Bab 6
Pagi itu aku ada beberapa mesyuarat dengan syarikat-syarikat yang mempunyai prestasi dan komited dalam pembayaran sewa yang baik sepanjang tempoh sewaan. Dek kadar utiliti pun dah naik, kadar sewa pun kena naiklah. Mungkin ada yang tak mampu dan tak mahu sewa... Itu yang as token of appreciation, syarikat nak aku tawarkan beberapa kelebihan yang menguntungkan mereka sekali gus mereka akan sambung sewa dengan syarikat. Kira win win situationlah.
Alhamdulillah.
Selain Dutch celup tu yang tak nak ambil offer aku... Yang lain nak juga ambil offer aku. Nasib baik daripada lima syarikat, empat syarikat nak sambung. Tinggal satu ni yang liat sangat. Tapi, bak kata Encik Rahmad... To win some, you have to lose some. Dapat empat jadilah daripada tak dapat langsung, kan? Masalahnya, Encik Rahmad tu macam dah terlebih Belanda pula aku rasa. Tak boleh nak kata tak dapat.
Kemudian...
Macam biasa aku akan pusing-pusing dalam pusat membeli-belah itu untuk dapatkan idea promosi untuk Tahun Baru Cina akan datang. Aku kena bentangkan proposal aku pada Encik Rahmad untuk next meeting nanti. Sambil-sambil tu, aku cuci mata dan cari baju baru untuk esok. Senyum-senyum mengenangkan hari bersejarah yang bakal terjadi esok. Kalau jadilah... Harap jadilah kali ni. Aku akan cuba bertenang sampai jari manis aku ni bertanda.
Sabar, Safa.
Sabar.
"Kau rasa baju jenis apa yang aku patut pakai? Aku kat butik ni..."
"Hang tak kerja ka?"
"Kerjalah ni."
"Boleh pula hang shopping ikut suka mak hang aje noh?"
"Eh... Aku kan kerja kat shopping mall, kalau bukan kerja shopping, macam mana aku nak buat kerja? As a marketing officer, aku kena tengok sama ada customer aku dilayan baik tak oleh pekerja di mall aku ni."
"Alasan yang tak boleh blah..."
Aku tergelak.
"Alaaa... Hang beli sajalah baju yang biasa hang pakai pi pejabat. Pasainya... Kalau hang tiba-tiba pakai hat pelik sikit, nanti Umair perasan yang hang dah tau. Sat lagi... Aku juga yang kena dengan Umair sebab dah pecahkan rahsia."
"Yalah... Yalah."
"Blouse and slack. As usual... Sudah. Cari hat warna mustard sebab warna tu nampak cantik dengan hang."
Sekali... Aku terdengar bunyi telefon dari dalam. Aku lihat di skrin, nama mama muncul.
"Okey... Nanti aku telefon balik. Mama call."
"Okey... Okey."
Aku letakkan panggilan Ummi dan aku angkat panggilan mama. Kenapa mama telefon in the middle of the day?
"Helo... Assalamualaikum, ma."
"Waalaikumussalam anak bertuah."
"Kenapa, ma?"
"Kenapa apa?"
"Kenapa mama telefon?"
"Eh, sekarang ni kalau nak telefon anak bertuah ni, kena buat appointment ke?"
"Bukanlah. Selalu mama tak telefon Safa waktu papa ada kat rumah, kan?"
"Papa tak balik makan tengah hari. Dia ada golfing."
"Ohhh kucing tak ada, tikus menarilah ya?"
"Haaa... Tengah duk poco-poco ni."
Aku tergelak. Mama nilah...
"Tengah buat apa ni?"
"Window shopping."
"Cool job... Patutlah Safa tak nak kerja dengan papa."
"Mungkin lepas ni Safa balik kerja dengan papa kot. Sebab this cool job, will not going to be cool lepas ni."
Kalau Encik Rahmad dapat tahu aku masih tak dapat pujuk Zahier Adam for next meeting... Habislah talian hayat!
"Why?"
"Ada masalah sikit kat tempat kerja. Tapi, it's not that important. Yang penting ialah Umair Wajdi nak melamar Safa esok... Dan kenalah berbaik dengan papa sebab siapa lagi nak jadi wali Safa, kalau bukan papa?"
"Haaa... Patut laaa mama rasa something aje. Rupa-rupanya ada berita gembira."
"Masalahnya, belum lagi jadi berita gembira. Sebab tu tak beritahu mama apa-apa. Ini kira... Pre-proposal. Heh..."
"Alhamdulillah... Akhirnya, after ten years. Mama dah kata dah, akan ada sesuatu antara kamu berdua. Tapi, mana Safa tahu, Umair nak melamar Safa?"
"Sepatutnya semalam. Tapi semalam ada masalah kat pejabat dan biasalah... Safa dapat mulut daripada mamalah. Membebel sampai tak perasan keadaan sekeliling. Bila Ummi cakap, Umair tempah bunga untuk melamar Safa semalam, baru Safa perasan... Restoran tu kosong sebab Umair nak privacy."
Mama terus gelak besarlah.
Haih!
Apalah nak jadi dengan Safa Auliya!
Lepas ni akan lebih prihatin.
"So, betul ke nak balik kerja dengan papa?"
