Bab 8
Suhana duduk di atas kerusi. Jari-jemarinya diletupkan sebelum mengalun lembut mata-mata piano mengikut aturan nota lagu Kasih Tercipta dendangan Faizal Tahir.
"Kasih hilang tiada bicara,
Setelah cintaku kau puja,
Rintihan rindu terus melanda,
Redup cahaya oh hati lara,
Bisiklah kiranya aku bersalah,
Sedetik tersirat rasa..."
Lunak suara Suhana mendendangkan lagu kegemaran arwah mamanya. Air matanya turut sama mengalir. Mujurlah suasana Dine In tidak ramai pelanggan seperti malam minggu. Tinggal beberapa meja saja yang masih penuh. Selesai bait terakhir lagu itu, Suhana terus menangis semahunya sambil menekup mukanya di kepala piano.
"Enna rindukan mama," ucap Suhana perlahan.
"Abang tahu," ucap suara di belakangnya. Terus saja tubuhnya ditarik dan dipeluk dari belakang. Suhana tahu gerangan empunya suara itu. Lemah urat sendi tubuhnya berhadapan dengan rasa hati tika ini. Rasa sangat kesepian. Kabur segala harapan yang dulunya diukir bersama.
"Abang tak faham," luah Suhana dalam tangisan.
"Abang faham sekarang. Maafkan abang. Abang tak tahu sampai macam ni sekali Enna terasa," bisik Zarief sambil mengunci tubuh Suhana di dalam pelukannya. Lama bibirnya melekat di kepala Suhana. Kali pertama dia menyentuh tubuh Suhana membuatkan rasa sayangnya semakin menggebu. Cintanya tak pernah pudar walau sezarah. Cinta dan keinginannya tetap pada Suhana.
"Dada Enna sakit, bang. Enna rasa Enna ni bukan siapa-siapa pada abang. Enna rasa kerdil sangat," ucap Suhana seakan-akan berbisik.
"Enna... Hei, dengar sini." Terus tubuh Suhana dipusing menghadapnya. Suhana membiarkan saja Zarief memberi penjelasan. Dia sudah penat sebenarnya.
"Abang never knew the meaning of love until you came into my life... And remember this. Real men don't love the most wonderful girl in the world, they love the girl who can make their world the most beautiful... Pada abang, Ennalah gadis itu. Bukan Sofia atau sesiapapun," ucap Zarief penuh yakin.
"Enna tak macam mereka, bang. Enna tak pandai menggedik pikat abang dengan gaya manja-manja macam tu. Masa kita bersama dari dulu sampai sekarang masih tak seperti pasangan kekasih lain. Tak macam orang bercinta. Nak jumpa pun payah. Enna terkejar sana sini. Abang pun sama. Kita sama-sama sibuk mengejar masa. Tapi makin Enna fikir, makin kuat rasa yang Enna ni memang tak layak untuk abang," cerita Suhana terus terang. Wajah Zarief berubah rona.
"Kenapa Enna cakap macam tu? Sebab Enna selalu nampak abang keluar dengan staf perempuan di pejabat tu ke?" soal Zarief. Dadanya cukup rasa berdebar. Apabila Suhana sudah berfikir serius macam ini, dia tak boleh ambil ringan. Dia tahu perkara itu. Semua orang yang rapat dengan Suhana faham sangat dengan keadaan Suhana apabila serius. Tak terduga!
"Enna selalu nampak abang keluar makan dengan ramai staf. Tapi setiap kali Enna terserempak, abang pasti bersama Sofia... Dan Enna mesej tanya abang di mana, abang pasti tak jujur pada Enna. Abang bagi alasan yang tak masuk akal. Padahal Enna ada perhatikan abang waktu itu. Kenapa, bang? Kenapa abang nak selindung dengan Enna?" Soalan Suhana membuatkan Zarief telan air liur kelat. Insiden yang satu itu membuatkan Suhana pukul rata.
Terus longgar pelukan Zarief. Suhana terus memandang wajah pucat Zarief dengan soalan yang baru keluar dari bibirnya. Tiada syak lagi, pasti ada sesuatu yang disembunyikan oleh Zarief.
"Abang... Abang tak nak Enna salah faham. Lagipun kami sedang siapkan satu projek bersama. Abang perlukan Sofia untuk close deal dengan syarikat minyak di Bintulu tu. Ya, betul abang selalu keluar makan dengan dia. Tapi itu semua lepas kami habis urusan kerja. Bukan pertemuan yang diaturkan semata-mata untuk berkasih sayang. Come onlah, Enna."
