Truyen3h.Co

WISH LIST

Bab 9

karyaseni2u

Yalah...

Piece of cake laaa sangat.

Nasib baiklah hari kerja. Boleh juga aku fokuskan pada kerja. Kalau ditakdirkan hari ini aku cuti, memang aku tak tahu nak buat apa. Rasa macam nak telefon aje Umair Wajdi tu. Setiap hari dah biasa dengar suara dia, setiap hari dah biasa berjumpa. Hari ini tak ada, aku rasa lost!

Lost gila!

Balik dari pejabat terus ke kedai bunga Ummi. Aku akan ke situlah setiap hari kalau aku tak ada rancangan dengan Umair Wajdi. Lately, Umair Wajdi asyik sibuk kerja aje. Sibuk nak siapkan kerja sebab katanya... Takut tak sempat. Kerja sampai mati pun tak akan habis.

"Macam kau tak dapat oksigen tau... Sesak!"

"Mengada-ada laaa hang ni. Nahhh... Sedut bau lavender ni, mana tau boleh menenangkan hang."

"Sehari lagi... Sehari saja lagi."

"Haih, teruk betul hang ni. Aku pun bercinta juga tapi tak dak tahap lagu hang ni."

"Masalahnya... Kau tu dah confirm bercinta. Aku ni... 50-50 tau."

"Patutnya, orang macam aku ni laaa tahap macam hang tu. Dah confirm... Mestilah rindu sangat, cinta sangat. Sufi tu duk di laut tau. Apa cerita pun aku tak tau. Tiga bulan sekali aje dengaq cerita. Steady aje aku ni. Hang tu, confirm pun tak, tapi tahap rindu... Macam orang tu dah mati dah. Apaaa punya turrr?!"

Aku mencebik bibir.

Tak menyokong langsung!

"Nah... Tolong sat cabut daun-daun hat mati ni. Aku nak buat gubahan untuk anniversary ni sat. Orang tu nak mai ambil sat lagi."

"Ceh... Aku datang sini sebab aku nak sokongan kau. Ni... Kena buat kerja pula."

"Cabut kelopak-kelopak hat nak layu tu sekali. Bolehlah hang buat undian... Sama ada Umair tu, rindukan hang atau dak. Kalau rindu, makna kata... Hang teruskan aje cabaran tu. Sebab dah tau dia pun merindu. Kalau dak, hang telefonlah dia. Tak payah nak seksa diri. After all... Cinta itu boleh membunuh. Aku tak nak ada mayat dalam kedai aku ni. Suwey..."

Cehhh...

Tak guna betul Ummi ni.

Tapi... Idea yang baik juga tu.

Sekurang-kurangnya, aku ada alasan untuk telefon Umair Wajdi. Lega sikit hati aku ni. Pandai Ummi ni. Tak sia-sia jadi kawan baik aku. Itupun, Umair Wajdi yang carikan.

Kebetulan Ummi sedang mencari rumah sewa. Ummi merupakan kawan adik Umair Wajdi, Umairah yang waktu itu sedang praktikal di syarikat pelancongan sebelah kedai bunga, tempat Ummi bekerja. Oleh kerana Umairah merupakan pelajar UUM dan Ummi pula berasal dari Kedah, mereka jadi rapat dan Umairah telah menganggap Ummi sebagai kakak angkatnya. Sekarang Umairah merupakan pekerja tetap di situ dan Ummi pula pemilik kedai bunga, tempat yang dia kerja dulu.

Mula-mula aku ingatkan Ummi dengan Umair Wajdi ada apa-apa... Manalah tahu, Umairah nak rekomenkan Ummi pada Umair Wajdi... Rupanya tak ada apa-apa. Ummi sudah pun berkawan dengan Sufi, seorang pekerja pelantar minyak yang berpengkalan di Dubai.

"Huih... Berapa dozen kau nak kena buat ni?"

"Tujuh dozen satu jambak..."

"84 kuntum?"

"Haah... Sempena anniversary yang ketujuh. Aku nak hantaq, dia tak nak. Dia nak mai ambil."

"Sweetnya suami dia..."

"Bukan suami. Ni isteri dia yang nak kejutkan si suami."

"Tak guna punya suami."

"Haaa... Tu laaa manusia. Belum apa-apa dah judge. Hang ni dengan netizen... Lebih kurang sama. Bolehlah penuhkan ruang komen dengan komen mengarut hangpa tu. Tak dak kerja berfaedah. Kerja komen orang saja, macam diri tu bajet baguih. Yang paling tak boleh blah aku... Komen jual barang. Asal boleh aje nak jual."

Aku tergelak. Aku ingat aku punya membebel dah tahap lima bintang. Rupanya ada lagi 5.5 bintang!

"Cantik tau isterinya ni. Tak nampak macam anak empat."

"Amboi... Sampai berapa orang anak pun kau tahu, eh?"

"Aku tanyalah. Yalah, tujuh tahun kahwin, badan slim macam anak dara... Tak ke tahap ingin tahu tu macam-macam. Itulah aku tanya, anak berapa... Dia kata empat. Tiga lelaki seorang perempuan. Terkejutlah aku."

"Tak tanya ke, produk apa dia makan?"

"Tanyalah... Gila tak tanya..."

Menyibuk pun ada kau ni, Mi...

"Apa dia jawab?"

"Produk bahagia..."

"Cehhh..."

Ummi tergelak. "Aku dah terkena tadi. Sekarang hang pula laaa terkena."

Aku mencebik.

Ummi membuat kerja dia...

Aku pun buat kerja aku.

"You miss me... You miss me not..."

