Bab 4
ROSE KHADEEJA memandang lukisan itu banyak kali. Tak tahu dekat mana punca untuk dia nak kompelin. Lukisan itu nampak sempurna. Perfect 10! Apa yang diterangkan Adib Haiman nampak logik. Kalau dikompelin nanti, nampak dia yang tak logik. Tak pasal-pasal kena bodoh lagi. Biarlah kena bodoh lagi, baru boleh gaduh.
Tapi masalahnya, tadi Adib dah minta maaf secara terbuka dan memaksa Rose untuk maafkan dia juga secara terbuka. Macam mana nak... cari gaduh lagi? Pastilah staf aku kata, aku... yang tak betul. Bukannya Adib. Rose mengetap bibirnya.
"Macam mana, Cik Rose?" Adib menunggu maklum balas daripada Rose. Lama Rose pause. Dekat 15 minit. Kalau merenung boleh membakar, dah terbakar kertas tu!
"Ada bilik air?"
"Bukan saja bilik air, bilik mandi pun ada. Siap paip shower dia pun bentuk daripada ranting pokok."
"Hmmm... Okey."
"Okey? Satisfied?"
"Kenapa? Awak nak saya cakap apa? Cantik? Kreatif?"
"Ikut awaklah, Cik Rose. Awak customer, saya 'kuli' aje. Awak kata okey, saya proceed. Awak kata tak okey, apa boleh saya buat lagi? Kalau awak nak marah-marah lagi, saya rasa setakat inilah kerjasama saya dengan Cik Rose. Mungkin saya tak cukup bagus untuk Cik Rose. So, Encik Ridzwan decide akan bagi Cik Rose arkitek yang lain kalau Cik Rose tak setuju dengan design saya yang terakhir ni. Mungkin dengan Cik Jay ke, perempuan dengan perempuan lebih senang nak faham."
Panjang lebar Adib berikan hujah. Lagipun, itu janji Ridzwan kepada dia. Ridzwan pun impress dengan lukisan Adib yang dia tunjukkan pagi tadi sebelum berjumpa dengan Rose. Ridzwan pun suka... Takkan Rose tak suka. Kalau tak suka, confirm Rose tu gila, itu kata Ridzwan.
Rose menelan air liur. Kalau aku kata tak okey, dia pergi. Bila dia pergi, bila tahun nak mengenakan Adib lagi untuk Natasha? Sahlah tak akan berjumpa lagi.
So, nak tak nak...
"Fine. Proceed!"
Terpaksalah Rose cakap okey. Lagipun design tu memang cantik. Tak sabar rasanya nak ada rumah pokok di atas pokok buatan. Siap ada bilik air dan shower daripada ranting pokok. Haaa... Memang menarik tu. Bolehlah termasuk dalam senarai resort yang patut dilawati. Rose sudah berangan jauh.
"Great. Saya akan masukkan dalam pelan."
"Saya nak lokasi yang sama, dekat sini juga."
Adib berdiri tegak, berhampiran dengan pokok yang tumbang akibat dipanah petir itu. Senyum di bibirnya tercuit. Petir pun setuju dengan kata-kata aku. Orang sombong dan bongkak, memang patut diajar macam tu. Padan muka pokok tu kena panah petir. Tapi padan muka aku juga, kena design pokok buatan. Tuhan Maha Adil, Tuhan lindungi aku... Tuhan bagi idea sampai kau pun tak boleh nak buka mulut. Haaa... Magisnya kuasa Allah S.W.T, tak ada sesiapa yang boleh pertikaikan.
"Baik, Cik Rose."
"Jangan baik-baik saja. Saya tak suka kalau berjanji dimungkiri."
"Takkanlah saya nak buat macam tu. Saya tak akan buat macam tu."
"Boleh percaya ke awak ni seorang yang menepati janji?"
"Kalau Tuhan pun boleh percaya, takkanlah Cik Rose tak boleh nak percaya."
Rose senyum, sinis...
"Awak berani ya, pakai nama Tuhan. Awak tahu tak, menipu itu berdosa. Macamlah saya tak tahu, awak tu... Pernah mungkir janji."
Dahi Adib berkerut.
"Hah? Bila masa saya mungkir janji dengan Cik Rose? Cik Rose nak drawing hari ni, hari ni drawing depan mata. Cik Rose nak costing hari ni, hari ni costing depan mata. Apa yang Cik Rose nak yang saya tak buat?"