Suhana terus bangun dan berjalan meninggalkan Zarief di pentas. Zarief yang terpinga-pinga terus mengejar Suhana. Suhana terus masuk ke dalam pejabat. Blind pada dinding kaca ditutup agar pertengkaran mereka tidak dilihat dan didengari oleh staf Dine In yang bertugas malam itu.
"Perempuan ni lain, bang. Perhatian dan layanan mesra abang itu membuatkan dia cepat terasa sayang. Sikap charming abang ni membuatkan Enna rasa tak selamat. Enna boleh kerat jarilah bang, Sofia itu ada hati pada abang. Abang nampak tak betapa goyangnya hubungan kita?" Suara Suhana yang bersungguh-sungguh semakin lantang mengetengahkan mesejnya.
"Then win my heart, dear," balas Zarief yang ingin meredakan kembali kemarahan Suhana. Dia faham. Dia nampak apa yang ingin Suhana sampaikan sekarang ini. Betul seperti yang dikatakan Suhana. Sofia sudah meluahkan rasa hatinya pada dirinya kelmarin. Tapi dia tidak dapat terima kerana hatinya memang membulat penuh hanya untuk Suhana. Tiada sesiapa yang dapat menggantikannya. Tak cukup lagi ke kata cinta yang dilafazkan sebelum ini? Tak cukup lagi ke cincin pertunangan di jari manis Suhana sebagai bukti?
"Eee... Enna penat. Penat nak jelaskan pada abang. Tak apalah, bang. Lets learn to understand each other well. Enna ni masih tak biasa dengan bab-bab cinta ni. Perhaps I learn something new with you," ucap Suhana tegas dalam kelembutan suaranya. Zarief tertawa lucu. Suhana versi serius ni memang payah nak difahami apa yang difikirkannya.
"Sayang, trust me okay. Sekali abang dah janjikan lafaz cinta, dialah cinta hati abang. Looks, life have to make peoples feel comfortable. That's what I do. Make friends... Takkanlah itupun tak boleh?" pujuk Zarief lagi.
Suhana mengeluh kemudian dia memandang Zarief.
Itupun tak boleh? Berdesing telinga Suhana. Mazhab cinta moden mana yang diamalkan Zarief ni? Sungguh dia tidak faham strategi pemasaran Zarief.
"Abang, kalau susah sangat abang nak faham... We just drop the subject. Enna rimas. Beginilah, abang buatlah apa yang abang fikir betul. Macam yang Enna cakap pada abang, cara abang ini akan mengganggu-gugat perhubungan kita. Hati perempuan mudah terusik bila dilayan dengan baik. Enna tak nak suatu hari nanti, hubungan kita ada masalah. So that is. Enna tak nak ulang perkara yang sama berkali-kali," putus Suhana. Dia mengeluh sekali lagi. Payah betul nak fahamkan Zarief. Degil! Keras hati! Dia saja yang betul.
Zarief mendekati Suhana. Jari Suhana digenggam erat. Suhana memandang dengan pandangan mata yang tajam. Dia cukup tak berkenan dirinya dilayan sebegitu. Aurat tetap aurat. Talian pertunangan tidak membenarkan Zarief bebas melakukan apa saja pada dirinya.
"Abang."
"I have too. Sorry. I have to secure our love. Listen. Kita perlu bincang perkara ini. Lari dari masalah bukan jalan penyelesaian dalam hubungan kita ni. Abang nak Enna. Abang tak nak orang lain. Tapi dalam masa yang sama, abang nak tengok Enna bahagia dengan abang. Bukan terpaksa bahagia. Betul cara orang tua minta kita bertunang dulu. Abang nak kenal Enna. Enna juga perlu kenal abang. Dari situ kita boleh kenal pasti mana yang kurang antara kita dan perbaiki bersama... Dan pelajaran pertama kita adalah percaya. Saling mempercayai," tegas Zarief.
Panjang lebar Zarief menjelaskan pada Suhana yang diam membisu. Dia cukup marah dan bengang dengan Zarief hari ini. Habis keluar semua madah pujangga yang pernah mereka tuturkan semasa bercinta di alam maya. Bercinta di alam nyata memang menyakitkan! bisik hati Suhana.
"Dear, did you listen?" soal Zarief lembut sambil mendongakkan dagu Suhana yang tunduk saja dari tadi.
"Ya," balas Suhana sepatah.
