Bab 2
Malu...
Tersangat malu.
Tak tahu celah mana aku nak letak muka aku ni? Lagilah bila Umair Wajdi asyik senyum saja bila dia pandang aku. Terasa kena simbah cat merah pula ke muka aku. Bukan aku ada hutang dengan dia pun. Dia yang hutang perasaan dia dengan aku.
"Kenapa senyum?
"Saja. Sedekah."
"Bukan sengaja senyumkan saya?"
"Kenapa nak senyumkan awak?"
Umair Wajdi senyum lagi.
"There... You did it again."
"Apa? Senyum aje kot!"
"Eleh..."
"Kalau ya pun senyumkan awak... Senyum sebab apa, eh?"
Cehhh...
Kura-kura dalam perahu...
Pura-pura tanya aku!
"Entah. Tak tahulah. Kenapa, eh?"
"You tell me..."
Senyum-senyum tak habis. Pantang silap sikit. Silap aje jadi bahan.
"Betul apa... Kalau tak nak tinggal kenalah bawa."
"Tak kata tak betul. Tapi betul ke?"
"Entah. You tell me..."
Masuk saja pejabat, aku terus capai telefon dan telefon Ummi. Tak boleh tahan dah tahap malu aku ni. Tak boleh tahan nak simpan.
"Ya Allah, malu aku, Mi... Aku tak tahu laaa nak letak muka aku yang vogue ni kat mana. Hilang dah vogue, Mi... Hilang! Rasa macam nak berdiri depan kereta dia, suruh dia langgar aku bolak-balik... Bolak-balik tau."
"Sat... Sat. Apaaa hang ni? Tiba-tiba aje telefon aku teruih pom pang pom pang macam kompang. Salam tak dak, helo pun tak dak, tiba-tiba malu yang hang dapat. Aku tak fahamlah. Cuba hang habaq kat aku satu per satu. Aku ni kerja kedai bunga aja, bukannya nak ke mana. Jangan kalut boleh dak? Suka duk buat kalutlah dia ni."
Kan...
Dah kena bebel dengan mak tiri.
"Aduh, Mi... Aku tak tahulah aku ni dah buat silap besar ke tidak."
"Silap apa ni?"
"Kau nak tahu tak, Mi... Aku pi ajak Umair kahwin dengan aku... Unintentionally!"
"Unintentionally? Maksud hang?"
"Aku terlajak ajak..."
"Hah?"
"Just slipped out of my mouth..."
"Apa hang kata... Hang terlepaih cakap? Terlajak ajak?"
"Haaa..."
Dan...
Ummi ketawa besar. "Bolehlah geng dengan Dato terlajak laris tu..."
Tak guna betul punya kawan!
"Ketawa pula."
"Sat... Sat. Lagu mana boleh terlajak ajak? Takkan saja nak terkeluaq kalau tak terpikiaq, kan?"
"Alaaa... Ini semua quote of the day tu punya pasallah. Konon better an oops than what if... Sekarang memang oops... Tahap tercekik celah kerongkong dah ni. Malu aku, Mi... Malu. Macam mana aku nak berhadapan dengan Umair lepas ni? Mesti dia ingat aku apa-apa..."
"Laaa... Salahkan quote tu pula. Bukan selama ini memang hang berharap yang Umair kahwin dengan hang..."
"Eh..."
Memanglah menjadi salah satu impian dan harapan aku. Aku tahu, Ummi tahu. Ummi tu... Aku tak cakap pun dia tahu. Dia yang meneka aku ada hati dengan Umair Wajdi. Sejak itu, aku cerita apa saja pada Ummi tentang perasaan aku pada Umair Wajdi. Sekurang-kurangnya, tak adalah terbuku lama sangat rasa aku pada Umair Wajdi tu.
"Malu pi laaa 5 saat aje... At least dah lepaih beban. Kalau hang dah ajak... Dia buat bodoh gak lagi... Sahih dia tu kunyit."
"Haippp!"
Ada pula kata Umair Wajdi aku macam tu. Tak laaa... Dia bukan kunyitlah. Dia tulen kot! Tapi, mungkin adalah yang menghalang dia daripada berterus terang dengan aku. Mungkin nak menjaga perasaan. Mungkin juga nak menjaga persahabatan.
"Ayam masak kunyit... Masak untuk makan malam ni pun sedap gak noh."
