Biasa aje. Awak kat mana?"
"Kat hati awak."
"Kalau macam tu, awak tahulah kenapa saya lambat."
"Kenapa?"
"Sebab teringatkan awak."
"Ohhh, Safa... You've got me."
Aku tergelak.
"Kereta Ummi tak ada... Dia dah keluar ke?"
Aku... Tersentak. Terus hilang ketawa.
"Eh... Mana tahu Ummi tak ada?"
Aku dengar suara Umair Wajdi pula ketawa. Sahihlah dia...
Terus aku buka pintu. Ternyata Umair Wajdi di luar... Senyum dan melambai pada aku. Suka tau... Buat kejutan macam ni. Macam tahu-tahu saja, aku teringatkan dia pagi ni. Gara-gara quote tadilah tu!
"Ada apa ni? Tiba-tiba muncul depan rumah."
"Saja. Rindu."
"Jangan pandai cakap saja... Tak pandai buat."
Umair Wajdi ketawa. Aku kemudian membuka pintu pagar. Kereta Ummi memang dah tak ada. Awal lagi dia dah pergi ke kedai. Dia mempunyai sebuah kedai menjual bunga segar dan setiap pagi, seawal pukul 7, dia dah keluar sejak Zila, pekerjanya bercuti. Awal pagi lagi, selalu pembekal bunga dah muncul depan kedainya. Yalah, turun dari Cameron Highlands. Petang nanti, ke kedai dialah tempat aku lepak!
"Sarapan sama?"
"Boleh."
"Naik kereta saya, nanti saya hantar ke pejabat. Petang nanti saya bawa awak ke kedai Ummi."
"You spoiled me... Dah seminggu macam ni. Kenapa? Nak kata bulan hari jadi saya atau awak... Bukan pun."
"Alahhh... Baru seminggu. Bukan selalu. Nanti bila saya tak ada... Awak bising, kenapa saya tak jumpa awak, kenapa saya sibuk sangat. Kenapa itu, kenapa ini? Awak kan banyak kenapa daripada banyak menerima."
"Yalah... Yalah."
Umair Wajdi membukakan pintu untuk aku. Such a gentleman. Manalah aku tak suka. Mana ada wujud lelaki seperti dia lagi dalam dunia ni. Dah pupus!
"Kenapa? Tak suka ke?" tanya dia sebaik saja masuk ke dalam kereta dan duduk sebelah aku.
"Eh... Suka. Lagilah sekarang harga minyak dah naik. Lebih seronok kalau ada yang tumpangkan. Cuma, tak susahkan awak ke?"
"Tak adalah. Minggu ni aje, minggu depan tak sempat nak buat macam ni."
"Sebab?"
"Manalah tahu... Sibuk ke?"
"Sibuk sangatlah kerja lecturer tu ya..."
"Sibuk bila dapat jadi pensyarah kanan."
"Whattt?!!!"
Aku terkejut. Umair Wajdi naik pangkat. Patutlah... Dia seronok sangat minggu ni dan banyak sangat masa lapang, nak ambil aku, nak hantar aku. Rupa-rupanya... Ada yang menggembirakan hati dia.
Umair Wajdi senyum.
"Sibuk macam mana nanti?"
"Akan ke KL selalu."
"Ohhh... Kena pindah sana ke nanti?"
"Dan tinggalkan awak kat sini? Mana boleh!"
"So, you have to marry me la..."
Dan aku...
Terus menekup mulut.
Umair Wajdi memandang aku. Dia agak terkejut bila aku cakap macam tu. Haih, apa mulut aku ni... Kenapa terkeluar yang bukan-bukan pula ni? Malunya aku! Mana nak letak muka aku ni? Takkan nak letak dalam dashboard pula?
"Is that a wish list, Safa?"
"Lapar... Sekarang... Jalan."
Umar Wajdi senyum.
Hesy, Safa Auliya... Buat malu seluruh perempuan dalam dunialah kau ni!
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen3h.Co