Bab 14
"Nak ke dia buat air kat kita?" tanya Suziela sebaik saja keluar dari kolam renang. Dia mencapai tuala di atas kerusinya.
"Mesti dia buat! Macam mama kata, perangai dia kan seperti maknya! Bodoh dan suka ikut cakap orang." Sofea menyapukan losen di seluruh badannya.
"Itu Su tahu... Tapi, hari ni dia kuat melawan... Kak tengok tak cara dia tengok kita? Lain macam saja."
"Ala, tak ada apa-apalah." Sofea menyandarkan diri pada kerusi santai yang berada di tepi kolam.
"Kak, dia dah datang," beritahu Suziela sebaik sahaja melihat Alina datang mendekati mereka berdua. Sofea tersenyum.
Alisa tersenyum ke arah mereka berdua yang sedang menanti dirinya. Alisa meletakkan kedua-dua gelas itu di atas meja.
"Silakan minum. Aaa... Lina balik dulu!" ucap Alisa dengan lembut. Senyum Alisa dengan penuh makna. Bersantai konon! Ingat pantai ke? Berbikini lagi. Nak jadi orang putih konon.
"Suka hati kaulah," kata Sofea dengan kasar. Tak payah datang, lagi bagus.
Alisa terus mengatur langkah meninggalkan dua beradik itu. Selamat menjamu selera. Alisa mengeluarkan telefon bimbitnya. Dia mendail nombor telefon kakaknya.
"What's up, sis? There is something that I want to tell you," kata Alisa sebaik saja mendengar suara Aleya. Ada ketawa kecil di hujung suaranya.
"Nampak macam sedap aje, kak," kata Suziela. Tiba-tiba pula rasa dahaga. Serentak mereka berdua mencapai gelas itu dan terus minum. Wajah mereka berubah sebaik saja minum air itu. Serentak air itu tersembur dari mulut mereka berdua.
"Kak... Pedas dan masin! Air apa ni?" Suziela seolah-olah ingin menangis. Pedas.
"Mak Jah... Mak Jah, air!" jerit Sofea. Dia sudah tak tahan lagi. Apa yang dia perlukan sekarang adalah air untuk hilangkan rasa masin dan pedas itu.
Zahari ketawa melihat gelagat mereka berdua. Geli hati! Nak kenakan orang sangat, last-last diri sendiri terkena. Inilah wanita yang aku kenal sewaktu di KLIA tapi hari tu wanita itu berlainan daripada wanita yang ada sekarang. Perangai Alina ni suka berubah-ubah ke? Siapa Alina yang sebenarnya? Dia ingin mengenali Alina dengan lebih dekat lagi. Senyuman terukir di bibir Zahari.
Alisa berjalan menuju ke bilik ibunya. Hari ni dia masak bubur ayam untuk ibunya. Ibunya memang sukakan bubur ayam.
"Lina, wait a minute!"
Langkah Alisa terhenti apabila mendengar nama Alina. Lelaki ni lagi. Alisa kurang senang kehadiran lelaki itu. Alisa cuba tersenyum.
"Lina dah okey? Masih sakit kepala lagi ke?"
"Aaa... Dah okey dah... Lepas bangun tidur, sakit kepala terus hilang."
"Hmmm... Esok Lina free tak?" soal Dr. Nazri.
"Why?"
"Saya nak ajak Lina keluar. Kita pergi makan ke, tengok wayang ke, main boling ke? Nak tak?"
"Aaa... Sorry, esok tak boleh. Lain kali boleh tak?" Alisa cuba mengelak. Aku nak keluar dengan dia ni? Tak naklah.
"Lina ada hal ke?" Hati Dr. Nazri tiba-tiba menjadi hampa.
"Ya, ada hal sikit," bohong Alisa sedangkan sebenarnya esok dia tak buat apa-apa pun.
"Oh... It's okay, kalau macam tu... Next time kita keluar sama-sama."
