Truyen3h.Co

Love Riddles

Bab 10

karyaseni2u

"Sini ke?" Naural memandang ke seluruh ruang. Ada apa yang best dekat sini? Apa yang ada untuk hilangkan kesedihan dia ni?

"Bukan sinilah. Tempat lain."

Satu pintu dibuka, menghubungkan ke satu bilik kecil. Tapi di tengah-tengah ada piano. Piano? Syoknya. Kenapa dia tak pernah tahu tempat ni ada piano? Kalau dia tahu, hari-hari dia datang lepak.

"Mana datang piano ni?"

"Ermmm... Saya tak tahu pula asal usul piano ni."

Naural tergelak. Apalah dia ni, orang nak tanya macam mana piano ni boleh ada dekat sini. Dia faham lain pula.

"Bukanlah. Saya nak tanya, sejak bila ada dekat sini? Piano ni siapa tuan dia?"

"Oh... Saya yang punya. Saya bawa datang sini dulu. Kalau bosan boleh datang main."

"Serius? Kayanya awak!" Teruja kut ada kawan kaya macam ni. Tapi kawan ke?

"Tak adalah kaya. Awak nak main tak?"

"Boleh ke?" Mata dia dah bersinar-sinar. Sukanya. Ni baru betul boleh kurangkan kesedihan dia.

"Mestilah boleh. Untuk pengetahuan awak kan, ni first time saya bawa orang lain masuk sini. Selama ni saya seorang aje yang tahu."

"Really? Bestnya awak. Maknanya lepas ni kalau awak ada sakitkan hati saya, saya nak bocorkan bagi orang lain juga tahu. So, janganlah buat, ya? Better takut dengan saya."

Naural tertawa dengan kata dia sendiri. Berani ke nak bocorkan?

"Takkanlah. Saya tak akan sekali-kali sakitkan awak. Awak bernilai dalam hidup saya, manalah saya sanggup nak lukakan awak."

Nampak jelas air mata yang bergenang di mata Naural. Romantiknya dia...

"Jom..."

"Nak pergi mana? Saya belum puas lagilah. Nak main dulu boleh?"

"Memang nak pergi main dulu pun. Jomlah."

"Okey..." Lebar senyuman Naural. Dah hilang sedih ke? Tak adalah hilang tapi dah simpan dalam-dalam. Malas nak ingat, nak fikir. Lupakan... Lupakan... Lupakan...

"Tahu main tak ni?"

"Kalau tak reti awak nak jadi cikgu piano saya ke?" Muka dia dicomelkan. Teringat pula kenangan dia orang masa main boling beberapa hari lepas.

"Ermmm... Okey juga kan idea tu. Tapi depend pada berapa banyak upah yang saya dapatlah. Boleh tak?"

Naural telan liur. Upah? Dia ni memang tak pernah buat kerja ikhlas ke apa? Semua pun nak upah bagai.

"Cancel la. Tak suka upah-upah ni. Mesti benda pelik-pelik awak minta nanti."

Dia tertawa. Ada-ada ajelah Naural ni.

"Mana boleh cancel. Dah, jom. Saya ajar main piano ni."

"Tapi upah tu. Saya tak nak bagi upah, okey?"

"Okey-okey. Tak nak bagi upah pun tak apa. Sini, duduk sebelah saya."

Lebar senyuman Naural dengar kata lelaki tu. Dapat juga main piano, sebab ni impian dia dulu. Tapi dia manalah mampu nak masuk kelas piano ni. Yuran dia mahal.

Sepanjang petang dia orang habiskan masa bermain piano. Terdengar gelak tawa Naural tiap kali dia salah tekan. Tapi lelaki tu sabar aje melayan. Dia rasa bahagia. Dah lama diharapkan semua ni. Apabila dah jadi kenyataan, takkan disia-siakan peluang itu.

Keesokan harinya pun dia habiskan masa dengan laki tu lagi. Dah banyak kali dah dia suruh lelaki tu buka topi dia. Tapi sampai sekarang dia cakap belum masa lagi. Masa untuk apa entah? Dia pun tak tahu.

"Kali ni nak buat apa pula?"

"Ermmm... Nak keluar tak?"

"Keluar?"

"Yalah, sayang. Boleh dia blur pula, kan? Dah jom, masuk kereta ni. Kita pergi Sunway Pyramid nak?"

Sayang. Klu juga ke tu? Kalau dah panggil sayang maknanya dia sukakan akulah, kan? Andaian sendiri dibuat.

"Sunway? Tak jauh ke?"

"Taklah, tak jauh pun. Kejap aje ni. Dah-dah, nak tanya nanti dalam kereta. Awak masuk dulu." Tubuh Naural ditolak.

Dari tadi mata Amir tajam memerhati. Naural dengan siapa tu? Siapa lelaki bertopi tu sebenarnya? Boyfriend dia ke? Kenapa tak pernah nampak pun sebelum ni?

Naural tiba ke tempat yang dijanjikan oleh lelaki bertopi itu tidak berapa lama kemudian.

"Cantiknya tempat ni, awak." Kagum Naural tengok rekaan bangunan ni. Dah rasa macam dekat overseas pula.

