Truyen3h.Co

Pujaan Hati Kanda

Bab 10

karyaseni2u

Tiga bulan berlalu, pencariannya masih samar-samar. Namun, hubungannya bersama pengasuh Rara atau lebih tepat lagi, hubungannya dengan Tiara semakin mesra. Bahkan, panggilan formal juga sudah bertukar kepada sesuatu yang lebih sedap dan mesra didengar.

"Tiara dah makan?"

"Belum lagi."

"Good, so apa kata kita keluar makan. Abang pun tak makan lagi ni," gumam Danny sewaktu menghubungi Tiara. Di hujung telefon, suara gemeresik si gadis yang dikenali sejak tiga bulan lalu kini menjadi satu kewajipan untuk didengar saban hari.

Ada sahaja topik yang dibualkan. Jika bukan soal Rara, pasti perbualan berkisar akademik gadis itu atau paling tidak pun berkenaan isu semasa yang hangat diperkatakan di media sosial.

"Abang nak datang ke? Dah lewat ni? Esok tak kerja?"

Kata-kata Tiara buat Danny mengerling jam di pergelangan tangan kirinya. Dia senyum sebelum menjawab.

"Esok abang kerja, tapi hati ni dah rindu," rengek Danny macamlah dia yang jadi anak kecil.

"Rindukan Rara, ya?" tebak Tiara perlahan. Pura-pura tak faham.

"Dua-dua abang rindu!"

"Hesy, yalah tu! Ni, abang serius ke, atau abang main-main aje?" Kerusi belajar ditarik lalu punggung dilabuhkan cermat. Sesekali, anak mata melirik ke arah Rara yang sedang tekun memandang kaca televisyen. Barangkali si kecil itu tertarik dengan warna yang pelbagai dan visual yang bergerak-gerak.

"Ya, sayang... Abang nak datang," sahut Danny terlepas kata.

"Apa? Boleh ulang tak? Tiara tak dengar."

"Errr... Ehem... Betullah abang nak datang. Nak jumpa Rara yang abang sayang tu," ucap Danny mengubah apa yang dihambur seketika tadi.

"Oh, kalau macam tu Tiara siapkan Rara. Agak-agak pukul berapa abang nak datang?"

Danny hela nafas lega apabila Tiara percaya!

"Lima belas minit lagi abang datang. Reena ikut sekali ke?" Reena, perihal gadis yang agak kasar itu disoal seketika. Harap-harap, kawan baik kepada Tiara yang satu itu tidak ikut serta. Buat kacau daun aje!

"Reena tak ada! Dia ke Rawang ada program anak yatim," tukas Tiara, bersahaja.

"Lega rasanya!" Sekali lagi terlepas kata.

"Apa, bang? Tiara tak dengar. Suara abang perlahan sangat."

"Lega abang dengar apa yang Tiara cakap. Bagus betul dengan Reena tu, zaman sekarang ni susah nak jumpa remaja yang rajin buat khidmat masyarakat ni," bohong Danny yang sudah mengetap bibir menahan tawa.

"La... Ingatkan abang cakap apa tadi. So, kita jumpa kejap lagi, ya? Tiara nak siapkan Rara dulu," ujar Tiara mahu menghentikan perbualan sesudah itu barulah dirinya dapat menyiapkan Rara dan juga dirinya.

Lima belas minit berlalu, Tiara sudah menyiapkan Rara. Beg kecil berisi lampin pakai buang, romper dan juga tuala kecil digalas ke bahu. Dengan kudrat gadis berusia 23 tahun, Tiara mendukung Rara yang masih berjaga walaupun jam sudah menginjak angka sembilan malam. Tanpa berlengah lagi, kunci digapai lalu kaki diayun ke muka pintu.

Sementara itu, Danny pula sudah menunggu di bahagian tangga menghadap pemandangan I-City Shah Alam yang dilimpahi dengan lampu yang pelbagai warna. Mendengar bunyi engsel pintu, kedudukan dikalihkan dan kini dia memerhatikan rumah bernombor 504. Sah, pintu rumah itulah yang sedang dibuka dari dalam. Dengan langkah bersahaja, dia mendekati.

"Eh, abang dah sampai?" soal Tiara sedikit terkejut tatkala melihat Danny terpacul di hadapan mata.

Dengan senyuman manis, Danny tidak terus menjawab. Tangan dihulur mengisyaratkan Tiara supaya menyerahkan Rara kepadanya.

