Truyen3h.Co

Love Riddles

Bab 5

karyaseni2u

"Jomlah Naural, aku dah okey ni." Air mata yang masih berbaki dikesat. Kalau dia menangis lagi pun tak guna rasanya. Luth pun bukannya kenal dia.

"Betul ni?" Jelas nampak muka Naural risau.

Tadi dia orang tak jadi tengok wayang, Naural ni tak nak nanti Faiza ni makin meraung-raung pula. Dia pun ada nampak dengan jelas lelaki tu tadi. Lelaki yang bernama Luth tu. Dah diperah berkali-kali fikiran dia pun masih tak dapat ingat lelaki tu. Siapa dia? Adoi... Ingatan... Ingatan.

Faiza cuba melakarkan senyuman. Memang payah, tapi kalau itu yang dapat kurangkan kerisauan Naural, tak apa.

"Okey, sorry risaukan aku. Tiba-tiba pula aku menangis, mesti kau ingat aku tak betul tadi, kan?"

Faiza ketawa, tapi yang dengar hanya bunyi esakan yang kuat. Naural jadi makin kalut, ingatkan Faiza ni dah okey.

"Iza, dahlah tu. Risau aku tengok kau macam ni." Kepala Faiza ditarik, didekatkan ke bahunya. Makin kuat esakan kawan dia.

"Kau suka Luth sangat ke?"

Faiza mengganguk.

"Kau ada bagi tahu dia?"

Faiza menggeleng pula. Malu kut nak bagi tahu. Dia pun mana tahu nak cakap apa nanti.

"Kau nak aku tolong tak?"

"Tolong?" Sengau dah suara Faiza ni. Yalah, dari tadi asyik menangis, harap tak adalah orang yang lalu-lalang kat depan dia ni salah sangka.

"Nak aku tolong?"

Dahi Faiza berkerut. Apa yang Naural nak tolong?

"Tolong apa? Aku tak faham." Dia duduk tegak, memandang raut Naural. Jelas nampak keyakinan yang tinggi pada Naural. Tapi untuk apa?

"Dapatkan Luth. Nak tak?"

"Naural... Tak ada apalah. Tu semua cinta monyet aje, aku mengaku yang memang dah lama aku sukakan Luth. Dari minggu orientasi lagi, tapi aku tahu aku ni taklah cantik mana untuk tarik perhatian dia. Cukuplah aku minat dia dalam diam, dia tak perlu tahu."

Dari orientasi. Dah lama kut. Macam manalah Faiza ni boleh bertahan selama itu pendamkan perasaan dia? Tak sakit ke?

"Lama tu. Kau tak kesah dia berdampingan dengan perempuan tadi? Gelak tawa lagi. Kau boleh tengok lelaki yang kau suka duduk dengan perempuan lain? Kau boleh terima semua tu?" Laju aje Naural ni cakap, sengaja nak takutkan Faiza.

Faiza hanya menggeleng. Memanglah dia tak sanggup. Tapi apa lagi dia boleh buat? Dia bukannya sesiapa dalam hidup lelaki tu, apa hak dia nak halang Luth daripada rapat dengan orang lain? Tanpa sedar, air mata yang hampir kering tadi mengalir balik. Sedih kut fikirkan semua ni.

"Orang kata kalau kita sayangkan seseorang kita kena biarkan dia kecapi kebahagiaan dengan orang yang mampu bagi dia semua tu."

"Memang betul apa yang kau cakap Iza, tapi macam mana kau tahu kebahagiaan Luth tu bila dia dengan siapa? Kau tak cuba lagi, apa salahnya dekati dia dulu, kenali dia. Mana tahu apa yang kita nampak tadi hanya salah faham aje."

"Aku tak berani Naural, aku tak berani. Memang aku suka tengok muka dia, dengar suara dia. Tapi nak cakap dengan dia... Aku memang tak boleh."

"Cuba dulu, Iza..."

"Aku tak boleh."

Naural menggenggam tangan Faiza.

"Aku akan tolong kau..."

"Kau ingat tak apa yang aku cakap ni?" Sengaja ditegaskan suara. Tak nak Faiza main-main.

"Malulah, Naural." Muka dia dah merah.

"Malu? Sejak bila kau malu, hah? Kau nak Luth ke tak nak?"

"Memanglah nak."

"So, apa lagi? Kita kena teruskan juga. Kau kena dekati dia macam yang aku suruh, biar dia kenal kau, nampak kau. Jangan nak mengada-ada malu-malu, okey?!" Mata dibulatkan. Tangan dah dicekak pada pinggang.

