Bab 12
Dida Sandra
Kisah lama tidak pernah aku kuburkan. Aku rasa, semakin aku dan Cahya dewasa, gelora dan api dendam itu semakin bernyala-nyala. Come on! Dalam mana-mana industri, mana boleh ada dua queen, bukan? Aku memandang kad jemputan yang aku terima sejak dua minggu lepas. Sangat mengganggu sebenarnya. Gila apa, aku diberi tempat duduk sebelah-menyebelah dengan minah tu?
"Babe... For tonight's Gala Dinner I have to be seated together with that girl." Mendatar aku beritahu pada Lisa.
"Who?"
"Gosh, siapa lagi? Cahyalah!" Aku rasa nak baling high heels aje bila terpaksa sebut nama perempuan tu.
"Alamak! Tak apa ke?"
"Apa maksud 'tak apa ke' tu? It's okay... I have an idea! But you guys have to do it for me."
"Apa dia?" Mak uda nak dengar idea aku.
"Tapi kena berani... Sikitlah." Aku sengaja nak buat suspens.
"Apa dia? Apa dia? Ceritalah!" Taty dah tak sabar.
"Okey, macam ni... Masa dekat event nanti, mesti I dengan Cahya akan bergambar dan akan ada people come to us, approach us and yada yada yada. Kan?"
"Uhuh... Okey..." Erin terangguk-angguk. Semua tekun mendengar apa yang aku nak sampaikan.
"Okey, everyone knows kan, yang kami akan busy mingle around and everything?"
"Ya... Ya... Lepas tu?" Mak uda dah tak sabar.
"Hah! Time tu la kena ada someone ambil handphone Cahya!" Aku pandang muka setiap seorang. Terpinga-pinga semuanya bila aku sampaikan apa yang ada dalam fikiran aku.
"Whattt?"
"Hang dah gila, Dida?"
"Uiii... Ini kerja berani mati."
"Come on, guys... You have to help me this once." Aku mengharap lagi. Mungkin bukan mengharap, lebih kepada arahan.
"Dida... Buat benda macam ni bahaya tau!" Lisa cuba memujuk aku.
"Kau tak payahlah buat. You are my PA and everyone knows that. So, Erin, Taty, mak uda... Tolong, ya?"
Erin, Taty dan mak uda berlaga mata sesama sendiri.
"Nak buat apa dengan handphone dia?" Lisa bertanya.
"Saja."
"Ada apa dengan handphone?" Erin dengan wajah blur, menyoal.
"Kalau nasib baik, manalah tau kita dapat top secret punya text or gambar ke? Mesti ada jadual dia ke, ada conversation fasal deal dia ke. Senanglah nak plan apa-apa bagi pihak kita." Aku memancing.
Semua yang ada di hadapan aku terbeliak. Agaknya macam percaya dengan tidak perancangan aku yang ini.
"Haaa... Tengoklah nanti macam mana." Taty memutuskan.
"Please guys, I have faith on you guys!"
Ketika malam gala itu berlangsung, seperti yang dirancang, masing-masing di kedudukan yang ditetapkan. Cahya tanpa dia sedar, bagaikan dikepung dengan troopers aku. Poor Cahya, you'll be doomed tonight.
Bagaikan yang dijangka, aku dan Cahya sibuk bergambar dengan orang itu, orang ini, orang besar itulah, orang penting inilah. Aku memujuk hati untuk terus cool dan senyum. Biar tenang-tenang saja.
Aku masih menunggu waktu yang paling sesuai untuk aku beri isyarat pada mereka untuk jalankan rancangan jahat aku tu.
Sehinggalah Dato Raymond datang ke meja kami dan dia menarik aku dan Cahya untuk memperkenalkan kami kepada beberapa rakan kolaborasi yang lain. This is the time!
Aku buat eye contact pada mak uda yang tempat duduknya di sebelah kiri Cahya.
"This two lovely ladies! What a pleasure to have you two tonight!" Dato Raymond memegang kedua-dua tangan aku dan Cahya. Lelaki kacak yang banyak menghabiskan masa di London itu mengucup tangan aku dan kemudian tangan Cahya pula.
"Both of you okay ke?"
"Of course, Dato!" Cahya lebih pantas menjawab.