Dengan cepat Alisa mengangguk dengan laju.
"Lina kena pergi dulu. Ibu belum makan lagi. Aaa... Minta diri dulu." Alisa terus berlalu keluar. Sebaik saja dirinya membelakangkan Dr. Nazri, Alisa membuat mimik muka. Ada hati nak flirting dengan acu! Langkahnya diatur pantas.
"What are you doing here?" soal Alisa sebaik sahaja melihat Zahari sedang berbual dengan ibunya. Dia meletakkan bubur ayam yang dibawa di atas meja.
"Get out! Get out!" jerit Alisa yang tiba-tiba naik angin. Alisa takut jika lelaki itu memberitahu tentang hasrat Dato Syed Mohd Kadir. Dia bimbing jika ibunya berlembut hati dan akhirnya setuju.
Munirah terkejut melihat Alisa tiba-tiba naik angin. Zahari hanya memerhati dan mendiamkan diri.
"Lina, Zahari datang nak melawat ibu. Kenapa ni?"
"Ya ke? Boleh percaya ke? You beritahu Dato Kadir, I dan ibu takkan tinggal di rumah a.k.a neraka tu." Alisa merenung lelaki itu.
"Saya datang dengan niat..."
Alisa terus mencelah.
"I tak peduli apa niat you! Apa yang penting sekarang, I tak nak you datang dekati ibu lagi. Beritahu Dato Kadir, ibu I tetap akan bercerai dengan dia. Walau apapun caranya, I mahu Dato Kadir ceraikan ibu. Do you understand?" tegas Alisa.
"Alina!" Munirah meninggikan suaranya. Dia tergamam dengan kata-kata Alisa. Apa yang berlaku pagi tadi sehingga Alisa naik angin?
Zahari mengeluh. Niatnya hanya untuk melawat Munirah dan dia tak sangka niatnya itu disalahtafsirkan. Kenapa wanita ni tiba-tiba menjadi garang? Beberapa hari yang lalu, perangai dia lemah lembut saja.
"I faham, Alina. Auntie, Zahari balik dulu. Semoga auntie cepat sembuh." Zahari tersenyum ke arah wanita itu yang sedang terbaring di atas katil. Sekilas dia melihat ke arah Alina yang merenung dirinya seolah-olah ingin ditelannya hidup-hidup. Zahari terus keluar.
"Angah! Kenapa angah layan Zahari macam tu?" marah Munirah.
"Angah tak nak orang dia dekati ibu lagi."
"Angah, apa yang berlaku ni? Ada sesuatu yang berlaku ke masa angah berjumpa dengan Dato Kadir?"
Munirah dapat rasakan ada sesuatu tak kena dengan Alisa hari ni. Selalunya Alisa seorang yang rasional.
"Angah dah carikan rumah untuk kita tinggal sementara tangan ibu sembuh. Lepas tu kita akan balik ke London. Pasal perceraian ibu, biar kawan angah uruskan."
Alisa cuba mengelakkan diri daripada menjawab soalan ibunya. Tangan Alisa terketar-ketar apabila membuka Tupperware berisi bubur ayam itu.
"Angah!" tegas Munirah. Dia tahu Alisa sedang rahsiakan sesuatu daripadanya.
"Ibu, makan. Ni angah masak makanan kegemaran ibu. Bubur ayam." Alisa meletakkan bubur itu di dalam mangkuk.
"Ibu takkan makan selagi angah tak beritahu ibu!" Suara Munirah semakin tinggi.
Alisa mengeluh kuat. Matanya tepat merenung mangkuk yang berisi bubur ayam itu. Dia serba salah untuk beritahu ibunya.
"Dato Kadir nak kita berdua tinggal di rumahnya."
"Apa?"
