Truyen3h.Co

CALON MENANTU DADDY

Bab 8

karyaseni2u

"CUBA beritahu apa kesalahan yang you buat hari ni?!" soal Tan Sri Megat Khalid dengan nada tegas.

"Mana ada El buat apa-apa," jawab Eleya endah tak endah. Daddy ni dah kenapa? Nak jadi wartawan bergerak ke apa? Semua benda aku buat dia nak ambil tahu. Aishhh... Bengang Eleya. Baru saja sampai rumah tiba-tiba kena soal siasat macam dengan polis lagi.

"You jangan ingat daddy tak tahu apa yang you buat? Cakap cepat," gesa Tan Sri Megat Khalid.

Eleya mencebik geram.

"Ala, langgar lampu isyarat aje pun. Macam tak biasa aje daddy ni," jawab Eleya akhirnya.

"Dah masuk kali keberapa you langgar traffic light?" soal Tan Sri Megat Khalid lagi seperti tidak puas hati.

"Entah. El tak pernah kira pula. Bayar aje la, daddy. Habis cerita," cadang Eleya.

Tan Sri Megat Khalid menggelengkan kepalanya. Tak habis-habis buat masalah. Rasanya baru minggu lepas dia janji nak jadi anak yang baik. Pening kepala daddy, Eleya, bisik Tan Sri Megat Khalid dalam hati.

Mujurlah adik iparnya menelefon dan memberitahunya sebentar tadi. Ni baru jaga seorang anak. Nak handle sorang ni pun susah. Aku rasa macam aku tengah jaga sepuluh orang anak, komen Tan Sri Megat Khalid dalam hati.

"Ni bukan soal duit, sayang. This is about law and safety. Negara kita ni ada undang-undang. You tak boleh nak main redah macam tu aje!" tegur Tan Sri Megat Khalid dengan nada yang serius.

"Daddy tak perlu nak bercakap soal undang-undang dengan El. We have money right? Bayar aje, settle semua benda," balas Eleya dengan riak selambanya.

"El..."

"Negara kita ni nama aje ada undang-undang. Tapi El tak nampak pun kat mana keadilan tu? Undang-undang tu hanya atas kertas aje dan dengan duit kita boleh beli undang-undang tu, daddy. Pesalah pun boleh bebas macam tu aje," ujar Eleya bersungguh-sungguh.

Tan Sri Megat Khalid hanya mampu menggelengkan kepalanya.

"Orang macam El ni la yang sebenarnya buat undang-undang tu macam tak wujud aje. Sayang, kalau kita ikut mereka yang suka langgar undang-undang tu maksudnya kita sama aje macam dia orang. Tak ada beza. Mungkin dia orang boleh bebas dari hukuman dunia tapi dia orang tak boleh lari dari hukuman Allah. Faham tak?" bebel Tan Sri Megat Khalid panjang lebar.

"Yes, daddy. El faham. El tak akan buat lagi lepas ni," ujar Eleya dengan mimik muka bosannya. Selagi dia tak bersetuju dengan daddynya, selagi tu la daddynya akan membebel sehari suntuk.

"Promise?"

"Ya. I'm promise, dad."

"Good girl. Macam tu la my daughter. Lagipun, daddy tak nak apa-apa jadi dekat El. Keselamatan tu kena jaga, sayang. Saman memang kita boleh bayar tapi kalau salah satu anggota badan El hilang atau cacat disebabkan kemalangan, El rasa apa akan jadi?" ujar Tan Sri Megat Khalid dengan wajah penuh kerisauannya.

Eleya memuncungkan bibirnya. Aishhh... Daddy ni. Langgar lampu isyarat aje pun. Boleh pula dia takutkan aku sampai macam tu sekali? soal Eleya dalam hati.

"Sekali lagi you buat benda yang sama, daddy akan rampas Audi tu daripada you. Understand?" kata Tan Sri Megat Khalid berbaur ugutan.

Bibirnya dicebik geram. Amboi! Daddy sekarang ni dah pandai ugut-ugut pula tu. Belajar dari siapa la semua tu? omel Eleya dalam hati.

"Daddy tak tahu apa nak jadi dengan El ni. Makin daddy biarkan, makin menjadi-jadi. Hari ni langgar traffic light, esok lusa tak tahu apa pula yang El akan buat?" bebel Tan Sri Megat Khalid. Eleya sudah mula membuat muka bosannya. Tak habis-habis nak berceramah pada aku, marah Eleya dalam hati.

"Mana El pergi sehari suntuk ni? You tak masuk office. Meeting pun tak hadir. Where have you been?" soal Tan Sri Megat Khalid lagi dengan wajah seriusnya.

Eleya hanya menayang muka bosannya.

