Truyen3h.Co

MAHARANI

Bab 10

karyaseni2u

Dida Sandra

Selesai menghadiri undangan MAC Snow Ball Preview Evening di Pavilion Kuala Lumpur, aku dan pengiring-pengiring biasa aku, tidak terus pulang. Kami mencari latte sebelum pulang. Malam yang dingin begini, bersama-sama wajah yang mapan disolek, sangat tidak hipster kalau aku cepat sangat pulang ke rumah.

"Psssttt... Psssttt... Dida! Didaaa!"

Aku dengar suara Erin. Tapi waktu itu aku sedang fokus pada handphone. Bisik-bisik suara Erin itu umpama bunyi cencurut di telinga aku.

"Dida!"

Suara itu kedengaran macam bunyi nyamuk kali ini. Huh, aku ada masalah dunia yang lagi penting sekarang ni. Account Twitter si minah Cahya ni buat aku rasa terbakar. Aku tengok balik gambar-gambar sebulan yang lalu.

Meluatnya tengok dia tergedik sana tergedik sini post gambar dengan Alriz. Helooo? Ingat kau aje ke dekat Malaya ni ada boyfriend? Sekejap terlentok ke kiri, sekejap terlentok ke kanan. Pipi berlaga pipi, hidung bertemu hidung. Sick!

"Why? Why? Ada apa, beb?" Taty pula berbunyi.

"Panggil Dida tu... Cepat!" Serentak itu, Taty mencuit lengan aku.

"Whattt?!" Aku dengan muka kelat, jiwa rentung terbakar, gagal mengawal perasaan.

"Tuuu... Tu..." Erin memuncungkan bibirnya, cuba untuk memberitahu sesuatu. Tapi aku serius tak faham.

"Aku tengah panas ni, Si Erin ni nak main teka-teki muncung itik pula. Bagi tau ajelah!"

Erin masih lagi dengan muncung bini Donald Duck.

"Apa dia?" Aku mula nak naik suara.

Erin menarik nafas panjang. Cuba berfikir cara. Aku berkerut.

"Okay. Your 3 o'clock."

Aku menjulingkan mata. Eh, entah apalah dia ni.

Dengan kerut dan muka cemberut, aku berpaling ke arah pukul tiga aku.

Macam kena magis, otot muka yang tadi tegang, rasa reda sikit. Muka ketat, bertukar longgar dan of course, senyum aku manis! Manis sangat!

Latte aku yang wangi aromanya pun tidak sebegitu menggoda dengan pemandangan di hadapan aku sekarang.

Oh dear, my man! Alriz! Hm... Interesting! Erin dan Taty masing-masing angkat kening dan buat signal yang kami faham sendiri.

Muka terus aku palingkan ke depan. Senyum jahat sudah terukir. Breath in, breath out. Ekspresi muka aku kontrol semula. Okay, girl, don't make it obvious! Dari meja aku duduk bersama troopers aku, perlahan-lahan melangkah ke arah meja Alriz.

"Hai, Alriz! Can I sit here?" Aku buat-buat macam baru mencari tempat duduk.

"Eh, haiii! Of course, of course. Please. Have a seat." Alriz tersenyum manis. Dia menarikkan kerusi di sebelahnya untuk aku. Wait, since when dia dah pandai jadi gentleman ni?

"How are you? What a surprise!" Aku cuba berbasa-basi.

"Good...Good... For now I'm busy with all the work and stuff. You know, I kan orang kata, baru nak up." Alriz acah humble.

"Oh, come on... Don't say something like that. You mesti dapat a lot of advertising requests, kan? I can see your work like, everywhere. Literally, everywhere." Aku tengok Alriz mengangguk dan senyum tanda kagum aku mengikuti perkembangan dan setiap projek yang dilakukan.

"You muak dah ke nampak semua hasil kerja I tu?" Alriz tergelak-gelak.

"Eh, taklah!"

"So sorry kalau job I buat you terkena eyesore."

"Hish, tak adalah!" Sebenarnya nak aje aku kata, memang bernanah mata tengok iklan Armada sana sini muka Si Cahya itu aje.

