Bab 12
Belum sempat menyambut perkenalan tiba-tiba kenangan lama menghantui.
SIHAT ke tak dia ni? Itulah persoalan yang bermain dalam fikiran Iyyad. Kenapa hari pertama sudah macam neraka kecil jadinya? Renungan tajam itu sangat menyesakkan jiwa.
Keadaan yang tenang-tenang tadi sudah bertukar menjadi kisah seram dengan gelagat wanita itu. Wanita itu duduk lalu menyilang kaki. Gaya duduknya seperti seorang bos yang sudah bersedia untuk menekan kepala orang bawahan.
Bibir gelap itu terkumat-kamit bagai menyumpah seranah dirinya. Seram pun ya. Apalah malang sangat nasib diri ini? Iyyad telan liur.
"Puan salah orang ni. Saya Hidayad. Saya staf baru di sini. Hari ni hari pertama saya. Saya baru nak lapor diri kepada..."
"Whateverrr. So you minta kerja kat sini tanpa tahu I bakal jadi ketua you? Nak jadi secretary I? Big mistake but I like!"
Punah! Iyyad melepaskan keluhan. Macam mana nak buat supaya wanita itu faham dan hadam situasi sekarang?
"Saya ada buat salah ke? Kita pernah berjumpa ke sebelum ni?" soal Iyyad bersungguh. Puas berfikir namun hampa. Dia langsung tak mengingat apa-apa tentang wanita yang berada di hadapannya itu.
"You tak ingat atau pura-pura tak ingat?"
Iyyad geleng. Cuba mengingat namun masih gagal.
"Cuba ingat betul-betul." Wanita itu mendesak dan menduganya.
"Tak ingat," akuinya terus berputus asa. Iftinan ketap bibir menayang riak sedikit kecewa.
"Baguslah kalau you tak ingat. Mudah sikit untuk I kerjakan you," katanya dengan serius.
Erkkk! Terbelit anak tekaknya saat mendengar pengakuan wanita itu.
'Apa maksud tak sabar nak kerjakan aku?' Iyyad mula gelabah biawak. Walaupun suhu bilik dingin namun gelagat wanita itu membuatkan dia berpeluh bagai dipanggang. Kerusi yang diduduk bagai membakar punggungnya hidup-hidup.
Rintik-rintik kecil muncul sekitar dahi. Ya Allah, ujian apakah ini? Siapakah wanita berpakaian serba hitam yang kurang kewarasan ini?
Iyyad tepuk meja lalu tertawa kecil. Dia sudah tahu!
"Saya tersalah bilik, kan?" Iyyad ingin kepastian.
"Nope," jawab wanita itu penuh yakin.
Tiba-tiba ingatannya mula kembali. Shit!
Lanun!
Iyyad terus melopong. Kali ini dia yang betul-betul hadam apa yang terhidang di depan matanya.
Gincu gelap!
Baju kemeja dan dan seluar hitam!
Rambut panjang! Hitam berkilat. Tetapi bezanya wanita yang duduk di hadapannya bersanggul cantik dan kemas. Wajah dan renungan maut yang sama. Riak wajah sombong kekal dingin. Mungkin kembar si lanun!
"Kejap," kata Iftinan sambil membuka sanggulnya. Memang sengaja melepas bebas rambutnya yang panjang itu lalu disisirkan hanya menggunakan jarinya.
Ya Tuhan! Ampun!
Semua memang nampak sama. Walah. Walah! Kebenaran muncul betul-betul menjerut lehernya. Macam mana boleh jadi begini?
Sah, wanita itu memang lanun a.k.a harum sundal yang muncul di rumah Mak Piah! Kebenaran yang terlondeh itu bagaikan tali yang menjerut lehernya. Nafasnya seakan-akan terhenti sesaat. Peristiwa lama berputar laju dalam mindanya.
"Puan ke lanun... Errr, maksud saya puan ke yang langgar motor Honda saya?" Perlahan dia lantunkan persoalan kepada wanita yang kelihatan cukup teruja sekarang ini.
Tepuk! Makin kuat wanita itu menepuk tangan. Bunyi yang sangat sinis. Menyindir dialah tu.
"Oh... Finally you ingat I, pretty boy from Mars. I lah lanun yang langgar motor buruk you tu. Muka you masih sama... macam skink!" Senyuman tergaris di bibir itu.
Ya ampun Ya Tuhan... Malapetaka sungguh. Jangankan rama-rama berterbangan, sekarang ni dia rasa seluruh binatang di Afrika sedang memporak perandakan segala isi perutnya. Bahana mengunjung tiba tanpa diduga.
"Kejap... Kejap. Ini rancangan prank orang ke? Ada kamera ke dekat sini?" Mata Iyyad melilau memerhati sekeliling. Kalau benar dialah insan paling bersyukur. Prank yang paling menjadi pada abad ini. Sejujurnya dia harap semua ni sekadar gurauan. Ya, sekiranya gurauan kasar dia masih boleh telan!
"You tak popular pun sampai nak masuk TV," ujar wanita itu seraya bangun dan menyandar punggung di tepi meja lalu kedua-dua tangan disilang ke dada.
Atas bawah dia perhatikan lelaki itu. Wajah masih sama seperti yang mereka berjumpa tempoh hari cuma hari ni penampilan lelaki itu nampak lebih kemas.
Langsung tak macam pemuda kampung yang nakal bersenggol-senggolan di atas motor tempoh hari. Patutlah dia pun hampir-hampir tak kenal tadi. Pemuda yang dahulunya biasa-biasa kini tampak lebih menarik dan menawan. Ooo... Inilah baby crab pujaan Hawa.
"Duduklah. Kita ada banyak benda nak bincang," pelawanya serius. Di dalam kepala dia sudah merangka pelbagai aktiviti bersama. Iftinan tersenyum sinis. Kemenangan di pihaknya.
"It's you... Secretary baru I. Take it or leave it?" Keras dia mempersoal. Iyyad menggaru hujung kening yang tak gatal. Mati akal bila berdepan dengan wanita itu sekali lagi.
Segala kata-kata tempoh hari kini berbalik kepadanya. Ibarat seperti dia sedang menghulur kepala sendiri ke dalam mulut singa. Ngap!
"Saya tak tau plan sapa ni... Saya rasa ada sesuatu yang tak kena. Dalam banyak-banyak tempat kenapa kita kena jumpa kat sini? Saya tak pernah jangka kita akan berjumpa untuk kali kedua. Tak pelik ke?"
"Jodoh!" balas Iftinan sepatah.
"Hah?" Terjatuh rahangnya mendengar jawapan semudah ABC itu.
"Terkejut? I pun pelik tapi kalau dah jodoh nak buat macam mana, kan!" balas Iftinan berpura-pura kecewa padahal dialah insan paling gembira. Tenang dia melayan lelaki yang kelihatan terkejut itu. Itulah cakap besar tak pandang kiri kanan. Padan muka!
Iyyad angguk kecil. Gila tak terkejut. Kalau Syed ada sekali mesti dada yang berkepak tu terus mengecut hanya tinggal tulang rangka.
Syed lagi penakut daripada dia. Terus dia terkenangkan perbuatan yang lalu. Iyyad telan liur, kesat! Apa patut dia buat? Pelan-pelan dia angkat wajah menatap Iftinan. Sekali lagi wanita itu menyorot senyuman sinis.
Bulu roma di dalam baju kemeja lengan panjangnya sudah tegak kaku. Kerisauan yang tiba tanpa dijangka. Apalah nasib dia di tangan perempuan itu. Bolehkah mereka bekerja sekali? Mesti teruk dia dikerjakan nanti!
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen3h.Co