"Awak suka? Kalau suka saya boleh bawa awak selalu datang sini."

"Suka... Suka sangat. Betul ni? Betul awak nak bawa saya selalu?"

"Ya sayang, saya bawa awak selalu datang, okey? Dah, jom kita pergi makan dulu. Awak nak makan apa? Hari ni saya yang belanja. Awak cakap aje nak apa."

Second 'sayang'. Kalau sayang katakan sayang, janganlah buat dia ternanti. Atau mungkin macam tu cara dia?

"Bestnya... Kalau macam ni jimatlah saya, kan? Best-best."

Dia orang melangkah ke arah sebuah restoran. Memang dah lama Naural ni tak makan sedap-sedap macam ni. Maksud sedap dekat sini sama dengan mahal, ya.

Yalah kan, Naural ni penjimat sangat. Nak keluarkan duit untuk makan dekat kolej tu pun berkira. Apa lagi kalau keluar macam ni. Nasib baik juga ada yang nak belanja. Kalau tak, tadi dia beli roti aje minum dengan air mineral. Cukup. Tu pun dah kenyang untuk dia.

"Lepas ni nak pergi ice skating tak?" Lelaki tu memandang Naural. Dia tersenyum.

"Sini ada ke?" Teruja betul dia ni. Tapi lebih lagi macam jakun la. Yalah, Naural ni kan paling jauh dia pergi pun pekan Kajang tu. Mana ada aktiviti mencabar yang dia boleh buat melainkan makan sate. Tu aje. Wahhh... Selalu tengok aje dalam cerita-cerita Korea tu, sekarang ni boleh tengok depan matalah. Bukan boleh tengok aje, kalau nak main pun boleh juga. Daebak!

"Ada, sayang. Nak main tak?"

Third 'sayang'. Dari tadi Naural mengira. Boleh masuk dalam diari ni nanti.

"Mahal tak?" Dia dah buka dompet nak tengok banyak tak duit yang dia ada lagi ni. Sebab rasanya memang mahal kut.

"Tak apalah. Biarlah hari ni saya belanja semua. Awak tak payah keluar duit pun."

"Tak payah? Langsung tak payah? Boleh ke? Tak nampak macam pengikis?"

Lelaki tu ketawa.

"Tak adalah, saya yang ikhlas nak belanja."

"Betul, eh? Nanti jangan mengungkit." Jarinya ditunjukkan. Nak bagi peringatan. Nak belanja dia on aje, tapi kalau dah mula mengungkit, maaflah... Tak ada istilah kawan untuk orang macam tu.

"Betul-betul. Dah jom, saya tak nak main masa malam. Nanti lagi sejuk, tak nak awak selesema lagi macam dulu. Risau saya."

Selesema macam dulu? Kenapalah lelaki ni caring sangat? Dengan semua orang ke dia macam ni? Atau dengan aku aje? Okey, nak perasan kejap. Tersenyum-senyum Naural. Angau dah dia. Jangan jalan langgar tiang dahlah.

Masa berjalan, dua-dua diam. Tak tahu nak cakap apa. Yalah kan, masih ada sikit janggal lagi.

"Wah... Cantiknya tempat ni."

Bulat dah mata dia.

"Sebab tu saya bawa awak. Suka tak?"

"Suka, saya rasa macam dekat New York, Korea, Jepun. Bestnya, untung hari ni, kan. Dapat pergi melancong dengan awak. Dahlah semua ni free aje."

"Lagi best kalau saya dapat bawa awak sendiri pergi tempat-tempat tu. Mesti awak lagi suka. Tapi kita tunggulah nanti. Belum lagi masanya."

"Belum lagi masanya? Kenapa, awak nak bawa saya pula? Nanti girlfriend awak marahlah."

"Tak ada siapa yang nak marahlah. Lainlah kalau saya dengan girl lain, maybe ada yang marah kut."

Aik? Sebenarnya ada yang marah ke tak? Macam tak dapat nak hadam ayat lelaki tu aje tadi. Maksudnya?

"Dah, tak payah nak buat muka blur tu. Awak duduk sini kejap. Saya pergi kaunter dulu."

Naural mengangguk.

Sudah 15 minit dia menunggu, tapi tak terasa pun lama sebab dari tadi dia tersenyum-senyum tengok gelanggang ais tu. Tengok bermacam-macam reaksi yang ada. Ada yang dah macam pro, ada yang takut nak luncur, tapi yang biasa-biasa lagi ramailah. Tak tahulah dia ni nanti masuk golongan mana. Harap bukan yang takut itulah. Malu dekat orang ramai kut.

"Dah, awak pakai semua ni dulu." Semua peralatan yang diwajibkan untuk masuk bermain diserahkan kepada Naural.

"Dah pakai? Ermmm... Comellah awak ni." Sempat lagi dia tangkap beberapa keping gambar Naural tadi. Tapi masa gadis tu tak perasanlah.

"Thanks." Malu-malu pula Naural.

"Jom."