"Entahlah, mama. Mungkin tu last resort Safa kalau Safa tak boleh dapat kerja tempat lain. Lagipun, kalau Safa kahwin dengan Umair pun, Safa kena pindah KL kot. Sebab Umair akan lebih banyak masa di KL. Kat sana senang nak cari kerja lagipun, kurang sikit pengaruh Tan Sri Safirudin tu."
"Tan Sri Safirudin tu, is your father... Safa."
"Ya, tapi, dia anggap ke Safa ni anak dia?"
"Of course, sayang. Blood is thicker than water."
"Memanglah mama akan cakap macam tu sebab Tan Sri Safirudin is your husband."
"Yalah, he is my jannah... But I am your jannah, sayang. So, mama kena ikut cakap papa, Safa kena ikut cakap mama. Sudahlah tu. He is getting old. You are getting wiser. Bukan salah sesiapa pun. Hanya sikit salah faham. Why not, Safa balik rumah, kita makan bersama? After all... Dah lama Safa tak balik. Your room is missing you. Mama pun rindu Safa. Papa pun."
"Papa? Ya ke?"
"Yalah. Safa kan anak pertama dia."
"Dia kan ramai anak dengan perempuan lain juga."
"Perempuan lain tu, she is also your mother, Safa. Dan anak-anak itu... Are your siblings, Safa. Tapi, Safa satu-satunya anak mama, kan?"
"Yalah... Yalah."
Hmmm...
Sebenarnya... Jauh di sudut hati aku, aku teringin nak berbaik-baik dengan keluarga sebelah sana dan berjumpa dengan adik-beradik aku. Kira mereka pun adik-beradik kandung aku juga sebab satu papa.
Ah... Another wish list!
Tapi, masih tak berani nak tunaikannya.
"Weekend, ya?"
"Giliran mama ke?"
"Balik sajalah. Mama masak masakan kegemaran Safa, nasi lemak..."
"Kurang lemak!"
"Yes... Dengan sambal ikan bilis..."
"Mata biru."
"Of course dan telur goreng."
"Huh... Sedapppnyaaa!"
"So, balik ya?"
"Insya-Allah, ma."
"I will wait for you and your good news dengan Umair. Mama doakan agar semua dipermudahkan dengan anak bertuah ni."
"Aminnn... Banyak-banyak amin!"
Sebenarnya...
Aku memang rindukan masa-masa dengan papa. Antara wish list aku, aku nak hubungan macam dulu dengan papa... Tapi papa. Papa sendiri yang menjarakkan aku dengan dia. Macam sekarang, dia sengaja menyusahkan aku dengan Encik Rahmad.
Bau biskut Famous Amos menyebabkan langkah aku terhenti. Sempat singgah beli kudap-kudap. Mata terhenti pada coklat dalam cup... Coklat Daim pula tu. Teringat kat Dutch celup tu, terus aku beli.
Kalau dah bagi bunga pun tak jalan...
Tak apa.
Kita bagi coklat. Coklat Daim... Belanda kan suka makan coklat tu.
"Fiona, bungkus ni dan hantar pada Dutch celup tu."
"Ingatkan Cik Safa nak bagi hadiah kat saya."
"Kalau kita dapat akaun ni, saya bagi hadiah kat awak. Selagi tak dapat... Selagi itu kita kena usaha bagi dapat."
"Hesy... Saya bergurau aje, Cik Safa. Anyway... sebenarnya, tak payah susah-susah bagi coklat ni kat Dutch celup tu, Cik Safa..."
"Sebab?"
"Google cakap, orang lelaki Belanda ni tak cool... Tak romantik... A worst lover in Europe. Coklat dan bunga ni tak mainlah. Mereka pun selalu bagi hadiah, hadiah yang praktikal... Yang boleh guna macam pressure cooker?"
Aku menepuk dahi. "Fiona... Saya bukan nak kahwin dengan orang Belanda. Saya nak pujuk Dutch celup tu supaya dia terima tawaran syarikat kita semula."
"Sabar, Cik Safa... Cerita belum habis."
Huh...
"Orang Dutch ni dia sangat jujur. Sangat lantang bersuara. The Dutch speaks their mind. Nak, cakap nak. Tak nak cakap tak nak. Saya rasa, hadiah-hadiah nak memujuk ni, tak main. Apa yang Cik Safa kena buat ialah... Cik Safa ajak aje berjumpa dan pergi makan. Mereka ni pun bukan jenis makan makanan yang berat-berat. Pi makan Subway pun okey."
"Hah?"
"Waktu makan tu, kita cakap terus terang aje... They will listen."
Masalahnya... Macam mana nak ajak Dutch celup tu pi makan, eh?
"Okey macam ni... Hantar aje hadiah ni sebab dah beli, jangan membazir. Tulis atas kad ni, saya ajak dia lunch esok. Sekarang hantar."
"Okey, Cik Safa. Sekarang juga saya suruh runner hantar."
Lantaklah...
Nak kata rasuah ke apa.
As long as aku tak back off!
Sekali mesej berbunyi...
Esok kena pergi KL nak lapor diri untuk jawatan baru... Maknanya esok, awak kena pergi sendiri. – Umair
Balik hari ke? – Safa
Tak. Esoknya baru balik sebab ada meeting. –Umair
Alaaa...
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen3h.Co