Bab 8
"Dah sampai! Syoknya, first time aku datang sini." Sengaja didepakan tangan, pandangan pelik orang lain dia tak ambil kesah pun.
"First time?"
"Yalah, kenapa? Pelik ke?"
"Peliklah kut. Selama tiga tahun kau dekat UKM tu, ni first time datang?"
"Ya... Ya... First time. Kau nak berapa kali aku ulang ni, nak aku pergi buat announcement tak?" Geram pula dia dengan Si Dila ni. Berapa kali entah nak ulang pertanyaan sama.
Yang lain dah gelak, kelakar sangatlah tu tengok pertengkaran Naural dengan Dila ni.
"Sebelum ni kau selalu pergi mana?"
"Kajang. Aku malas sikit bab nak keluar ni Dila, sebab nanti mesti aku blur. Tak tahu nak buat apa, nak makan apa."
"La. Kau ni dah tahap kesian kuasa dua ni. Okeylah. Jom, kita terus pergi main bolinglah. Memang tu tujuan asalnya, kan?"
Naural sempat buat muka tadi. Ada ke cakap aku ni kesian kuasa dua? Tak adalah teruk sangat, kan? Tapi rasanya memang teruk kut kes Naural ni, apalah yang ada dekat Kajang tu? Tak mencabar langsunglah hidup dia ni.
Oh... Tak mencabar, ya? Tak apa, tunggu. Nanti dia akan buktikan yang dia ni mampu sahut apa-apa aje cabaran!
"Ada game la hari ini. Nak join tak?" ajak Dila.
"Kita join la, okey? Jom, kena daftar dekat kaunter tu dulu." Disebabkan memang yang lain diam aje, serahkan semuanya kepada dia, Dila apa lagi? Dia teruslah bertindak jadi ketua. Boleh dera dia orang ni nanti, kan? Yes!
"Kak, macam mana nak daftar untuk join game tu?" Dia selaku ketua yang berjaya dengan yakinnya bertanya.
"Bagi nama... Isi ni..."
"Oh... Okey." Borang yang diberi tu diisi. Ahli kumpulan dia yang lain semua tengah sibuk sarung kasut.
"Okey. Dah, kak. Lepas tu dah boleh masuk ke? Tak ada syarat apa-apa lagi?"
Lama akak tu baca, melihat, mengkaji dan menganalisis borang tu sebelum matanya kembali terarah ke arah Dila kemudian geng Dila yang lain.
"Awak datang enam orang, ya?"
"Yup-yup. Boleh tak kak? Dah ada enam orang ni boleh bentuk satu kumpulan rasanya."
"Ermmm... Tak bolehlah, dik."
"Kenapa pula tak boleh, kak? Tak cukup orang ke atau tempat semua dah penuh?"
"Bukanlah, tempat ada lagi. Awak pun tak ada masalah tak cukup orang, tapi terlebih sebenarnya."
"Hah? Terlebih? Nak berapa orang sebenarnya ni, kak?" Dila garu kepala. Macam leceh aje semua ni.
"Satu kumpulan kena lima orang aje. Kalau adik nak ikut, seorang lagi tu kena berpecahlah join kumpulan lain. Boleh tak?"
"Hah? Berpecah pula?"
"Haah, dik. Boleh tak?"
Berat juga ni. Sampai kena berpecah. Fikir... Fikir... Ada alternatif lain tak?
"Kalau tak nak join game, rasanya ada tempat tak untuk kami main?"
"Tak boleh dik, tempat ni semua dah booked untuk game hari ni. Memang hari ni tak ada aktiviti lain melainkan game ni aje. Kalau nak main, terpaksa join jugalah."
"Erm. Kejap ya kak, saya bincang dengan yang lain dulu." Dia tersenyum sebelum mendekati kawan yang lain. Tak sampai hatilah pula nak cakap, semua nampak macam tak sabar aje nak main. Nak bagi tahu ke tak ni?
"Girls, kejap. Ada masalah ni."
Semua dah pandang ke arah Dila. Masalah apa? Pelik juga ni, tapi Naural relaks aje, dia masih tengah cuba kasut lagi. Tak ambil kesah pun apa yang Dila nak cakap, sebab dia tahu Dila ni mesti boleh selesaikan apa-apa masalah.
"Satu grup lima orang aje, kalau nak main juga seorang kena pecah masuk kumpulan lain."
"Hah? Takkanlah sampai kena berpecah?"
"Kenalah, aku dah pujuk akak tu. Tapi still tak jalan. Dia cakap tak adillah, ni peraturanlah, malas dah aku nak pergi pujuk. So sekarang ni keputusan terletak dekat tangan kau orang. Nak join ke pergi tempat lain aje?"