Naural teragak. Tapi masih melangkah. Mengikut dari belakang. Ya Allah, takutnya. Debaran ni dah makin terasa. Minta dijauhkanlah dari apa-apa kecelakaan.

"Masuklah Naural, yang awak berhenti tu kenapa?" Pelik juga. Tadi bukan main semangat nak masuk, bila tinggal lagi selangkah untuk masuk ke dalam gelanggang ni, dia terus berhenti. Takut ke?

"Takutlah, awak. Kalau jatuh macam mana?"

"Tak payah takutlah, saya kan ada."

"Tapi... Nampak macam bahaya aje. Tak tergelincir ke nanti?" Mata setia memandang ke lantai berais tu. Nampak licin. Boleh ke dia imbangkan diri berdiri di atas ais tu?

Lelaki tu berpatah ke belakang. Menghampiri Naural.

"Kalau awak tergelincir ke, jatuh ke, terbaring, terlentang dekat sini ke, saya kan ada untuk sambut. Jangan risau okey, saya ada."

"Tapi..."

"Dah, Cik Ainul Naural... Tak ada tapi-tapi lagi. Jom." Ditarik hujung lengan baju gadis itu. Nak tak nak, terpaksa jugalah Naural melangkah.

Mulut Naural terbuka besar apabila mula meluncur di atas gelanggang ais itu. Takutnya, rasa tak stabil sangat. Apabila dah kena tarik dengan lelaki tu lama-lama jadi syoklah pula. Nasib baik beralas dengan sarung tangan berwarna pink itu. Terasa suam, tak adalah sejuk sangat. Sarung tangan ni pun agak tebal juga. Perlahan-lahan dirungkaikan pegangan tangan. Nak cuba main sendiri.

Tapi malang tak berbau, terlepas aje pegangan tangan tu, Naural terjatuh. Dia merintih sakit. Ya ampun, sakitnya! Air matanya dah nak mengalir. Sakit, tambah dengan malu lagi sebab semua mata dah pandang dia.

Bunyi dentuman? Naural terkedu. Siapa?

Semua mata pandang ke arah bunyi tadi. Lelaki bertopi? Kenapa dia pula yang jatuh ni? Tadi nampak dia main macam hebat aje. Tapi yang buat dia terharu laki tu cuba bangun juga pergi ke arah dia. Dia tahu sakit macam mana, sebab dia pun jatuh. Tapi beza dengan lelaki tu, dia tak mampu bangun melawan kesakitan tu.

"Sini." Tangan Naural dipegang, bantu Naural bangun. Nasib baik yang lain dah tak pandang. Mungkin seorang jatuh nampak pelik, tapi bila dua yang jatuh nampak biasa? Entahlah... Dunia...

"Macam mana awak boleh jatuh tadi?" Lepas dah mampu nak berdiri sendiri tu, Naural tanya.

"Sebab saya tak nak awak malu dengan pandangan mata dia orang tu semua. Nampak macam jakun, kan? Macamlah masa main mula-mula dulu dah terus jadi hebat. Poyo aje." Naural tersenyum. Terharunya. Dia sanggup jatuh untuk aku? Ada ke lelaki sweet macam ni?

"Awak boleh main lagi? Larat tak? Kalau tak, kita keluar aje."

"Laratlah awak, awak kan ada. Lagi pun dahlah mahal bayar, takkan nak main kejap aje?"

"Kalau tak larat janganlah paksa diri. Memanglah saya ada, tapi saya still risau. Dahlah awak ni lasak sangat."

"Tak adalah, mana boleh lasak dalam ni. Ada karang pinggang saya ni patah pula."

"Hesy, jangan cakap macam tu boleh tak? Awak tahu kan semua tu boleh jadi doa? Dah, sini... Pegang tangan saya." Kedua-dua tangan dihulurkan.

"Dua-dua tangan ke?"

"Yalah. Lagi stabil awak nanti. Ke nak saya dukung?"

"Tak payahlah. Gatallah awak ni. Pegang tangan cukup." Dua-dua tangan Naural dipegang erat sebelum dia orang sama-sama meluncur. Mulut Naural terbuka, sebab teruja. Yang ni baru syok, kalau dia tahu dari awal lagi, dia dah suruh lelaki ni pegang tangan dia.

"Bestnya. Wahhh..." Dari tadi tak habis-habis menjerit Naural ni. Lelaki bertopi tu hanya tersenyum. Dia suka kalau Naural gembira.

"Dah. Jom keluar, dah lama ni. Hidung awak pun dah merah." Tangan Naural ditarik mendekati tempat masuk tadi. Cukuplah tu, dah lama main.

"Tapi... Saya tak puas main lagi."

"Dahlah tu, sayang. Nak main sampai demam ke? Esok ada kelas, kan? Kita pergi minum something yang panas. Nak kurangkan sejuk ni."

'Sayang' yang terakhir untuk hari ni? Ermmm...

Naural memuncung. Tapi ikut juga. Sedihnya nak pergi... Babai ais. Babai gelanggang... Babai memori. Saya tak akan lupakan semua tu. Lain kali saya datang lagi. Berat hati nak melangkah keluar. Entah kenapa. 

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen3h.Co