Truyen3h.Co

Love Riddles

Bab 12

karyaseni2u

Sebulan berlalu...

Masih tiada khabar daripada lelaki bertopi. Apa dah terjadi sebenarnya? Dia dah ditipu ke?

Atau aku yang salah? Sebab aku tak terima dia ke dia mula menjauhkan diri? Kenapa lepas aku dah yakin dengan perasaan aku, lelaki tu pula menghilang? soal hati Naural. Sakitnya penantian ni. Sakitnya rasa ni.

Bilik piano? Mungkin dia ada dekat situ. Naural bersiap ala kadar. Dengan rambut diikat tinggi. Gitar pun dicapai. Dia berlari turun. Langit dah semakin gelap, baik gerak cepat sikit. Tadi terjumpa dengan Dila pun dia tak sempat nak tegur.

Debaran di dalam dada semakin terasa. Sakitnya, kuat sangat degupan ni. Boleh jumpa dia dekat sini ke? Pasti ke dia ada? Tak yakin.

Tombol pintu dibuka. Ruang sekeliling dipandang. Kosong. Ya Allah. Naural terduduk. Air mata mengalir. Apa dah jadi sebenarnya ni? Ni semua balasan untuk dia ke? Semua tu mimpi aje ke? Pipinya dicubit. Sakit. Betullah realiti. Tapi kenapa apa yang terbentang di depan mata dia ni terasa seakan-akan semua tu mimpi?

Naural melangkah masuk. Kenapa bilik ni kosong? Mana piano yang ada sebelum ni? Apa dah jadi sebenarnya? Air mata semakin deras. Apa semua ni?

Segenap ruang bilik tu tak ada apa-apa. Kosong. Tak apa satu tanda pun tunjukkan yang bilik ni pernah ada piano dulu. Penuh dengan debu. Tebal. Tapak kaki dipandang, tadi dia tak pakai kasut masuk. Sebab sebelum ni, bilik ni ada karpet. Kotor! Hitam! Jelas menunjukkan yang bilik ni dah lama terbiar. Naural berlari keluar. Tak mampu lagi berlama di situ.

Pokok jadi tempat dia lepaskan perasaan. Air mata dia tak nak berhenti walaupun dikesat berkali-kali.

"Tolonglah... Tolonglah jangan mengalir lagi."

Naural duduk bersandar. Apa sebenarnya yang berlaku? Semuanya yang berlaku selama ni hanya mimpi ke? Kemunculan lelaki bertopi tu secara tiba-tiba. Cara dia. Tingkah dia. Seakan-akan nak menjaga, melindungi Naural. Tapi yang Naural tak faham, kenapa lepas dia dah betul-betul sedar akan perasaan dia sendiri, lelaki tu menghilang? Kenapa bilik tu kosong? Seakan-akan tak pernah berpenghuni.

Atau selama ni aku ni barang mainan dia aje? Tengok aku macam ni buat dia happy ke? Apa yang seronoknya? Dia panggil aku sayang. Dia kata air mata aku buat dia sakit. Tapi apa yang dia buat sekarang? Sebab dia aku menangis. Sebab dia aku jadi lemah macam ni. Sebab dia aku mula mengharap. Dan sebab dia aku hilang harapan dan semangat. Kenapa awak tinggalkan saya? Apa salah saya? rintih hati Naural.

Gitar dicapai. Menyanyi. Cara terbaik untuk dia luahkan semuanya. Dengan menyanyi lagu sedih. Lagu yang memang boleh buat air mata dia mengalir tanpa henti. Untuk kali ni aje. Detik ini. Saat ini.

Come up to meet you, tell you I'm sorry,

You don't know how lovely you are,

I had to find you, tell you I need you,

Tell you I set you apart...

Tell me your secrets, and ask me your questions,

Oh, let's go back to the start,

Running in circles, coming up tails,

Heads on a science apart...

Nobody said it was easy,

It's such a shame for us to part...