Pelik betul minah ni. Ada saja benda yang dia nak cari pasal. Sabar, Adib... Sabarrr... Sabar kan separuh daripada iman. Haih, kalau ikutkan hati, nak saja aku doakan biar dia tersadung, terkena akar pokok yang tumbang itu. Haaa... Masa tu, aku gelak dulu mengekek, berguling-guling satu kilometer, lepas tu baru aku tolong, geram Adib!
"Kalau bukan dengan saya, mungkin dengan orang lain." Sengaja Rose mencuit Adib. Sajalah nak cari pasal. Berani betul dia pakai nama Tuhan dalam bab berjanji ni. Oh lupa, ya? Janji dia dengan Natasha yang setinggi Gunung Everest tu? Lupa kata nak kahwin, tapi pilih orang lain? Janji tak akan memungkiri janji, my foot! Lelaki memang macam tu, apabila tak dapat, kejar. Apabila dah dapat, buat-buat lupa!
"Dengan kucing saya pun, kalau saya janji, saya akan buat punya. Apa lagi orang!"
"Manalah tahu. Itu sebab saya kata, jangan guna nama Tuhan!"
Adib mula tak puas hati. Dia seperti sudah hilang sedikit kesabarannya.
"Saya nak tanya sikit boleh?"
"Tanya apa?"
"Apa benda sebenarnya yang buatkan awak tak puas hati dengan saya ni? Adakah sebab saya ni kacak menyebabkan awak rasa tergugat? Tu sebab awak selalu nak cari pasal dengan saya? Nak kan perhatian. Maaflah Cik Rose, saya ni dah berpunya. Awak boleh raih simpati kepada orang lain."
Zuppp!!!
Darah Rose Khadeeja mula menggelegak. Lebih panas apabila Adib menyambung kata-katanya...
"Atau... awak ni kurang kasih sayang agaknya. Ibu atau ayah awak tak bagi tumpuan penuh kut. Ramai adik-beradik, ya? Atau, awak punya perangai yang menyebabkan mereka tak tahan dan pinggirkan awak?"
Rose sentap! Berani betul lelaki ini bagi komen macam tu. Aku sengaja nak buat dia marah, tapi dia pula yang buat aku marah! Memang sungguh aku marah. Sesedap rasa saja, cakap aku kurang kasih sayang dan minta perhatian. Amboi, tak sayang mulut betul! Rose mengetap bibir. Tapi Rose kena sabar sikit, sebabnya Rose tak mahu kehilangan peluang. Kalau dia melenting nanti, Adib akan minta ditukarkan dengan orang lain. Rose tak mahu macam tu...
"Rasanya meeting kita dah habis. Awak boleh balik, Encik Adib. Assalamualaikum."
Rose cuba melangkah laju, pergi meninggalkan Adib. Dia berusaha untuk berjalan di atas akar-akar kayu yang besar-besar itu. Harap jangan jatuh!
"Eh Cik Rose, mana awak nak lari? Awak tak boleh nak lari. Awak kena beritahu saya, siapa yang mungkir janji sekarang."
"Saya cuma tak nak awak pakai nama Tuhan!"
"Saya tak rasa sebab itu..."
"Meeting kita dah habis. Awak boleh proceed kerja awak. Awak kan banyak kerja!"
Adib masih tak puas hati. Dia mengekori Rose daripada belakang. Terkial-kial Rose melangkah. Rose cuba lari cepat tak mahu Adib mengorek lagi. Tapi Adib tetap tak puas hati dan terus mendesak.
"Awak jatuh nanti. Cuba jangan cakap sewaktu berjalan. Benda boleh selesai elok-elok. Saya cuma tanya... Apa yang saya mungkir janji?"
"Awak mungkir janji dengan Na..."
Entah macam mana, kaki Rose tersekat pada salah satu akar pokok yang timbul itu, menyebabkan kakinya tidak selari dan badan tak seimbang. Belum sempat dia habis cakap, Rose sudah mahu jatuh ke belakang. Sempat Adib sambut badannya daripada bedebuk, jatuh macam nangka busuk!
Rose terkesima, Adib terduduk!
Mata mereka saling terpandang.
Pause...
Pause... Dua saat.
Jadi... Sepuluh saat.
Cepat Rose tersedar. Agak lama dia terduduk di atas badan lelaki itu. Dia berusaha untuk bangun dan mengucap terima kasih tapi... balasan yang terkeluar dari mulut Adib, menyakitkan hatinya!
"Aduhhh... Beratnyaaa!"
Rose mengetap bibir. Siot!
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen3h.Co