Bab 14
Lena sungguh aku tidur malam tadi. Seakan semalam aku penat sungguh. Bukan buat apa pun semalam. Penat emosi adalah sebab tak berhenti menangis. Sedih sebab melihat keadaan Umair Wajdi macam tu. Harap hari ini Umair Wajdi boleh keluarlah dari unit rawatan rapi yang creepy tu.
"Hang pi kerja dak hari ni?"
"Pergi. Ni nak pergilah ni."
"Tak tengok Umair?"
"Tengok. Kalau tak ada apa-apa tengah hari ni, aku pergi waktu tengah hari. Kalau tak sempat, balik kerja nanti aku pergi."
"Hang nak pi, hang ambil aku, eh? Aku nak pi sekali. Tak kesahlah lunch ke balik kerja ke... Hang telefon aku masa on the way pi. Aku nak tinggai kedai. Nak kena kemaih-kemaih sebelum tinggai. Zila tak dak ni payah sikitlah nak tinggai."
"Apa-apa aku telefon. Sebab aku nak kena hadap Encik Rahmad ni pasal semalam aku tak pergi lunch meeting dengan Dutch celup tu. Masak juga aku nak jawab juga ni."
"Habaq aje... Bakal tunang saya accident. Habih cerita. Pening kepala nak menipu buat apa."
Hmmm...
Bakal tunanglah sangat.
Tapi, betullah... Cakap aje benda yang betul. Kalau menipu, aku juga yang susah nanti. Tak apalah Encik Rahmad, kalau dah Dutch celup tu tak nak sewa outlet tu, kita buka laaa offer pada orang lain pula. Banyak lagi orang lain nak sewa. Bukan dia aje yang boleh bagi tiga tahun advance rental!
"Latte for you..."
"Thanks, Fiona. Macam tahu-tahu aje saya nak minum latte pagi ni."
Fiona senyum saja. Dia setia dengan sebuah tablet yang memudahkan dia untuk aturkan jadual aku. Biasalah, kerja banyak nak kena uruskan. Kalau aku seorang, tak mampu. Mujurlah ada pembantu.
"Encik Rahmad cari saya tak?"
"So far tak ada."
"Dia tahu tak yang saya tak jadi jumpa Encik Zahier tu?"
"Tak kot. Sebab kalau dia tahu, mesti dia dah cari Cik Safa."
"Sebelum dia tahu daripada mulut Encik Zahier tu, biar saya cari dia dulu. Encik Zahier tu ada cakap apa-apa tak yang saya tak dapat jumpa dia semalam?"
"Ada. Dia cakap dalam Dutch! Saya tak tahu apa maknanya. Tapi, saya rasa... Dia cakap, janji dengan orang Melayu, macam inilah. Baiklah berjanji dengan orang Dutch. Bunyinya macam agak marah tapi biasalah, bahasa Belanda kan macam bahasa nak pergi berperang. Ik... Ik hou... Apa benda entah!"
Aku tergelak.
"Pandai laaa awak, Fiona."
Fiona tersengih.
"Dah okey ke kawan Cik Safa tu?"
"Tak okey lagi. Tapi, dia dah sedarkan diri. Saya nak pergi jenguk dia sekejap kalau lunch ni saya tak ada apa-apa. Ada apa-apa ke saya lunch ni?"
"Tak ada apa hari ni. Hari ini jadual Cik Safa, clear."
"Saya nak awak tolong saya, carikan beberapa potential client untuk saya buat backup... Gantikan akaun Encik Zahier tu. Nanti bising pula Encik Rahmad kalau saya cakap dengan tangan kosong aje."
"Okey... Okey. No problem. I'm on it!"
"Bila boleh dapat?"
"Sejam. Okey?"
"Cantik sangat."
Satu jam menunggu, bolehlah aku siapkan proposal pemasaran Tahun Baru Cina untuk pihak pengurusan sebelum pergi jumpa Encik Rahmad. Tak adalah Encik Rahmad tu mengamuk sangat kalau aku tak dapatkan akaun dengan Dutch celup tu.
Tapi baru aku nak taip...
Interkom aku berbunyi.
"Encik Zahier on the line."
Oh my...
Speaking of the devil!
"Helo..."
"So... That's it?"
"Maksud Encik Zahier?"
"Lepas bunga, coklat, lunch tak jadi... Tu aje? Tu aje effort awak, Cik Safa?"
Perli aku nampak...
"Saya ingat masa lunch tu saya nak tandatangan agreement tu depan awak, tapi... Awak batalkan pula."
"Kalau macam tu, saya free lunch ni."
Zahier Adam ketawa. "Saya dah bagi dua peluang. Saya tak akan bagi lagi peluang. Lagipun, saya dah langgar..."
"Ya... Ya... The Dutch don't offer twice."
"Right..."
Haih...
Geram pula aku.
Tak nak terima dahlah...
Kalau orang Belanda macam tu, ingat orang Malaysia ambil kesah ke? Memang taklah. Sekali dua bolehlah layan. Masuk kali ketiga, ini dah masuk bab menjatuhkan maruah. Jangan lupa, Hang Tuah pernah cakap, takkan Melayu hilang di dunia tau.
"Macam inilah, Encik Zahier... Saya bukan tak nak akaun Encik Zahier ni, saya nak. Saya memang nak. Tapi, semalam saya memang ada hal yang tak boleh nak elak. Kalau tak, saya mesti akan lunch dengan Encik Zahier. Buat apa saya berusaha untuk dapatkan akaun tu kalau hari yang dijanjikan saya tak datang pula, kan? Sudah tentu, hal yang tak boleh nak elak tu lebih besar dan lebih penting daripada akaun Encik Zahier tu."