"Shopping," jawab Eleya pendek sambil menunjukkan tangannya yang penuh dengan barang-barang yang baru dibelinya tadi.

"Shopping? Bukan semalam you baru pergi shopping? El ingat office tu apa? Suka hati aje nak keluar masuk?" Tan Sri Megat Khalid masih berwajah serius. Dia sendiri sudah tidak tahu bagaimana untuk menasihati satu-satunya anak perempuannya ini. Eleya ni memang yang jenis keras kepala. Bertindak sesuka hati dia sahaja tanpa memikirkan perasaan orang lain.

"Tu kan office daddy. So, suka hati El la nak masuk kerja ke tak?" Selamba sahaja Eleya menjawab.

Tan Sri Megat Khalid mula menggelengkan kepalanya.

"At least beritahu daddy dulu sebelum El pergi mana-mana."

Eleya ketawa sinis mendengar kata-kata daddynya itu.

"Sebelum ni daddy tak pernah nak ambil tahu pasal El. Ni kenapa tiba-tiba sibuk sangat nak tahu ke mana El pergi?" Sengaja Eleya perli rapat daddynya.

Terkesima Tan Sri Megat Khalid mendengar kata-kata anaknya itu. Adakah dia salah mendidik anaknya selama ini?

"I'm just worried about you."

"Sejak bila daddy pandai nak risaukan El? Selama ini pun daddy tak pernah nak tanya El ni sihat ke tak? El happy ke tak? El makan dah ke belum? Siang malam daddy asyik sibuk dengan kerja daddy. Birthday party El pun daddy tak dapat hadir," rungut Eleya panjang lebar.

Tan Sri Megat Khalid mengeluh perlahan. Aku yang bersalah selama ini. Patutlah anakku ini selalu sangat memberontak. Maafkan daddy, El, bisik hatinya.

"I'm so sorry, sayang. Daddy mengaku daddy terlalu sibuk sampai tak sempat nak ambil tahu apa yang terjadi pada El. But you're too much. Makin lama makin menjadi-jadi. Shopping dua puluh empat jam, travel sana sini, buat birthday party beribu-ribu, membazir duit macam tu aje."

"So, sekarang ni daddy nak merungut yang El ni asyik habiskan duit daddy?"

"Bukan tu maksud daddy. Daddy cuma nak you berjimat. Hargai duit tu betul-betul. Bukan belanja sesuka hati."

"Berjimat cermat? No way! Sifat tu memang tak ada pada El."

"El bertuah sebab dilahirkan dalam keluarga yang kaya-raya. Cuba bayangkan anak-anak dekat luar sana yang memang tak mampu, tak cukup duit, makan pun kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. You should think about them."

"Excuse me! Buang masa El aje nak fikir pasal mereka semua tu. Lagipun, mereka langsung tak ada kena-mengena dengan El. Dah susah, hidup cara susah la."

Tan Sri Megat Khalid menggelengkan kepalanya berkali-kali. Anaknya ini seperti langsung tiada belas kasihan sesama saudara seislam.

"Macam ni daddy, kalau you rasa El ni menyusahkan you, why not you carikan I seorang suami?" cadang Eleya tiba-tiba. Entah kenapa itu yang terkeluar dari benak fikirannya?

Bulat mata Tan Sri Megat Khalid mendengarnya. Suami? Biar betul anaknya ni? Perangai tak serupa manusia ada hati nak berkahwin.

"Suami? El serius ke ni?"

"Of course. But make sure suami El tu anak orang kaya. At least anak Datuk. Dapat kerabat Tengku lagi bagus, daddy. Tak kesah la. Yang penting dia berharta. Kalau boleh lagi kaya dari daddy."

Tercengang Tan Sri Megat Khalid. Bulat matanya memandang Eleya di depan.

"Tapi, jangan cari yang tua macam daddy pula," sambung Eleya tanpa riak bersalah.

Makin besar bola mata Tan Sri Megat Khalid. Biar betul anaknya ini? Tamak sungguh. Perangai siapa yang dia ikut ni?

"But, daddy tak rasa ada lelaki yang berkenan kalau perangai you macam ni." Selamba Tan Sri Megat Khalid membalas.

"I tak kesah dia suka El ke tak. Yang penting dia kaya. I just want his money. Boleh kan, daddy?" ujar Eleya dengan begitu jujur sekali sebelum berlalu naik ke tingkat atas.

Tan Sri Megat Khalid hanya menghantar pergi kelibat anaknya itu dengan keluhan panjang. Rasanya dia perlu bertegas sikit dengan anaknya ini. Nak kahwin konon. Daddy akan ajar El sikit lepas ni. You're too much, Eleya.

BUNYI petikan jari seseorang menyedarkan Eleya dari lamunan panjangnya. Wajah Ana, Sally dan Linda sudah terpampang dengan sengihan di depan matanya.