Sehelai demi sehelai kelopak bunga yang hampir layu tu aku cabut. Sambil aku cabut... Sambil aku sebut.

Ummi tergelak.

"Gelak kenapa?"

"Daripada hang zikir hat tu... Baik hang zikir nama Allah, ada juga faedah."

"Ceh! Kau yang punya idea ni."

"Aku ingat aku dah bodoh... Rupanya hang lagi bodoh tambah bendui!"

Aku mencebik.

"Nanti kelopak-kelopak bunga ni... Aku nak tau."

"Nak buat apaaa?"

"Umair nak suruh aku pujuk dia pakai bunga tabur. Dia teringin nak suruh aku pujuk dia macam aku pujuk Dutch celup tu."

"Lain macam aje statement mamat tu... Apa kes?"

"Cemburulah. Cemburu kan tanda cinta."

"Yalah tu. Hang sorang aje bercinta dalam dunia ni."

Aku tergelak.

"Siappp akhirnya..."

Sejambak bunga ros merah telah siap digubah Ummi. Cantik gubahannya. Simple, cantik dan kemas. No wonder banyak permintaan. Tak sia-sialah Ummi beli kedai bunga ni selepas tuan punya kedai ni meninggal dunia. Oleh kerana tak ada siapa nak jaga kedai ni, pewarisnya terpaksalah jual kepada Ummi. Daripada hanya kerja nak cari pendapatan lebih sebab nak bayar duit belajar, akhirnya, dah hampir lima tahun kedai ini jadi milik Ummi.

"Untungnya kan... Dapat bunga besar macam ni."

"Hang aje yang tolak untung."

"Dutch celup tu punya pasallah."

"Salahkanlah diri sendiri dulu baru orang lain."

"Yalahhh... Yalah."

"Yalah hang tu tak dak titik. Di mulut saja berjanji, buatnya tidak."

Aku mencebik.

"Jadi ka hang jumpa Dutch celup tu esok?"

"Jadilah. Aku dah cakap dengan Encik Rahmad sewaktu meeting tadi. Macam biasa, sekali lagi Encik Rahmad sound akulah..."

Minggu ni...

Minggu kena sound saja.

Mujurlah hati ni macam bekas letak telur. Kedap suara. Kalau hati senipis tisu... Dah hancur kot tisu tu.

"Make sure, meeting tu ada hasil, Cik Safa. Jangan balik dengan tangan kosong. Kalau tak, bersedialah kosongkan tempat awak tu. Banyak lagi calon yang layak yang boleh isikan tempat awak tu."

Berbulu saja telinga aku.

Nasib baiklah..

Tahap kesabaran aku ni setinggi Gunung Everest dan malu aku ini setebal salji di kutub selatan. Yalah, kutub selatan lebih sejuk daripada kutub utara dan saljinya... Tak pernah cair. Kalau tak, aku letak jawatan lama dah. Nak tengok juga aku... Mana calon yang layak sangat tu!

"Aku nak pi toilet sat... Aku hentam kari mamak tadi, sampai tercirit dah aku. Masuk ni dah tiga kali aku melawat kawasan hang tau dak. Kalah YB. Ni... Kalau ada orang mai, hang suruh tunggu sat."

Elok lima minit Ummi pergi...

Loceng pintu tu pun berbunyi.

Cepat-cepat aku bangun dan buka alat kawalan pintu di kaunter. Sekarang ni, musim orang pecah masuk... Bahaya kalau dibiarkan pintu tak berkunci.

Seorang perempuan muncul...

"Saya ada oder bunga..."

"Oh, kejap ya. Owner pergi toilet."

Dahi perempuan itu sedikit berkerut memandang aku. Aku hanya senyum saja. Sekali, ada seorang budak mengetuk pintu... Aku pun membuka pintu.

"Tunggu kat keretalah. Mummy nak ambil bunga saja."

"Adik kacau abang..."

"Abang tak kacau adik, adik tak akan kacau abanglah. Masuk dalam kereta balik. Nanti semua nak turun."

Dah...

Tak pasal aku jadi pengawal pintu pula.

"Kids..."

"Hmmm..."

Memang lawa.

Untunglah ada produk bahagia tu kan...

"Boleh tanya sikit tak?"

Dahi aku berkerut. "Tanya apa, puan?"

"Safa Auliya, kan?"

Aku... Tersentak. "Ya. Mana puan tahu?"

"Bukan puan. Tapi mummy."

Tiba-tiba aku teringat wajah perempuan yang aku jumpa tujuh tahun lepas... Bermesra dengan papa depan mata aku.

Terus darah aku...

Nasib baik Ummi muncul. "Haaa... Puan. Ini dia bunga yang puan tempah tu. Macam mana? Okey ke?"

"Eh... Cantik sangat. Berapa semuanya?"

Kalau Ummi tak muncul...

Memang aku nak ketuk dia dengan jambangan bunga tu. Hmmm... Produk bahagia laaa sangat, kan? Bahagia ke rampas kebahagiaan orang? Hansuang!!!

"RM250.00."

"Ini duitnya."

"Happy anniversary puan dan suami. Semoga bahagia sampai syurga."

Sakitnya telinga aku bila Ummi mendoakan syurga untuk perempuan yang memusnahkan semuanya!

"Kau tak payah nak mendoakan orang yang mencipta bahagia atas kebahagiaan orang lainlah, Ummi! Aku balik dulu. Jumpa kat rumah."

Terus aku ambil beg dan keluar dari kedai itu, meninggalkan Ummi dan perempuan yang menggelarkan dirinya mummy tu...

Tercengang!

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen3h.Co