"Baru aje sampai. Rindu Rara!" komen Danny sewaktu Rara sudah berada di dalam dukungan. Sesekali, pipi mulus si kecil dikucup bagi melepaskan rasa rindu yang terbuku sambil membiarkan Tiara mengunci pintu rumahnya.

"Kita nak makan kat mana?" Usai mengunci pintu, Tiara dekati Danny lalu mendongak memandang wajah itu.

"Tiara nak makan apa? Western? Masakan panas, Nasi Padang atau steamboat?" Senarai jenis makanan sudah dinyatakan. Tiara hanya perlu memilih tempat, jenis makanan dan seterusnya makan hingga licin. Lepas makan, bolehlah dia dan Rara pulang ke rumah.

"Tiara teringin nak makan western!"

"Dekat mana?"

"No idea. Tiara ikut abang!"

"Okey, apa kata kita ke Laman Grill? Dekat sikit!" usul Danny tentang sebuah restoran makanan barat yang terletak di Seksyen 13, Shah Alam.

"Alright! Tapi tak boleh lama-lama tau. Rara tidur pukul sebelas malam," beritahu Tiara tentang rutin harian Rara yang akan tidur pada pukul 11 malam dan berjaga seawal pukul tujuh pagi.

"Yalah, Cik Tiara! No problem, lepas perut abang dan perut Tiara penuh, kita balik, ya?" gumam Danny dengan senyuman nipis.

Faham sangat dengan sikap Tiara yang tidak mahu pulang terlalu lewat. Katanya lagi, tak manis untuk gadis kampung sepertinya berpelesiran lewat-lewat malam. Katanya, banyak perkara buruk boleh berlaku!

Akur dengan kehendak cik gadis yang sudi membantu dirinya membesar dan menjaga kebajikan Rara, syarat dan permintaan itu diturutkan sahaja. Tambahan pula, permintaan Tiara bukanlah keterlaluan. Itu syarat biasa bagi gadis yang masih menjaga adab pergaulannya.

"Abang... Nak pergi ke tak?"

"Erk? Alamak, terleka pula! Jomlah, nanti lewat sampai... Lewat pula kita balik," gesa Danny seraya menarik beg kecil yang tersangkut di bahu kiri Tiara lalu disangkut ke bahu kanannya. Rara pula masih melekap di dalam dukungan di sebelah kiri sambil tersenyum menatap wajah pengasuhnya.

Setibanya di tingkat paling bawah, mereka mengorak langkah menuju ke kereta yang diparkir di bawah pokok. Tanpa berlengah, mereka memboloskan diri ke dalam perut kereta.

Sepanjang perjalanan menuju ke Seksyen 13, Shah Alam, masing-masing sibuk melayan lagu yang diputarkan oleh juruhebah radio. Dan sesekali tawa halus Rara yang diagah oleh Danny memecah hening. Tiara ketap bibir, dia ingin bertanya sesuatu, tetapi tidak tahu dari mana harus dimulakan.

"Tiara, senyap aje. Kenapa ni? Tak suka ke?"

"Eh, taklah! Tiara suka aje. Lagipun abang nak belanja Tiara makan, mestilah Tiara suka." Cepat-cepat dia menyahut.

"Habis tu, abang tengok muka Tiara ketat semacam aje. Ada yang tak kena ke?"

"Taklah, bang."

"Kalau ada apa-apa yang Tiara nak tanya, tanyalah.Mana yang abang boleh jawab, abang cuba jawab."

"Betul ni?"

Danny mengangguk perlahan sambil mengerling sejenak ke raut wajah Tiara.

"Sebenarnya, Tiara nak beritahu something!"

"Tiara nak beritahu apa? Beritahu abang, abang dengar," sahut Danny sambil mengetuk-ngetuk stereng kereta menggunakan jari telunjuknya.

"Minggu depan Tiara final exam. Maksudnya, Ahad minggu yang satu lagi, paper terakhir Tiara."

"Then?" potong Danny ingin Tiara meneruskan kata-katanya. Wajah itu sekali lagi dikerling.

"So, Isnin berikutnya Tiara nak balik kampung."

"Balik kampung?" Suara Danny bagaikan tercekik sesuatu.

"Ya, abang."

Jalan raya dan juga wajah muram Tiara direnung silih berganti. Liur ditelan dan kepala terasa berpusing dengan ligat. Ah, masalah ni!