"Yalah, aku buat. Apa-apa nanti aku bagi tahu kau. Assalamualaikum..." Terus Faiza menapak pergi. Naural hanya tersenyum melihat.

Yeah! Berjaya juga pengaruh fikiran Si Faiza ni. Selalunya aku yang kena, sorak hati Naural.

"Nah..."

"Hah?" Mulut Luth terbuka kecil. Apa perempuan ni nak? Kenapa bagi dia benda ni pula?

"Untuk awak, ambillah."

"Saya?" Jari ditunjuk ke muka sendiri. Member dia yang lain dah tahan gelak. Tak sangka hari ni dapat tengok babak macam ni. Tapi tunggu. Bukan ni kawan Naural ke?

"Yup. Awaklah, ambil ni. Daripada saya, spesial untuk awak."

Dalam teragak-agak pun masih lagi tangan Luth bergerak ambil benda tu. Dipandang bungkusan berbalut cantik tu. Tapi dia memang tak minat langsung nak buka.

"Untuk apa? Hari ni bukan birthday saya pun." Pelik juga, selalunya dia banyak dapat benda macam ni masa hari jadi dia aje.

"Saja aje. Untuk perkenalan. Saya nak kenal dengan awak. Boleh?"

"Oh, kawan? Boleh aje, tak ada masalah pun." Baru Luth ni tersenyum, lega dia. Ingatkan Si Faiza ni minat dekat dia ke apa. Sebab kalau betul dia confess tadi memang awal-awal dah kena tolaklah. Tapi setakat kawan tak ada masalah.

"Thanks, saya nak join sekali duduk meja ni boleh?"

Luth pandang kawan dia yang lain, kening diangkat bertanya. Nampak ada yang okey aje tak kesah tapi ada juga yang tak berapa suka. Yalah kan, dekat meja ni ada lapan kerusi, ada satu aje kerusi kosong. Tu pun sebelah Luth. Kalau Faiza ni nak duduk dia seorang ajelah perempuan.

"Ermmm... Duduklah. Bukan nak buat apa pun, kan? Jomlah studi sekali."

Melebar senyuman Faiza. Naural! Aku berjaya! Aku berjaya dapatkan perhatian dia. Terima kasih!

"Course apa?"

"Matematik. Awak engineering, kan?"

Kawan Naural rupa-rupanya.

"Haah..." Sepatah aje dia jawab sebelum sambung belajar balik. Bukan dia tak nak layan tapi esok dia ada peperiksaan. Lain kalilah, ya?

"So, kawan awak yang satu lagi tu mana?" Lepas hampir dua jam diam baru dia bersuara. Ada seorang dua yang dah selamat meneroka dunia mimpi. Yang lain masih tekun lagi menghadap buku. Dia pula, nak hilangkan tension kejap.

"Kawan?"

"Yalah, kawan awak yang bagi saya ubat hari tu. Dia tak datang sekali ke?" Pelik juga Luth. Bukan selalunya dia datang dengan Naural ke? Kenapa hari ni bayang Naural tak nampak pun?

"Ohhh. Dia tu mana suka datang sini. Lagi suka duduk bilik aje kalau studi. Saya dah berapa kali jugalah ajak tapi dia memang takkan nak punya."

Yang lain dah pasang telinga nak dengar. Semua pasal Naural seakan-akan menarik perhatian mereka.

Patutlah... Patutlah tak pernah nampak bayang dia dekat sini...

Pintu bilik Naural diketuk berkali-kali. Dah hampir 15 minit jugalah dia berdiri tegak di depan bilik Naural ni. Bukan apa, dia cuma teruja nak cerita apa yang dah berlaku antara dia dengan Luth tadi.

"Naural, kau ada dekat mana ni?" Terus dihubungi kawan dia tu. Memang dah tak boleh sabar.

"Assalamualaikum." Padan muka! Kan dah kena perli. Itulah... Nampak sangat tak sabar.

"Waalaikumussalam. Sorry, Naural. Kau ada dekat mana ni? Aku ada depan bilik kau ni."

"Serius? Ada dekat depan bilik aku? Haha." Terdengar Naural ketawa.

"Janganlah gelak. Kau ada dekat mana ni? Aku nak jumpa."

"Sabarlah, tunggu aku balik kolej. Nanti aku roger kau."

"Lama ke kejap?"

"Ermmm... Tak sure. Sebab aku pun baru sampai padang ni. Maybe lagi dua atau tiga jam kut. Kau tunggu ajelah, bukan ada apa-apa yang penting pun, kan?"

"Dua tiga jam? Lamanya Naural... Aku ada hal betul-betul penting nak bagi tahu ni. Kau dekat padang, kan? Tunggu aku dekat situ, dalam empat puluh minit aku sampai. Nak mandi dulu ni." Terus panggilan dimatikan.

