Bab 13
"GUYS... Bakal pengantin kita dah sampai tu."
Riuh-rendah suara beberapa orang teman Eleya sebaik melihat susuk tubuh Eleya melangkah masuk ke kelab malam itu. Siap bertepuk tangan pula tu. Dah macam sambut menantu pun ada. Eleya menghampiri sekumpulan temannya itu dengan riak selambanya.
"Apa kecoh-kecoh ni?" soal Eleya sebaik melabuhkan punggung di situ.
Bukannya dia tidak dengar apa yang mereka tengah kecohkan cuma sengaja Eleya berpura-pura tidak tahu. Sejak seminggu yang lepas semua orang tiba-tiba kalut bertanya dan mengambil berat mengenainya. Telefonnya pula tidak berhenti berdering.
Semua ini berlaku disebabkan tindakan daddynya itu la. Nak cari menantu pun kena hebohkan ke? Buat malu aku aje. Ni pun, selama seminggu aku asyik terperuk aje dalam bilik. Seminggu juga la aku tak masuk office. Biar padan muka daddy.
"Buat-buat tak tahu pula kau ni. Apa ni, El? Tak ada angin, tak ada ribut, tiba-tiba keluar berita yang kau nak kahwin. Are you serious?" Sally yang baru melabuhkan punggung di sisi Eleya terus menyoalkan beberapa perkara. Dan saat itu juga Eleya sebenarnya sudah dikelilingi dengan teman-temannya yang lain yang turut mahukan jawapan darinya.
"Yes... Aku bakal kahwin tak lama lagi. Full stop," jawab Eleya akhirnya. Buat apa nak sembunyikan lagi perkara yang terang-terangan akan berlaku? Mereka yang lain bagaikan terkejut mendengar kenyataan Eleya itu.
"Dengan siapa?" Serentak mereka menyoal.
Eleya hanya diam membisu. Aku pun tak tahu siapa pilihan daddy tapi yang pasti orang tu lebih kaya dari daddy dan mampu sara aku. Hahaha, ucap Eleya dalam hati.
"Calon daddy aku," beritahu Eleya.
"Are you serious? Kau ni, El. Kenapa yang tiba-tiba buat keputusan macam ni?" Linda pula menyoal. Seolah-olah tidak percaya yang teman baiknya itu bakal mendirikan rumah tangga. Berita ini benar-benar mengejutkan ramai kenalan Eleya.
"My dad yang nak I kahwin. So, I follow aje la," terang Eleya lagi.
Aku pun tak tahu macam mana boleh jadi macam ni. Mungkin sebab aku rasa perkahwinan tu akan menguntungkan aku. Of course la, kan? Kalau tak sebelum ni hanya daddy sahaja yang boleh support aku dari segi kewangan tetapi lepas berkahwin nanti tentulah suami aku dan daddy yang akan support aku. So, makin mewah la aku, ucap Eleya dalam hati.
"El, if I nak turut serta dalam interview yang daddy you buat boleh tak? Mana tahu rezeki I dapat kahwin dengan you?" soal Adam tiba-tiba.
Mereka yang lain mula mengalih pandangan ke arah Adam dan Eleya silih berganti. Si Adam ni memang dah lama minat kat Eleya, cuma Eleya aje yang buat tak layan dekat dia.
"Of course you can, Adam. Tapi I tak jamin daddy I akan terima you ke tidak," balas Eleya bersama ketawa kecil di hujung katanya.
"Aku sokong kau, Adam. Time ni la kau nak buktikan cinta kau buat El," sokong Sally.
"Try aje la, Adam. Kau bodek aje Uncle Khalid tu," tambah Ezad pula iaitu teman lelaki kepada Sally.
Adam tersengih panjang. Makin beria-ia la dia nak hadiri temuduga tu bila ramai yang menyokong tindakannya itu.
"Okay, guys. Kita tutup cerita pasal ni. I datang sini nak berseronok tau bukan nak you all gosip pasal I," ujar Eleya seraya mengangkat punggung dari situ.
Bunyi alunan muzik yang kuat itu membuatkan dia terasa ingin menari. Rubuhnya mula mengikut rentak lagu yang dimainkan. Mereka yang lain turut hanyut dalam tarian tersendiri.
Alunan muzik tersebut bagaikan melalaikan mereka yang berada di situ. Semuanya hanyut dalam dunia masing-masing. Tanpa Eleya sedari, ada sepasang mata yang sejak dari tadi tidak lepas memandangnya. Setiap pergerakannya diperhati tanpa dia sendiri sedari.
DATUK SYED MUHAMMAD THAQIF AL-EMRAN yang baru sahaja turun dari tingkat atas terus mengatur langkah menuju ke meja makan.
"Morning mum, dad," sapa Syed Thaqif sebaik melabuhkan punggung di situ. Briefcase di tangan diletakkan di atas kerusi bersebelahan dengannya.
Tan Sri Mukhriz tersenyum menyapa anak tunggalnya itu.
Jus oren mula diteguknya. Syed Thaqif memandang hairan mamanya yang dari tadi hanya mendiamkan diri sahaja. Selalunya Puan Sri Harlina memang banyak sahaja perkara yang ingin diceritakannya.