"Indeed. She's my good old friend. Kalau tak ada event macam ni memang tak sempat nak jumpa kawan-kawan industri!" Aku cuba sedaya upaya memberi gred A untuk lakonan plastik aku. Breath in, breath out! Senyum, semanis-manisnya.
"Really? Oh, I didn't know that!" Dato Raymond teruja mendengarnya.
"Don't you remember? Kami pernah masuk pertandingan sama-sama, kongsi pentas masa kami berumur tujuh belas tahun. Every moment was so precious! Yang sebetulnya, yang ramai tak tahu, ibu kami memang saling kenal, saling berkawan baik, sebelum kami lahir."
Bersungguh-sungguh aku membuka hikayat silam kami. Hah, kalau mama dengar ni, mama pun akan mencarut. Bila pula mama jadi kawan baik emak Si Cahya? Rival seumur hidup sebetulnya! Cahya hanya tersenyum kaku mengiakan kata-kata aku tapi tidak bersuara. Dia senyum melalui renungan matanya. Tentu saja plastik!
"Interesting! And now, are you guys still competing against another?" Aku tergamam sesaat. Haish, lelaki ini mulut tak ada insurans! Dato Raymond bergurau dan tergelak besar. Aku dan Cahya ikut sama ketawa. Palsu sungguh! Tapi aku peduli apa.
Sambil-sambil aku dan Cahya bersembang dengan Dato Raymond, mak uda meneruskan rancangan. Semua sedang sibuk dengan bufet. Kalau tidak pun, masing-masing seronok berbual sesama sendiri dan saling bertukar khabar berita. Bunyi muzik beralun lembut dan lampu sorot serta chandelier di ruang itu menjadi kelam untuk membangkit mood santai.
Cahya sedang sibuk memenuhi permintaan tetamu yang ramai untuk bergambar. Ramai artis lain bersama-sama Cahya. Aku sendiri sibuk melayan mereka yang mahu bergambar.
Auch! Tiba-tiba miss tourism, Ling Ling dari Hong Kong tertumpah jus adpokatnya di hujung gaun. Ramai berkerumun dan cuba membantu.
Haha! Aku tahu, waktu itu misi sedang bermula! Semua seperti dirancang.
Di lokasi yang kami sasarkan, sudah selamat. Mak uda menarik clutch Cahya ke ribanya di bawah meja dan mengambil telefon bimbit Cahya. Clutch dizip kembali dan diletakkan semula di tempatnya. Aku menjeling dari jauh.
Telefon bimbit Cahya diberikan kepada Taty yang duduk berdepan dengan mak uda. Gosh! Terasa mahu gugur jantung waktu itu. Terketap rapat bibir aku. Gerak pantas kroni-kroni aku itu aku ikuti dengan rapat. Tatkala itu mata seperti ada radar. Dan sekarang, selamat telefon bimbit itu di dalam handbag Taty. Mereka kemudian memberi signal dari jauh. Done! Dua pengikut aku itu sudah bergegas ke ladies. Siapa peduli, kan? Kalau perempuan ke ladies tentunya untuk tambah bedak dan gincu!
Dari jauh aku angkat kening pada semua yang bertungkus lumus untuk aku. Senyum. Bahagia sangat-sangat!
Alright! Aku sudah boleh menikmati malam ini dengan sempurna!
Selesai event, Cahya sudah terkorek-korek clutch miliknya. Muka gelabah tidak boleh disorok. Dalam suram cahaya, masih dapat dikesan wajah pucat lesi Cahya.
Aku ternampak Cahya berbisik-bisik pada Ney. Kemudian Ney kulihat seperti kalut-kalut memeriksa dari meja ke meja. Bawah kerusi semua dijengahnya. Tertunduk-tunduk Ney, si balaci Cahya mencari 'barang' yang satu tu!
"Cahya, are you okay?" Aku menegur Cahya yang sudah termenung memikir. Dalam hati, aku terkekeh-kekeh ketawa.
"Handphone I..."
"Why?" Aku acah-acah tak faham.
"My handphone..." Cahya di hadapan aku tapi sangat menggelisah. Matanya meliar ke segenap penjuru meja. Sampaikan kain alas meja pun diselaknya.
"Handphone you? Kenapa? Tak boleh on ke?" Aku tanya soalan bodoh.