Naural bersandar pada dahan pokok. Hari ini terasa nak datang sini pula, dah berapa hari dia tak datang. Sebab demamlah katakan. Gitar dicapai. Tangan diregangkan. Dah lama tak main ni, takut kejang pula nanti.

"Do re mi... Do re mi... Do re miii."

I'm so glad you made time to see me,

How's life? Tell me, how's your family?

I haven't seen them in a while...

You've been good, busier than ever...

We small talk, work and the weather,

Your guard is up, and I know why,

Because the last time you saw me,

Is still burned in the back of your mind,

You gave me roses,

and I left them there to die...

So this is me swallowing my pride,

Standing in front of you,

Saying I'm sorry for that night,

And I go back to December all the time...

It turns out freedom ain't nothing but missing you,

Wishing I'd realized what I had when you were mine,

I go back to December, turn around and make it alright,

I go back to December all the time.

These days, I haven't been sleeping,

Staying up, playing back myself leaving,

When your birthday passed, and I didn't call,

Then I think about summer, all the beautiful times,

I watched you laughing from the passenger side,

And realized I loved you in the fall...

And then the cold came, the dark days,

When fear crept into my mind,

You gave me all your love, and all I gave you was goodbye...

Naural membuka mata, itu pun lepas terdengarkan tepukan. Mula-mula dia nak marah juga orang tu tapi tak jadi apabila melihat siapa yang berdiri di depan dia ni.

Lelaki bertopi! Kenapalah dia suka lindung muka dia macam tu?

"Suara awak merdu. Saya suka."

Faiza, kawan yang dikira agak rapat dengan dia tu pun tak pernah dengar.

"Lagu apa tadi?"

"Hah? Ermmm... Ermmm..."

Lelaki tu tertawa. Comelnya dia ni. Tergagap-gagap macam tu. Selalunya ada aje yang nak dijawab, lain pula hari ni.

Naural terpaku. Dia ketawa? Kenapa dengar seksi sangat? Adoi, hati! Tolonglah jangan gatal sangat, ya?

"Lagu Back to December." Lama juga Naural ambil masa nak jawab. Terkejut lagi ni. Selama dia bertapa dekat sini mana pernah ada yang tepuk tangan lepas dia nyanyi.

"Oh. December?"

"Hah? Jaket? Nak jaket awak balik tak? Dah lama saya nak pulangkan ni." Entah kenapa gerangan lelaki ini senang pula Naural nak ingat. Mungkin sebab kes hujan tu kut yang buat senang sikit lelaki ni melekat dalam fikiran Naural.

Lelaki tu tertawa lagi. "Tak apa, nak pulang boleh, nak simpan pun boleh. Jaket tu boleh jadi pengganti saya nanti." Sengaja diperlahankan ayat hujung tu.

Naural berdiri. Mana boleh dia simpan jaket tu. Orang punya ni, memanglah terasa berat juga nak pulangkan, tapi... Barang orang tak boleh buat harta.

"Tak apa. Ni bukan saya punya, tak elok kut simpan harta orang. Awak ambillah." Naural menapak mendekati lelaki itu.

Rendahnya aku, paras telinga dia aje. Sakit kepala nak cakap dengan dia ni, omel hati Naural.

Jaket diserahkan. Naural tetap berdegil juga suruh lelaki tu ambil. "Thanks." Sepatah dia menjawab sebelum duduk balik. Bunyi degupan jantung dia dah lain irama. Dadanya dipegang.

Apa dah jadi dengan aku ni? Lagi beberapa langkah nak sampai di tempat dia duduk tadi, terasa seperti jaket disarung ke tubuhnya. Dia berpusing. Terkejut.

"Ni awak punyalah, kenapa bagi saya balik?" Makin kuat degupan jantung berdegup. Cik hati dah buat hal.

"Sebab saya nak selalu dekat dengan awak." Lepas aje cakap macam tu, dia terus melangkah pergi. Ditinggalkan Naural yang memang tengah blur sangat sekarang ni.

Apa dah jadi? bisik hati Naural. Jaket di tubuhnya dipandang.

Sebab saya nak selalu dekat dengan awak. Kenapa ayat tu berulang kali kedengaran di tepi telinganya? Habislah, mesti dia tak dapat tidur malam ni.

"Jangan duduk lama sangat dekat sini. Kalau awak sakit, saya juga yang susah nanti."

Dia siapa sebenarnya? Kenapa dia selalu muncul depan mata Naural pada detik yang tak diduga? Siapa dia?


Bạn đang đọc truyện trên: Truyen3h.Co