"Kalau macam tu tak payahlah main, kita pergi tengok movie ajelah, Dila." Memang tak ada yang setuju pun, dengan idea berpecah tu.
"Eh kau orang, janganlah macam ni. Jomlah kita main." Naural main peranan pula. Dah kata tadi pun tujuan asalnya nak main boling, kan. Tak akanlah sebab benda ni nak batalkan pula?
"Tak bolehlah Naural, kesian sesiapa yang kena berpecah tu nanti. Kita tengok movie la." Dila guna kuasa sebagai ketua keluarkan arahan.
"La, kenapa nak tengok movie pula? Kita datang sini kan nak main boling? Nak release tension. Nanti kalau dapat cerita apa-apa nanti makin tension pula. Berbaloi ke dengan harga tiket tu?"
Semua buat gaya berfikir. Dahlah lama. Sampai akak dekat kaunter tu pun dah jeling-jeling. Dia orang ni nak join ke tak? Game dah nak mula ni.
"Join ajelah, Dila. Kau tak payah pening-pening. Biar aku aje yang pergi join grup lain, okey? Tak payah nak buat muka blur tu. Tak comel langsung."
Yang lain dah ketawa. Memang kelakarlah kalau dapat tengok muka Dila sekarang ni.
"Tak apa ke, Naural? Dahlah kau tak biasa dengan tempat ni, takkan nak biarkan kau yang join grup lain?"
Gelak semua mati. Haah juga, kan? Kesian Si Naural ni, tapi dia tak kesah kut.
"Tak ada maknanya Dila, bukan aku nak pergi mana pun. Game tu pun dekat sini aje, kan? Tak payah risaulah, aku bukan budak-budak okey?" Kaki Naural menapak ke arah kaunter. Kesian pula dengan akak ni. Dari tadi menunggu jawapan daripada dia orang.
"Kak, kita orang join game ni. Saya kena masuk grup mana?" Bukan main semangat Naural tanya. Sengaja nak bagi Dila nampak yang dia tak ada masalah pun nak sertai grup lain.
"Awak masuk grup lelaki tu boleh? Dia orang aje yang tak cukup orang."
Naural telan liur.
"Grup lelaki, kak?
"Yup, boleh tak?"
"Ermmm... Bolehlah kak, tak kesahlah. Janji dapat main." Dia tersenyum kecil. Sebenarnya agak payahlah. Kenapalah dalam banyak-banyak grup dekat sini, grup lelaki juga yang aku kena join? keluh hati Naural. Kepala digarukan. Nak tarik diri macam tak patut, kan?
Naural dengan teragak-agak menghampiri grup lelaki yang bakal disertainya setelah ditunjuk oleh kakak penjaga kaunter itu tadi.
"Hai..." sapa Naural.
"Hah?" Semua blur. Yalah, tiba-tiba aje kena tegur, kan?
"Kau orang semua grup yang tak cukup orang tu, kan? Saya nak join boleh?" Dalam satu nafas dia cakap. Segan.
"Erm... Join la sekali. Memang tak cukup orang pun." Naural tersenyum. Sukalah tu sebab dapat main. Dah lama dia tak main kut. Nasib baik dia orang ni nampak macam tak kesah aje. Tapi dia pula? Kesah tak?
Baru Naural nak duduk, dia perasan lelaki bertopi tu pun ada. Dia ni nak main boling juga ke? Kalau pakai gaya topi macam tu boleh nampak ke nanti? Tak sangka pula dia orang ni satu grup.
"Hai... Kita jumpa lagi."
Denyutan jantung Naural dah berdetak lain macam. Haih... Dengar suara dia pun dah bagi kesan teruk macam ni dekat aku. Kalau tengok muka dia nanti macam manalah, kan? Mesti pengsan terus ni.
"Hai, thanks. Nak jaket?" Tempat duduk di sebelah laki tu diambil. Jodoh dia orang ni kuat ke? Asyik jumpa aje.
Dia tertawa. Memang serius, gaya Naural ni menawan hati dia. Sentiasa comel, tapi kenapa entah tiap kali jumpa dia, mesti hal jaket tu juga yang nak dicakapkan. Apa dah tak ada topik lain ke nak dibualkan?
"Awak ada bawa ke?" Dia tersenyum memandang ke arah Naural. Memandang? Yup... Memandang. Mungkin pelik sebab topi tu dah melindungi sebahagian muka dia. Tapi sebenarnya rekaan topi yang dipakainya itu unik, ada satu bahagian di topi tu dibuat daripada kain jarang yang membolehkan dia melihat ke depan tanpa perlu membuka topi apabila topi dipakai menutupi sebahagian besar wajahnya. Cuma yang memandang aje tak dapat melihat. Lantaklah kalau orang nak kata dia pelik pun, yang penting... Naural. Tu aje.
