Bab 3
Laci meja kerjanya dibuka dan beberapa fail kertas di dalamnya dikeluarkan. Setiap satu fail kertas tersebut dibuka dan salinan perjanjian dengan Kembara Holdings Sdn. Bhd. dicari. Entah di manalah dia letakkan perjanjian tersebut? Rasanya memang diletakkan di situ. Haih! Sedang kalut mencari dokumen tersebut, tiba-tiba sehelai kertas terjatuh dari salah satu fail yang dibukanya. Spontan itu pandangannya dibuangkan ke lantai dan kertas tersebut dicapai. Kertas yang berlipat dua itu dibuka dan nafas panjang dihela.
Nur Adira Safiya,
I've heard about what you've going through and I feel sorry. The only words that I can say, keep strong, Fiya!
Ingat, Allah tak akan menduga hamba-Nya melainkan Dia tahu sekuat mana hamba-Nya itu mampu menerimanya. Sesungguhnya Dia Maha Mengetahui tentang segala yang tidak kita ketahui. Percayalah, pasti ada hikmah yang tersembunyi daripada apa yang sedang Dia aturkan untuk Fiya.
Allah telah berfirman dalam surah Az-Zumar, ayat 10 yang bermaksud:
"Katakanlah (Wahai Muhammad, akan firman-Ku ini, kepada orang-orang yang berakal sempurna itu): Wahai hamba-hamba-Ku yang beriman! Bertaqwalah kepada Tuhan kamu. (Ingatlah) orang-orang yang berbuat baik di dunia ini akan beroleh kebaikan (yang sebenar di akhirat). Dan (ingatlah) bumi Allah ini luas (untuk berhijrah sekiranya kamu ditindas). Sesungguhnya orang-orang yang bersabar sahaja yang akan disempurnakan pahala mereka dengan tidak terkira."
Be patient, Fiya and please don't hurt too much! Oh ya, I found this in my reading. A good reminder written by Luqman San to cheer you up. Keep smiling...
When to give up?
When it's not worth?
When you are losing your sleep for someone who sleep comfortably after hurting you at night. That tear is not worth it.
When you are chasing for someone who already took another hand and left you behind. That effort is not worth it.
When you are the only one who need to fix your broken heart. And they keep making thing to be hard. That pain is not worth it.
It's the time for you to give up.
It's the time for you to let go.
Know that you are not a loser if you give up. It's okay to stop. It's okay to let go.
You don't have to get hurt for someone who let you fight for them alone. You deserve to be with someone who could make you happy.
Love only works for those people who fight together. It needs both of the wings to fly. It needs two person to make it happens.
If they don't.
Then won't.
If you are not happy.
Then let it free.
It's okay to let go.
It's okay. It's okay to give up now.
It's okay.
Akhir kata, saya ingin kirimkan doa yang ditulis oleh Mufti Ismail Menk ini kepada Fiya dan semoga segalanya akan baik-baik sahaja buat Fiya selepas ini.
Dear Almighty, on this blessed day, we pray for those who are on the verge of losing hope and broken. Those who are trying to shake off their past mistakes and return to You. Those who cry alone at night while the world sleeps. Comfort them. Grant them ease and healing.
Amin.
From,
Someone who cares.
Sekali lagi nota yang sudah dua tahun lebih usianya itu dibaca. Setiap kali nota itu dibaca, maka setiap kali itulah hati tertanya-tanya ia daripada siapa? Sungguh! Dia sendiri pun tidak tahu siapa pengirimnya kerana nota itu ditinggalkan di atas meja kerjanya bersama sekuntum ros merah, betul-betul pada saat dia sedang terluka parah. Bila ditanyakan kepada rakan sekerja, tiada siapa yang tahu siapa gerangan manusia yang berselindung di sebalik kata-kata indah itu. Puas juga dia meneka, tetapi tiada seorang pun yang memenuhi kriteria yang selayaknya.
Akhirnya dia penat sendiri untuk mencari dan hanya membiarkan nota itu terus berada di sisi. Jika dia tahu siapa orangnya, kata-kata pertama yang ingin dia ucapkan adalah terima kasih. Terima kasih kerana ucapan yang dititipkan itu benar-benar telah mengembalikan semangatnya yang hampir hilang dan menjadikan dia wanita yang sekuat sekarang. Menjadikan dia tidak takut berdepan dengan kata-kata nista manusia dan tidak takut untuk menempuh hidup sendirian.
Sedang dia leka menilik nota berwarna biru tersebut, notifikasi WhatsAppnya berbunyi. Pandangan dikalihkan ke atas meja dan telefon bimbitnya terus dicapai. Aplikasi WhatsApp dibuka. Terpandangkan satu mesej baru dari nombor yang tidak dikenali, dahinya berkerut. Mesej tersebut terus dibuka dan dibaca.
Salam, Fiya. Boleh saya jumpa Fiya?
From: Khir Izham Johari.