Lelaki di hadapan aku ini ketawa berdekah-dekah. Tampak kemesraan dan hangat seorang sahabat baru. Aku terkagum dengan diri sendiri. Selalu aku dengar, mamat ni beku. Susah perempuan nak dekat dengan dia. Kekwat boleh tahan. Hatinya konon-konon kena rantai dengan Si Cahya. Eh, ini elok aje bercanda dengan aku.

"No! What I'm trying to say is, bukan senang, dude, nak jadi macam tu. Satu Malaysia kenal you! Nama you sinonim dengan Armada." Pujian melangit aku bagi pada Alriz.

Aku lihat Alriz mengangguk-angguk. Sangat gentleman caranya.

"And I heard that Cahya is now the spoke person to Armada Holdings, right? Khabarnya lama kontrak dia tu. Such a lucky girl, Cahya. Semuanya nampak perfect. Gandingan Cahya dengan Armada memang da bomb! You guys are really the hottest couple of the year."

Aku cuba memancing mamat ni membuka rahsia deal Armada dengan Cahya sebenarnya. Aku berharap selain daripada tagline aku stay sweet, maintain manis; minyak yang Suchart bagi untuk aku calitkan di kening dan ubun-ubun berjaya mencairkan jiwa Alriz.

Sebenarnya terasa kembang tekak dan loya sendiri menyebut nama perempuan tu! Aku sekadar angkat kening pada Lisa yang banyak senyum daripada berkata-kata pada pertemuan tidak dirancang dengan Alriz.

"Please, Dida. Everyone knows you are now the most 'in' celebrity dekat Malaysia sekarang ni. Sebut aje Dida, tipulah kalau ada yang tak kenal, they even want to be you."

Oh, lelaki ni pandai juga beli jiwa! Aku buat-buat terkejut dan tak faham.

"Alriz, what kind of game is this? You are kidding, right? Ahhh, stop it!" Aku konon tak mahu dengar pujian-pujian Alriz.

Alriz tergelak besar.

Masing-masing bisu seketika. Alamak. What's next? Kenapa senyap aje ni? Think Dida, think!

"Oh, by the way, you are alone?"

"Yup. As you can see." Alriz senyum plastik.

"Manalah tau, I took someone else's seat ke?" Aku cuba bagi hint.

"Emmm..." Dia menggumam dan memandang jamnya.

"Eh, betullah, ya. I kacau janji temu orang." Aku cuba mengasak lagi.

"Yeah, supposed. But she's not coming. Eh, tapi you taklah kacau."

"Oh, okey... Kenapa nada you macam tengah ada krisis aje? Atau I aje lebih-lebih?" Work harder, Dida! Aku memujuk diri. Aku cuba lagi nak cucuk jarum.

"Ala... Biasalah Dida, typical Malay stories..." Hati aku dah dup dap dup dap menunggu ayat Alriz.

"What? Why? I don't get it."

"My family... "

"Uhuh? It's okay, Alriz, if you feel like you can't talk about it. It's okay. I understand." Aku buat-buat faham dengan situasi Alriz. Dia mengeluh.

"Family I tak support relationship I dengan Cahya." Menjerit suka aku dalam hati bila akhirnya Alriz mengaku sendiri. Helo! Kalau boleh aku rakam, mahu aje aku suruh semua kroni aku yang bersidai keliling aku ni rakam! Rasa macam dapat duit sejuta jatuh dari langit!

"Oh, I see... Hm... I'm so sorry for you, Alriz. So now, macam mana? You okey tak?" Aku konon prihatin.

"No, it's okay. Biasalah tu. And I don't know now I dengan Cahya macam mana. Just go with the flow. Malaysia ni kadang-kadang susah. Orang di sosial media lebih tahu hidup kita. Dia orang boleh aturkan jodoh kita."

Sedikit keluhan lahir di bibir lelaki itu.

"Okey, tak mahu sedih-sedihlah, kan. Kita ni jarang jumpa. Why don't we take pictures together? Joy! Here! Take our pictures." Belum sempat aku berkata apa-apa, Alriz sudah panggil pembantu peribadinya untuk ambil gambar kami. Tergamam aku tapi serius... Dalam hati menggedik, menggelinjang suka!

"And make sure the angle is nice, okay! You make me look fat, you siap!" Aku bergurau dengan Joy.

"You ni, Dida! Any angles pun you look da bomb, fantastic, bombastic!" Kata-kata Joy buat aku mengilai kuat. Alriz aku tengok dah tak selesa. Peduli apa aku!