"Kenapa yang cinta hati Qif ni monyok semacam aje?" soal Syed Thaqif.
Puan Sri Harlina menjeling geram. Tan Sri Mukhriz pula sudah mula ketawa kecil melihat tingkah laku dua beranak itu.
"Semalam pukul berapa Qif balik rumah?" soal Puan Sri Harlina serius sekali.
"Not sure. Mungkin dalam dua pagi macam tu. Kenapa, mama?" jawab Syed Thaqif.
"Kan mama dah pesan suruh balik dinner semalam. Malu mama dengan Datin Maria!" marah Puan Sri Harlina.
Otak Syed Thaqif ligat berfikir sesuatu sebelum tiba-tiba ingatannya teringatkan tentang pesanan mamanya itu.
"Qif betul-betul tak ingat, mama. I'm so sorry. Qif keluar dengan kawan-kawan Qif semalam," ujar Syed Thaqif. Patut la muka mamanya masam semacam aje.
"Kesian Tasha. Penat dia tunggu kamu, Qif. Lain kali jangan malukan mama lagi," ujar Puan Sri Harlina lagi.
Syed Thaqif hanya tersengih panjang. Mujurlah dia memang betul-betul lupa tentang pesanan mamanya itu. Kalau tak, memang nasib dia la nak kena berdepan dengan anak kawan mamanya yang keberapa entah.
"Awak pun satu, Lina. Tak habis-habis nak kenalkan Qif dengan anak kawan-kawan awak," celah Tan Sri Mukhriz.
Syed Thaqif tersenyum lebar mendengar kata-kata papa itu.
"Abang ni tak teringin nak ada menantu ke? Umur kita pun tak lama mana dah ni. Waktu ni la nak merasa ada menantu, ada cucu," balas Puan Sri Harlina.
"Biar aje la Qif cari sendiri. Kita tak boleh nak paksa dia," ujar Tan Sri Mukhriz.
"Umur Qif tu dah dua puluh lapan tahun. Jadi, memang patut pun Lina carikan dia isteri. Anak abang bukan reti nak cari sendiri. Dua puluh empat jam asyik dengan kerja dia saja. Bila yang nak cari isterinya?" bebel Puan Sri Harlina panjang lebar.
Syed Thaqif mula mengeluh perlahan apabila melihat pertengkaran lidah yang berlaku antara mama dan papanya. Tak habis-habis nak suruh aku berkahwin. Aishhh...
"Mama, papa jangan risau. Nanti Qif bawa calon isteri Qif datang jumpa mama dan papa," ucap Syed Thaqif akhirnya.
Tan Sri Mukhriz hanya tersenyum lebar mendengarkan kata-kata anaknya itu. Puan Sri Harlina pula sudah terdiam seribu bahasa.
Betul ke apa yang aku baru dengar sebentar tadi? Calon isteri? Maksudnya dia dah ada calon la selama ini? Tertanya sendiri Puan Sri Harlina dalam hatinya.
"Laaa... Qif dah ada calon ke? Kenapa tak beritahu mama? Buat penat aje mama sibuk carikan untuk Qif."
"Wanita mana yang berjaya pikat hati anak papa ni?" soal Tan Sri Mukhriz pula. Tidak sabar pula dia ingin bermenantu selepas mendengar kata-kata Syed Thaqif itu. Selama ini pun anaknya itu memang tidak pernah lagi membawa pulang mana-mana perempuan ke rumah. Lagipun, setahunya Syed Thaqif memang belum mempunyai kekasih. Siang malam asyik sibuk dan fokus dengan kerjanya sahaja.
Syed Thaqif hanya mampu tersengih panjang. Macam mana nak beritahu mama dan papa ni? fikirnya dalam hati.
"Errr... Actually, still on the way la mama, papa. Qif baru nak pikat dia sebenarnya. Doakan Qif tau," ujar Syed Thaqif malu-malu. Selama ini pun mana pernah dia bercakap tentang soal hati bersama mama dan papanya.
Tan Sri Mukhriz mula melepaskan tawa besarnya. Seperti tidak percaya bahawa anaknya itu sedang dilamun cinta. Puan Sri Harlina lagilah terkejut.
"Gembira papa dengar berita ni. Papa doakan Qif berjaya pikat wanita istimewa tu," ujar Tan Sri Mukhriz sambil menepuk lembut belakang tubuh Syed Thaqif.
"Siapa orangnya? Mama kenal tak?" Sibuk Puan Sri Harlina bertanya.
"Thanks, papa. Mama sabar dulu, ya? Nanti bila dah sampai masa Qif akan beritahu mama."
Puan Sri Harlina memuncungkan bibirnya. Agaknya siapalah bakal menantunya itu? Sudah tidak sabar dia nak ada menantu.
"Mama, papa. Qif pergi kerja dulu. Dah lewat ni. Assalamualaikum," sampuk Syed Thaqif. Segera dia mengangkat kaki untuk berlalu dari situ. Tangan mama dan papanya dikucup perlahan.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen3h.Co