Nobody said it was easy,

No one ever said it would be this hard,

Oh, take me back to the start...

Hujan mula turun membasahi bumi, mungkin menangisi nasib Naural juga. Pilu melihat keadaan Naural sekarang. Pilu sangat. Walaupun basah kuyup dengan hujan, dia masih duduk di bawah pokok tu. Menyanyi. Menyanyi untuk kebodohan dia kerana percayakan lelaki tu. Lelaki yang dah buat hati dia terseksa. Sakit. Sepanjang menyanyi semua memori mereka terimbas kembali.

I was just guessing at numbers and figures,

Pulling the puzzles apart...

Questions of science, science and progress,

Don't speak as loud as my heart...

And tell me you love me, come back and haunt me,

Oh and I rush to the start...

Running in circles, chasing our tails,

Coming back as we are...

Nobody said it was easy,

Oh it's such a shame for us to part...

Nobody said it was easy,

No one ever said it would be so hard...

I'm going back to the start...

Mata Naural dah makin memerah. Dia dah menggigil kesejukan. Tapi walaupun menggigil, tuan badan tak sedar. Dia tak rasa sejuk, apa yang dia rasa sakit aje sekarang. Sepanjang dia menyanyi tu, ada sepasang mata turut menangisi keadaan Naural ni. Merasa pilu yang sama. Sedih melihat keadaan Naural.

Naural, jangan risau... Saya akan jaga awak. Tak akan bagi sesiapa sakitkan awak lagi. Maafkan saya... Maafkan saya... Tak patut kesakitan ni Naural rasai. Kalaulah dia boleh gantikan tempat Naural. Ambil rasa sakit tu dan letak dalam hati dia.

"Arghhh... Bodohnya aku! Pergi... Pergi semua rasa sedih ni. Jangan datang cari aku lagi!" Naural menjerit. Meluahkan segalanya. Biarlah. Biarlah dia berkeadaan begitu. Yang penting hari esoknya, tak akan ada rasa sakit ini menghuni hatinya lagi.

"Naural? Apa dah jadi ni? Kenapa kau basah? Baju kau?" Risau Dila melihat keadaan kawan Naural. Tadi masa keluar nampak okey aje. Kenapa bila balik jadi macam ni pula? Basah kuyup. Naural mandi hujan lagi ke? Tapi apabila melihatkan raut Naural yang suram tu... Rasanya tak, teka Dila.

"Aku okey." Lemah aje langkah Naural. Masa nak masukkan kunci pun nampak tak larat. Berkali-kali juga kunci jatuh.

"Sini, biar aku tolong." Diambil kunci dari tangan gadis tu. Sejuk. Kenapa tangan Naural sejuk?

Naural hanya biarkan. Dia dah tak boleh nak fikir apa-apa. Hanya jasad aje yang ada, rohnya dah merayau entah ke mana. Mencari ketenangan yang tuan badan dia sendiri tak mungkin boleh beri.

Naural menapak masuk. Terus dibaringkan badannya ke atas tilam. Gitar dicampak ke bawah. Memang dah tak peduli pun kalau gitarnya rosak. Hati dia dah terlalu sakit.

"Naural, jangan macam ni. Bangun dulu. Tukar baju. Aku tak nak kau demam lagi. Tukar baju dulu." Almari Naural dituju. Sepasang salinan baju tidur dikeluarkan.

"Pakai ni." Dila berpaling. Bagi peluang Naural menukar baju. Tak kisahlah tilam tu basah, tapi pakaian tetap harus ditukar. Tak sanggup dia nak biarkan gadis tu tidur dalam pakaian yang basah.

Pergerakan Naural tersangat lambat. Lemah. Lesu. Tak berdaya. Langsung tak ada mood.