"Tinggal bersama tiga ekor 'ular' tu? Itu bukan tindakan yang bijak. Cuba nak ambil hati ibu ke? Nak putarkan balik masa ke? Impossible... Semua tu tak mungkin akan terjadi. Oh... Sekarang ni bila dah susah, baru nak ingat ibu," marah Alisa.
"Angah, ibu takkan setuju dengan permintaan Dato Kadir. Ibu tahu batas ibu setakat mana. Ibu takkan berbaik semula dengan Dato Kadir. Believe me." Munirah cuba meyakinkan anaknya.
"I know that. Tapi, dia tak faham. Tak nak faham langsung."
"Biarkanlah dia, angah. Ibu tetap dengan keputusan ibu."
"Sehingga bila ibu? Setahun, dua tahun? Dia takkan ceraikan ibu, ibu percayalah cakap angah."
"Ibu tetap akan bercerai. Angah, jangan risau. Tahulah ibu uruskan hal ibu."
"Tapi ibu, kita kena balik ke London dengan segera," pujuk Alisa. Dia bimbang akan keselamatan ibunya.
"Apa lagi yang angah rahsiakan daripada ibu?"
Kalau ibu tahu, along upah orang untuk siasat dan ekori Kartika pasti ibu akan marah. Tapi along lakukan semua ni kerana bimbangkan keselamatan ibu. Lebih baik aku berterus terang.
"Along upah orang untuk ekori Datin Kartika."
Bulat mata Munirah mendengar pengakuan Alisa.
"Kami lakukan semua ini kerana bimbang akan keselamatan ibu. Perempuan macam tu tak boleh dipercayai. Dia pernah cuba bunuh ibu... Dia takkan teragak-agak untuk lakukannya sekali lagi."
"Angah!"
"Tadi, penyiasat persendirian yang along upah, call! Dia kata Datin Kartika sedang merancang sesuatu. Sesuatu yang tak baik. Ibu faham tak maksud angah?"
Munirah menundukkan kepalanya. Kata anaknya ada betulnya, wanita seperti Kartika sanggup lakukan apa sahaja apabila dirinya terasa terancam.
"Kita kena pulang ke London," Tegas Alisa.
"Baiklah, selepas urusan perceraian ibu selesai, kita akan segera pulang." Munirah tetap dengan keputusannya. Walau apapun yang terjadi, dia mesti selesaikan semua ni.
"Ibu, kita tak boleh tunggu lagi. Sekarang ni nyawa ibu terancam. Senang-senang ibu minta fasakh saja. Habis cerita."
"Angah, ibu tak boleh buat macam tu, nanti nama baik Dato Kadir akan terjejas. Ibu tak nak perkara ini diketahui oleh pihak media," tegas Munirah. Dato Syed Mohd Kadir adalah salah seorang orang ternama di Malaysia. Jika dia tak selesaikan secara baik, perkara ini akan menjadi lebih besar. Dia tak nak itu berlaku.
"Ibu, kenapa ibu masih fikirkan tentang dia tu lagi? Nak jadi apa pun jadilah. Yang penting sekarang adalah keselamatan ibu. Angah tak nak apa-apa terjadi kepada ibu," pujuk Alisa. Hatinya sakit melihat ibunya masih lagi mengambil berat mengenai lelaki itu.
"Kalau angah nak balik, angah baliklah. Biar saja ibu di sini. Ibu akan balik selepas segala-galanya selesai," tegas Munirah lalu memandang ke arah lain. Munirah terasa hati apabila Alisa tak pernah faham kehendak dirinya. Dia nak segala-galanya diselesaikan secara baik. Dia tak nak ada pihak yang terasa atau berdendam atas perceraian ini.
Alisa mengeluh apabila mendengar kata-kata ibunya. Tak mungkin aku akan tinggalkan ibu di sini. Alisa mengetap bibir. Dia tahu jika ibunya sudah membuat keputusan jangan haraplah dia mengubahnya lagi. Aku perlu lakukan sesuatu. Alisa berfikir.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen3h.Co