Aku menghela nafas...
"Itulah Melayu, banyak sangat alasan."
Menyirap darah aku.
"Macam inilah, Encik Zahier. Kalau memang bukan rezeki saya, bukan rezeki sayalah. Bukan soal saya Melayu ke, saya Belanda ke... Tapi sebagai seorang Islam, saya percaya, rezeki tu dah ditentukan oleh Allah. Mungkin hari ini saya tak dapat akaun Belanda... Tapi mana tahu saya dapat akaun Rusia pula ke, Arab Saudi ke, Amerika ke... Well, dalam dunia ni, kan ada banyak negara dan banyak lagi peluang. After all, Dutch will be Dutch... Wooden shoe, wooden head and wouldn't listen. So, as Malaysian, why bother?"
Klik!
Puas dah hati aku!
Kan bom dah meletup.
Tak nak terima... Sudah!
Dia ingat dia punya keras kepala aje ke? Aku punya keras hati ni, macam mana? Lantaklah. Kalau Encik Rahmad nak pecat aku, pecatlah. Tapi sebelum dia kata dia nak pecat aku, baiklah aku taip surat letak jawatan. Sebelum tu... Cari kerja kejap.
Hesy, bukan tadi aku nak buat proposal ke?
Ah... Buat proposal dulu, cari kerja, taip surat berhenti dan pergi tengok Umair Wajdi. Lupa, mana aku nak selit nak jumpa Encik Rahmad tu? Oh, sebelum aku pergi jumpa Umair Wajdi.
Hampir sejam, aku siapkan proposal pemasaran tu kemudian mula cari kerjalah. Sambil-sambil aku taip surat peletakan jawatan. Sayang betul nak tinggalkan syarikat yang dah enam tahun aku kerja bagai nak rak sampai ke jawatan sekarang. Kalau Umair Wajdi tahu...
Umair Wajdi: "Kenapa nak berhenti, Safa? Awak kerja teruk sampai sekarang, awak nak berhenti macam tu saja. It's not you. Kalau sebab tak dapat akaun tu, kan banyak lagi akaun yang awak boleh dapat. You are marketing people, Safa. You will work it out."
Aku: "Saya bagi Encik Rahmad tu pilihan. Saya dah siapkan proposal. Saya dah minta Fiona carikan potential client. Kalau dia tak nak juga, sebelum dia berhentikan saya, saya letak jawatanlah. Lagipun, sebenarnya bukan akaun tu dia nak sangat. Dia nak saya berhenti aje."
Umair Wajdi: "Oh, Safa Auliya... The problem just back to square one."
Aku: "Maksud awak?"
Umair Wajdi: "Kalau awak berbaik dengan papa awak... Semua ni tak akan jadi masalah. Betul? Encik Rahmad tak akan cari pasal, awak pun tak akan berhenti kerja."
Hmmm...
Dan seperti biasa...
Berbuih mulut Umair Wajdi nasihatkan aku, aku akan...
Aku: "Cerita lain boleh tak?"
Umair Wajdi akan... Senyum saja. Dia tak akan pun bertegas dengan aku. Tapi, lain sangat senyumannya yang biasa tu dengan senyuman dia yang semalam. Umair Wajdi sengaja buat aku teringatkan dia.
"Cik Safa..."
"Yes, Fiona."
"Ini antara potential client yang setanding dengan akaun De Kleding tu. Ada juga beberapa akaun yang nakkan outlet tu tapi tak tahu kenapa, Encik Rahmad tolak. Mungkin Cik Safa kena pergi jumpa mereka semula. Reoffer."
"Okay, I will look into it. Thanks, Fiona. Nanti beritahu Kak Zai, saya nak jumpa Encik Rahmad lepas saya print proposal ni."
"Oh... Encik Rahmad tak ada hari ini. Tadi baru Kak Zai beritahu, kalau ada apa-apa inform Encik Yusof, his assistant manager sebab Encik Rahmad tak ada the whole day."
Pula!
Kucing tak ada...
Tikus menari tertonggek-tonggek laaa...
"Kalau macam tu... Saya nak keluar awal for lunch. Nak singgah hospital."
"Okey, Cik Safa..."
Aku capai beg... Cuba mencari telefon bimbit. Tapi, tak ada. Ummi suruh telefon kalau aku dah on the way nak ke hospital... Tapi, aku tertinggal telefon pula. Tertinggal kat rumah atau dalam kereta?
Aku ni...
Belum tua, dah pelupa!
Bak kata Umair Wajdi... "Nasib baik hati tu dalam badan, susah nak tertinggal. Kalau tak, merata laaa perginya."
"Sebab tu ada awak... Tolong ingatkan."
"Yalah... Masa lupa ingat saya."
Haih, Umair Wajdi... Semakin aku teringat dekat dia pula. Cepat aku capai kunci kereta dan turun ke lobi. Baru melangkah keluar, kereta Ummi betul-betul berhenti depan aku. Terkejut aku!
Ummi membuka tingkap sebelah pemandu.
"Aku baru nak ambil kau..."
"Telefon hang kat manaaa?"
"Itulah. Aku rasa tertinggal dalam kereta. Nasib baik kau datang, jomlah kita pergi tengok Umair."
"Naik kereta aku, cepat!"
Cepat-cepat aku masuk ke dalam keretanya.
"Kenapa kau kelam-kabut ni?"
"Umairah telefon aku. Dia telefon hang tak dapat."
Terus aku...
Gelabah.
"Kenapa? Kenapa dengan Umair?"
Mula sesak nafas.
Janganlah ada sesuatu pada Umair Wajdi.
Janganlah, Ya Allah!
"Dia nazak."
Allahu!
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen3h.Co