Lepas dah salin baju tu, terus Naural rebah balik. Tak larat nak buat apa-apa. Nak berdiri pun tak mampu. Sepanjang perjalanan kembali ke kolej, Naural pulang berjalan kaki. Diredah hujan. Langsung tak dihiraukan dirinya yang basah kuyup. Harapannya hanya satu, diharap lelaki bertopi tu muncul. Muncul untuk payungkan dirinya. Tapi hampa. Sepanjang perjalanan selama 20 minit itu, bayangnya tiada. Hanya air mata yang menjadi peneman. Peneman setia.

Dila duduk di atas katil, di sebelah baringan Naural. Dipandang raut yang baru terlena tu. Dahi gadis tu dirasa, kelihatan tubuhnya menggigil. Terus aje dia melangkah keluar. Ingin membawa masuk satu besen air dan kain kecil.

Dahi Naural diusap, kain yang dah diperah tadi diletakkan di atas dahi Naural. Dia memandang lama raut yang sedang lena tu.

"Apa dah jadi sebenarnya, Naural? Aku tak pernah nampak kau teruk macam ni. Kau buat aku risau." Air matanya turut mengalir tanpa dapat dikawal. Sedih melihat keadaan Naural sekarang ni.

Sepanjang malam Dila menjaga Naural. Ingin pastikan keadaan kawan dia ni terkawal. Dia tak nak tidur. Tak rasa nak tidur pun. Mata yang hampir terlelap pun ditahan. Sampai sanggup dia minum bercawan-cawan kopi demi menjaga Naural. Tapi yang paling terharu dia sanggup tak studi apa-apa pun untuk kuiz esok. Hanya kerana Naural. Buat masa sekarang, keadaan Naural keutamaan dia.

Di luar ada yang menemani juga. Dari Naural balik tadi, dia setia mengikut. Jalan kaki mengikut langkah si gadis. Tak kesahlah basah, yang penting Naural harus dijaga. Jarak di antara dia dan Naural tak jauh. Nak payungkan gadis tu macam dulu, bukan tindakan yang sesuai buat masa ni. Tak nak makin mengganggu emosi gadis itu.

Berjam-jam menunggu, seseorang dihubungi. Dalam 20 minit juga, bayang yang dinanti muncul.

"Thanks, bro..."

"Kau tak balik." Matanya turut jatuh pada pandangan kawannya.

Berat kisah love story kau ni, bisik hati kawannya.

"Tak. Ada hal."

"Pasal dia ke?"

"Haah. Sorry tak dapat join perbincangan nanti. Kau orang teruskanlah tanpa aku, aku memang tak dapat datang."

"Aku faham. Jaga diri, jangan sampai kau pula yang sakit," nasihat kawannya sebelum berlalu pergi. Bukan dia tak tahu, apa-apa yang berkaitan dengan gadis itu sentiasa diutamakan. Sampai dirinya dilupakan. Cinta... Kuat betul penangannya.

"Rehat baik-baik, Naural. Saya janji lepas ni air mata tu tak akan mengalir lagi. Saya janji akan jaga awak sampai bila-bila. Maafkan saya..." Mata setia memandang ke arah tingkap. Tingkap bilik si gadis.

"Rehat baik-baik... Saya akan hilangkan semua rasa sakit tu nanti..."

Sementara itu, pada masa yang sama, Dila keluar dari bilik, ingin menambah air di besen. Baru aje kaki dia jejak ke lantai luar, ada sesuatu yang menarik perhatian mata dia. Bungkusan? Siapa punya? Tapi secara logiknya, kalau letak depan bilik Naural maknanya untuk Naurallah, kan? Tapi... Sekarang ni Naural demam. Boleh tak dia buka tengok? Ermmm... Darurat ni. Buka ajelah. Mana tahu ada bungkusan penting.

Mata membulat. Bungkusan lagi. Bungkusan dalam bungkusan?

Balutan tu dikoyak lagi. Masih tak putus asa. Terbuka aje bungkusan tu, mulut Dila terlopong. Ubat?