"Bukan..." Cahya aku lihat sudah bergenang air mata. Clutch kau tadi dah kena selongkarlah, perempuan! Aku rasa nak tergelak besar on the dot. Oh girl, why are you so dumb? Kasihan betul!
"Cahya, are you crying? Okay, you are totally not okay." Aku tiba-tiba jadi penuh prihatin. Aku merapati Cahya. Aku dakap tubuh itu. Limpahkan kasih sayang. Huh! Benci aku sebetulnya! Rasa mahu aku pijak pinggang pinggul dia yang memang berlekuk itu.
"Have you seen my handphone, Dida? Oh my God..." Lemah suara Cahya. Mata dan hidung dah merah nak menangis. Aduhhh... Lawak antarabangsa apa ni... Macam budak tadika hilang lolipop!
"Handphone you? Ermmm... I tak sure la, babe... Taty, Erin, mak uda, Lisa, you guys ada tak nampak handphone Cahya? Serious matter ni! You letak dekat mana? Gosh!" Aku pun konon kelam-kabut bila Cahya beritahu handphone dia hilang.
"Eh? You ada pergi toilet ke tadi, Cahya? Maybe ada tertinggal ke?" Mak uda pun jadi pelakon nasi tambah untuk skrip yang aku rancang.
"You sure ke you bawa telefon, Cahya? Mana tau since before event you tak perasan ke?" Erin menambah perisa.
Aku dari tadi gosok-gosok bahu Cahya. Menenangkan dia. Terasa debar jantungnya.
"It's okay... It's okay... Insya-Allah jumpa, Cahya. Mesti ada tu... Cuba you relaks. Rewind balik mana you letak."
Penuh lembut aku bagi nasihat pada Cahya. Acah angel gitu... Tapi dalam hati, dah keluar tanduk mengalahkan syaitan.
"Atau mungkin boleh minta tolong sekuriti tengokkan. Mesti ada kamera CCTV kan dekat sini." Erin polos mencadangkan.
Celaka! Aku sedikit berdebar. Bodohnya Erin. Cadangan dari neraka tu! Aku menyumpah dalam hati tapi wajah tetap senyum.
"I dah tanya... Kata sekuriti, dalam ni memang tak ada kamera. Yalah, setakat malam gala, orang nak berjimba-jimba. Dekat luar pintu utama tu memang ada." Ney menyampuk dan tak fasal-fasal aku rasa lega sedikit.
"Tak jumpa lagi ke?" Tiba-tiba Kay muncul bertanya khabar.
"Hilang dekat mana ni? Cicir kot? Patut tadi you pass pada kami." Shuk pula mencelah sambil bercekak pinggang.
"Keep calm, dear. Ada tu... Mesti ada somewhere. Peminat you kalau jumpa mesti pulangkan balik." Kay yang memang selama ini menjadi jurusolek peribadi Cahya cuba memujuk. Mamat Shuk, tukang stylist Cahya tampak cuba menghubungi seseorang.
Aku dan entourage aku terus bersurai selepas bersalam semut dan bertukar ciuman di pipi dengan Cahya.
"Jantan bodoh! Dah kau sama tak sedar diri nak berparti, macam mana barang artis kau tak kena selongkar! Damn stupid! Dasar bimbo!" Aku mengekek gelak di dalam kereta. Puas hati! Sangat puas!
"Kau orang dengar tadi?" Erin pula menambah api.
"Dengar apa?" tanya Lisa.
"Kalau ada peminat jumpa, mesti pulangkan. Bebal ke apa? Haha. Ni haters dari neraka yang jumpa!" Erin mengilai tak ingat dunia.
Aku? Senyum. Manis sangat!
Sejak dalam kereta, kecoh Taty, Erin dan mak uda berebutkan handphone yang selamat dalam handbag Erin. Aku dan Lisa bertegas untuk acah-acah sejuk beku hingga sampai di rumah. Masuk saja pintu rumah, masing-masing melompat mencari ruang, untuk menyelongkar isi perut handphone.
"Okey, okey... Biar Dida rasmikan dulu."
Lisa bersuara.
"Alah, ada password." Aku sedikit kecewa.
"Come on, Dida... Ini student information system... Hahaha. Hackers terhebat terunggul zaman universiti, okey!" Erin dengan bangga mengaku.
