Truyen3h.Co

WISH LIST

Bab 5

karyaseni2u

Be a good person but don't waste time to prove it.

Hmmm...

Quote of the day.

Macam kena aje petikan kata-kata hari ini untuk aku. Kalau Dutch celup tu tak boleh nak terima bunga tu sebagai tanda aku minta maaf... Then it's fine with me. Aku bagi sajalah surat berhenti kerja dekat Encik Rahmad. Nak buat macam mana? The Dutch don't offer twice, kan... Kita Malaysian pun jangan nak pi rendahkan diri sendiri. Kita pun ada maruah juga.

"Hai..."

Senyum saja Umair Wajdi tatkala aku keluar dari rumah walaupun aku dah spoilkan rancangan dia semalam. Dia tenang aje dan sangat prihatin, biarkan aku membebel bagai nak rak pasal Dutch celup tu... Sedangkan dalam hatinya bergolak dengan perasaan.

"Awak okey ke hari ni?"

"Okey."

"Tidur lena tak?"

"Of course."

"Mimpikan saya?"

"Always..."

"Mimpi apa?"

"Mimpi awak melamar saya and it was a perfect proposal."

Betul.

Memang betul aku mimpi lamaran tu semalam. Mungkin sebab aku duk terfikir-fikir hal itu agaknya sampai membawa ke mimpi.

Heh.

Sebab betul...

Tak seganlah nak cerita.

Umair Wajdi tergelak. "Ya? Macam mana? So, it will give me an idea..."

"Eh... Carilah cara sendiri. Mana boleh tiru orang."

"Kejap... Bukan ke saya dan Umair Wajdi dalam mimpi awak tu, adalah orang yang sama? Jadi apa salahnya kalau saya ambil idea dia."

"Sama tapi tak serupa. Dalam mimpi tu, awak pakai cermin mata. Awak kan tak pakai cermin mata. Lagipun, kalau beritahu... Tak surpriselah, kan?"

"Eleh..."

"Buatnya saya beritahu, awak ambil idea tu dan lamar perempuan lain. Baiklah rahsia."

Sebab lamaran tu sangat-sangat sempurna...

Di bawah sinaran lampu berkelip-kelip...

Berdepan dengan sawah bendang...

Yang peliknya ada bau minyak petrol...

Hmmm... Pelik tapi sangat sempurna!

"Perempuan lain? Awak ada nampak perempuan lain dengan saya ke?"

"Mana tahu."

"Cik Safa Auliya..."

"Ya, Encik Umair Wajdi..."

"Hanya awak saja perempuan yang ada dalam hati saya, selain adik, mak, nenek, onyang..."

"So, awak nak samakan saya dengan onyang awak laaa ya?"

Umair Wajdi ketawa. Aku pun. Saja aje nak umpan... Tapi, dalam hati dah kembang setaman dah. Berkelopak-kelopak dah bunga, tunggu nak dengar bunyi kompang aje.

"Sama tapi tak serupa. Dengan onyang... Tahap kasih. Dengan awak... Tahap cinta."

"Apa awak cakap?"

"Makan mana? Saya tanya makan mana?"

Ceh!

Makan mana pula...

Makan awak baru tahu, Encik Umair Wajdi. Pandai ya... Baling batu sembunyi tangan sekarang ni. Tak apa, tak sabar nak tunggu esok!

"So, apa solutionnya dengan Dutch celup tu?"

Aku menghirup teh O suam di hadapan aku. Sikit demi sedikit. Minta suam. Bagi panas menggelegak. Sebut Dutch celup... Lagi menggelegak tahap gunung berapi.

"Dah suruh Ummi bagi bunga dan minta dia hantarkan ke pejabat Dutch celup tu. Harap dia okeylah. Kalau tak okey, saya nak cari kerja lain."

"Dah lama kan, awak kerja kat situ. Dah enam tahun, Safa. Sayanglah kalau nak berhenti."

"Habis tu, kalau saya tak dapat akaun tu, macam mana? Encik Rahmad tu sekarang asyik nak cari salah saya aje. Entah apa yang dia tak puas hati pun tak tahulah. Lately ni, sejak dia tahu saya ni anak siapa... Dia asyik suruh saya balik kerja dengan papa aje."

Pantang salah sikit...

"Sekarang saya dah tahu, kenapa awak tak kerja dekat Safirudin Holdings (M) Sdn. Bhd. tu... Sebab papa awak tak nak awak lingkupkan syarikat dia, kan?"

Sedap-sedap saja mulut Encik Rahmad tu nak bercakap. Dulu, Encik Rahmad tak macam tu pun. Tapi, sejak dia tahu aku ni anak seorang usahawan terkenal, yang mempunyai rangkaian cabang perniagaan... Dia jadi emosi. Tertekan agaknya sebab aku ni anak Tan Sri Safirudin. Kalau aku ni baik dengan papa... Aku tak kerja kat sini. Baiklah aku kerja dengan papa. Tapi malangnya, aku ni bukan anak lelaki. Salah aku ke kalau aku ni tak dilahirkan sebagai lelaki?

