Truyen3h.Co

WISH LIST

Bab 4

karyaseni2u

"Ya Allah... Ya Tuhanku!"

Berkali-kali aku tepuk kepala aku. Apa hal aku tak boleh nak perasan pula, kenapa restoran tu tak ada orang dan kenapa pula meja ada lilin?

"Kenapa kau tak cakap dengan aku, Ummi?"

"Sebab aku nak hang terkejutlah. Mana tahu hang... Kepala dongga! Kan aku dah kata, Umair mesti nak surprise hang sebab dia ambil hang lambat dan terus bawa hang pi dinner. Adalah something dia nak buat tu sebab dia kan mana pernah lambat!"

Aduhhh...

Terlepas dah peluang aku!

"Elok aje hang letak telefon pagi tadi, Umair telefon aku. Dia suruh aku berjanji tak akan cakap apa-apa dengan hang yang dia nak melamar hang. Dia nak buat kejutan, bila hang masuk ke dalam restoran tu diiringi dengan bunyi gitar dan dia di tengah-tengah, berdiri dengan memegang sejambak bunga ros yang aku gubah. Ada hang nampak?"

"Tak ada!!! Aku pi padam lilin atas meja tu ada laaa..."

"Ya Allah, Safa Auliya. Awat hang buat lagu tu?"

"Sebab aku duk bengang dengan Dutch celup itulah, dari mula dia ambil aku sampai laaa dia hantar aku balik."

"Dutch celup manaaa ni?"

"Client akulah. Kekwat nak mampus. Lagi atas dari Belanda punya kekwat. Salah Umair la juga, dia pi sebut perkataan Dutch tu. Kebetulan pula, kawan dia tu orang Belanda, lecturer sama kolej. Dia tu yang cadangkan makan kat Lah Parra. Bila sebut saja perkataan tu... Aku pun naik hantulah."

"Hmmm... Eloklah... Elok sangatlah. Tak boleh nak kawal kemarahan... Akhirnya, yang diligan pun tak dapat! Raplah jinggaaa... Kalut... Dan seumpama dengannya. Aku pun tak taulah apa bahasa lagi nak samakan dengan hang punya kelam-kabut tu."

Terus terduduk aku.

Kalau tak...

Jari manis aku ni dah ada cincin milik Umair Wajdi la.

Dah tu...

Takkan nak minta balik?

Benda tak sempat nak bagi... Nak minta balik, tak ke pelik tu?

"Since hang tak dapat cincin tu lagi, hang jangan habaq kat Umair yang aku dah habaq rancangan Umair pula kat hang. Nanti apa-apa yang dia rancang selepas ni, dia tak mau habaq dah kat aku!"

Terus telefon Ummi... Berbunyi.

"Haaa... Umair dah telefon aku. Mungkin dia nak habaq pasai tu."

"Kau cakaplah... Suruh dia melamar aku... Hmmm kejap, aku tengok jadual. Esok aku rasa tak boleh kot, aku nak deal dengan Dutch celup tu. Nanti tak pasal mood aku swing... Apaaa pun aku tak dapat. Jap... Jap."

Cepat-cepat aku tengok planner aku.

Nak terima lamaran pun, boleh plan...

"Lusa. Lusa okey. Aku free."

"Hesy, hang ni kan, Safa..."

"Heh, pleaseee!!! Kaulah sahabat baik aku dunia dan akhirat."

"Masa nak minta tolong habih dunia akhirat hang sebut noh. Bila aku tak mau tolong... Habih nama tujuh neraka hang boleh sebut."

"Neraka ada berapa pun aku tak tahu, apalagi namanya. Tapi aku hanya tau satu aje kawan baik aku dan namanya Ummi Haryani binti Hasani."

"Ceh... Bab ambil hati, nomboq satu hang ni..."

Aku tergelak. Terus Ummi mengangkat panggilan Umair. Aku ada di sebelah... Dup dap dup dap jantung aku.

"Helo... Haaa, Umair. Sorry... Sorry lambat angkat. Saya kat bilik ayaq. Awat?"

Pandai-pandailah Ummi nak kelentong. Bukan tak biasa.

"Oh, dah balik eh? Saya tak tau. Sebab saya kan duk dalam bilik ayaq. Hang dah lamaq dia ka?"

Heh...

"Hah? Tak dan? Awat tak dan pula?"

Ummi...

Bab berlakon...

Kalah primadona.

Boleh menang award mak tiri aku ni!

"Laaa... Tu ka? Biasalah Safa tu, bukan hang tak tau. Dia tu, kalau hangat hati... Habih satu Malaysia dia pusing. Tak dan kita nak stop, kalah formula one! La ni lagu mana? Apa hang nak buat?"

Ceh...

Mengata aku pun nombor satu.

"Nak bagi dia cool down dulu? Alah... Hang lamaq dia, teruih dia cool down punyalah. Hang nak tunggu sampai bila? Minggu depan? Tak payah, Umair. Hang lamaq dia, lusa. Habih cerita. Minggu depan tu lama sangat."

Cantik laaa...

"Dak aihhh... Saya tak habaq kat dia. Tapi, saya bersyukoq sangatlah hang pun ada perasaan yang sama dengan dia. Saya ingatkan hang tu... Ponen. Kalau tak sabit Safa terlepaih cakap... Lagi sepuluh tahun pun belum tentu noh!"

Kannn...

Better oops than what if...