"Boleh ke?" Aku sedikit kecewa. Sudah setengah jam, phone itu masih terkedang begitu saja.
"Kau orang pergilah mandi-manda dulu ke. Buatkan aku Maggi Tomyam ke, buat aku kopi o panas ke... Bagilah aku sejam dua. Dida, pergilah cabut bulu mata palsu tu dulu!" Erin mengenyit mata dan akhirnya kami beralah.
Memang aku tak senang duduk. Selalu aku cuci muka mahu sejam aku sental kulit muka. Tapi demi menghadap Erin, setengah jam siap aku bersihkan muka. Itu pun dah siap pakai krim anti-aging untuk tidur malam. Sempat lagi bubuh serum mata demi nak hilangkan kedut mata. Aku cepat-cepat duduk bersila di atas sofa di sebelah Erin.
"Sabar, beb! Sikit lagi..." Aku perhati saja entah apa yang digodek Erin. Terserlah dia memang cekap bab-bab ini.
"Wait, apa birthdate Cahya? Anyone knows? Cer someone tolong Google. Ada password la pula."
"Alamak! Password pula." Mak uda tepuk dahi.
"Okey, try 1404," jawab Erin lepas dia Google tarikh lahir Cahya.
"Okay, got it!" Aku tersenyum meleret. Oh, Cahya. Why so easy mehhh...
"Cuba tengok segala conversation WhatsApp dia! Wahhh, menarik ni!" Taty muka excited gila. Aku menjeling. Huh! Tadi semua kecut! Sekarang... Punyalah kepochi masing-masing.
"Okay... Let's go check her photos and videos first!"
"Oh my God! This is gonna be sooo interesting!" Erin mengilai ketawa.
"Hm... Tak menarik!" Aku scroll segala gambar selfie. Erh! Meluat! Ingat lawa sangat?
"Sat! Sat! Sat!" Mak uda memekik.
"Padia?! Kacaulah!"
"Tuuu... Cuba scroll balik bawah tu!"
Aku ikut kata mak uda.
"Mana? Ada apa?"
"Oh my Gucci! Aaa!!!"
Bingit satu rumah dengan jeritan lima perempuan.
Video lelaki dan perempuan sedang beraksi lucah.
"Cahya tuuu!!! Confirm! Muka Cahya clear! Suara dia!" Lisa terjerit.
"Lelaki ni... Siapa?" Aku cuba mencari kepastian. Muka lelaki ni tak nampak!
"Suara dia... Macam..." Erin berkerut memikir. Bulat biji mata aku fokus pada gambar itu.
"Cuba pindah ke skrin laptop. Puas sikit tengok." Mak uda mencadangkan.
"Bijak mak uda! Tak sia-sia minum susu kambing fresh tiap pagi." Aku memberi komen selari maka bergegas kami beralih ke meja komputer. Dan kami zoom sehabis maksimum video itu.
"Beb! Gilalah! That is Cahya!" Lisa terpekik. Semua bagai tergamam beberapa saat melihat benda yang menjijikkan itu.
"Alriz!" Wajah Alriz yang terpampang dalam otak aku. Suara tu... Suara Alriz!
"Dida! Ini kalau kamu sebarkan dekat Internet ni... Meletop pom pom!" Mak uda mengapi.
"Viralkan?" Aku terfikir sejenak.
"Mak uda!!! You're so brilliant!" Aku memeluk dan mencium dahi mak uda.
Siaplah kau, Cahya! Aku angkat kening sambil tersenyum jahat.
"Betul tu! Kita bayarlah orang buat fake account Twitter, Instagram, YouTube bagai. Alah, apa dehal..." Taty menambah.
"Aaa... Sayangnya aku kat semua!" Aku memeluk gembira semua yang ada.
"All the best kau, Cahya. Memang melingkup kau lepas ni!" Aku bersorak girang.
Malam semakin larut, bulan semakin memucat. Belayar perlahan merentasi langit kelam. Aku semakin seronok melayan diri sendirian. Kesejukan angin malam hilang ditelan rasa hangat teruja kami. Rasa mahu menjerit girang. Teringin mahu celebrate! Haha, aku menang! Ini memang confirm jatuh terduduk, kemudian kau tersembam cium ke tanah, Cahya!
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen3h.Co