"Okey, macam nilah. Enna cakap dengan abang, apa yang Enna nak abang buat?" soal Zarief. Itu yang lebih elok jika nak berurusan dengan Suhana. Zarief tahu akan fakta itu. Suhana tak suka dikasari dan dipaksa. Tegas berurusan dengan Suhana bukanlah jalan terbaik sekiranya kesabaran di dada nipis.
"Jaga adab abang bila dengan perempuan lain. Aurat abang. Aurat kita. Batas kita belum halal," balas Suhana tenang dalam tegas. Zarief tersenyum.
"Itu saja?"
Suhana angguk.
"Baiklah, abang janji."
Suara tawa Zarief membuatkan Suhana mengetap bibir. Dijelingnya Zarief dengan rasa marah. Mudahnya lelaki menabur janji. Boleh percaya ke janji manis begini?
Zarief melutut di hadapan Suhana.
"Okey! Okey! Baik, abang faham sekarang. Abang hanya untuk Enna."
"Betul? Enna ni perempuan, bang. Enna boleh baca apa yang dia rasa. And I hate to feel hurt," tegas Suhana. Air matanya mengalir lagi.
"Sayang..." pujuk Zarief. Dia dapat rasakan yang Suhana betul-betul terluka. Bukan main-main. Tapi memang dia tiada apa-apa hubungan istimewa dengan Sofia melainkan hubungan majikan dengan pekerja. Tak lebih dari itu. Mana mungkin dia akan menduakan Suhana. Itulah nyawanya. Itulah cinta hatinya.
"Abang, Enna nak tahu. Siapa Enna dalam hati abang?" soal Suhana serius.
"Tunang yang abang cintai. Tunang yang akan menjadi pendamping abang dua bulan lagi. Tunang yang akan bertukar statusnya menjadi isteri dan ibu kepada zuriat abang. Kekasih yang paling abang sayang dan cintai..." ucap Zarief ikhlas. Itulah yang dirasakannya.
"Inikah rasa cinta, bang? Cinta yang indah namun menyakitkan. Cinta yang dikatakan bahagia rupa-rupanya perlu melalui kelikir yang berliku. Rasa cinta ini membuatkan Enna lalai... Lalai menjadi seorang yang dulunya fokus pada kehidupan namun kini terawang-awang memikirkan sakit hati. Enna tak pernah bercinta. Inilah yang pertama. The only Putera Kampung in my heart," kongsi Suhana membuatkan Zarief terkedu.
Keluhan Zarief panjang kali ini. Dia tak sangka cemburu Suhana membuatkannya memikirkan tentang takdir cinta mereka. Sikap mudah yang diambilnya dalam mendalami rasa cinta yang sudah dimeterai dengan ikatan pertunangan dirujuk semula. Betul dia selamat kerana Suhana sudah diikat namun itu bukan jaminan dia akan memiliki Suhana seumur hidupnya. Suhana punya perasaan sama sepertinya juga. Suhana inginkan jaminan rasa.
"Enna..." seru Zarief memujuk lembut.
"Enna tak paksa abang dengar luahan Enna. Tapi Enna nak abang jujur dengan Enna. Jujur dengan diri abang. Kita ada masa dua bulan untuk pastikan adakah kita ini betul-betul layak menjadi pasangan suami isteri. Sakit hati Enna, bang. Sakit!" cerita Suhana.
Terkejut Zarief. Diserunya nama Suhana perlahan. Air liur di kerongkong bagaikan melalui kelikir pasir yang berduri. Perit.
"Enna..."
"Fikirlah, bang. Biarlah kita bercinta bila kita betul-betul bersedia pikul tanggungjawab, bukannya kerana kita sunyi nakkan teman macam orang lain. Enna tak nak cakap apa-apa dah. Enna rasa dua bulan ni kita perlu jauhkan diri untuk saling kenal hati budi masing-masing. Enna pun selalu outstation lepas ni. Enna cuma nak abang tahu, Enna dah buka hati Enna untuk abang. Terimalah kekurangan diri Enna dengan ikhlas. Enna tak nak bila hati Enna tertutup, baru abang terfikir untuk buka kembali. Enna tak nak jadi macam tu. Dahlah, Enna nak balik," putus Suhana.
"Balik? Balik dengan apa, sayang? Kereta Enna pak long dah bawa balik rumah. Jom abang hantarkan."
Hati Zarief sungguh terkesan dengan bait kata cinta Suhana yang cukup tegas. Memang teruk kesan cemburu Suhana ini. Berpisah dengan Suhana memang tiada langsung dalam kamus hidupnya. Hidup bersama Suhana adalah impian terindahnya. Impian yang direstui oleh kedua-dua belah keluarga.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen3h.Co