Naural yang sedang terlena dipandang. Naural ada bagi tahu sesiapa ke? Peket-peket ubat dibelek. Empat bungkusan semuanya. Ubat demam. Ubat selesema. Ubat batuk. Ubat antibiotik. Baiknya hamba Allah ni.

Sedang membelek-belek, ada satu kertas jatuh melayang. Dikutip. Berminat ingin tahu siapa hamba Allah yang baik hati memberi ubat-ubat ni semua.

Ubat ni untuk Naural, tolong bagi dia makan ikut masa. Tolong jaga dia baik-baik. Jaga dia untuk saya. Terima kasih. Kalau ada apa-apa yang tak cukup boleh mesej dekat nombor ni 010-XXXXXXX.

"Terima kasih..." sebutnya walaupun dia tak tahu identiti sebenar pemberi ubat-ubat ni. Dia bersyukur, teramat bersyukur. Terasa ringan bahunya. Nasib ada yang menolong. Pada detik ni. Saat ni. Ubat-ubat sangat diperlukan. Terima kasih...

Naural mula jadi pendiam. Berubah karakter. Dia dah tak banyak cakap. Dah tak nampak senyuman terukir di bibirnya. Dari Naural yang gila-gila berubah menjadi gadis pendiam.

Dila mengeluh. Apa dah jadi dengan Naural sebenarnya? Tangan Naural disentuh. Tapi tak ada apa reaksi pun daripada gadis tu. Mungkin dia pandang ke depan. Ke arah pensyarah. Tapi Dila tahu bukan ke situ perhatian dia. Fikiran dia jelas tengah melayang. Jauh entah ke mana.

Berapa kali dah Naural ni seperti sengaja membiarkan diri dia basah di bawah hujan. Dah berkali-kali ditegah, tapi tiap kali hujan mesti macam tu juga keadaan Naural. Menangis. Dia yang tengok pun rasa sedih. Turut dapat merasa kesedihan sahabat dia ni.

Bagi pihak Naural pula dia berharap sangat tiap kali hujan turun, akan ada yang payungkan dia macam dulu. Dia setia tunggu seseorang. Seseorang yang dah mendapat tempat dalam hati dia. Lelaki bertopi.

Awak dekat mana? Kenapa kali ni awak biarkan saya basah? Awak tak nak payungkan saya ke? Tolonglah... Tolong jangan tinggalkan saya. Hatinya berbisik pilu.

Tiap kali bangun dia rasa semua ni macam mimpi. Tapi jaket tu. Jaket tu ada. Bukti yang menunjukkan kenangan lepas itu wujud. Kenangan mereka bersama. Semua tempat yang dia pernah pergi bersama lelaki topi itu mahu dijejaki kembali. Mencari bayang dia.

"Dila, boleh tolong aku?"

"Hah? Boleh aje. Nak tolong apa?" Lega. Naural dah mula bercakap.

"Bawa aku pergi Sunway Pyramid boleh?"

Dahi Dila berkerut.

"Boleh aje. Kau nak pergi bila? Sekarang ke?"

"Haah. Sekarang. Aku ada hal dekat sana."

"Okey, aku tanya Mira kejap." Mira aje dalam geng tu yang ada kereta. Mira yang tiada hal apa-apa terus memberi keizinan kepada Dila untuk memandu keretanya. Dila tanpa berlengah terus menghantar Naural ke Sunway Pyramid.

"Kau nak kita orang teman tak?" tanya Dila.

Naural hanya menggeleng. "Tak apa..."

"Okey, dah selesai nanti mesej aku. Aku datang sini." Risau Dila nak tinggalkan Naural sendiri dalam pusat membeli-belah ni. Tapi nampak macam Naural pernah datang sini aje. Nampak dia sudah terbiasa dengan bangunan ni.

"Thanks."

"Tak ada hal la. Okey Naural, aku gerak dulu."

Berlalu aje Dila, Naural terus menapak ke satu tempat. Tempat yang menyimpan kenangan dia dengan lelaki bertopi.