"I tak bertanggungjawab ya kalau ada orang marah sebab gambar ni."

"No la! Kita semua bukan ke kawan?"

"I memanglah kawan Cahya. You tu bukan ke memang ada cap mohor diraja, Cahya yang punya."

Aku sengaja merenung mata Alriz dan menanti reaksinya. Lelaki itu tampak tenang dan bersahaja.

"You know what... Apa kata kita bincang apa-apa projek yang sesuai. You okey ke?"

Alriz mengembalikan pandangan tajam itu tepat ke sukma aku. Gosh! Dia ni memang ada karismalah! Memang aku cair.

"Siapalah I ni... I belum tahap Cahya pun."

"Jangan cakap macam tu... Nanti kita bincang lagi, okey?"

"You sibuk, I seganlah nak kacau atau nak contact." Aku buat-buat gaya gadis pemalu.

"Untuk you I akan luangkan masa."

Luruh jantung aku mendengarnya. Haish, ini kalau Lisa ada sebelah atau mak uda ada, aku suruh rakam dan tularkan ni!

"Dalam masa terdekat ni, I akan cari you, okey?" Sekali lagi Alriz meyakinkan aku.

Kalau tidak kerana malu, aku sudah menerkam dan memeluk Alriz. Ini bukan bulan jatuh ke riba tapi kekasih idaman pujaan hati satu Malaya, bakal rebah dalam pelukan aku! Ke aku yang terlentok dulu... Ah, I don't care! Yang penting jalan ke syurga cinta sudah terbentang indah.

Selesai pertemuan tidak dirancang itu, aku minta Joy untuk WhatsApp gambar-gambar tadi. Untuk apa lagi?! Untuk update social media iolls la!

Seperti aku jangka, entourage aku menggelupur mengerumuni aku.

"Beb, Alriz cakap apa?"

"Dida, dia nak apa?"

"Cepatlah share!"

"Hei, apa cerita tadi?!"

Aku senyum-senyum, menyimpan rasa seronok dan bahagia itu sendiri. Perasaan sangat terapung dan terawang-awang.

"Telefon siapa tu?" tanya Lisa kehairanan.

"Telefon mama." Aku memang tak sabar-sabar nak berkongsi kisah.

"Macam budak kecik," bebel Erin.

Dan dengan penuh asyik, aku mengkhabarkan pada mama. Hebat bukan main penangan Suchart. Belum apa-apa, sudah cair mamat Alriz itu. Tatkala itu terasa mahu aje aku ajak mama, redah malam gelita, mencari Suchart. Kalau kena mandi tujuh tempayan minyak dia jampi pun aku sanggup!

"Jangan gelojoh sangat, Dida," pesan mama di hujung talian.

"Alah, Dida cerita aje ni."

"Anak dara kenalah tunjuk malu-malu, jual mahal sikit. Bila dah dapat, baru kita genggam dia cukup-cukup."

Mama memang hebat dalam memberi tip hal-hal begini. Aku berbual dan berjanji akan jumpa mama secepat mungkin.

"Mama, kalau boleh masa jumpa Alriz nanti, naklah ada isi sikit. Tak maulah jumpa kosong macam tu aje."

"Mesti! Ni peluang besar tu. Dida lebih bagus kalau banding dengan Cahya tu. Mama kenal dia sejak dia baby. Alah, kurus, komeng aje Si Cahya tu masa kecik. Hingus meleleh aje. Kaki pun banyak kudis. Macam manalah dia meletop-letop sekarang. Mesti bukan kosong tu! Mama kenal sangat mak Si Cahya tu!"

Aku tambah membara rasa apabila mendengar cerita mama. Malam itu aku rasa lebih yakin dan tenang. Kerjaya aku tentu lebih memuncak kalau aku dapat genggam Alriz. Tapi sebelum genggam Alriz, aku kena kuis Si Cahya tu dulu.

What should I write for this picture ya... Hmmm... What about... My fav brother from another mother. What a pleasant surprise! You look dashing tonight.

Nasib kaulah, Cahya! Kau nak terbakar ke, kau nak rentung ke, kau nak suku masak ke lepas tengok gambar ni di Insta dengan Twitter aku. Hahaha. I don't give a damn! The best woman wins.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen3h.Co