Kalau tak... Memang sepuluh tahun lagi pun tak nampak bayang. Betul juga quote untuk hari ini. Tapi Dutch celup punya pasal, habis satu Malaysia jadi panas!

"Ya, betui laaa... Kalau jodoh tak ke mana. Tapi, kalau bodoh pun... Tak ke mana juga. Kalau hodoh aje boleh pi Korea, buat plastic surgery."

Ummi ketawa...

Aku hanya menggelengkan kepala.

Kalau dapat merapu...

"Okey... Okey. Saya nak pi tengok Safa sat. Bagi dia luahkan rasa tak puaih hati dia tu. Bye, Umair. Assalamualaikum."

Sebaik saja Ummi letakkan telefon... Dia senyum pada aku.

"Lusa."

"Yes!!! Esok, aku nak pi shopping baju baru kat bawah tu nanti."

"Dannn lagi tu..."

"Haaalah... Aku nak nampak vogue bila dia melamar aku nanti."

"Yalah tu, elok duk seronok-seronok, tersepak batu... Bukan takat Belanda hang maki... Habihhh satu dunia pula bersabit!"

Aku mencebik.

"Hang tu kan, Safa... Kalau tudung hang tak betui, habih satu hari mood hang tak baik. Tu baru benda kecil, Saf. Bukan benda besaq lagi. Hang kena kawai sikit hang punya sentap tu, jangan nak merabit kat orang. Kawai sikit sekali hang punya kalut tu, jangan habih semua orang naik kalut sama dengan hang. Nasib baik hang dapat Umair yang sudi nak melayan hang tau... Kalau hang dapat Bangla mana entah... Hang yang dia hantaq duk Bangla!"

"Yalah... Yalah... Tapi aku dah berubah sikit, kan? Dah tak kuat sentap, kan? Yang tadi tu, aku dah cuba untuk berkompromi dah, Mi... Tapi, Dutch celup tu kan... Memang tak boleh terima langsung cakap aku. Serius macam Belanda!"

Kalau aku dapat jumpa Zahier Adam tu... Memang aku cekik-cekik dia. Disebabkan dia, Umair Wajdi tak jadi nak lamar aku. Bukan tak jadi, tapi... Ditangguhkan.

Tapi, kan...

"Ummi..."

"Hmmm..."

"Kau rasa, Umair tu memang cintakan aku ke, Ummi?"

"Yalah. Awat hang tanya lagu tu?"

"Hmmm... Kalau aku tak terlepas cakap yang aku suruh dia kahwin dengan aku, dia mesti tak lamar aku hari ini, kan? Macam kau cakap tadi, kalau tak sabit aku terlepas cakap... Mungkin sepuluh tahun lagi belum tentu."

"Eh, hang ni... Jodoh, ajal dan pertemuan tu kan ditakdirkan. Kalau hang tak terlepaih cakap pun, hang tak akan dapat dilamar hari ini juga."

Hmmm...

"Aku bukan apa, Ummi... Aku tak naklah, sebab aku terajak dia kahwin, dia terus nak lamar aku. Aku nak dia tahu, aku tercakap macam tu... Sebab aku memang nak dia kahwin dengan aku. Itu kan wish list aku."

"Mungkin wish list dia juga. Hang mana tau... Kalau hang tak tunaikan, kan? Dan aku rasa... Wish list hang tu, hang boleh cross check dah. Sebab aku yakin, Umair pun ada rasa yang sama."

"Selagi dia tak cakap, dia juga cintakan aku... Aku tak nak padam. Tak ke pelik, tiba-tiba dia nak lamar aku tapi dia tak cakap dia cintakan aku."

"Aduhhh... Hang ni memang hopeless romantic betui laaa. Kalau dia dah lamaq hang, tu makna kata dia cintakan hang la."

"Dia kena beritahu kat akulah..."

"Safa Auliya... Satu benda pasal cinta ni... Showing is better than shouting tau. Umair tu, dah lebih daripada tunjukkan yang dia cintakan hang. Cukuplah tu."

"Okeylah... Sekarang dia kena cakaplah, sebab dia dah terlebih tunjuk."

"Haih... Mati tegaklah siapa yang nak beristerikan hang yang maha cerewet ni."

"Umair Wajdi bin Wahid. Aku tak nak yang lain."

Ummi menggelengkan kepala.

Aku tersengih.

Ya... Aku tak nak orang lain. Aku nak Umair Wajdi dan Umair Wajdi sahaja. The only Malaysian, bukan Dutch.

Eh...

Kenapa duk sebut-sebut Si Dutch tu?

Oh...

"Kat kedai kau... Ada tak bunga yang kita nak bagi seseorang sebagai tanda minta maaf?"

"Hmmm... Aku dah kehabisan bunga ros kuning. Tapi aku ada hycarinth. Bunga yang daripada bawang tu. Warna purple, sesuai untuk minta maaf. Awat?"

"Nak bagi Dutch celup tu laaa..."

Dahi Ummi berkerut. "Hmmm... Tak tahu kenapa, aku rasa hang dengan Dutch celup tu, akan ada sesuatu. Yalah, sebab mamat ni punya pasai, habis semua terpalit."

"Memang pun... Kalau tak kena kerat 18, aku memang cadang nak bom dia."

Bomlah sangat!

Tapi, hanya dia aje harapan aku supaya aku tak kena buang kerja. Harapnya, dia terimalah maaf aku tu esok. Kalau tak, memang aku bom dia!

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen3h.Co