Naural berdiri. Di luar gelanggang. Mencari bayang seseorang. Tapi tak ada. Dia mula melangkah ke dalam. Digagahkan diri walaupun tahu dia tak mahir meluncur di atas ais.

Baru aje menapak, semua kejadian lepas terlayang kembali. Saat dia gembira berada di atas gelanggang ais ni. Lelaki yang sama sanggup jatuhkan diri untuk selamatkan dia daripada malu kerana pandangan mata umum. Lelaki sama yang memegang kedua-dua tangan dia untuk pastikan dia tak jatuh. Lelaki yang sama yang kini tinggalkan dia.

Setapak lagi dia melangkah. Air mata dah mula mengalir.

Awak ada dekat mana? Awak ada dekat mana? Datanglah sini... Datang sini jumpa saya. Dah puas saya cari awak.

Dia melangkah lagi, tapi entah kat mana yang silapnya, dia terjatuh. Kuat! Banyak mata dah mula memandang dia. Tapi beza dengan yang dulu, kali ni tak ada malu. Tak ada segan. Sedih tu dah menutup semua perasaan lain. Dia menangis. Meraung. Kuat.

"Lelaki bertopi! Mana awak?"

Sementara itu, Dila yang mendengar hanya melopong. Dia kenal suara tu. Naural! Terus dia berlari. Mencari dari arah mana suara itu bergema. Naural...

"Naural? Apa dah jadi ni? Kenapa kau duduk atas ni? Bangun... Bangun." Ditarik tangan Naural. Kalaulah Naural tahu jantung dia berdegup kencang melihatkan keadaan dia tadi sebaik bayang Naural ditemui. Kalaulah Naural tahu, jantung dia ni rasa nak gugur melihat air mata pilu yang mengalir deras di pipi dia. Kalaulah Naural tahu... Betapa dia risaukan dirinya ketika ni. Kalaulah Naural tahu semua ni.

"Dila... Aku rindu dia... Lelaki bertopi. Aku rindu dia."

"Bangun dulu Naural, jangan macam ni. Bangun dulu. Nanti baru kita cakap." Dipapahnya tubuh Naural. Lemah sangat keadaan diri Naural sekarang. Tak berdaya.

"Aku rindu dia Dila, kenapa bila aku dah start sayang dia, dia tinggalkan aku? Salah ke aku tolak dia dulu? Salah ke?"

Tangan Naural digenggam. Didudukkan kawannya di atas bangku yang berhampiran. Air mata di pipi Naural dikesat dengan hujung lengan bajunya. Raut Naural dipandang.

"Aku tak tahu apa yang dah berlaku sebenarnya Naural, aku tahu kau sedih. Aku nampak kesedihan kau. Tapi aku tak suka tengok kau macam ni. Tak akan hanya sebab seorang lelaki kau berubah macam ni sekali? Kau tak boleh jadi lemah semangat macam ni, kau kena bangun teruskan hidup. Fikir mak bapa kau. Kau rasa dia orang suka ke tengok kau jadi macam ni?"

"Tapi aku tak boleh. Lepas aku dah suka dia, dia tinggalkan aku. Aku rasa kena tipu, Dila."

"Semua yang berlaku ada sebabnya, Naural. Ada hikmahnya, cuma mungkin buat masa ni kita tak nampak lagi. Yang penting jangan pernah putus asa, jangan pernah hilang semangat. Mulakan hidup baru. Bertahan, Naural. Sabar. Tabah hadapi semua ni..." Tubuh kawannya dipeluk. Erat.

"Aku akan selalu ada untuk kau..." Rambut kawannya diusap. Membiarkan Naural menangis di bahunya. Tak dihiraukan bajunya yang mula membasah.

"Saya juga..." Di sebalik tiang lelaki tu memerhati. "Saya juga akan selalu ada untuk awak..." Dia berlalu. Tahu gadis itu selamat di dalam pelukan kawannya.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen3h.Co