Sebaik membaca mesej tersebut, dahi berkerut semakin dalam. Nama yang tertulis di dalam mesej tersebut dibaca berulang kali. Khir Izham Johari? Siapa dia ni? Hati tertanya-tanya sendiri tetapi nama yang tertera itu seperti nama seseorang yang dikenali. Tidak puas hati, gambar DP lelaki yang tidak dikenali tersebut dibuka. Arghhh! Kecewa dia kerana lelaki tersebut hanya menggunakan gambar tangan yang sedang memegang pen sahaja sebagai gambar pengenalan dirinya.
Hurmmm... Tak payah layan, Fiya. Confirm spesies jantan-jantan gatal yang cuba hendak mengambil kesempatan, desis hatinya dan telefon bimbit diletakkan semula ke atas meja. Nota yang dibacanya tadi terus diselitkan ke dalam planner yang sering dibawanya. Fail di atas meja dibuka semula dan dokumen yang diperlukan terus dicari. Setelah dokumen yang dicari ditemui, fail-fail tersebut dikemaskan semula dan dia terus bergegas keluar.
Sedang tergesa-gesa ayun langkah, tiba-tiba dia terlanggar seseorang, menyebabkan semua dokumen yang dibawanya jatuh berserakan di atas lantai.
"Arghhh!" Keluhan kecil dilepaskan memandang dokumen di atas lantai.
"Sorry."
Terdengar satu suara menegurnya, Safiya angkat kepala.
"Sorry, sebab tak sengaja terlanggar you," ucap lelaki itu sedikit kesal. Tubuh ditundukkan dan dokumen yang berserakan di atas lantai dikutip.
Tidak membiarkan lelaki itu mengutip sendirian, Safiya lekas-lekas membantu.
"Dokumen-dokumen you," hulurnya sebaik dokumen-dokumen tersebut selesai dikutip.
Safiya tersenyum.
"Thank you." Huluran lelaki tersebut disambut. Melihat wajah yang sedang tersenyum manis di hadapannya itu, terus hilang rasa amarah dalam hatinya sejak tadi. Jika tidak, pasti lelaki itu sudah dibebelnya.
"Once again... Sorry."
"It's okay. Bukan salah you sepenuhnya pun. I yang tergesa-gesa sampai tak toleh kiri kanan," balasnya menyalahkan diri sendiri. Hurm... Sejak bila Safiya lembut sangat hatinya? Kerana kebiasaannya dia bukanlah begitu.
"By the way, I'm Hairi." Tangannya dihulur untuk bersalaman.
"Hurm... Safiya," balasnya tetapi huluran salam Hairi langsung tidak disambut. Hanya kepalanya sahaja yang ditundukkan sedikit seolah-olah menyambut salam perkenalan tersebut.
Mengerti dengan bahasa tubuh yang ditunjukkan, Hairi tersenyum dan tangannya dijatuhkan. "Sorry," ucapnya kesal.
Safiya tersenyum dan hanya angguk sahaja.
"Okeylah, I terpaksa pergi sekarang. I ada appointment penting lepas ni. Jumpa lagi." Dengan tergesa-gesa, dia terus meminta diri untuk beredar. Butang turun lif ditekan.
"Oh! Sure. Nice meeting you, Fiya."
Tidak membalas kata-kata Hairi, senyum diukir lagi dan terus meloloskan tubuhnya ke dalam perut lif sebaik pintu lif terbuka.
Hairi hanya memerhati sahaja sehingga kelibat Safiya hilang dari pandangan.
"Apa hal lambat sangat? Appointment kita pukul tiga tahu tak?" rengus Zira kerana terpaksa menunggu lama. Safiya yang sudah berdiri di hadapannya dipandang dengan muka cemberut.
"Cari dokumen ni tadi lepas tu boleh pula accident dekat depan pintu lif." Dokumen di tangan ditunjukkan dan langkah dibuka kembali.
Langkah Zira terhenti.
"Accident dengan apa?" soalnya cemas. Tangan Safiya diraih sehingga tubuh sahabatnya itu terpusing ke arahnya. Tubuh tinggi lampai itu dipandang dari atas ke bawah.
"Kau ni apa hal?" Safiya kerutkan dahi. Tangannya yang masih dipegang Zira ditarik. Ya Allah, bukan main kalut lagi sahabatnya itu.
"Kau kata kau accident tadi, kan? Aku tengoklah dekat mana yang luka," polos Zira membalas.
"Astagfirullahalazim! Aku bukan accident jatuh tergolek-goleklah, Zira oiii! Aku berlanggar dengan mamat mana entah tadi. Jadi lambat sebab habis semua dokumen ni jatuh," jelasnya.
"Ohhh!" Kepala diangguk. "Mamat tu handsome tak?" Daun pintu kereta Safiya dibuka lalu tubuh diloloskan ke dalam perut kereta.
"Bolehlah. Chinese look gitew!" selorohnya lalu enjin kereta dihidupkan.
"Wahhh! Siapa nama dia?" Lebar senyum Zira akibat terlampau teruja.
"Hairi."