Aku tak pernah pun bawa nama papa ke mana pun aku pergi. Sebab aku tahu, aku tak layak jadi anak dia. Hanya kerana Encik Rahmad kena deal dengan salah sebuah anak syarikat milik papa... Itu yang dia tahu aku ni anak Tan Sri Safirudin. Sejak itu, Encik Rahmad mula susahkan aku. Mana taknya, deal dia dengan anak syarikat milik papa tu tak menjadi gara-gara papa tahu aku kerja dengan Encik Rahmad. Aku dah kata dengan Encik Rahmad, jangan pergi deal... Tapi dia degil.

Akhirnya...

Aku juga yang kena.

Tak apa...

Aku akan tunjukkan... Aku mampu untuk tundukkan Dutch celup tu. I will make him offer me twice! Kalau tak dapat juga, tak apalah... Aku dah tunjukkan aku ni seorang yang baik dan mengaku salah. Kalau dia tak terima, it's not my problem anymore.

Sekarang fokus...

Nak cross check my wish list!

"Mungkin ini petanda awak kena berbaik dengan papa awak? Kalau tak, dia akan menyusahkan awak... Walaupun ke mana awak pergi. Safa, he is your father. Lagipun sampai bila? Percayalah, dia sengaja buat awak macam ni sebab dia nak awak kembali pada dia."

"Umair... Awak tahu kan, saya tak suka cakap pasal papa."

"Kita kena cakap pasal dia... Sebab takkan awak nak bakal suami awak tu pegang tangan wali hakim, sedangkan awak ada wali sebenar... Kan?"

Aku dah senyum-senyum...

Bakal suami ya...

"Siapa bakal suami saya?"

"Entah. Awak rasa siapa?"

Umar Wajdi naik perahu, buat-buat tak tahu!

"Saya rasa... Dalam mimpi tu kot. Sebab yang dalam mimpi tu lebih handsome daripada yang depan saya ni."

"Ceh."

Aku ketawa.

Ah...

Mimpi tu manis. Tapi, kalau dapat direalitikan... Bertambah manis. Tak apa, bersabar... Dan tunggu saja esok.

Hal papa...

Hmmm...

Mama kan ada?

Ah, kecil punya hal.

Sampai aje pejabat, Fiona dah tunggu. Aku lihat jam, on time. Tak lewat pun.

"Kenapa?"

"Dutch celup tu..."

"Kenapa dengan dia?"

"Dia telefon banyak kali."

"Sebab?"

"Entah! Dia kata, dia nak Cik Safa telefon dia immediately. Urgent."

"Oh okey... Call dia dan pass pada saya."

Apa hal Dutch celup tu? Takkan baru dapat bunga dah angau kot dengan aku? Heh.

"Saya dah terima bunga awak."

Cepat betul Ummi ni buat kerja.

"I hope this is not a bribe."

"Eh taklah, Encik Zahier."

"Manalah tahu... Malaysian, kan."

Amboi!

Tak sedar ke diri tu pun orang Malaysia. Nama pun Zahier Adam. Tak payah nak perasan kerja dengan orang Belanda dan bertukar jadi orang sana. Pigidahhh!

"Tu tanda saya nak minta maaf sebab saya tak baca proposal Encik Zahier tu betul-betul."

Mengaku sajalah.

Walaupun dalam proposal tu tak ada pun cakap pasal apa yang Encik Rahmad deal dengan dia.

"Okey."

"Saya harap Encik Zahier dapat pertimbangkan tawaran tu semula dan sudi nak jumpa kami next meeting. Tak kesah bila, ikut masa Encik Zahier."

"Macam ni, Cik Safa."

"Ya, Encik Zahier."

"Saya nak ucapkan terima kasih atas effort Cik Safa ni nak memujuk saya. Tapi, kalau Cik Safa bagi bunga Rafflesia pun, saya tak akan ubah pendirian saya. Lebih baik Cik Safa lebihkan effort untuk baca proposal tu lebih teliti, jadi benda-benda macam ni tak akan terjadi lagi. Okey... Nice knowing you. Thanks for the flower. Assalamualaikum."

Klik.

Dushhh... Tertikam terus ke jantung!

Ini dah terbalik. Bukan dia yang kena bom. Aku yang kena bom sekarang ni!

Hmmm...

Effort, eh?

Tak apa...

"Fiona..."

"Ya, Cik Safa.."

"Tolong carikan saya... Bom... Eh... Bukan, tolong carikan saya macam mana cara nak pujuk a Dutch men. Apa hadiah yang sesuai selain bunga?"

"Okey... Okey."

Bukan aku nak buktikan yang aku ni baik tapi aku nak buktikan yang aku ni ada effort untuk selamatkan pekerjaan aku yang aku pertahankan selama enam tahun ni. Kalau selepas tiga kali tak lepas juga, tak apalah...

Aku bom aje diri sendiri!

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen3h.Co