"Serius ni Tiara nak balik kampung? Abang macam mana?" Tanpa berfikir panjang, kata-kata berikutnya terlontar keluar.

"Apa yang macam mana?"

"Maksud abang, Rara dengan abang macam mana?" soal Danny perlahan membetulkan kata-katanya. Yalah, kalau Tiara pulang ke kampung, mustahil gadis itu akan membawa Rara pulang bersama. Mesti kecoh jadinya!

"Itu yang Tiara fikirkan! Kalau ikutkan hati, nak bawa Rara balik. Tapi apa pula kata ibu dan yang paling penting, Tiara terpaksa tebalkan telinga dengar gosip liar. Sekarang ni perkara tak betul, cepat sangat tersebar. Nak-nak kampung Tiara tu ada 'wartawan tak bergaji'. Itu yang buat Tiara risau," luah Tiara satu per satu.

"Abang faham keadaan Tiara." Danny mengangguk bersama suara yang sedikit kendur. Wajah pula sudah terhala ke arah jalan raya di hadapan sana. Namun, minda dan hatinya sedang berperang mencari jalan penyelesaian di sebalik apa yang diperkatakan oleh si gadis manis ini.

"Habis macam mana?" soal Tiara, buntu.

"Nanti abang fikirkan. Tiara jangan risau, kita pergi makan dulu. Lepas makan, kita sambung fikir pasal hal ni, okey!" gumam Danny cuba mengukir senyuman.

"Betul ni?"

"Ya, betul! Yang penting kita isi perut kita dulu!"

"Alright! Thanks, abang."

"Tak ada hallah, Tiara. Yang penting, final exam ni Tiara buat yang terbaik. Skor dan pastikan dapat anugerah dekan," ulas Danny sambil tersenyum dengan kening yang terjongket tinggi.

"Harap-harap macam itulah, bang. Tapi, final exam ni susah."

"Last semester, mestilah susah! So, Tiara kenalah studi dan buat soalan past year banyak-banyak. Semua tu boleh membantu kefahaman kita!" Teringat zaman kampusnya dulu, Danny memberi tip yang dirasakan berguna pada saat-saat akhir sebegini.

"Tiara tak boleh fokus."

"Kenapa? Rara kacau Tiara studi, eh?"

"Bukan!"

"Habis, kalau bukan Rara sebab apa pula?"

"Personal matter."

Danny mengangguk perlahan. Tahulah dia, Tiara dibelenggu masalah peribadi. Tentang apa? Bolehkah dia bertanya?

"Errr... Kalau abang nak tanya sikit boleh?"

"Erm... Boleh! Tanyalah, mana yang boleh Tiara jawab, Tiara cuba jawab."

"Boleh abang tahu masalah Tiara tu?"

Tiara tarik nafas lalu dihela perlahan. Dia dah tak tahan nak simpan dan berdepan masalah ini bersendirian. Dan dia rasa, inilah masanya untuk dia meluahkan segala-galanya.

"Kalau tak selesa, tak payah share. Abang tak paksa." Danny senyum.

"Taklah! Tiara okey aje, bang. Sebenarnya Tiara rasa terganggu dengan seseorang."

"Seseorang? Siapa?"

"Budak fakulti Tiara. Tapi dia course lain!"

"Dia buat apa pada Tiara?" Tanpa memandang wajah itu, Danny membelokkan keretanya ke arah simpang kiri sebelum memandu BMW itu menuju ke bahagian parkir terbuka di bangunan rumah kedai itu.

"Dia tak buat apa-apa pun. Cuma, dia selalu intip Tiara. Now, dia dah tahu pasal Rara."

"Then?"

"Dia tak kasi Tiara jadi pengasuh Rara!"

"Wait, dia tu siapa? Boyfriend?"

Cepat-cepat Tiara menggeleng. Lega Danny dibuatnya. Kalau tidak, mesti jadi kes lain. Yalah, lelaki mana yang sanggup membiarkan teman wanitanya menjadi pengasuh kepada bayi kecil. Sedangkan teman wanitanya masih belum berkahwin! Pasti tiada masa untuk keluar berdating dan berjanji temu.

"Dia tu..." Belum pun sempat kata-kata ditamatkan, Danny memotong perlahan.

"Wait! Apa kata kita sembang dekat dalam sana? Jom!!!"

Bersama anggukan kecil, Tiara membalas tenang.

"Okey, jom!" 

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen3h.Co