Truyen3h.Co

Terindah Pernah Ada

Bab 10

karyaseni2u

"SELAMAT tengah hari," tegur penyambut tetamu bernama Lunia. Wanita muda itu hanya mengangguk lalu melangkah penuh bergaya menuruni anak tangga. Langkahnya terkaku apabila namanya diseru sekali lagi.

"Errr, puan sekejap. Secretary baru puan sudah tunggu di bawah. Rasanya sejak awal pagi tadi."

"Oh... Dah sampai, ya? Siapa nama dia?" soal Iftinan seraya kembali ke kaunter penyambut tetamu. Cermin mata hitam ditolak ke atas menunggu jawapan daripada Lunia.

"Encik Hidayad Mifdhal bin Halim."

"Thanks, Lunia." Segaris senyuman nipis terukir di wajahnya. Apa yang dia nak dia dah dapat! Pelan-pelan dia mengatur langkah menuruni anak tangga. Tak sabar nak jumpa orang baru.

Semangatnya membuak-buak untuk memulakan projek baru. Harap-harap orang baru itu lebih berganda-ganda semangat daripadanya.

Bekerjasama dengan lelaki mungkin lebih menyenangkan kerana dia mengandaikan lelaki tidak banyak kerenah seperti wanita. Mereka jarang merungut, tak pandai karang alasan berjela-jela dan golongan ini juga tidak mengumpat di belakang. Ya ke?

"Mesti kau seronok kan dapat apa yang kau nak?" Sayup-sayup suara dari belakang mengganggu moodnya.

Hawa tidak meneruskan kata-kata apabila melihat sahabatnya itu menghampirinya. Dengan senyuman simpul, Iftinan memaut bahu Hawa lalu ditepuk-tepuk perlahan.

"Ya, Hawa. Sangat-sangat seronok. Kalau tak ngam juga dengan yang ni aku janji akan pulangkan dia kepada Muzamir."

"Amboi... Senangnya hidup. Kau ingat dia barang nak campak merata bila dah tak suka? Yang ni kira last, okey! Cuba bertolak ansur sikit. Jangan nak membuli sangat. Dia nampak macam orang baik-baik," pesan Hawa.

"Baguslah. Bonus untuk aku dapat yang baik-baik sebab aku ni bukan baik sangat. Manalah tau dia boleh ajar aku jadi baik," ujarnya dengan senyuman nakal.

"Aku harap kali ni berjodoh panjang, ya. Aku tak mau seminggu nanti kau datang suruh cari yang baru. Department kau paling bermasalah tau. Asyik tukar saja. So tolong behave sikit. Tahulah kau best friend dengan Tee tapi janganlah ambil kesempatan."

"Berdoalah supaya aku suka dan ngam dengan orang baru tu," jawab Iftinan main-main. Dia tak pernah ambil serius nasihat orang.

"Amiiin! Aku memang harap kali ni berkekalan sampai ke anak cucu, cicit, piut dan oneng-oneng! Kau jangan buli sangat."

Iftinan mengeluh.

"Kau jangan risaulah sebab aku akan layan baby crab kau ni macam aku layan Hazlin," ujar Iftinan seraya menyusun langkah menuruni anak tangga. Hawa cepat-cepat melangkah berdiri di tepi tangga.

"Tapi secretary kau ni cantikkk giler beb. Lagi cantik berbanding dalam foto. Aku rasa lebih cantik daripada kita!" Sengaja membakar mood Iftinan. Mendengar usikan itu membuatkan dia tergelak besar. Ada ke lelaki cantik dalam dunia ni?

Nonsense! Entah-entah foto hari tu pun puas edit nak tayang ketampanan. Semua kemaruk guna filter. Tengok dalam foto segak macam anak ketam merah tapi bila tengok depan-depan tak ubah macam anak ketam nipah .

Berdehem. 

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen3h.Co