"Dekat club macam ni boleh pula kau termenung El?" tegur Linda. Sejak dua tiga hari ini Eleya macam banyak termenung sahaja. Entah apa yang difikirkannya.

Eleya hanya tersenyum tipis.

"El, cantiknya rantai kau. Is that ruby?" soal Ana apabila melihat kilauan permata yang tergantung elok di batang leher Eleya. Rantai permata yang mempunyai loket berbentuk hati dan berwarna kemerahan itu kelihatan begitu cantik sekali.

Eleya hanya mengangguk menjawab pertanyaan Ana. Rantai yang terletak elok di lehernya itu dipandang sepi. Rantai ini la yang membuatkan hidup aku dua tiga menjak ini penuh dengan misteri.

"Setiap kali awak pandang rantai ni, setiap kali tu awak akan ingat saya. Your superhero."

Kata-kata lelaki bertopeng itu kembali menyapa gegendang telinganya. Sehingga sekarang aku masih belum temui jawapan tentang siapa lelaki yang menari dengan aku malam tu? Aishhh... Kenapa la kau perlu muncul tiba-tiba macam ni? bebel Eleya dalam hati.

"Mesti hadiah birthday kau, kan? Mikail ke yang bagi?" Sally pula kalut bertanya.

"Aku tak tahu siapa yang bagi." Pendek sahaja jawapan yang diberikan Eleya.

"What? Kau tak tahu siapa yang bagi kau rantai mahal ni? Biar betul, El?" ujar Ana seolah-olah tidak percaya.

"You all nampak tak someone yang menari dengan aku malam birthday party tu?" soal Eleya kepada teman-temannya.

"Bukan kau menari dengan Mikail aje ke malam tu?" jawab Linda.

"Mula tu memang la dengan Mika tapi lepas tu aku menari dengan seorang lelaki ni. Aku tak kenal dia dan aku tak rasa yang dia dalam kalangan teman kita," cerita Eleya bersungguh-sungguh.

"So, kau nak cakap yang lelaki tu yang bagi rantai ni?" celah Sally.

Anggukan Eleya mengejutkan mereka bertiga.

"OMG! Who is that guy? Your secret admirer ke?" jawab Sally.

Eleya terdiam. My secret admirer? Tak mungkin la. Sejak bila pula aku ada peminat rahsia ni semua? Lagipun, bak kata daddy mana ada lelaki yang berkenan dengan perangai tak elok yang ada pada aku ni.

"I don't know. Tak kesah la siapa pun dia. I just want to say thank you for this lovely gift," ujar Eleya. Loket berbentuk hati yang berwarna kemerahan itu digenggamnya kemas.

"Handsome tak, El?" soal Linda tiba-tiba.

Meletus ketawa kecil Eleya mendengarnya.

"Dia pakai mask la, Lin. Memang aku tak dapat bayangkan macam mana muka dia. Tapi bagi aku dia ada senyuman yang sangat manis, susunan gigi yang cantik, tersusun dan yang paling penting bibir yang berwarna kemerahan. Nampak fresh." Sehingga begitu sekali Eleya menggambarkan figura lelaki bertopeng yang menari dengannya itu.

"Amboi! Sampai macam tu sekali kau tenung dia?" Ana mula menyakat Eleya bersama ketawa kecilnya.

"Of course la. Dah dia ada depan mata aku," balas Eleya bersama gelak tawa besarnya. Riuh-rendah suara mereka berempat di situ mengalahkan alunan muzik di dalam kelab malam tersebut.

"Kan best kalau kita dapat tahu identiti dia. Aku jadi curious pula tiba-tiba. Ke Adam?" teka Sally.

Cepat sahaja Eleya menggelengkan kepalanya.

"No! Bukan Adam. Aku boleh cam suara Adam dan suara lelaki ni lain dari Adam. Dah la, tak perlu fikir tentang dia, yang penting kita have fun sekarang ni," ujar Eleya akhirnya. Buang masa sahaja memikirkan perkara yang mereka tidak akan temui jawapannya. Identiti lelaki itu penuh misteri. Biar aje la berkubur macam tu aje.

Kalau betul pun dia secret admirer aku, tentu lepas ni dia akan dekati aku lagi. Jadi, tak perlu aku membazir masa memikirkan tentangnya kerana dia sendiri yang akan datang kepada aku suatu masa nanti. Eleya bermonolog sendirian dalam hati.

Walaupun jauh dari dasar hatinya dia begitu ingin mengetahui tentang identiti lelaki itu tetapi dia tahu usahanya macam sia-sia sahaja. Mungkin dia hanya boleh tunggu dan lihat sahaja.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen3h.Co