Zira terdiam seolah-olah memikir. Nama itu macam biasa dia dengar dalam dua hari ini. "Errr... Hairi anak Datuk Seri Marzuki itu ke?" soalnya bersama kerutan.
Safiya jongket bahu. "Manalah aku tahu," jawabnya pendek. Keretanya terus dipandu keluar dari situ.
"Hurm... Haaa... Muka dia macam mana?" tanya Zira lagi masih belum berpuas hati.
"Ya Allah, yang kau sibuk sangat ni kenapa? Dah ada laki tu buat cara dah ada laki. Jangan sibuk nak tanya pasal anak teruna orang." Zira dijeling bersama gelengan. Sibuk aje dia!
"Haih! Ada pula sampai ke situ kau ni. Kalau betul budak tu Si Hairi anak Datuk Seri Marzuki, kau akan selalulah jumpa dia nanti."
"Kenapa?" Dahi dikerutkan.
"Dia tu Business Development Executive di syarikat kita. Baru dua hari lapor diri," beritahunya.
"Kau ni tahu aje, kan? Sejak bila jadi paparazi tak bergaji ni?" kutuknya.
Zira tersengih.
"Si Hairi tu tengah hot sekarang ni. Maklumlah, orang handsome, muda dan bergaya. Anak orang kaya pula tu. Satu bangunan ofis kita tu tengah duk sembang pasal dia." Kening dijongket dengan sengih yang semakin lebar.
"Aku tak ada dengar apa-apa cerita tentang dia pun? Kata hot?" gelaknya.
"Kau tu memang jenis katak bawah tempurung. Semua benda kau tak tahu. Lagipun, bukan ke kau memang orang terakhir yang selalu dengar berita-berita sensasi dekat ofis kita?" ejeknya.
Safiya tersengih. "Sebab aku malas nak sibuk hal orang. Cukuplah orang aje yang sibuk pasal aku," bidasnya.
"Orang sibuk pasal kau sebab dia orang tu semua dengki dengan kau. Usah dilayan."
"Hurm... Aku pun tak kuasa nak melayan. Lantaklah dia orang nak cakap apa pun. Aku bukan minta makan dengan dia orang pun. Kalau aku kebulur bukannya ada yang hulur tangan. Takut sangat aku rampas laki masing-masing. Ha! Kalau takut sangat, simpan ajelah laki masing-masing di dalam almari. Lepas tu kunci."
"Biar keras cetung dalam tu. Baru ada akal masing-masing. Nak sorok sangat tapi terus jadi arwah," seloroh Zira sambil ketawa besar.
"Kau ni!" marahnya dan ikut sama ketawa.
"Aku cakap benda betul tu, Fiya. Orang lelaki ni kan makin kau halang makin dia nak buat. Tapi janganlah terus biarkan. Makin menjadi-jadilah dia."
"Orang lelaki memang spesies yang complicated, Zira. Kadang-kadang kita pun tak tahu apa yang dia nak sebenarnya. Suka yang lawa tapi dapat bini lawa masih lagi cari perempuan lain. Kadang-kadang bini tu dah cukup sempurna, tapi masih lagi boleh jatuh cinta dengan orang lain dengan alasan sebab tak serasi. Aku paling pantang kalau orang lelaki beri alasan tak serasi tapi anak berderet. Datang mana tak serasi dia tu? Bab atas katil boleh pula serasi bersama. Urghhh!" marahnya.
Zira ketawa besar.
"Benda sedap weiii! Busuk pun tetap layan. Yang penting keinginan tu lepas," bidasnya pula.
"Lelaki... Tak guna... Tak guna... Tak guna..." Safiya terus menyanyi lagu Yuna sambil ketawa.
"Tapi laki aku setakat ni, alhamdulillah. Harap-harap dia kekallah macam tu sampai bila-bila." Zira tersengih. Beranilah Khairul buat perangai begitu kalau teringin hendak jadi tajuk utama akhbar, buatlah. Dengan perempuan jangan dibuat main!
"Ha, dapat laki baik, pandai-pandailah hargai. Jangan kau pula yang buat perangai. Lelaki spesies baik ni memang ramai yang intai." Safiya mengingatkan.
Bab curang bukan hanya melibatkan orang lelaki sahaja tapi perempuan juga ada yang begitu. Cuma kisah suami curang lebih menonjol dari kisah isteri curang.
Maklumlah, orang perempuan kalau bab lelaki curang memang kecoh satu taman dan media sosial. Orang lelaki pula malu hendak menghebohkan kalau isteri ditangkap curang. Tak mahu dikatakan dayus kononnya. Paling tidak pun buat keputusan untuk bercerai. Alasannya sebab tak sehaluan dan tamat di situ sahaja kisahnya. Bab begini orang perempuan memang selalunya over!
"Uishhh! Aku memang pantau habis-habisan," balasnya beria-ia sambil berkerut-kerut muka.
Mendengar jawapan Zira, Safiya hanya sengih sahaja. Tahu takut juga sahabatnya itu.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen3h.Co