Naural tersengih. Memang dia tak bawa pun, tapi itulah, tiap kali nampak dia mesti hal jaket tu juga yang jadi topik. Lelaki bertopi dan jaket? Dah sebati kut dalam diri dia. Sebati? Hah, Naural... Dalam hati dah ada bertaman-taman ke?
"Tak." Naural tertawa kecil. Sedar salah dia.
Ketawa Naural, buat lelaki itu terpegun. Comelnya dia. Ketawa dia. Boleh tak nak hentikan masa sekarang? Bukan selalu dapat dengar gelak Naural.
"Nanti saya bawa ba..." Dia terdiam. Baru sedar sekarang ni tumpuan lelaki tu 111.11 peratus kepada dia. Muka dia memerah. Segannya. Mana pernah ada orang tenung dia macam tu. Walaupun muka laki ni dah ditutup dengan topi, dia tahu yang mata laki tu ralit pandang dia.
Naural telan liur. Dah makin gelisah. Nak pandang lelaki tu pun macam tak berguna aje. Sebab? Dia pakai topi kan, mana boleh nampak muka dia. Naural hanya mampu pandang bawah.
Lelaki tu tersenyum. Comel sangat telatah Naural ni. Untung betul dia hari ni sebab dapat jumpa Naural lagi.
"Dahlah, tak payah pandang lantai tu. Bukannya cantik sangat pun. Kotor adalah." Sengaja dia nak alih perhatian Naural daripada terus pandang lantai. Takut karang ada yang tak balik sebab tekun sangat kaji lantai tu.
"Hah?" Terus mukanya didongakkan.
"Dah, tak payah tengok lantai kotor tu. Baik tengok saya aje kan bagus."
"Tapi sama aje." Perlahan aje suara Naural ni. Malu lagilah tu.
"Apa yang sama? Awak nak cakap saya kotorlah ni?"
"Bukanlah, kalau pandang awak pun bukannya boleh nampak muka. Nampak topi aje, kalau cakap pun rasa macam cakap dengan topi. Lebih baik tengok lantai ni."
Lelaki tu tertawa. Comellah awak, Naural.
"Tu sama maksud dengan awak nak tengok muka saya ke?"
"Erm... Ya kut. Saya tak sukalah cakap tak tengok muka ni. Rasa macam cakap dengan alien aje." Mulut dicebikkan.
Dia ketawa lagi.
"Daripada cara awak cakap macam pernah jumpa alien aje. Pernah jumpa ke?"
"Pernahlah juga, adalah beberapa kali."
"Really? Dekat mana?"
"Dalam hujan, dalam kereta, dekat padang and lastly dekat sini."
"Hah?" Kalau Naural boleh nampaklah kan, sebenarnya sekarang ni muka lelaki tu memang tengah blur habis.
"Serius? Banyak macam tu? Dalam bentuk apa ni? Saya tak pernah jumpa pun."
Naural geleng kepala. Apa lambat sangat lelaki ni? Ayat mudah macam tu pun tak faham ke?
"Dalam bentuk oranglah. Bukannya dia pelik pun. Ada aje dua mata, telinga. Tapi dia pernah bagi saya jaket sebelum ni. Wangi lagi." Sempat Naural bagi satu lagi klu.
Lama lelaki tu diam. Naural dah jadi takut.
Apabila terdengarkan tawa lelaki tu, dia mendongak. Dia ketawa? Jadi, dia tak marahlah, kan?
"Sayalah tu, kan? Alien tu saya?"
"Ha... Haah."
"Pandailah awak ni, kan." Geng dia yang lain dah pandang. Apalah yang dia orang ni borakkan? Dari tadi asyik gelak aje kawan dia ni. Angau apa?
Ohhh... Jantung, janganlah degup kuat sangat. Kalau dia dengar nanti macam mana? Tolonglah kesiankan tuanmu ni.
"Saya boleh aje nak buka topi ni." Lepas agak lama dia gelak baru dia mampu bercakap balik.
Naural hanya diam. Tunggu aje apa yang dia nak cakap. Lagipun lidah dia kelu kut. Dah tak boleh nak cakap lepas kena cuit tadi, jantung dia pun macam buat hal ni. Aturan nafas dah lain.
Muka lelaki tu makin dekat. Tapi Naural tak mampu menjauh, dia dah terkaku. Apa yang dia boleh buat hanya membulatkan mata. Lagi dekat, lagi bulat. Apabila dah rapat sangat, dalam beberapa inci baru dia berhenti merapati.
"Jadi girlfriend saya dulu."
Degupan jantung Naura terasa terhenti. Seksinya suara dia. Tapi... Jadi girlfriend dia?
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen3h.Co