Eh, Ummi ni...
"Kerap kali dia senyum dan tanya pada aku..."
"Tanya apa?"
"Is that your wish list?"
"Dan hang jawab apa?"
Nak jawab apa lagi?
Takkan nak jawab ya?
Kantoilah aku. Aku dahlah hampir kantoi... Belum lagi kantoi sepenuhnya. Kalau Umair Wajdi tahu kahwin dengan dia merupakan salah satu wish list aku yang aku rahsiakan daripada dia, matilah aku!
"Kenapa?"
"Saja nak tahu."
"Mana boleh tahu. Kannn... Rahsia. Hanya bila semua wish list kita tu tercapai baru kita beritahu. Kan?"
"So... Kena kahwin dulu, barulah tahu sama ada kahwin tu dalam senarai ke tak, ya?"
"Haahlah..."
"Okay then... Let me rephrase the question."
"Apa tu?"
"Is that a proposal?"
Dan aku ketawa...
Oh, Umar Wajdi... You've got me!
"Hang jawab apa, Safa?"
"Aku tak jawab. Aku gelak aje. So, aku dah kantoi ke, Ummi? Nampak macam aku kantoi ke? Nampak macam aku berharap ke? Hesy... Malu laaa aku, Mi. Malu gila."
"Jangan risaulah, Saf."
"Jangan risau kau kata?"
"Mana tahu, dia on the way nak beli cincin untuk hang. Entah-entah malam ni dia teruih melamaq hang. Kita pikiaq positif sudah."
Positif.
Positif...
Positiflah sangat!
Mana nak boleh positif... Tak boleh nak positiflah, lebih-lebih lagi bila dapat mesej daripada Umair Wajdi tadi, dia kata dia nak jemput aku lewat sikit dan terus makan malam bersama. Huh... Takkan masin mulut Si Ummi kot? Takkan dia nak lamar aku?
"Cik Safa..."
Pintu bilik aku dikuak Fiona. Aku menoleh.
"Ya..."
"Hari ini Cik Safa ada meeting dengan Encik Zahier Adam... From De Kleding Apparel."
"Ohhh... Dia yang nak sewa outlet kat mall kita, right? "
"Haah. Ini akaun penting, sebab this company dari Belanda. Antara syarikat clothing yang terkenal di sana. Baru nak masuk pasaran kita. Tapi kat Asia... Dah agak terkenal."
"So, I'm meeting with the Dutch, then..."
"Heh, Dutch celup!"
Aku tergelak. Pandai Fiona!
"Ini dokumen regarding that meeting. Cik Safa baca dulu nanti senang nak deal. Meeting nanti, lepas lunch tau. So, kalau boleh, have a quick lunch. The Dutch don't like to wait."
Hmmm...
Okey.
"Lagi?"
"Since bulan dua ni nak masuk bulan perayaan Tahun Baru Cina... Bos nak tahu plan Cik Safa. Jadi, dia nak Cik Safa bentangkan idea from marketing perspective macam biasa..."
"Okey... Okey. Ada lagi?"
"Ada beberapa outlet yang nak tamat tempoh sewaan. Ini butiran prestasi setiap outlet... Memudahkan Cik Safa untuk buat pilihan, sama ada nak sambung kontrak atau tamatkan."
"Great... What can I do without you, Fiona? Belum suruh, dah buat."
"Can you remark it at my KPI..."
Aku ketawa besar. Fiona pun tergelak.
Fiona sudah bekerja dengan syarikat itu dah lama. Sebab dia dah lama, aku minta dia jadi PA aku. Senang untuk dia, mudah untuk aku. Lagipun, dia dah biasa kerja dan menjaga aku yang sangat predictable. Sebelum apa-apa, aku suka buat kajian terlebih dahulu. Senang bila kita ada maklumat... Marketing without data is like driving with eyes closed. Susah kan nak drive macam tu? Begitu juga susah kalau kita nak jual kalau tak ada maklumat yang tepat dengan kajian yang konklusif.
So...
Ketepikan Umair Wajdi kejap. Fokus pada Zahier Adam from De Kleding Apparel. Akaun penting untuk syarikat.
"Okey, thanks Fiona. Saya tengok fail the Dutch ni dulu."
"Good choice."
Aku terus buka fail proposal tu di hadapan aku. Hmmm... Akaun penting untuk hati... Ah... That can wait!
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen3h.Co